Polis sahkan NFA kes pengabaian kanak-kanak di taska Iskandar Puteri

Polis sahkan NFA kes pengabaian kanak-kanak di taska Iskandar Puteri

ISKANDAR PUTERI : Polis mengesahkan satu kes dakwaan pengabaian kanak-kanak melibatkan sebuah taska di Iskandar Puteri sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) selepas siasatan mendapati tiada keterangan kukuh untuk mendakwa mana-mana pihak. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan berkata laporan polis diterima daripada seorang wanita tempatan berusia 27 tahun, yang juga ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berumur sekitar setahun pada 19 Januari lepas. “Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu daripada aspek pengabaian kanak-kanak di bawah jagaan sebuah taska yang terletak di kawasan Iskandar Puteri,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata hasil siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Johor dan menerima arahan bahawa kes diklasifikasikan sebagai NFA. “Arahan diterima bahawa kes ini adalah No Further Action kerana tiada keterangan kukuh untuk mengaitkan mana-mana pihak,” katanya. Sementara itu, satu hantaran tular di Facebook semalam memaparkan gambar kesan kecederaan menyerupai parut pada bahagian belakang badan kanak-kanak terbabit, yang didakwa dialami selepas dibawa pulang dari pusat jagaan pada 17 Januari. Dalam hantaran itu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan mendakwa beliau dan suaminya menemukan kesan lebam panjang serta kemerahan pada belakang badan anak mereka ketika hendak dimandikan pada waktu malam, sebelum mendapatkan pemeriksaan pakar perubatan yang memaklumkan ia bukan berpunca daripada alahan, sebaliknya berkemungkinan akibat dipukul atau jatuh atas objek panjang. Wanita itu turut meluahkan kekecewaan selepas dimaklumkan pada 5 Ogos bahawa kes berkenaan ditutup kerana tiada saksi dan tiada bukti kukuh, termasuk kegagalan pihak taska mengemukakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dengan alasan berlaku kerosakan teknikal akibat ribut petir. - Bernama

Usah gusar anakanda, saya arahkan IPG untuk beri bantuan – Fadhlina

Usah gusar anakanda, saya arahkan IPG untuk beri bantuan – Fadhlina

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang prihatin dengan masalah kewangan dihadapi Muhd. Alif Najmi dalam membuat persediaan melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) mengarahkan agar bantuan segera disalurkan kepada pelajar itu. Menurut Fadhlina, pihaknya akan membantu segala persiapan bagi membolehkan pelajar itu dapat mendaftar dan memulakan pengajian di IPG. “Pagi ini saya membaca ... Read more The post Usah gusar anakanda, saya arahkan IPG untuk beri bantuan – Fadhlina appeared first on Kosmo Digital .

PARLIMEN: Sistem kutipan tol tanpa palang tidak libat dana kerajaan

PARLIMEN: Sistem kutipan tol tanpa palang tidak libat dana kerajaan

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan sistem kutipan tol tanpa palang atau Multi Lane Free Flow (MLFF) tidak akan melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan, sebaliknya akan dilaksanakan sepenuhnya melalui pendekatan perniagaan kepada perniagaan (B2B). Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dakwaan projek tersebut membabitkan kos mencecah RM3.46 bilion adalah tidak berbangkit kerana kerajaan tidak ... Read more The post PARLIMEN: Sistem kutipan tol tanpa palang tidak libat dana kerajaan appeared first on Utusan Malaysia .

JPJ advises public to beware of ads promoting ‘kopi-o’ driving licence services – report if you see them

JPJ advises public to beware of ads promoting ‘kopi-o’ driving licence services – report if you see them

The road transport department (JPJ) has advised the public to be wary of advertisements offering driving licences without training or testing. This comes after the department received complaints regarding such advertisements for what is commonly […] The post JPJ advises public to beware of ads promoting ‘kopi-o’ driving licence services – report if you see them appeared first on Paul Tan's Automotive News .

