‘Sebab nak tolong Melayulah hutang wajib dibayar’ - Asyraf Wajdi

‘Sebab nak tolong Melayulah hutang wajib dibayar’ - Asyraf Wajdi

SHAH ALAM – Tindakan tegas terhadap peminjam yang culas membayar pinjaman diambil demi memastikan kesinambungan bantuan kepada lebih ramai yang memerlukan.Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah tersebut dilakukan bagi membantu bangsa Melayu."Ada yang menghantar mesej mempersoalkan kenapa saya terlalu keras kepada penghutang MARA, tiga bulan tak bayar sudah dapat notis, katanya nak tolong Melayu."Maaf ya! Sebab nak tolong Melayulah hutang wajib dibayar. Ramai lagi anak bangsa yang perlu dibantu," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Sebelum ini, peminjam MARA disarankan agar tidak melepaskan peluang untuk menikmati pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran.Asyraf Wajdi berkata, dasar pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran itu telah dipersetujui dan diluluskan oleh Majlis MARA.

Korban banjir Vietnam meningkat

Korban banjir Vietnam meningkat

HANOI – Angka kematian bencana banjir di kawasan pergunungan utara Vietnam meningkat kepada 10 orang, demikian menurut pihak berkuasa semalam. Hujan beberapa hari menyebabkan banjir kilat di wilayah Son La, Phu Tho, Tuyen Quang dan khususnya Dien Bien, dengan komuniti setempat terputus hubungan. Kementerian pertanian mengesahkan 10 orang terbunuh dan tujuh lagi cedera dalam komuniti ... Read more The post Korban banjir Vietnam meningkat appeared first on Kosmo Digital .

City ‘terjejas’ masalah peribadi Guardiola

City ‘terjejas’ masalah peribadi Guardiola

MANCHESTER – Masalah peribadi Pep Guardiola mencetuskan kegusaran buat Manchester City menjelang pembukaan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu depan. Ia selepas Guardiola dikatakan kini di ambang perceraian dengan isterinya, Cristina Serra dan keadaan itu dikatakan mampu menghadirkan impak negatif selepas kelab itu merekodkan pencapaian terburuk sejak 2015/16. Walaupun tiada bukti boleh mengaitkan isu ... Read more The post City ‘terjejas’ masalah peribadi Guardiola appeared first on Kosmo Digital .

Bayi dilahirkan daripada embrio beku berusia 31 tahun

Bayi dilahirkan daripada embrio beku berusia 31 tahun

KNOXVILLE: Seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di sebuah hospital berhampiran Knoxville, Tennessee minggu lalu selepas ‘disimpan’ selama 31 tahun sebagai embrio beku, menjadikannya antara kelahiran paling unik dalam sejarah perubatan moden. Bayi tersebut, Thaddeus Daniel Pierce, dilahirkan pada 26 Julai lalu dengan berat kira-kira 3 kilogram (kg) dengan rambut halus di kepala.  Namun secara teknikalnya, ... Read more The post Bayi dilahirkan daripada embrio beku berusia 31 tahun appeared first on Utusan Malaysia .

Operasi carilamat warga Turkiye hilang di laut diteruskan hari kelima

Operasi carilamat warga Turkiye hilang di laut diteruskan hari kelima

KUALA TERENGGANU : Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) bagi seorang lagi warga Turkiye, Eser Demirkol, yang hilang selepas kapal layar Daisy karam di perairan Pulau Yu, diteruskan untuk hari kelima. Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kapten Maritim Hamiludin Che Awang, berkata pencarian hari ini melibatkan sembilan anggota Skuadron Selam Maritim Malaysia bermula kira-kira pukul 9 pagi. “Cuaca cerah dan laut yang agak tenang memberi ruang kepada pasukan penyelam untuk meluaskan radius pencarian,“ katanya dalam kenyataan hari ini. Semalam, pasukan selam menggunakan peralatan Remote Operated Vehicle (ROV) untuk meninjau lokasi kapal layar yang disyaki hanyut, namun tiada petunjuk positif ditemui. Kawasan pencarian meliputi sekitar 500 meter persegi di kedudukan 5.12 batu nautika dari Pulau Yu. Sebelum ini, tiga warga Turkiye iaitu kapten kapal Ahmet Volkan Ata (52), Ates Demiroren (42), dan Demirkol (52) memulakan pelayaran dari Malaysia ke negara asal mereka pada 28 Julai. Kapal layar itu dilanda ribut dan dipercayai karam pada 29 Julai. Demiroren diselamatkan nelayan tempatan pada 31 Julai, manakala Volkan Ata ditemui selamat pada malam yang sama selepas lebih 40 jam berenang di laut. – Bernama

JPJ saman RM445,800 warga Singapura, degil aktifkan tag VEP

JPJ saman RM445,800 warga Singapura, degil aktifkan tag VEP

JOHOR BAHRU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan sebanyak 1,489 saman terhadap pemandu kenderaan Singapura yang dikesan tidak memasang dan mengaktifkan tag RFID Permit Kemasukan Kenderaan (VEP). Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ Malaysia, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, semua saman yang dikeluarkan bermula 1 Julai lalu hingga kelmarin itu berjumlah RM445,800. Katanya, dalam tempoh ... Read more The post JPJ saman RM445,800 warga Singapura, degil aktifkan tag VEP appeared first on Kosmo Digital .

Trump confirms US envoy Witkoff’s Russia visit amid sanctions threat

Trump confirms US envoy Witkoff’s Russia visit amid sanctions threat

WASHINGTON : President Donald Trump confirmed his special envoy Steve Witkoff will travel to Russia next week amid escalating tensions and a looming sanctions deadline. The announcement follows Trump’s deployment of two nuclear submarines, though he did not specify if they were nuclear-armed or merely nuclear-powered. Trump stated Witkoff’s visit would likely occur “next week, Wednesday or Thursday,“ as the US pressures Moscow to end its war in Ukraine or face new sanctions. When asked about the envoy’s message, Trump replied, “Yeah, get a deal where people stop getting killed.” The US president has previously warned of “secondary tariffs” targeting Russia’s trade partners, including China and India, which could further isolate Moscow. However, Russian President Vladimir Putin remains defiant, reiterating his unchanged demands for Ukraine to cede territory and abandon NATO aspirations. Despite Trump’s earlier optimism about ending the conflict, Russia’s offensive persists. The envoy’s trip marks another attempt at diplomacy, though past efforts have stalled. – AFP