KPM umum garis panduan keselamatan dan larangan telefon pintar sekolah

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan meneliti dan menetapkan garis panduan khusus susulan cadangan pelaksanaan langkah segera bagi meningkatkan tahap keselamatan di semua institusi pendidikan. KPM juga menyokong cadangan larangan penggunaan telefon pintar di sekolah bagi murid berusia bawah 16 tahun. Garis panduan berkenaan dijangka diumumkan dalam masa terdekat menurut kenyataan KPM hari ini. KPM menyambut baik keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini yang menggariskan langkah segera bagi menangani isu keselamatan di institusi pendidikan. Usaha meningkatkan pemantauan pihak polis di semua institusi berkenaan turut digariskan dalam mesyuarat tersebut. KPM turut menyokong hasrat kerajaan menetapkan had umur 16 tahun bagi penggunaan media sosial bagi melindungi kanak-kanak dan remaja daripada ancaman siber. Mekanisme pelaksanaan had umur media sosial akan diperincikan oleh Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Semua institusi pendidikan di bawah seliaan KPM digesa memperkukuh peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta komuniti setempat. Kerjasama ini bagi memastikan aspek keselamatan dapat ditingkatkan secara menyeluruh. Kerjasama rentas kementerian dan agensi berkaitan mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh aspek keselamatan di semua institusi pendidikan di bawah KPM. – Bernama

Bedah siasat pelajar UM maut jatuh kolej kediaman dijalankan malam ini

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas pelajar Universiti Malaya yang maut selepas terjatuh dari kolej kediaman akan dijalankan malam ini di Jabatan Patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat mengesahkan kejadian membabitkan pelajar lelaki berusia 22 tahun itu berlaku pada kira-kira 3.15 petang. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di PPUM pada pukul 4.25 petang. Pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Universiti Malaya dalam kenyataan berasingan memaklumkan pelajar tersebut disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan kecemasan di PPUM. Seluruh warga Universiti Malaya menzahirkan rasa sedih dan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham. Jabatan Hal Ehwal Pelajar kini menyalurkan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga terlibat. Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa dan Universiti Malaya memberi kerjasama penuh bagi membantu siasatan tersebut. UM turut menyeru semua pihak agar menghormati privasi keluarga mangsa serta tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan insiden berkenaan. – Bernama

Pelajar bawah 16 tahun dilarang guna telefon bimbit di sekolah – KPM

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan larangan penggunaan telefon pintar di sekolah bagi murid bawah umur 16 tahun. Menerusi satu kenyataan, KPM berkata, garis panduan berkenaan larangan itu akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat. “KPM menyambut baik keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini yang menggariskan langkah-langkah segera bagi menangani isu keselamatan di institusi ... Read more The post Pelajar bawah 16 tahun dilarang guna telefon bimbit di sekolah – KPM appeared first on Kosmo Digital .

Nasib FAM bakal diputuskan FIFA pada 30 Oktober

PETALING JAYA – Teka-teki mengenai tarikh keputusan berhubung rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kes hukuman dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bakal didedahkan pada 30 Oktober depan. Peguam sukan yang dilantik FAM, Serge Vittoz berkata, rayuan rasmi sudah difailkan pada 14 Oktober selepas menerima hukuman yang dikeluarkan Jawatankuasa Tatatertib FIFA pada 26 September ... Read more The post Nasib FAM bakal diputuskan FIFA pada 30 Oktober appeared first on Kosmo Digital .

