‘Bella sangat kuat, insya-Allah kita doakan dia okey sahaja’

‘Bella sangat kuat, insya-Allah kita doakan dia okey sahaja’

AMPANG – Maklum akan kekecohan membabitkan sahabat baiknya, Bella Astillah dan pelakon Sophia AlBarakbah, penyanyi Adira Suhaimi mengakui ada menghubungi aktres itu untuk memberikan sokongan moral dari jauh. Pun begitu Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 34, enggan mengulas panjang tentang ‘ribut’ yang sedang melanda rakan selebritinya itu, sebaliknya mengambil pendekatan mendoakan agar semuanya ... Read more The post ‘Bella sangat kuat, insya-Allah kita doakan dia okey sahaja’ appeared first on Kosmo Digital .

Letusan serentak enam gunung berapi di Kamchatka fenomena jarang berlaku

Letusan serentak enam gunung berapi di Kamchatka fenomena jarang berlaku

VLADIVOSTOK : Enam gunung berapi di Semenanjung Kamchatka, Rusia yang aktif secara serentak disifatkan sebagai fenomena luar biasa oleh saintis, yang menggelarnya sebagai “perarakan letusan”, menurut agensi berita TASS. “Menurut data kami, kali terakhir aktiviti gunung berapi seaktif seperti ini berlaku di Kamchatka ialah pada 1737, susulan gempa bumi berukuran 9.0 magnitud,“ kata Alexey Ozerov, Pengarah Institut Volkanologi dan Seismologi, Cawangan Timur Jauh Akademi Sains Rusia. Ozerov berkata, gempa bumi kuat pada 30 Julai lepas berkemungkinan mengaktifkan semula “gergasi tidur” di rantau itu. Yury Demyanchuk, Ketua Stesen Volkanologi di Kampung Klyuchi, berkata beliau tidak pernah menyaksikan aktiviti seaktif ini dalam 50 tahun bekerja di Kamchatka. “Di Gunung Krasheninnikov, letusan di puncak dan pusat berlaku serentak, menunjukkan proses seismik dalaman yang kuat. Kambalny pula senyap sejak 1979, tetapi kini aktif semula,“ jelasnya. Letusan terakhir Krasheninnikov dipercayai berlaku pada abad ke-15. “Tiada rekod pemantauan pada 1400-an, jadi kita menyaksikan fenomena alam yang benar-benar unik,“ tambah Demyanchuk. Enam gunung berapi aktif setakat ini ialah Avachinsky, Klyuchevskoy, Bezymianny, Kambalny, Karymsky, dan Krasheninnikov. Klyuchevskoy menunjukkan letusan semakin kuat dengan aliran lava, manakala Karymsky terus meletus di puncaknya. Pihak berkuasa mengingatkan orang ramai menjauhi kawasan berisiko tinggi, terutamanya dengan kemungkinan awan abu mencecah altitud enam kilometer. - Bernama-Xinhua

Individu OKU pasang Jalur Gemilang terbalik di sekolah Port Dickson

Individu OKU pasang Jalur Gemilang terbalik di sekolah Port Dickson

SEREMBAN : Individu yang memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Port Dickson disahkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut Choo Ken Hwa. Choo menjelaskan beliau sendiri turun padang untuk menyiasat kejadian itu. “Guru Besar melibatkan pekerja OKU untuk memasang bendera lama. Dia tidak sengaja memasangnya terbalik dan segera membetulkannya dalam tempoh dua jam,“ katanya di Persidangan DUN Negeri Sembilan. Sekolah telah memohon maaf secara terbuka, menyifatkan insiden itu sebagai kecuaian tidak disengajakan. Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin mengesahkan seorang lelaki berusia 30 tahun sedang disiasat. - Bernama

Enam lokasi catat gelombang haba luar biasa

Enam lokasi catat gelombang haba luar biasa

PETALING JAYA: Gelombang haba luar biasa dengan suhu mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celcius dicatatkan di enam lokasi di negara ini. Timbalan Perdana Mente­ri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata tiga daerah dicatatkan di Semenanjung membabitkan Bandar Baharu di Kedah, Selama (Perak) dan Temerloh (Pahang) manakala, wilayah Malaysia Timur, Limbang di Sarawak serta Tenom ... Read more The post Enam lokasi catat gelombang haba luar biasa appeared first on Utusan Malaysia .

Laju panjat pokok kelapa lepas telan pil merah

Laju panjat pokok kelapa lepas telan pil merah

TUMPAT – “Pil itu berwarna merah, lesap hisap rasa bertenaga dan rajin (bersemangat) nak kerja panjat pokok kelapa.” Demikian pengakuan seorang remaja lelaki yang juga penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Kota Bharu se­lepas terjebak dalam aktiviti penagihan dadah iaitu pil kuda. Remaja itu mendedahkan, dia mula mengenali pil kuda selepas melihat abangnya yang berusia ... Read more The post Laju panjat pokok kelapa lepas telan pil merah appeared first on Kosmo Digital .