Polis tembak mati dalang geng samun dengan 44 rekod jenayah

Polis tembak mati dalang geng samun dengan 44 rekod jenayah

KUALA LUMPUR : Polis menembak mati seorang lelaki dipercayai dalang utama kegiatan samun dan pecah rumah dalam kejadian di Jalan Bukit Tunku, di sini awal pagi tadi. Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fadil Marsus berkata suspek berusia 36 tahun itu mempunyai 44 rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah, dan aktif dalam kegiatan pecah rumah serta samun sejak tahun lalu di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Perak, melibatkan kerugian melebihi RM1 juta. Menurut beliau, lelaki terbabit dikesan menaiki kereta jenis BMW di lokasi kejadian oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSJ Kontinjen Kuala Lumpur yang melakukan tugasan cegah jenayah melalui Op Api KL 3/2025 pada 4.10 pagi tadi. “Ketika cubaan untuk memintas kenderaan tersebut, berlaku insiden berbalas tembakan yang mengakibatkan suspek maut di tempat kejadian. Beberapa kesan tembakan turut dikesan pada kenderaan polis,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini, hari ini. Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemukan sepucuk pistol jenis revolver, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun, serta vest polis. Fadil berkata semakan mendapati kenderaan BMW itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dipercayai diseludup masuk dari luar negara. Beliau berkata siasatan awal menunjukkan kumpulan jenayah terbabit menyasarkan rumah kediaman dan premis perniagaan yang mempunyai peti besi, bar emas serta wang tunai, dan dipercayai turut menyamar sebagai anggota polis bagi melancarkan kegiatan mereka. “Kita percaya kumpulan ini juga terlibat dalam sindiket pengedaran dadah dan mempunyai belasan anggota. Usaha mengesan baki ahli kumpulan sedang giat dijalankan,” katanya. - Bernama

Sindiket 'decanting' terbongkar, 1,899 tong gas LPG subsidi disita

Sindiket 'decanting' terbongkar, 1,899 tong gas LPG subsidi disita

BATU GAJAH - Taktik licik satu sindiket menyalahgunakan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi dengan menjalankan aktiviti pemindahan gas secara haram terbongkar dalam satu serbuan di Kawasan Perindustrian Bemban di sini pada Selasa.Serbuan menerusi Op Gasak sekitar jam 6.30 petang itu membawa kepada penemuan 1,899 tong LPG yang digunakan bagi tujuan ‘decanting’ iaitu proses memindahkan gas daripada tong 14 kilogram (kg) bersubsidi ke tangki lain.Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, premis yang beroperasi sejak sebulan lalu itu tidak memiliki sebarang dokumen yang sah di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk menjalankan sebarang urus niaga berkaitan barang kawalan.Menurutnya, modus operandi sindiket tersebut dipercayai membeli tong gas subsidi 14kg daripada pemborong di sekitar Perak dan luar negeri sebelum memindahkan kandungan gas tersebut ke dalam tangki lain untuk dijual kepada pelanggan industri bagi tujuan komersial."Harga subsidi bagi LPG adalah sekitar RM1.90 sekilogram berbanding harga siling pasaran RM5 sekilogram."Sindiket ini meraih untung dengan menjual gas itu kepada pihak industri pada kadar sedikit lebih murah daripada harga pasaran tetapi jauh melebihi harga subsidi," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi serbuan di sini pada Rabu.Beliau berkata, tindakan sitaan dilakukan ke atas 1,899 tong LPG termasuk 871 tong berisi dan 1,028 tong kosong dengan anggaran jumlah gas mencecah 18,194 kilogram bernilai lebih RM66,500.Katanya, turut ditahan dalam operasi itu ialah seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun yang dipercayai pemilik premis serta lima lelaki warga Myanmar berusia antara 25 hingga 45 tahun yang bertugas sebagai pekerja."Kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961."Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, manakala syarikat boleh didenda hingga RM2 juta," katanya.Kamalludin berkata, operasi kali ini juga antara yang terbesar pernah dijalankan melibatkan penyelewengan barang kawalan bersubsidi khususnya LPG di Perak."Sebelum ini, jumlah sitaan tertinggi melibatkan sekitar 463 tong gas, tetapi kali ini kita berjaya merampas hampir lima kali ganda jumlah tersebut," katanya.

[VIDEO] Hadiah hari jadi, dapat tahu rahsia BASS – Nancy Shukri

[VIDEO] Hadiah hari jadi, dapat tahu rahsia BASS – Nancy Shukri

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Santubong gembira apabila ‘hadiah’ hari jadinya kali ini adalah dapat mengetahui rahsia ‘BASS’ semasa menyambut ulang tahunnya di sebuah pejabat dalam bangunan Parlimen semalam. Datuk Seri Nancy Shukri menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, majlis tersebut turut dihadiri beberapa Ahli Parlimen lain yang rapat dengannya antaranya ... Read more The post [VIDEO] Hadiah hari jadi, dapat tahu rahsia BASS – Nancy Shukri appeared first on Kosmo Digital .

Warga emas maut dipukul anak guna kerusi kayu semasa solat subuh

Warga emas maut dipukul anak guna kerusi kayu semasa solat subuh

KUALA KRAI: Seorang warga emas maut dipukul anak lelakinya yang dipercayai ‘mental’ akibat dadah menggunakan kerusi kayu semasa sedang menunaikan solat subuh di Kampung Kuala Geris, di sini pagi tadi. Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu mangsa berusia 74 tahun maut dilokasi akibat kecederaan parah. Imam Tua Masjid Mukim Kuala Geris Marhadi Mohamed berkata, sejurus ... Read more The post Warga emas maut dipukul anak guna kerusi kayu semasa solat subuh appeared first on Utusan Malaysia .