‘Saya tak suka lelaki banyak cakap’

‘Saya tak suka lelaki banyak cakap’

Ketika ramai wanita seusianya sibuk berbicara soal jodoh dan perkahwinan, barangkali ada yang tidak menyangka, pelakon dan pempengaruh jelita, Scha Elinnea, nampaknya memilih untuk ‘bercinta’ dengan kerjayanya. Tidak direka-reka, hal itu diceritakan sendiri oleh pelakon berusia 26 tahun ini yang mengakui bahawa sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk dirinya memikirkan soal cinta apatah lagi tentang ... Read more The post ‘Saya tak suka lelaki banyak cakap’ appeared first on Utusan Malaysia .

Terima bungkusan ganja: Rita Sosilawati diminta tampil beri maklumat

Terima bungkusan ganja: Rita Sosilawati diminta tampil beri maklumat

KUALA LUMPUR - Polis meminta ahli perniagaan, Rita Sosilawati tampil memberi maklumat berkaitan dakwaan taktik penipuan terbaharu apabila menerima bungkusan berisi ganja di kediaman keluarganya daripada individu tidak dikenali.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan dakwaan tersebut."Kita minta individu terbabit tampil membuat laporan polis agar siasatan boleh dilakukan," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JSJK, Menara KPJ, di sini pada Jumaat.Pada Rabu lalu, media melaporkan bahawa Erni Dekritawati Yuliana yang lebih dikenali sebagai Rita Sosilawati, memuat naik satu paparan di Threads miliknya mendakwa dianiaya apabila adiknya menerima satu bungkusan yang mencurigakan.Dakwanya, walaupun alamat yang tertera pada bungkusan tersebut merupakan kediaman adiknya, namun nama penerima tidak dikenali oleh keluarganya.

'Saya maafkan dia tapi tetap akan ambil tindakan'

'Saya maafkan dia tapi tetap akan ambil tindakan'

SEREMBAN - Luluh hati seorang Ibu apabila melihat badan anaknya yang baru berusia enam tahun dipenuhi kecederaan akibat dilanggar van sekolah ketika dihantar ke rumah pengasuh di Taman Mantau Indah di sini pada Isnin laluMenurut Siti Zarina Abd Zarim,39, anaknya kini dirawat di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur dan baru selesai menjalani pembedahan pada bahagian kepala."Anak saya alami luka pada muka, kepala, kaki, tangan dan bahagian belakang badan."Saya masih lagi terkejut dengan kejadian berlaku dan tidak pasti sangat mengenai tahap kecederaannya, tapi bersyukur kerana dia berada dalam keadaan sedar," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Ujar Ibu kepada tiga anak itu dia mendapat tahu mengenai kejadian terbabit selepas dihubungi pengasuh anaknya kira-kira jam 12 tengah hari pada hari kejadian.Dia yang ketika itu dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta di sini untuk temu janji terus bergegas pulang."Pengasuh anak hubungi dan maklumkan anak saya dilangggar van sekolah yang hantarnya pulang."Saya kemudian terus bergegas ke rumah pengasuh, tapi bila sampai anak saya telah pun dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan apabila sampai di wad kecemasan, luluh hati saya tengok banyak luka pada badannya," katanya.Selain itu Siti Zarina berkata, perkhidmatan van sekolah berkenaan telah digunakan olehnya sejak anak sulung berusia tujuh tahun.Bagaimanapun katanya, kejadian kecuaian seumpama itu pertama kali berlaku."Pemandu van telah berjumpa saya dan memohon maaf atas kejadian berlaku."Saya maafkan dia, tapi mestilah saya akan ambil tindakan atas apa yang terjadi pada anak supaya dapat memberi pengajaran bukan saja kepada pemandu van sekolah anak tapi orang lain juga," katanya.Sementara itu, bapa saudara kanak-kanak itu, Inspektor Mohamad Nor Nidzam Mohamad Zin berkata, pihak keluarga mahu polis melakukan siasatan secara telus bagi memberikan keadilan kepada mangsa."Kejadian ini dirakam kamera litar tertutup (CCTV), pihak polis boleh semaknya. Kami mahukan keadilan dan bukannya sekadar mengambil tindakan saman terhadap pemandu van," katanya yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.Terdahulu Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera selepas dilanggar van sekolah yang menurunkannya di hadapan rumah pengasuh Taman Mantau Indah 3.