Bekas naib canselor USM cedera kepala disamun dekat rumah

GEORGE TOWN: Bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Tan Sri Prof Emeritus Dzulkifli Abdul Razak mengalami kecederaan di kepala selepas disamun berhampiran kediamannya di Taman Pekaka di sini awal pagi tadi. Menurut perkongsian laman Facebook Universiti Utara Malaysia (UUM), kejadian itu berlaku ketika Dzulkifli dalam perjalanan pulang daripada menunaikan solat Subuh. Hantaran itu memaklumkan bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu menerima 15 jahitan selepas dihentak dengan senjata yang dipercayai pistol. Sementara itu kenyataan ahli keluarga yang dikongsi UUM di ruangan komen memberitahu Dzulkifli dalam keadaan selamat dan sihat. Ahli keluarga memaklumkan akan berkongsi maklumat lanjut selepas siasatan polis selesai bagi mengelakkan sebarang spekulasi. Mereka juga menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan, kefahaman dan kesabaran semua pihak. UUM dalam hantaran tersebut turut menyatakan simpati atas kejadian yang menimpa tokoh akademik itu dan mendoakan kesembuhan beliau. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan. Beliau berkata setakat ini polis telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan dan suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah reman. Azizee menyatakan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menerima panggilan memaklumkan kejadian itu pada 7.01 pagi. Beliau menjelaskan insiden tersebut berlaku kira-kira 6.45 pagi dengan mangsa berusia 75 tahun mengalami kecederaan di kepala. Katanya polis telah menahan seorang lelaki di sini bagi membantu siasatan kes tersebut. Siasatan lanjut juga sedang berjalan untuk mengenal pasti motif kejadian itu termasuk mengenal pasti senjata yang digunakan suspek. – Bernama

Siti Saleha dilantik Profesor Adjung Taylor’s University

PETALING JAYA – Pelakon Siti Saleha menyifatkan pelantikan sebagai Profesor Adjung bagi program Sarjana Muda Seni Persembahan di Taylor’s University sebagai lembaran baharu dalam kehidupannya. Siti Saleha atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd. Baharum, 35, berkata, teruja menggalas tanggungjawab yang diamanahkan selain bersedia menyumbang ilmu dan pengalaman di arena seni. “Terima kasih, Taylor’s Performing Arts ... Read more The post Siti Saleha dilantik Profesor Adjung Taylor’s University appeared first on Kosmo Digital .

KDN tingkat rondaan, kehadiran polis di sekolah - Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menekankan fokus utama dalam beberapa aspek termasuk meningkatkan rondaan dan kehadiran polis di kawasan sekolah bagi menyokong dasar keselamatan digital pelajar.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementerian turut memperkukuh kempen kesedaran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta memperkasa peranan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dalam membimbing pelajar mengenai keselamatan siber."KDN turut menyokong pendekatan menyeluruh melibatkan mempertingkat sistem sokongan kesihatan mental yang mudah diakses dan mesra belia di sekolah serta komuniti."Kedua, penguatkuasaan jelas dengan akibat yang konsisten terhadap penyalahgunaan peranti, buli siber dan eksploitasi digital."Ketiga, pemantauan dan penyesuaian dasar secara berterusan agar langkah berkenaan kekal relevan dengan perubahan teknologi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, kerajaan bercadang untuk melarang penggunaan telefon pintar bagi individu berusia bawah 16 tahun sebagai sebahagian daripada langkah segera menangani isu keselamatan di sekolah, termasuk kes buli dan jenayah keganasan dalam kalangan pelajar.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan tersebut merupakan salah satu daripada tiga langkah segera yang dicadangkan oleh Jemaah Menteri.Ujar Saifuddin, usaha lain juga membabitkan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan termasuk KPM, Kementerian Kesihatan (KKM), PIBG, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan platform digital."Pendidikan literasi digital yang mantap bagi membentuk pelajar beretika dan bertanggungjawab dalam dunia maya."Akauntabiliti platform dan keselamatan melalui reka bentuk supaya syarikat teknologi turut memainkan peranan dalam melindungi pengguna bawah umur," ujarnya.Beliau menegaskan isu keselamatan digital pelajar merupakan satu tanggungjawab nasional yang menuntut kerjasama menyeluruh antara kerajaan, institusi pendidikan, ibu bapa, komuniti dan industri teknologi.Menurutnya, langkah tersebut bertujuan melindungi masa depan generasi muda supaya mereka membesar dalam persekitaran pembelajaran yang selamat, berdisiplin dan sejahtera secara mental serta digital, seiring dengan aspirasi Malaysia Madani."KDN menyatakan sokongan penuh terhadap langkah tegas dan berpandangan jauh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperkenalkan dasar bagi menghadkan akses kepada platform media sosial yang memaparkan kandungan keganasan, lucah serta unsur-unsur negatif dan merbahaya yang boleh membawa kemudaratan kepada kanak-kanak di bawah umur."Sebagai pelengkap kepada langkah ini, KDN melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan tindakan bersepadu yang menekankan pendidikan, pencegahan dan Penguatkuasaan," kata beliau.