DUPP desak Pelan Nasional Keselamatan, Akhlak Sekolah digubal segera

DUPP desak Pelan Nasional Keselamatan, Akhlak Sekolah digubal segera

ALOR SETAR – Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) mendesak kerajaan menggubal segera Pelan Nasional Keselamatan dan Akhlak Sekolah dengan penglibatan ulama, ahli pendidikan dan pakar psikologi Islam bagi menjadikan sekolah sebagai benteng nilai akhlak serta keselamatan murid.Ketua DUPP, Datuk Ahmad Yahaya berkata, pelan itu penting bagi memastikan sistem pendidikan negara tidak lagi gagal memelihara maruah (hifz al-‘ird) dan nyawa (hifz al-nafs) pelajar sebagaimana dituntut dalam prinsip maqasid as-syariah.Menurutnya, Menteri Pendidikan wajar diberikan peranan memimpin sendiri reformasi sistem keselamatan dan akhlak pelajar menerusi pelan tersebut.Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menegakkan tanggungjawab moral dan kepimpinan spiritual dengan memimpin sendiri reformasi keselamatan dan akhlak pelajar, bukannya menyerahkan sepenuhnya kepada pegawai bawahan."Kementerian masih gagal menegakkan prinsip maqasid as-syariah dalam pendidikan. Fokus kepada disiplin dan sokongan psikososial sahaja tidak memadai kerana ia bersifat reaktif, bukan pencegahan. Pendidikan Islam mesti mendidik pelajar menjauhi maksiat, bukan sekadar mengurus akibat selepas itu," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Ahmad menegaskan, krisis moral pelajar sekolah berpunca daripada kegagalan sistem pendidikan memupuk nilai rohani dan adab Islami. Justeru, Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu disemak semula agar roh Islam menjadi tunjang kepada pembentukan insan berilmu dan berakhlak."Tanpa pendidikan berasaskan akhlak, sistem hanya melahirkan generasi berilmu tetapi tidak beradab," katanya.Dalam pada itu, DUPP mengemukakan lima langkah pembaharuan berasaskan prinsip tarbiah Islamiyyah bagi menangani isu moral dan keselamatan pelajar."DUPP menyarankan diwujudkan Unit Perlindungan dan Keselamatan Pelajar Nasional (UPKPN) di bawah KPM bagi memantau kes salah laku berat, menyediakan pelan perlindungan bersepadu kepada mangsa serta melatih guru dan pentadbir menangani kes moral berasaskan prinsip fiqh tarbiah dan akhlak Islam."DUPP juga mencadangkan penubuhan Pusat Pendidikan Akhlak Alternatif serta memperkukuh kurikulum Pendidikan Islam dan Moral dengan penekanan kepada ta’dib (pembentukan adab, disiplin), tazkiyah al-nafs (penyucian jiwa) dan akhlak, menjadikan nilai Islam sebagai teras pembentukan watak pelajar," katanya.Tambah beliau, penambahbaikan keselamatan fizikal dan moral sekolah juga perlu dilakukan dengan penyediaan unit khas perlindungan mangsa jenayah seksual, serta pusat pemulihan berasaskan bimbingan agama dan tanggungjawab sosial kepada pelaku."Semua sekolah mesti dilengkapi sistem pengawasan berkesan, warden berfungsi dan laluan selamat, khususnya bagi pelajar perempuan. Ini termasuk pendidikan kawalan diri melalui bimbingan agama dan akhlak."Perlu ada unit khas bagi melindungi mangsa jenayah seksual di sekolah menerusi kaunseling, pemulihan rohani dan jaminan keselamatan sosial," jelasnya.Ahmad berkata, DUPP menyokong keputusan Lembaga Tatatertib Sekolah menjatuhkan hukuman buang sekolah terhadap pelajar yang didapati bersalah dalam kes salah laku seksual, dengan menyifatkan langkah itu selaras dengan prinsip Islam yang mendidik melalui ta’dib dan nahi mungkar (pencegahan kejahatan)."Buang sekolah bukan bermaksud menutup pintu taubat. Kerajaan perlu menyediakan pusat pemulihan berasaskan bimbingan agama, akhlak dan tanggungjawab sosial kepada pelaku. Islam mendidik melalui penginsafan, bukan hanya menghukum."Ini memberi mesej jelas bahawa sekolah ialah tempat membina akhlak, bukan medan kejahatan tersembunyi. Islam juga menegaskan hukuman bukan hanya bersifat punitif tetapi berperanan mendidik jiwa dan mencegah masyarakat daripada mengulangi kemungkaran," katanya.Ahmad menegaskan, tanggungjawab tidak boleh diletakkan kepada pelajar semata-mata, sebaliknya Menteri Pendidikan wajib memikul amanah moral dan politik atas kelemahan sistem yang membolehkan salah laku itu berulang."Islam mengajar bahawa kepimpinan ialah amanah, bukan keistimewaan. Tanggungjawab terhadap keselamatan dan maruah pelajar adalah amanah besar yang akan dipersoalkan di sisi ALLAH SWT kelak."Menteri Pendidikan mesti memimpin dengan teladan dan memastikan sistem pendidikan negara benar-benar menjadi benteng akhlak, bukan sekadar tempat menimba ilmu akademik. Beliau perlu menunjukkan kepimpinan moral yang berprinsip dan berani," katanya.Tambah beliau, DUPP berharap kerajaan menjadikan insiden yang berlaku sebagai titik kebangkitan moral nasional dengan mengembalikan roh pendidikan Islam yang menyatukan antara ilmu dan akhlak."Pendidikan Islam mesti kembali menjadi asas pembinaan insan. Pendidikan tanpa nilai adalah kegagalan dan kepimpinan tanpa tanggungjawab adalah pengkhianatan terhadap amanah rakyat," katanya.

