Barang rampasan bernilai RM355,292 dilupuskan

Barang rampasan bernilai RM355,292 dilupuskan

TAIPING - Pelbagai barang rampasan hasil serbuan Polis Daerah Taiping untuk tempoh dari 2011 hingga Julai 2025 dianggarkan bernilai RM355,292 telah dilupuskan.Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pelupusan itu melibatkan 40 kertas siasatan kes kontraban, perjudian, barang am dan bitcoin yang berjaya diselesaikan."Pelupusan meliputi rampasan 427 unit mesin bitcoin pelbagai jenama bernilai RMRM106,750 serta 130 kotak dan 41 bungkusan mercun bernilai RM15,000."Kes kontraban pula melibatkan10,470 karton melibatkan 2 juta batang rokok pelbagai jenama bernilai RM266,788.45 serta 632 tin dan 44 botol arak pelbagai jenama bernilai RM1,753.55 dilupuskan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelupusan Mega Barang Kes yang disempurnakan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Luqman Abdul Rahman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini pada Khamis.Hadir sama, Pengarah Pendakwaan negeri, Muhammad Zaki Abdul Kudos dan Majistret Ahmad Hamdi Mustafar.Mohamad Nasir berkata, kes lain melibatkan rampasan judi melibatkan daun terup, mesin judi dan wang tunai dengan nilai rampasan RM10,000."Barang am juga dilupuskan melibatkan rampasan sampel darah kes-kes seksual dari tahun 2011 hingga 2019."Pelupusan dijalankan mengikut peruntukan undang- undang di bawah Seksyen 407A Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593)," katanya.Beliau berkata, pelupusan itu dapat menjimatkan kos penyelenggaraan dan mengatasi masalah ruang simpanan barang kes selain mematuhi prosedur perundangan serta arahan mahkamah.

‘Dah kahwin 2 bulan kan? Masih tak mengandung?’

‘Dah kahwin 2 bulan kan? Masih tak mengandung?’

PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp, memaparkan soalan yang dianggap tidak sensitif terhadap pasangan baru melangsungkan perkahwinan. Dalam perbualan tersebut, seorang individu bertanyakan soalan mengenai zuriat kepada seorang wanita yang baru dua bulan mendirikan rumah tangga. “Dah kahwin dua bulan kan? Masih tak mengandung lagi ke? Aku sebulan kahwin ... Read more The post ‘Dah kahwin 2 bulan kan? Masih tak mengandung?’ appeared first on Kosmo Digital .

Eksport semikonduktor Malaysia ke AS masih bebas tarif - Tengku Zafrul

Eksport semikonduktor Malaysia ke AS masih bebas tarif - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengulangi bahawa eksport semikonduktor Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) setakat ini masih dikecualikan daripada tarif timbal balas AS. Beliau berkata bagaimanapun status pengecualian tersebut tertakluk kepada semakan dasar semasa dan boleh berubah pada bila-bila masa. AS kini sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 232 Akta Perluasan Perdagangan 1962 bagi menentukan sama ada import semikonduktor, peralatan pembuatan semikonduktor dan produk terbitan berkaitan boleh menjejaskan keselamatan negaranya, katanya. “Sepatutnya siasatan itu diselesaikan pada akhir Disember, tetapi (telah) dipercepatkan dan keputusan daripada siasatan ini akan digunakan untuk tindakan selanjutnya termasuk kemungkinan pendekatan pengenaan tarif yang tinggi seperti yang diumumkan oleh Presiden AS Donald Trump pagi ini,” katanya ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (Bagan-PH) mengenai impak daripada perkembangan terbaharu berhubung laporan bahawa AS akan mengenakan tarif sekitar 100 peratus ke atas cip semikonduktor yang diimport dari negara yang tidak menghasilkannya di AS atau tidak merancang untuk berbuat sedemikian. Tengku Zafrul berkata Malaysia sedang mengambil beberapa langkah mitigasi termasuk berhubung secara langsung dengan Wakil Perdagangan AS dan Jabatan Perdagangan negara itu bagi mendapatkan penjelasan rasmi, di samping memperjuangkan kepentingan pengeksport Malaysia. Beliau berkata sekiranya tarif dikenakan ke atas produk semikonduktor Malaysia, negara berisiko kehilangan pasaran utama di AS menyebabkan produk keluaran tempatan mungkin menjadi kurang kompetitif. Bagaimanapun, sehingga kini kerajaan AS belum memuktamadkan secara terperinci mekanisme pelaksanaan tarif tersebut, katanya. “Berdasarkan maklumat semasa, pengecualian bukanlah berdasarkan negara tetapi mungkin diberikan kepada syarikat yang melabur secara langsung di AS tanpa mengambil kira lokasi syarikat itu di negara lain. “Oleh itu, impaknya adalah sangat bergantung kepada pelaburan dan operasi syarikat antarabangsa yang berada di Malaysia,” katanya. Beliau berkata 65 peratus eksport semikonduktor Malaysia ke AS adalah daripada kalangan syarikat AS yang beroperasi di Malaysia - BERNAMA

