Pelakon veteran Nu’man Mohd Salleh meninggal dunia

Pelakon veteran Nu’man Mohd Salleh meninggal dunia

PELAKON veteran, Nu’man Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Charlie yang disahkan menghidap kanser usus tahap empat, meninggal dunia pada usia 71 tahun pada Rabu.Adik Allahyarham, Yusri Salleh berkata, abangnya menghembuskan nafas terakhir di rumah anak perempuannya di Sri Rampai, Kuala Lumpur pada 8.15 malam."Arwah terlantar sakit pada Khamis lepas dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur lalu disahkan menghidap kanser usus."Arwah kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi dan dibenarkan pulang ke rumah pada hari Jumaat. Keadaannya tenat dan tidak boleh bercakap," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Rabu.Beliau berkata, jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi Taman Melati selepas zohor, esok, seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selaseh.Allahyarham Charlie yang merupakan bapa tunggal meninggalkan tujuh orang anak. - Bernama

ADUN Sekinchan terima ugutan video lucah AI

ADUN Sekinchan terima ugutan video lucah AI

SHAH ALAM: Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim menjadi mangsa terbaharu ugutan kandungan pornografi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan itu, pejabatnya semalam menerima satu surat menerusi pos yang mengandungi tangkap layar palsu mendakwa mempunyai akses video berkaitan diri beliau. Jelas Suee Lim, mesej itu ... Read more The post ADUN Sekinchan terima ugutan video lucah AI appeared first on Utusan Malaysia .

Paratici kembali ke Tottenham selepas penggantungan FIFA

Paratici kembali ke Tottenham selepas penggantungan FIFA

GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur mengesahkan kepulangan semula Fabio Paratici ke The Lilywhites sebagai pengarah sukan selepas dikenakan penggantungan dua tahun setengah oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).Spekulasi mengenai kembalinya individu berpengaruh itu sudah lama bertiup, malah media tempatan pada Mei lalu melaporkan rundingan antara kedua-dua pihak sedang berjalan bagi membolehkan Paratici kembali menyertai kelab London Utara berkenaan.Paratici, 53, akan berkongsi tanggungjawab sebagai Pengarah Sukan Bersama bersama Johan Lange, dengan portfolio utama meliputi hala tuju bola sepak lelaki, pembangunan prestasi pemain, pemantauan bakat baharu serta urusan pengambilan pemain.Beliau sebelum ini melepaskan jawatan pada April 2023 selepas rayuannya terhadap hukuman penggantungan 30 bulan oleh FIFA ditolak Mahkamah Sukan tertinggi Itali berhubung kes salah laku kewangan ketika bersama Juventus.Ketika mengemudi Juventus sebagai pengarah sukan dan pengarah urusan, Paratici didapati terlibat dalam kes akaun palsu sehingga kelab gergasi Serie A itu dikenakan pemotongan 10 mata dalam saingan liga musim tersebut.Bagaimanapun, bulan lalu Mahkamah Rom menerima tawaran pengakuan perjanjian yang dikemukakan Paratici serta beberapa bekas pegawai Juventus lain, sekali gus membatalkan hukuman penjara 18 bulan yang sepatutnya dijatuhkan ke atasnya.Menurut undang-undang Itali, perjanjian seperti itu tidak membawa maksud pengakuan bersalah atau tanggungjawab terhadap tuduhan."Saya amat gembira dapat kembali ke kelab yang amat saya cintai."Saya telah bekerja rapat dengan Johan, Vinai (Venkatesham] dan Thomas (Frank) sebagai perunding sejak beberapa bulan lalu dan kini bersedia untuk kembali ke London bagi memulakan tugas sepenuh masa."Saya yakin melalui kerjasama dengan Johan, kami mampu membina masa depan yang istimewa untuk kelab ini dan seluruh penyokong Spurs," kata Paratici dalam kenyataan rasmi.Tottenham dalam masa sama memaklumkan struktur kepimpinan baharu kelab itu akan dilengkapkan dengan pelantikan pengarah operasi bola sepak, yang bakal bekerjasama rapat dengan Paratici dan Lange.Skuad wanita Spurs buat masa ini kekal di bawah penyeliaan terus Ketua Pegawai Eksekutif, Vinai Venkatesham, sehingga pelantikan baharu diumumkan.

Perakam badan bantu JPJ hadapi operasi berisiko tinggi

Perakam badan bantu JPJ hadapi operasi berisiko tinggi

KUALA LANGAT: Penggunaan alat perakam badan (BWC) membantu kelancaran operasi penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terutama yang berisiko tinggi bagi memastikan tahap keselamatan anggota dan menyimpan bukti jika berlaku pertikaian. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pengagihan dan pemakaian 100 unit BWC itu akan dilakukan secara berperingkat kepada semua negeri. “Hari ini (malam ... Read more The post Perakam badan bantu JPJ hadapi operasi berisiko tinggi appeared first on Utusan Malaysia .

Pengendali degil bawa lebih muatan bakal dilucut hak, hilang lesen

Pengendali degil bawa lebih muatan bakal dilucut hak, hilang lesen

KUALA LANGAT: Pengendali kenderaan perdagangan yang berdegil membawa lebih muatan akan dikenakan tindakan tegas termasuk pelucutan hak dan pembatalan lesen. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya melaksanakan operasi selama tiga bulan bermula semalam bagi memastikan aspek pematuhan had muatan dipatuhi sewajarnya. “Saya ingatkan kepada pengendali bahawa kita akan periksa ... Read more The post Pengendali degil bawa lebih muatan bakal dilucut hak, hilang lesen appeared first on Utusan Malaysia .

Kembalikan kuasa disiplinkan pelajar kepada guru – Pemuda Pas Perlis

Kembalikan kuasa disiplinkan pelajar kepada guru – Pemuda Pas Perlis

KANGAR: Pemuda Pas negeri menggesa Kementerian Pendidikan mengembalikan kuasa mendisplinkan pelajar kepada guru termasuk hukuman rotan. Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Haziq Asyraf Dun berkata, hukuman berkenaan selama ini menjadi antara mekanisme penting dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar. Katanya, tanpa autoriti, guru menjadi tidak berdaya menghadapi pelajar yang semakin berani melawan, membuli, malah ada yang ... Read more The post Kembalikan kuasa disiplinkan pelajar kepada guru – Pemuda Pas Perlis appeared first on Utusan Malaysia .

vivo Announces OriginOS 6 Release Worldwide; Replacing FunTouch OS

vivo Announces OriginOS 6 Release Worldwide; Replacing FunTouch OS

For almost five years now, vivo has replaced the FunTouch OS for OriginOS in its home market of China. Now, the company is finally rolling it out to the rest of the world. Though by this time, the mobile operating system is already in its sixth version. All that being said though, it looks like […] The post vivo Announces OriginOS 6 Release Worldwide; Replacing FunTouch OS appeared first on Lowyat.NET .