Anggota FRU, empat warga India didakwa perdagang tujuh wanita

Anggota FRU, empat warga India didakwa perdagang tujuh wanita

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bersama empat warga India didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan tujuh individu bagi tujuan eksploitasi seksual secara paksa, bulan lalu. Koperal S. Kobinath, 34, bersama seorang lelaki, Mathan, 21 dan tiga wanita, Thanaletchumy, 57; Vasanthy Shanmukham, 44; dan Muniswary, 25, mengaku tidak ... Read more The post Anggota FRU, empat warga India didakwa perdagang tujuh wanita appeared first on Utusan Malaysia .

Kerajaan Melaka belanja RM641,450 baiki pulih 39 rumah sejak Januari

Kerajaan Melaka belanja RM641,450 baiki pulih 39 rumah sejak Januari

MELAKA: Kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan Melaka telah membelanjakan RM641,450 untuk membaik pulih 39 rumah sejak 1 Januari lalu. Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin menyatakan rumah-rumah tersebut melibatkan 13 Dewan Undangan Negeri di Melaka termasuk DUN Kelebang. Beliau menjelaskan kos pembaikan setiap rumah bergantung kepada jenis kerosakan yang dialami. “Sebagai contoh dua rumah yang dibaiki dalam DUN Kelebang yang diserahkan hari ini melibatkan peruntukan sebanyak RM40,000,” katanya selepas Program Melaka Rumahku (Baik Pulih) di Kampung Pinang. Rais menekankan bahawa kebanyakan rumah yang dibaiki berada dalam keadaan uzur atau usang. Kerosakan utama sering berlaku pada bahagian bumbung sehingga menyebabkan rumah tidak selamat untuk didiami. Program Melaka Rumahku (Bina Baharu) turut dilaksanakan dengan perbelanjaan RM1.3 juta untuk pembinaan rumah baharu. Penerima Program Melaka Rumahku (Baik Pulih) Poniah Ahmad, 75, mengucapkan syukur atas bantuan yang diterimanya. Beliau mengalami masalah bumbung rumah yang rosak dan bocor sejak tiga tahun lalu. “Syukur Alhamdulillah, kesusahan kami mendapat perhatian ADUN Kelebang dan kerajaan negeri serta LPM yang membantu membaiki bumbung rumah yang rosak,” katanya. – Bernama

413 individu ditahan dalam Op Tapis Khas Perak, dadah RM87,660 dirampas

413 individu ditahan dalam Op Tapis Khas Perak, dadah RM87,660 dirampas

IPOH : Polis menahan 413 individu dalam Op Tapis Khas yang dijalankan selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Oktober lepas bagi membanteras aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di seluruh Perak. Timbalan Ketua Polis Perak SAC Mohammad Azlin Sadari berkata operasi itu melibatkan 270 anggota termasuk 28 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia serta kerjasama tujuh anggota Agensi Antidadah Kebangsaan. Beliau menyatakan tumpuan operasi diberikan di kawasan Felda, Felcra, ladang swasta, rumah pangsa, dan jeti nelayan yang dikenal pasti sebagai lokasi penagihan. Daripada jumlah tangkapan, 53 individu disiasat atas kesalahan mengedar manakala 128 memiliki dadah. Seramai 224 individu disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tiga lagi ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Dadah (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985. Nilai keseluruhan rampasan dadah dianggarkan RM87,660 merangkumi 13.7 kilogram ganja, 2.6 kilogram heroin, dan 92.76 gram syabu. Rampasan turut termasuk 0.004 liter cecair syabu, 3.11 gram ketamin, 89 pil Erimin 5, dan 35 pil Yaba. Daun ketum sebanyak 2,000 gram dan 22.2 liter cecair ketum turut dirampas dalam operasi tersebut. Pihak polis turut menyita empat motosikal, sebuah kereta dan wang tunai bernilai RM24,871. Sembilan warga asing dari Kemboja, dua dari Thailand, dan masing-masing seorang dari Indonesia, Nepal dan China turut ditahan. Dalam operasi di Taiping, polis berjaya menahan dua lelaki dan merampas 13.6 kilogram ganja bernilai RM37,700. Polis juga menemukan 2.3 kilogram heroin dan 0.6 gram syabu bernilai RM22,917 selepas menahan seorang lelaki di Batu Gajah. – Bernama

Pantau kesihatan, buat saringan awal influenza ketika cuti sekolah – JPNPP

Pantau kesihatan, buat saringan awal influenza ketika cuti sekolah – JPNPP

GEORGE TOWN : Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) menasihatkan ibu bapa untuk menggunakan sepenuhnya cuti sekolah sempena perayaan Deepavali ini untuk memantau tahap kesihatan anak mereka. Pengarahnya, Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, dalam hal ini, ibu bapa juga digalakkan untuk membuat saringan awal jika anak-anak mereka didapati mempunyai simptom influenza sebelum sekolah dibuka semula, ... Read more The post Pantau kesihatan, buat saringan awal influenza ketika cuti sekolah – JPNPP appeared first on Utusan Malaysia .

Tiga beranak bersekongkol edar daun ketum dalam jerami

Tiga beranak bersekongkol edar daun ketum dalam jerami

KUANTAN – Helah tiga beranak menyembunyikan daun ketum di dalam bungkusan jerami bagi mengaburi pihak berkuasa akhirnya terbongkar selepas polis menyerbu sebuah rumah di Felda Lepar Hilir 1, dekat sini, petang semalam. Dalam serbuan kira-kira pukul 2.40 petang itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan dengan bantuan Balai Polis Gambang turut ... Read more The post Tiga beranak bersekongkol edar daun ketum dalam jerami appeared first on Kosmo Digital .