[VIDEO] ‘Kalut nak pergi mana?’

[VIDEO] ‘Kalut nak pergi mana?’

GEORGE TOWN – Tindakan seorang pemandu kenderaan pacuan empat ronda (4WD) yang tular memandu dalam keadaan berbahaya di Jalan Bukit Tambun-Simpang Ampat di Seberang Perai di sini telah mengundang kecaman pengguna media sosial. Video berdurasi 37 saat yang dimuat naik di satu laman sosial facebook itu memaparkan kenderaan jenis Nissan Navara terbabit bukan sahaja dipandu ... Read more The post [VIDEO] ‘Kalut nak pergi mana?’ appeared first on Kosmo Digital .

Sindiket dadah ubah laluan dari pantai timur ke utara

Sindiket dadah ubah laluan dari pantai timur ke utara

GOMBAK: Negeri pantai timur antara lokasi sering digunakan sindiket pengedaran dadah untuk membawa masuk bahan terlarang itu sebelum dipasarkan ke negara ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, namun kegiatan sindiket mula beralih ke utara apabila kawalan dan pemantauan di pantai timur dipertingkatkan. Katanya, berdasarkan siri serbuan yang ... Read more The post Sindiket dadah ubah laluan dari pantai timur ke utara appeared first on Utusan Malaysia .

Jangan hantar anak demam, selesema, batuk ke sekolah – Dr. Dzulkefly

Jangan hantar anak demam, selesema, batuk ke sekolah – Dr. Dzulkefly

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menggariskan enam langkah yang wajar dilaksanakan oleh ibu bapa, guru dan pelajar bagi mengekang penularan jangkitan influenza di sekolah. Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, langkah pertama adalah ibu bapa memastikan anak tidak mempunyai gejala influenza iaitu demam, selesema atau batuk sebelum menghantar anak ke sekolah. “Sekiranya anak ... Read more The post Jangan hantar anak demam, selesema, batuk ke sekolah – Dr. Dzulkefly appeared first on Kosmo Digital .

Keluarga Altantuya dibenar mulakan semakan kehakiman berkaitan afidavit Azilah Hadri

Keluarga Altantuya dibenar mulakan semakan kehakiman berkaitan afidavit Azilah Hadri

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu memulakan prosiding semakan kehakiman supaya polis menyiasat afidavit tambahan dan akuan bersumpah seorang bekas pegawai polis yang terlibat dalam kes pembunuhan model Mongolia itu.Hakim Datuk Aliza Sulaiman membuat keputusan itu selepas Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan memaklumkan mahkamah bahawa Peguam Negara tidak membantah permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk semakan kehakiman tersebut."Mahkamah menetapkan 31 Oktober ini untuk pengurusan kes," katanya pada prosiding kes yang turut dihadiri oleh peguam Sangeet Kaur Deo bagi pihak keluarga Altantuya.Pada 25 Ogos lepas, bapa mendiang iaitu Dr Shaariibuu Setev memfailkan permohonan itu dengan menamakan Ketua Polis Negara, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia, Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.Shaariibuu memohon deklarasi bahawa keputusan kesemua responden yang tidak memaklumkan kepada beliau status siasatan terkini yang dijalankan pada 2019 oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman terhadap kandungan afidavit tambahan dan akuan bersumpah diikrarkan Azilah Hadri adalah bertentangan dengan undang-undang.Afidavit tambahan bertarikh 24 September 2024 dan akuan bersumpah bertarikh 17 Oktober 2019 itu digunakan oleh bekas pegawai polis tersebut bagi menyokong permohonan semakan hukuman mati terhadapnya di Mahkamah Persekutuan pada 10 Oktober 2024.Kedua-dua dokumen antara lain mengandungi pernyataan Azilah bahawa dia mendapat arahan daripada ‘pihak atasan’ untuk menjalankan ‘operasi sulit’ bagi 'membunuh dan menghapuskan si mati'.Shaariibuu selaku pemohon berkata, sekiranya siasatan terhadap afidavit tambahan dan akuan bersumpah itu masih berjalan, beliau memohon perintah mandamus agar siasatan dilengkapkan dalam tempoh sebulan dari tarikh perintah mahkamah.Turut dimohon perintah mandamus agar kesemua responden memaklumkan secara terperinci status terkini siasatan yang dijalankan oleh responden kedua (Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman) terhadap kandungan kedua-dua dokumen dalam tempoh tujuh hari dari tarikh keputusan mahkamah.Shaariibuu juga berkata, jika kesemua responden memutuskan untuk mengklasifikasikan kertas siasatan sebagai 'Tiada Tindakan Lanjut,' beliau mahukan alasan mengapa tindakan itu diambil.Pada 10 Oktober 2024, Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati terhadap Azilah dengan pemenjaraan selama 40 tahun dan 12 sebatan bagi kesalahan membunuh Altantuya selepas membenarkan permohonan semakan yang difailkan oleh bekas pegawai polis itu. - Bernama

BUDI95: MEDO gesa kerajaan guna ‘soft landing’ bantu komuniti pemandu

BUDI95: MEDO gesa kerajaan guna ‘soft landing’ bantu komuniti pemandu

GEORGE TOWN : Hanya satu perempat daripada hampir 200,000 pemandu aktif e-hailing (kereta) dan p-hailing (motosikal) dilaporkan layak menerima manfaat tambahan 600 liter petrol bersubsidi di bawah inisiatif BUDI95 ketika ini. Presiden Malaysia E-Hailing & Delivery Organization (MEDO), Masrizal Mahidin atau Jose Rizal ketika mendedahkan perkara itu berkata, hal ini demikian berlaku kerana, syarat-syarat teknikal ... Read more The post BUDI95: MEDO gesa kerajaan guna ‘soft landing’ bantu komuniti pemandu appeared first on Utusan Malaysia .