Moscow bersedia sambut keberangkatan tiba Sultan Ibrahim

Moscow bersedia sambut keberangkatan tiba Sultan Ibrahim

MOSCOW : Moscow bersedia menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang akan memulakan Lawatan Negara pertama Seri Paduka Baginda ke Rusia bermula esok hingga 10 Ogos. Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai berkata Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar pertemuan Seri Paduka Baginda dengan Presiden Vladimir Putin pada Rabu ini mampu membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala Malaysia-Rusia. “Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan bahawa kedua-dua pemimpin dapat mengadakan perbincangan yang produktif terutamanya dalam perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama,“ katanya kepada Bernama di sini. Beliau berkata Sultan Ibrahim turut mengagumi nilai sejarah dan teknologi di Rusia malah telah banyak berinteraksi dengan negara itu dalam bidang perdagangan serta pelaburan sejak pemerintahan Seri Paduka Baginda sebagai Sultan Johor. “Tuanku juga mempunyai minat yang sama dengan Presiden Putin seperti aktiviti menunggang kuda,“ katanya. Lawatan atas undangan Putin itu disifatkan sebagai bersejarah dan bermakna kerana ia merupakan kunjungan pertama oleh Ketua Negara Malaysia ke Rusia sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1967. Dua lokasi acara lawatan di Moscow iaitu Pusat Pembangunan Teknologi Automotif Rusia (NAMI) serta Pusat Teknologi dan Inovasi Tochka Kipeniya juga bersedia menyambut keberangkatan tiba Sultan Ibrahim. “Seri Paduka Baginda juga berkenan mencemar duli melawat NAMI bagi meninjau dan meneroka teknologi automotif Rusia khususnya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. “Lawatan ini memberi peluang kepada Tuanku melihat sendiri kemajuan teknologi Rusia memandangkan minat mendalam Tuanku dalam industri automotif,“ katanya. Cheong berkata lawatan Sultan Ibrahim ke Tochka Kipeniya juga memberi peluang kepada Malaysia untuk meneroka penyelesaian inovatif Rusia dalam bidang pembangunan dron dan robotik melalui aplikasi kecerdasan buatan (AI) untuk kegunaan awam, keselamatan, pertahanan, alam sekitar, projek angkasa lepas serta biodron. Terdahulu, beliau menghadiri sesi taklimat berhubung acara Sambutan Negara di Kremlin, lokasi pertemuan rasmi Sultan Ibrahim dengan Putin. Hadir sama Ketua Protokol Kementerian Luar Datuk Yubazlan Yusof, Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Rozainor Ramli dan Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini. Sultan Ibrahim berangkat dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang pada 8.55 pagi (waktu Malaysia) dan dijadual tiba di sini pada Selasa (waktu tempatan). Selepas Moscow, Seri Paduka Baginda dijadual berangkat mengadakan lawatan ke Kazan dari 8 hingga 10 Ogos. Sultan Ibrahim menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan 2024. - Bernama

Rundingan Konflik Thailand-Kemboja, Hutang Kerajaan MADANI Antara Fokus Dewan Rakyat Hari Ini

Rundingan Konflik Thailand-Kemboja, Hutang Kerajaan MADANI Antara Fokus Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Peranan Malaysia dalam menjayakan rundingan perdamaian serta gencatan senjata konflik Thailand-Kemboja antara fokus persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Berdasarkan Aturan Mesyuarat menerusi portal Parlimen, perkara berkenaan dibangkitkan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) kepada Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri. Pada sesi yang sama, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) pula memohon penjelasan daripada Perdana Menteri [...]

Saya tak tekan kata laluan, cuma ‘slide’ skrin telefon bimbit Fattah sahaja – Amira Othman

Saya tak tekan kata laluan, cuma ‘slide’ skrin telefon bimbit Fattah sahaja – Amira Othman

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Amira Othman, 32, tampil menjernihkan salah faham berhubung dakwaan bahawa dia mengetahui kata laluan telefon bimbit milik Fattah Amin, yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. Menurut Amira, pada awalnya, dia tidak menyedari apa yang berlaku yang turut menjadi bahan bualan ramai di media sosial sehinggalah menonton semula ... Read more The post Saya tak tekan kata laluan, cuma ‘slide’ skrin telefon bimbit Fattah sahaja – Amira Othman appeared first on Utusan Malaysia .

JPJ eBid: Siri SJM dan MED dibuka untuk bidaan

JPJ eBid: Siri SJM dan MED dibuka untuk bidaan

Kenderaan yang anda tempah bakal diperoleh tidak lama lagi, pasti anda teruja tercari-cari plat nombor pendaftaran yang sesuai kan. Ini ada dua pilihan siri yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid. Siri plat nombor terkini dari Sabah, SJM, bidaannya […] The post JPJ eBid: Siri SJM dan MED dibuka untuk bidaan appeared first on Paul Tan's Automotive News .