Permulaan kepada perpecahan besar-besaran Bersatu ?

Permulaan kepada perpecahan besar-besaran Bersatu ?

KANGAR: Pemecatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan yang dikaitkan dengan kem Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilihat permulaan kepada perpecahan besar-besaran dalam parti tersebut. Bekas Timbalan Pengerusi Tetap Bersatu, Datuk Hashim Suboh berkata, pemecatan Wan Saiful itu tidak boleh dilihat sebagai tindakan terhadap individu, ... Read more The post Permulaan kepada perpecahan besar-besaran Bersatu ? appeared first on Utusan Malaysia .

Wujud kelemahan dalam pendaftaran klinik swasta, bayaran tuntutan PH Corp.

Wujud kelemahan dalam pendaftaran klinik swasta, bayaran tuntutan PH Corp.

PETALING JAYA: Penyiasatan tatakelola telah dilaksanakan berdasarkan maklumat diterima pada awal Januari tahun ini bahawa terdapat kelemahan dalam proses pendaftaran klinik swasta serta pengurusan bayaran tuntutan oleh Protect Health Corporation Sdn. Bhd. (PH Corp.) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM). Kelemahan itu berpotensi membuka ruang kepada risiko rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, sekali gus menjejaskan ... Read more The post Wujud kelemahan dalam pendaftaran klinik swasta, bayaran tuntutan PH Corp. appeared first on Utusan Malaysia .

756 students join safe internet campaign in Kota Kinabalu

756 students join safe internet campaign in Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: A total of 756 students from Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu participated in the Safe Internet Campaign held at the college today. The campaign aimed to strengthen cyber safety awareness among the younger generation. Organised by the Communications Ministry through the Malaysian Communications and Multimedia Commission, the programme was attended by Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil. It sought to cultivate a culture of ethical and responsible internet use among youth. Also present were the ministry’s secretary-general Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa, MCMC deputy managing director Datuk Zurkarnain Mohd Yasin and the college principal Suhaibul Kassim. The campaign highlighted current cyber issues such as online scams, cyberbullying, misuse of personal information and the spread of false content. Through interactive sessions, students were taught how to identify online risks, recognise scam tactics and verify the authenticity of information before sharing it. Emphasis was also given on the importance of practising caution and moderation on social media. This included avoiding excessive disclosure of personal details to minimise data misuse and security threats. The Safe Internet Campaign reflects MCMC’s continued efforts to empower a digitally literate, ethical and secure online community. The initiative is now being actively extended to educational institutions across Sabah. As of October 2025, a total of 4,734 educational institutions nationwide have participated in the campaign. This includes 434 educational institutions in Sabah. – Bernama

Dua beradik, rakan ditahan bersama 49.38kg ganja

Dua beradik, rakan ditahan bersama 49.38kg ganja

BALIK PULAU - Dua beradik dan seorang rakan mereka yang merupakan sindiket pengedaran dadah di negeri ini ditahan dalam serbuan di dua lokasi berbeza pada jam 9 malam, 10 Oktober lalu.Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, dalam serbuan pertama, polis menahan dua lelaki di dalam sebuah kereta Proton Wira dan merampas 49.38 kilogram ganja bernilai RM153,078.Menurutnya, dua lelaki berusia 33 dan 43 tahun itu ditahan di Persiaran Pantai Jerejak, Bayan Baru."Ketika ditahan, mereka dipercayai sedang berurus niaga dengan pelanggan tetap mereka. Berlaku sedikit pergelutan dan ada usaha melarikan diri ketika tangkapan dibuat."Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini pada Khamis.Tambah Sazalee, susulan daripada tangkapan itu, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 48 tahun di Bandar Perdana di Sungai Petani, Kedah pada hari sama."Suspek kedua berusia 43 tahun merupakan adik kepada suspek yang ditahan di Sungai Petani."Suspek pertama bekerja sebagai 'runner' insurans, suspek kedua tidak bekerja manakala abangnya bekerja sebagai nelayan," katanya.Menurutnya, kesemua suspek aktif sejak dua tahun lalu dengan mensasarkan pelanggan dari negeri ini dan seluruh negeri di bahagian utara."Kita mengesyaki mereka mendapatkan bekalan dadah dari negara jiran dengan menyeludup melalui jalan darat."Modus operandi mereka adalah menggunakan orang tengah untuk mengedar dadah kepada pelanggan. Jumlah dadah yang dirampas mampu digunakan oleh 98,760 jika terlepas ke pasaran," ujarnya.Sazalee berkata, polis sedang mengesan saki baki sindiket tersebut yang dipercayai masih aktif menjalankan kegiatan mengedar dadah."Ketiga-tiga suspek merupakan 'mastermind' sindiket ini namun kita masih giat mengesan saki baki ahli sindiket."Ujian saringan air kencing mendapati, suspek ketiga positif dadah manakala dua lagi negatif. Kesemua suspek mempunyai rekod lampau melibatkan dadah dan jenayah," katanya.Menurut beliau, polis turut menyita dua buah kereta iaitu Proton Exora dan Nissan Sentra yang bernilai RM23,500."Suspek direman tujuh hari hingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Palestin sedia bina semula Gaza musnah akibat perang