FAMA sedia hadapi bencana banjir, pastikan bekalan hasil pertanian mencukupi

FAMA sedia hadapi bencana banjir, pastikan bekalan hasil pertanian mencukupi

KUALA NERUS – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan gangguan bekalan hasil pertanian sekiranya berlaku bencana banjir pada musim tengkujuh tahun ini.Pengerusinya, Aminuddin Zulkipli berkata, berdasarkan trend banjir sebelum ini, kejadian itu lazimnya tidak berlaku secara menyeluruh sebaliknya hanya melibatkan kawasan tertentu sama ada di pantai timur atau pantai barat.Menurutnya, keadaan itu membolehkan pengurusan bekalan makanan dilaksanakan dengan lebih baik kerana masih ada kawasan pengeluar yang boleh menampung keperluan pasaran."Berdasarkan trend sebelum ini, kalau berlaku bencana banjir di Pantai Timur, bekalan dari Pantai Barat masih boleh digerakkan."Begitu juga sebaliknya. Jadi dari sudut logistik dan tenaga, FAMA sentiasa bersedia bekerjasama dengan agensi kecemasan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sekiranya berlaku situasi luar jangka," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Karnival Jualan Agro Madani @ Terengganu 2025, di sini, pada Khamis.Aminuddin berkata, FAMA turut mengenal pasti lebih awal kawasan yang berisiko banjir bagi memastikan langkah kesiapsiagaan dapat diambil termasuk penyediaan kawasan alternatif sekiranya berlaku bencana."Kita sudah ada pelan kecemasan termasuk lokasi alternatif bagi kawasan yang kerap dilanda banjir seperti di Terengganu."Pengalaman sebelum ini banyak membantu kita membuat persediaan lebih awal dan kali ini pelan persediaan untuk hadapi banjir telah ada," katanya.Menurut beliau, walaupun sukar untuk memberikan jaminan tiada gangguan bekalan, FAMA berusaha memastikan keperluan asas pengguna mencukupi sepanjang musim banjir."Memandangkan bencana ada kalangan berlaku di luar jangka, kita akan cuba sedaya upaya untuk memastikan bekalan makanan sampai kepada rakyat dan akan berusaha untuk memastikan ia mencukupi," katanya.Tambahnya, kebanyakan bekalan sayur-sayuran ketika ini diperoleh dari Cameron Highlands, dan sekiranya berlaku malapetaka besar, FAMA akan segera menggerakkan sumber dari kawasan lain."Jika keadaan benar-benar darurat, kita akan cari jalan bagi memastikan bekalan tidak terputus dan akan berada di lapangan sehingga ke peringkat membawa masuk bekalan jika perlu," jelasnya.Pada masa sama, beliau turut menasihatkan para usahawan tani dan pengusaha agar lebih berwaspada dengan sebarang amaran cuaca serta berhubung rapat dengan agensi berkaitan untuk mendapatkan maklumat terkini."Pemegang taruh perlu lebih proaktif dan bersedia lebih awal. Sediakan keperluan penting di satu tempat agar tidak membuang masa ketika kecemasan," katanya.

Gadis mengadu demam, rupanya sudah hamil

Gadis mengadu demam, rupanya sudah hamil

MUAR – Rahsia seorang remaja yatim piatu ‘menyentuh’ anak orang sehingga hamil 15 minggu terbongkar selepas gadis berusia 15 tahun mengadu sakit demam sebelum dirujuk ke klinik di Segamat dekat sini dalam kejadian pertengahan tahun ini. Perbuatan terkutuk tertuduh, Dhanush, 18, mengundang detik sukar dalam hidupnya apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ... Read more The post Gadis mengadu demam, rupanya sudah hamil appeared first on Kosmo Digital .

Mahu hidup mewah punca terlibat persundalan

Mahu hidup mewah punca terlibat persundalan

POKOK SENA – “Dahulunya saya bekerja kedai makan tetapi oleh kerana ingin hidup mewah seperti kawan-kawan sebaya, saya sanggup ikut mereka melakukan aktiviti tidak bermoral itu. Cukuplah sekali dipenjara, saya ingin mulakan hidup baharu.” Demikian luah seorang ibu muda berusia 21 tahun yang terpaksa menjalani hukuman penjara enam bulan setelah ditahan polis ketika melakukan aktiviti ... Read more The post Mahu hidup mewah punca terlibat persundalan appeared first on Kosmo Digital .