Projek ECRL cecah kemajuan 86.07 peratus – KSN

Projek ECRL cecah kemajuan 86.07 peratus – KSN

PUTRAJAYA: Pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini berada di landasan yang tepat dengan kemajuan kerja fizikal keseluruhan mencapai 86.07 peratus setakat Julai lalu. Perkembangan tersebut sekali gus menunjukkan bahawa projek mega yang menghubungkan Lembah Klang dengan Pantai Timur itu sedang berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri ... Read more The post Projek ECRL cecah kemajuan 86.07 peratus – KSN appeared first on Utusan Malaysia .

Kapal tangki terbakar: Seorang kru warga Indonesia maut

Kapal tangki terbakar: Seorang kru warga Indonesia maut

KOTA TINGGI: Seorang kru kapal warga Indonesia maut manakala empat lagi cedera dalam kebakaran sebuah kapal tangki di perairan Johor Timur, petang semalam. Pemangku Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri ini,  Kapten Maritim Kama Azri Kamil berkata, aduan diterima Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru pada pukul 9.30 malam daripada pemancing yang ... Read more The post Kapal tangki terbakar: Seorang kru warga Indonesia maut appeared first on Utusan Malaysia .

Pemimpin ASEAN mahu Malaysia terus jadi perantara selesai konflik Thailand-Kemboja

Pemimpin ASEAN mahu Malaysia terus jadi perantara selesai konflik Thailand-Kemboja

KUALA LUMPUR - Semua pemimpin negara anggota ASEAN bersetuju supaya Malaysia terus memainkan peranan sebagai pengantara dalam menyelesaikan konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi sempat menghubungi semua pemimpin negara ASEAN sebelum menerima kunjungan hormat delegasi Thailand dan Kemboja yang hadir di Kuala Lumpur bagi Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) Luar Biasa di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia di sini.Saifuddin Nasution berkata, semua pemimpin atau ketua negara ASEAN yang dihubungi mendukung dan menyokong peranan yang dimainkan Malaysia dalam konflik melibatkan dua negara berjiran itu."Kesemuanya setuju bahawa mekanisme bilateral yang dibuat sekarang adalah memadai buat masa ini, sambil kita bersetuju bahawa akan ada pusingan seterusnya selepas mesyuarat hari ini," katanya dalam sidang media selepas selesai mesyuarat berkenaan pada Khamis.Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.Saifuddin Nasution berkata, Malaysia menghargai kesungguhan dan kesediaan pemimpin Kemboja dan Thailand dalam mencari jalan penyelesaian terhadap konflik yang dihadapi mereka."Dalam mesyuarat hari ini, ketua dan anggota delegasi dari kedua-dua negara benar-benar mengamalkan prinsip yang selama ini diguna pakai di peringkat ASEAN, iaitu perundingan dan perbincangan yang berteraskan kepada kepercayaan dan rasa hormat (trust and respect)," katanya.Beliau berkata, mesyuarat yang diadakan hari ini mencerminkan persefahaman bersama bahawa gencatan senjata bukan sekadar jeda, tetapi suatu janji untuk melindungi nyawa, menegakkan maruah dan mencegah lebih banyak penderitaan."Janji itu mesti dihormati menerusi komitmen, pemantauan yang berkesan, dan keazaman politik yang ikhlas daripada kedua-dua pihak, kami berbangga melihat kedua-dua pihak telah memberikan komitmen ini sepanjang mesyuarat dalam beberapa hari lepas."Di ASEAN, kami percaya dalam menyelesaikan pertikaian melalui konsensus, tanpa konfrontasi dan melalui kepercayaan, saling menghormati dan semangat tidak campur tangan. Kami mengukuhkan perpaduan serantau kami. Semangat ASEAN ini telah membimbing kami hari ini dan akan terus membimbing kami pada hari-hari mendatang," katanya.Saifuddin Nasution berkata, Malaysia sebagai tuan rumah amat berbesar hati untuk menyokong kedua-dua pihak dalam proses itu dan bersedia untuk menawarkan sebarang bantuan yang diperlukan dalam memudahkan perbincangan, membina keyakinan dan menyokong mekanisme praktikal untuk memantau gencatan senjata.Dalam pertemuan pada Khamis, Thailand dan Kemboja bersetuju untuk mematuhi gencatan senjata di sepanjang sempadan bersama mereka, dengan kedua-dua pihak mengekalkan kedudukan tentera semasa sambil turut mengelak daripada sebarang tambahan anggota.Menurut Minit Mesyuarat yang Dipersetujui yang dikeluarkan, kedua-dua pihak mesti mengelakkan tembakan tanpa provokasi ke arah kedudukan atau tentera pihak lain, yang boleh meningkatkan ketegangan.Mesyuarat Luar Biasa GBC yang diadakan di Wisma Perwira di sini hari ini dipengerusikan bersama oleh Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Jeneral Tea Seiha yang juga Menteri Pertahanan serta Pemangku Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Nattaphon Narkphanit.Turut hadir sebagai pemerhati Saifuddin Nasution, Adly dan Mohd Nizam dari Malaysia, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D. Kagan dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing. -Bernama