Palestin sedia bina semula Gaza musnah akibat perang

RAMALLAH : Perdana Menteri Palestin Mohammad Mustafa mengumumkan kesediaan kerajaannya melaksanakan rancangan pembinaan semula Semenanjung Gaza yang musnah akibat perang. Beliau mengakui tugas tersebut amat sukar dan kompleks namun kerajaan bersedia meneruskan perbincangan dengan semua pihak berkaitan. “Kita akan bangkit daripada malapetaka di Gaza ke arah pembentukan sebuah negara merdeka dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya,” kata Mustafa dalam bengkel di Ramallah. Beliau menekankan hasrat untuk mewujudkan negara bebas daripada perang, pendudukan dan penempatan haram serta pengangguran. Mustafa menyatakan jaminan pembinaan semula Gaza bermula dengan pemulihan penuh legitimasi nasional. “Institusi sivil dan keselamatan negara mampu memimpin proses pemulihan, pembinaan semula dan penyatuan institusi.” Presiden Amerika Syarikat Donald Trump baru-baru ini mengumumkan persetujuan Israel dan Hamas mengenai fasa pertama pelan gencatan senjata. Fasa pertama yang berkuat kuasa Jumaat lalu melibatkan pembebasan 20 tawanan Israel hidup-hidup dan penyerahan mayat lapan tawanan lain. Sebagai pertukaran, hampir 2,000 tahanan Palestin akan dibebaskan daripada penjara Israel. Fasa kedua pelan mencadangkan penubuhan mekanisme tadbir urus baharu di Gaza tanpa penyertaan Hamas. Ia juga merangkumi penubuhan pasukan multinasional dan proses pelucutan senjata Hamas. Serangan Israel sejak Oktober 2023 telah mengorbankan lebih 67,900 penduduk Palestin di Gaza. Kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak manakala majoriti kawasan Gaza menjadi tidak boleh didiami. – Bernama-Anadolu