Suri rumah didakwa miliki 205 pasport, MyKad palsu

Suri rumah didakwa miliki 205 pasport, MyKad palsu

SHAH ALAM – Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tiga pertuduhan termasuk memiliki 205 pasport antarabangsa, bulan lalu. Tertuduh, N. Paarvathy, 41, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman. Paarvathy didakwa memiliki 205 pasport antarabangsa Malaysia tanpa kuasa yang sah dan dituduh di ... Read more The post Suri rumah didakwa miliki 205 pasport, MyKad palsu appeared first on Kosmo Digital .

Tesla issues recall for brake line corrosion on Model 3 Highland, pre-facelift Model Y in Europe

Tesla issues recall for brake line corrosion on Model 3 Highland, pre-facelift Model Y in Europe

Tesla is issuing recall for selected vehicles in Europe for a potential issue with brake line corrosion, reported Not A Tesla App, and the carmaker is contacting vehicle owners ahead of an expected notice from […] The post Tesla issues recall for brake line corrosion on Model 3 Highland, pre-facelift Model Y in Europe appeared first on Paul Tan's Automotive News .

Bas Mekar JPN mudahkan urusan rakyat di PMR 2025 Kelantan

Bas Mekar JPN mudahkan urusan rakyat di PMR 2025 Kelantan

KOTA BHARU: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyediakan perkhidmatan melalui Bas Mekar bagi memudahkan urusan pengunjung Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Kelantan. Perkhidmatan ini beroperasi di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah permohonan kad pengenalan 12 tahun, gantian kad pengenalan rosak atau hilang, serta pertukaran alamat. Pengunjung juga boleh melakukan urusan pendaftaran dan cabutan daftar kelahiran serta kematian. Jurucakap JPN Kelantan berkata perkhidmatan bas bergerak ini beroperasi dari 9 pagi hingga 6 petang. Setiap permohonan mengambil masa sekitar 30 minit untuk disiapkan. “Permohonan kad pengenalan terbuka kepada mana-mana warganegara Malaysia, khususnya kanak-kanak berumur 12 tahun,” jelas jurucakap tersebut. Pengunjung Mohd Shahir Khassin, 38, memuji kemudahan ini kerana menjimatkan masa berbanding berurusan di pejabat JPN. “Dengan Bas Mekar, urusan lebih mudah dan selesai dalam 30 minit,” katanya. Noraini Mat Isa, 35, pula berpeluang mendaftarkan kelahiran anak bongsunya yang berusia tiga minggu. “Saya bersyukur tidak perlu ke pejabat JPN yang jauh,” ujarnya. PMR 2025 Kelantan menawarkan lebih 100 perkhidmatan terus kepada rakyat. Program ini diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan - BERNAMA