Beruang sesat 'merayau' masuk kampung

Beruang sesat 'merayau' masuk kampung

DUNGUN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyelamatkan seekor beruang matahari jantan dianggarkan seberat 90 kilogram yang dikesan berkeliaran sekitar kampung dekat Bukit Besi, di sini.Haiwan itu berjaya ditangkap selepas masuk ke dalam perangkap yang dipasang oleh di kawasan tersebut pada Rabu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Besi, Ahmad Bakhir Chik berkata, beruang itu sebelum ini sering dilihat berkeliaran di kawasan kampung sejak minggu lalu selain dipercayai menyebabkan kerosakan tanaman penduduk."Sebelum ini, penduduk risau kerana beruang itu beberapa kali dilihat di sekitar kampung dan perangkap telah dipasang petang Selasa selepas terima aduan daripada penduduk."Keesokan paginya, perangkap tersebut mengena dan beruang itu berjaya ditangkap dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.Menurutnya, ini merupakan kejadian ketiga beruang matahari berjaya ditangkap dalam tempoh dua bulan di kawasan berkenaan termasuk di Kampung Besol Baru dan kawasan padang golf berhampiran."Walaupun haiwan ini tidak pernah menyerang penduduk, ia tetap menimbulkan kegusaran kerana sering menceroboh kawasan tanaman seperti pokok kelapa," tambahnya.Sementara itu, Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, beruang itu berada dalam keadaan sihat dan telah dipindahkan ke habitat baharu yang lebih sesuai."Haiwan ini akan dilepaskan semula ke lokasi yang menjamin kelangsungan hidup spesiesnya, jauh dari kawasan penempatan manusia," katanya.

Kilang musnah dalam kebakaran

Kilang musnah dalam kebakaran

KUCHING: Sebuah kilang di Muara Tabuan Light Industrial Park musnah dalam kebakaran melibatkan dua struktur bangunan pagi tadi. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Sarawak) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran tersebut pada pukul 10:48 pagi. “Seramai 37 anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, Padungan dan ... Read more The post Kilang musnah dalam kebakaran appeared first on Utusan Malaysia .

AIA Public Takaful agih lebihan tertinggi RM84 juta

AIA Public Takaful agih lebihan tertinggi RM84 juta

PETALING JAYA: AIA Public Takaful Bhd. mengumumkan agihan lebihan tertinggi berjumlah RM84 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. Jumlah itu meningkat 19 peratus berbanding RM70.7 juta pada tahun sebelumnya dan memberi manfaat kepada kira-kira 617,000 pemegang sijil. Agihan itu juga merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan oleh pengendali takaful tersebut setakat ini. AIA Public ... Read more The post AIA Public Takaful agih lebihan tertinggi RM84 juta appeared first on Utusan Malaysia .