Kursi Pengajian Melayu KPT perlu jadi duta akademik di luar negara

Kursi Pengajian Melayu KPT perlu jadi duta akademik di luar negara

PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahu penyandang Kursi Pengajian Melayu KPT di universiti luar negara berfungsi sepenuhnya sebagai duta akademik untuk memperkenalkan bahasa Melayu dan budaya Malaysia di peringkat antarabangsa. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyatakan terma kursi tersebut akan disemak semula bagi memastikan pengajian Melayu dan budaya Malaysia dilaksanakan secara proaktif kepada pelajar yang berminat. “Saya ingin pastikan kursi ini benar-benar berfungsi dengan pengajaran bahasa Melayu dan pengajian Malaysia dapat diperkenalkan kepada pelajar antarabangsa,” katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Akademik Bahasa Melayu 2025. Zambry mengarahkan semakan semula kedudukan semua Kursi Pengajian Melayu KPT di universiti luar negara bagi memastikan keberadaannya mencapai matlamat negara. “Mereka berperanan sebagai duta yang memperkenalkan Malaysia melalui bahasa, budaya dan pengajian Melayu di peringkat global.” Tiga Kursi Akademik Luar Negara KPT yang aktif kini ialah Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim di Beijing Foreign Studies University, China; Kursi Tun Abdul Razak di Ohio University, Amerika Syarikat; dan Kursi Pengajian Malaysia di Victoria University of Wellington, New Zealand. Zambry menekankan usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu disemarakkan di peringkat global melalui peranan strategik kursi pengajian tersebut. Beliau menegaskan penyandang kursi berperanan sebagai penghubung antara Malaysia dan masyarakat antarabangsa melalui pengajaran bahasa dan budaya negara. Setiap penyandang kursi perlu membuka kelas pengajaran bahasa Melayu dan memperkenalkan program pengajian Malaysia di universiti masing-masing. Pada majlis anugerah tersebut, Zambry menyampaikan Anugerah Terbaik Akademik Bahasa Melayu, Anugerah Harapan Akademik Bahasa Melayu dan Anugerah Sektor Teknikal Bahasa Melayu. Pemenang Anugerah Terbaik Akademik Bahasa Melayu Prof Madya Dr Norliza Jamaluddin menganggap anugerah itu sebagai pengiktirafan terbesar KPT selepas lebih 20 tahun berkhidmat sebagai tenaga pengajar. Pensyarah Kanan UPSI itu berkata anugerah ini merupakan usaha KPT memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa penyampai ilmu. Pemenang Anugerah Sektor Teknikal Bahasa Melayu Nor Mahani Md Rasidi menyifatkan kemenangannya membuktikan cabaran menggunakan bahasa Melayu dalam kelas kejuruteraan berbaloi. Pensyarah Utama Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin itu berbesar hati memperkasakan bahasa Melayu melalui penterjemahan istilah kejuruteraan. – Bernama

Kesihatan mental, larangan bahan berbahaya antara lima reformasi pendidikan, pastikan sekolah selamat - Fadhlina

Kesihatan mental, larangan bahan berbahaya antara lima reformasi pendidikan, pastikan sekolah selamat - Fadhlina

KUALA LUMPUR - Aspek kesihatan mental dan larangan keras membawa bahan terlarang dan berbahaya, antara lima komponen utama reformasi serta-merta pendidikan negara dalam usaha memastikan sekolah menjadi premis lebih selamat untuk semua.Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, aspek lain yang diberi penekanan ialah pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial, Polisi Perlindungan Kanak-kanak (CPP) dan bimbingan serta sokongan daripada guru (Teacher Care and Support).Beliau berkata, kesemua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah dikerah melaksanakan reformasi itu secara praktikal dan efisien di semua 10,243 sekolah di seluruh Malaysia dengan penilaian pelaksanaannya akan dipantau serta dinilai setiap 15 hari."Dalam aspek kesihatan mental, pengukuhan dan intervensi kesihatan mental akan diberi keutamaan, khususnya pengukuhan ekosistem, sokongan kepada guru pembimbing dan kaunseling serta para murid, selain melibatkan Kementerian Kesihatan serta rakan strategik dalam bidang berkaitan," katanya.Fadhlina berkata demikian bagi menjawab soalan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) mengenai tindakan segera dan menyeluruh yang telah dan akan diambil kementerian bagi memastikan insiden tragis seperti kes pelajar dirogol di dalam kelas tidak berulang, pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. - BernamaAKAN MENYUSUL

Bonsai mampu redakan panas baran

Bonsai mampu redakan panas baran

MELAKA: “Saya dulu panas baran tetapi sejak main bonsai, hati jadi tenang dan tenteram. Tengok pokok tumbuh elok pun dah rasa bahagia,” kata Abdul Rahman Ahmad, 72, Minat menanam pokok bonsai sejak lebih 40 tahun lalu menjadi sumber pendapatan lumayan kepada Abdul Rahman dari Jalan Raja Haji, Telok Emas di sini apabila hasil tanamannya mampu ... Read more The post Bonsai mampu redakan panas baran appeared first on Utusan Malaysia .

