Polis terima laporan rakaman suara mirip pemimpin politik dipercayai fitnah, hina Raja Perlis

ARAU - Polis menerima satu laporan berkaitan rakaman suara didakwa mirip seorang pemimpin politik negeri ini yang dipercayai mengandungi kenyataan berunsur fitnah, penipuan serta penghinaan terhadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi berkata laporan itu dibuat oleh Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Arau Hazalan Haron pada kira-kira 5.30 petang pada Jumaat selepas beliau menonton video menerusi sebuah akaun TikTok pada 11.30 pagi yang memaparkan rakaman suara berkenaan."Kenyataan yang dikeluarkan dalam rakaman tersebut dipercayai mengandungi unsur fitnah, penipuan serta penghinaan terhadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis."Kandungan rakaman itu telah disebarkan secara terbuka menerusi beberapa platform media sosial dan mengandungi maklumat yang tidak benar serta boleh menjejaskan maruah, reputasi dan Institusi Diraja Negeri Perlis," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Beliau berkata siasatan masih dijalankan termasuk menentukan seksyen bersesuaian di bawah peruntukan undang-undang yang terlibat.Sementara itu, Setiausaha Pemuda UMNO Perlis merangkap Pemangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau Ahmad Nazrin Abdul Aziz menegaskan laporan polis berkenaan bukan bermotifkan politik, sebaliknya dibuat atas dasar tanggungjawab moral dan semangat mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan.Beliau berkata keutuhan dan martabat institusi diraja perlu sentiasa dipelihara demi kesejahteraan rakyat serta kestabilan negeri."Saya percaya pihak polis akan menjalankan siasatan secara adil dan profesional serta mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang."Saya juga menyeru semua pihak, khususnya pemimpin negeri dan penjawat awam lebih berhemah dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang menyentuh hubungan dengan institusi diraja," katanya. - Bernama

Anwar gesa pembinaan Kota MADANI dipercepat sebagai model bandar

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerja-kerja pembinaan Kota MADANI disegerakan bagi menjadikannya model pembangunan bandar berteraskan nilai kemanusiaan, kelestarian dan kemajuan teknologi. Beliau yang juga Menteri Kewangan menyatakan telah mengusulkan kepada Putrajaya Holdings untuk mempercepat projek yang dilancarkan pada 26 Jun lepas. Anwar mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya atas kerjasama penuh mempercepat proses kelulusan projek berkenaan. “Mudah-mudahan kita dapat lihat dalam masa singkat ... yang saya tidak boleh tolak ansur ialah kalau (pembinaan) lambat, jadi kita (mahu pembinaan yang) cepat.” Beliau menegaskan kini tinggal menunggu Putrajaya Holdings untuk memberikan kelulusan muktamad bagi memulakan pembinaan sepenuhnya. Projek pembangunan Kota MADANI di Presint 19 merupakan inisiatif mega berkonsepkan bandar pintar yang mesra rakyat dan alam sekitar. Projek bernilai RM4 bilion itu dibangunkan oleh Putrajaya Holdings menerusi model kerjasama awam-swasta berkonsepkan bina, pajak, selenggara dan pindah. Pembangunan ini dilaksanakan tanpa melibatkan peruntukan kerajaan pada peringkat awal pelaksanaannya. Perdana Menteri turut memuji Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan yang mendapat pujian pemimpin luar negara. Beliau berkata pemimpin antarabangsa kagum dengan perancangan dan pelaksanaan pembangunan Putrajaya termasuk keindahan dan identiti uniknya. Anwar merakamkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas sumbangan menggerakkan pelaksanaan projek Putrajaya sebelum ini. Beliau mengakui wujud keresahan dalam kalangan penjawat awam pada peringkat awal untuk berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. “Tetapi, apabila mereka saksikan kemudahan dan dengan masjidnya, kemudahan sekolah, prasarana, hospital dan sebagainya, hal itu (membuatkan mereka) lebih tertarik untuk berpindah.” Penglibatan sektor swasta dalam pembinaan hospital swasta di Putrajaya dijangka menaikkan nama pusat pentadbiran kerajaan ke persada antarabangsa. Anwar menegaskan pembangunan bandar seharusnya menerapkan nilai manusiawi, lestari, hijau dan berkonsepkan bandar pintar. – Bernama

JPJ Pahang keluarkan 111,010 saman sejak Januari 2024

KUANTAN: Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang telah mengeluarkan sebanyak 111,010 notis saman untuk pelbagai kesalahan daripada pemeriksaan lebih 586,000 kenderaan dari Januari hingga 15 Oktober. Kesalahan tertinggi yang direkodkan melibatkan lesen memandu, cukai jalan dan ketiadaan perlindungan insurans. Bagi kenderaan perdagangan, kesalahan berkaitan muatan mencatatkan sebanyak 10,281 kes. Jumlah kes melibatkan saringan urin pemandu kenderaan barangan dan persendirian pula direkodkan sebanyak 10 kes daripada 241 saringan. Sepanjang Oktober, JPJ Pahang melaksanakan Operasi Khas Pemasangan Alat Keselamatan Kenderaan Perdagangan Speed Limitation Device. Seramai 216 daripada 1,699 kenderaan yang diperiksa dalam operasi itu telah dikenakan tindakan. Program advokasi keselamatan jalan raya turut diadakan untuk meningkatkan kesedaran awam terutamanya menjelang musim perayaan. Jumlah kenderaan di jalan raya dijangka meningkat dengan ketara pada musim perayaan yang akan datang. Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi had laju dan papan tanda keselamatan sepanjang pemanduan. Pemandu juga dinasihatkan tidak memandu dalam keadaan mengantuk atau di bawah pengaruh alkohol. Mereka perlu memastikan kenderaan diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan jauh. Penggunaan telefon bimbit semasa memandu juga perlu dielakkan bagi mengurangkan risiko kemalangan. – Bernama