Bekas jurulatih wushu dipenjara 13 tahun, empat sebatan kerana amang seksual

Bekas jurulatih wushu dipenjara 13 tahun, empat sebatan kerana amang seksual

KUALA LUMPUR - Seorang bekas jurulatih wushu dihukum penjara 13 tahun dan dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, tiga tahun lalu.Hakim Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Gjeblehim Bong Teck Fuu, 34, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan."Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun bermula dari tarikh hari ini dan empat sebatan, serta tertuduh diperintahkan menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan serta pengawasan polis selama tiga tahun selepas tamat hukuman," katanya.Mahkamah turut menolak permohonan peguam tertuduh, Tharamjit Singh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman berkenaan sementara menunggu rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu jurulatih, telah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa bagi tujuan seksual di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, di sini pada jam 7.30 malam, 13 April 2022.Mengikut  pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu jurulatih telah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa bagi tujuan seksual di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama di sini pada jam 7.30 malam, 13 April 2022.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama.Seksyen 14(a) memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, manakala Seksyen 16(1) memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan tidak kurang daripada dua sebatan, jika sabit kesalahan.Semasa rayuan terhadap hukuman, Tharamjit memohon hukuman ringan dikenakan terhadap anak guamnya dengan mengambil kira bahawa tertuduh perlu menjaga ibunya.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Shakila Mohd Shariff memohon hukuman berat dengan mengambil kira kesalahan serius yang dilakukan tertuduh, yang meninggalkan kesan trauma psikologi terhadap mangsa."Mangsa adalah kanak-kanak yang memerlukan perlindungan maksimum daripada undang-undang, dan tindakan tertuduh ini mengeksploitasi kelemahan serta kepercayaan mangsa. Tertuduh mempunyai hubungan amanah sebagai jurulatih wushu mangsa, dan sepatutnya bertindak sebagai pelindung dan pembimbing."Sebaliknya, tertuduh menyalahgunakan kedudukan tersebut untuk kepuasan nafsunya. Pohon hukuman lebih berat supaya memberi amaran kepada masyarakat agar tidak mengulangi perbuatan seumpama ini," katanya.Sepanjang perbicaraan yang bermula 22 Aprillepas, seramai tiga saksi pembelaan termasuk tertuduh dan lapan saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dalam kes tersebut. - Bernama

Syarikat e-hailing tidak adil, saksama boleh dikenakan tindakan - APAD

Syarikat e-hailing tidak adil, saksama boleh dikenakan tindakan - APAD

SHAH ALAM - Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tidak akan berkompromi dengan sebarang amalan tidak adil dan saksama dalam sistem agihan tempahan yang dilaksanakan oleh syarikat pengendali e-hailing kepada pemandu.APAD dalam satu kenyataan menegaskan, semua perkhidmatan e-hailing wajib mematuhi syarat-syarat pelesenan dan syarat-syarat khas di bawah Perkara 9, Keperluan Tahap Perkhidmatan (KTP) Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP) Syarat Khas (Bahagian III – Operasi) Kenderaan e-Hailing: Pemegang Lesen hendaklah memastikan sistem agihan tempahan yang ditetapkan adalah adil dan saksama kepada semua pemandu"."Sebarang pelanggaran terhadap syarat-syarat tersebut merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 12A(9), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715]."Sekiranya disabitkan kesalahan, pihak terlibat boleh didenda tidak kurang daripada RM1,000 tetapi tidak lebih daripada RM200,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," ujarnya pada Khamis.Tambah APAD, pihaknya memandang serius isu yang telah tular baru-baru ini berkaitan amalan berunsur diskriminasi berasaskan bahasa dalam sistem agihan tempahan sebuah aplikasi perkhidmatan e-hailing.Jelasnya, ia didakwa tidak memberikan agihan secara adil dan saksama kepada semua pemandu."Oleh itu, kami komited untuk memastikan kesinambungan industri perkhidmatan e-hailing sebagai perkhidmatan pengangkutan awam yang adil, telus dan inklusif."Selain itu, bebas daripada sebarang unsur diskriminasi terhadap semua pihak berkepentingan," ujarnya.