LPNM tingkatkan nilai tambah produk sisa nanas melalui anyaman daun

LPNM tingkatkan nilai tambah produk sisa nanas melalui anyaman daun

PONTIAN : Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) terus memperkasakan inovasi berasaskan nanas dengan menghasilkan dan memperkenalkan produk anyaman daripada daun nanas. Inisiatif ini berpotensi membuka peluang ekonomi baharu kepada komuniti luar bandar sekali gus mengurangkan sisa pertanian. Pengarah Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi LPNM Elmie Adha Ismail berkata inisiatif itu sebahagian daripada pelaksanaan konsep tiga kali tuaian. Konsep tiga kali tuaian merupakan pendekatan yang mengoptimumkan tiga jenis tuaian daripada tanaman nanas iaitu buah, benih, dan sisa. “Pokok nanas bukan sekadar menghasilkan buah sebagai hasil utama, malah turut memberi pulangan melalui tuaian benih dan sisa.” “Daripada sisa inilah kami membangunkan pelbagai produk bukan makanan seperti benang, kertas, dan terkini, anyaman daun nanas,” katanya kepada Bernama di Kampung Rimba Terjun, Pontian baru-baru ini. Beliau berkata projek anyaman daun nanas bermula pada awal 2024 selepas LPNM berjaya mengadaptasi teknologi pemprosesan dari luar negara. Pelbagai siri latihan dan program pemindahan teknologi dilaksanakan untuk membantu banyak pengusaha tempatan menghasilkan produk berasaskan daun nanas. Sambutan paling menggalakkan datang daripada komuniti usahawan wanita dan pengusaha kraf tangan seperti di Sarawak. LPNM telah bekerjasama dengan pengusaha di Johor dan kini dalam program mewujudkan kumpulan komuniti anyaman di Sarawak. Ini bagi memanfaatkan sisa daun nanas sebagai bahan alternatif menggantikan rotan dan buluh yang semakin berkurangan. Kini produk keluaran mereka semakin berjaya menembusi pasaran tempatan serta menjadi identiti baharu bagi segmen kraf tangan dan fesyen. Bagi hala tuju untuk memperluas produk ini, LPNM akan mewujudkan lebih ramai pengusaha terlibat terutamanya melalui kelompok atau komuniti. LPNM juga sedia bekerjasama dengan pemain industri dalam kraf tangan dan pereka fesyen. Menyentuh mengenai produk sisa, LPNM turut mengukuhkan rantaian tuaian sisa dengan penghasilan ‘Pinapeat’. Pinapeat merupakan produk separa pemprosesan daripada sisa nanas yang telah melalui proses pengeringan. “Projek perintis sisa nanas berskala komersial yang akan mula beroperasi tahun ini di Rompin, Pahang bertujuan mengeluarkan lebih banyak Pinapeat.” Produk ini akan digunakan untuk industri makanan ternakan dan penghasilan pulpa mentah bagi kegunaan produk seperti kertas, kotak dan pembungkus makanan. “Kini, terdapat juga permintaan daripada syarikat Jepun untuk mengimport Pinapeat ini bagi dijadikan makanan ternakan mereka.” “Sampel telah pun dihantar ke makmal untuk analisis kandungan nutrisi.” “Dengan hampir 19,000 hektar tanaman nanas di Malaysia yang dianggarkan mempunyai lebih 800 juta pokok, sumber bahan mentah untuk industri serat ini serta lain-lain produk dianggap sangat besar dan berpotensi tinggi untuk diterokai,” katanya. Sementara itu, usahawan Benang Serat Nanas M & Z, Munah Abd Kadir, 52, berkata langkah LPNM ‘mengangkat’ anyaman nanas sebagai produk bernilai tinggi membuktikan komitmen berterusan lembaga itu. LPNM komited dalam memanfaatkan “tanaman seribu guna” ini. Usahawan itu yang telah lebih sedekad mengusahakan benang nanas berkata proses menghasilkan benang bukan mudah. Proses ini memerlukan ketelitian, kesabaran, dan kemahiran halus yang diwarisi secara turun-temurun. Berbanding dengan produk anyaman, daun yang dipilih perlu matang, direbus selama 15 minit, kemudian direndam dalam air sejuk bersama bahan penstabil semula jadi (asam keping) selama 24 jam. Proses ini bagi mengekalkan keaslian warna dan mengelakkan kulat tanpa penggunaan bahan kimia. Selepas itu, daun berkenaan dikeringkan di kawasan berbumbung menggunakan haba semula jadi sebelum dipotong menggunakan alat khas untuk menghasilkan daun yang sekata. “Lebih istimewa, produk kraf berasaskan serat nanas semuanya dibuat secara semula jadi tanpa bahan kimia.” “Tiga varieti nanas utama digunakan, iaitu Josapine, N36, dan MD2 bagi menghasilkan tekstur dan kekuatan serat yang berbeza,” katanya. – Bernama