Polis boleh panggil semula Eda Ezrin untuk beri keterangan

Polis boleh panggil semula Eda Ezrin untuk beri keterangan

KOTA BHARU – Penyanyi lagu Bea Soba Bea, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, boleh dipanggil semula oleh pihak polis sekiranya memerlukan lebih keterangan daripada wanita itu. Menurut sumber, buat masa ini, keterangan yang diberi oleh Eda Ezrin selama lebih tiga jam di Balai Polis Rantau Panjang dekat ini sudah mencukupi. “Bagaimanapun, ... Read more The post Polis boleh panggil semula Eda Ezrin untuk beri keterangan appeared first on Kosmo Digital .

Ops Khas kad ATM: 71 individu diberkas

Ops Khas kad ATM: 71 individu diberkas

KUALA LUMPUR - Seramai 71 individu termasuk lapan wanita ditahan dalam 59 serbuan Op Khas Kad ATM di seluruh negara sejak 29 Julai hingga 31 Julai lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kesemua individu yang ditahan berusia 19 hingga 50 tahun itu disyaki terlibat dengan sindiket penipuan pinjaman tidak wujud, pengurup/pengirim wang tanpa lesen dan 'phone scam'."Kita menumpaskan kegiatan pengeluaran wang oleh sindiket penipuan yang berkaitan dengan kes dilaporkan oleh Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC)."Seramai 71 individu iaitu 55 lelaki dan lapan wanita warga tempatan, lapan lelaki warga Bangladesh, China, Nigeria serta Indonesia ditahan dalam serbuan itu," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JSJK, Menara KPJ di sini pada Jumaat.Rusdi berkata, serbuan itu dilakukan hasil kolaborasi bersama Bank Negara Malaysia bagi mengenal pasti kawasan atau tempat pengeluaran wang dengan menggunakan kad ATM milik keldai akaun."Kita melaksanakan 24 serbuan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang (11), Sabah (8), Perak (5), Pahang (4), Selangor (3) dan masing-masing dua serbuan di Negeri Sembilan serta Sarawak," katanya.Beliau berkata, polis turut merampas 925 keping kad ATM pelbagai bank, wang tunai RM392,266, telefon bimbit (100), 32 kad sim, 16 beg, lima buah kereta, komputer riba dan sebuah mesin pencetak."Kita turut merampas 55 dokumen (butiran peminjam, boring permohonan pinjaman, salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan salinan kertas bertulis maklumat syarikat)."Selain itu, sebanyak 10 fail berkaitan dokumen butiran peminjam wang dan borang-borang permohonan pinjaman, dua buku cek kosong dan satu resit cek bernilai RM90,961.24 dirampas," katanya.Rusdi berkata, sebanyak 42 kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun, Seksyen 424, Seksyen 424A, Seksyen 511 Kanun Keseksaan, Seksyen 5(2), Seksyen 15 (1) (b), Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951."Setakat ini, 16 daripada 71 individu yang ditahan telah dituduh di mahkamah, manakala baki 55 individu yang lain telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan dilengkapkan," katanya.

Xi may join Trump at Asean Summit, says Foreign Minister

Xi may join Trump at Asean Summit, says Foreign Minister

CYBERJAYA : Chinese President Xi Jinping may visit Malaysia in October for the Asean Summit, alongside United States President Donald Trump, said Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan. He told reporters that “it (Xi’s visit) was a possibility” echoing Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s indication of this development. Mohamad was speaking to reporters after attending the 58th Asean Day celebration here today. Anwar was also present at the event, along with Tourism, Arts and Culture Minister Datuk Seri Tiong King Sing, Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Dr Johari Abdul, as well as Asean ambassadors, among others. On preparations leading up to the Asean Summit, Mohamad said Malaysia is working closely with counterparts from Thailand, the Philippines and Indonesia to ensure continuity in the bloc’s leadership. “Previously, they went individually, but I practise inclusivity — so we brought the Philippines along as well, since they will be the Asean Chair in 2026. “We want continuity so the next Chair knows what needs to be done and nothing is left disconnected. We will continue and follow through on what has already been promised, including extending and expanding the ceasefire,” he said. Last month, Anwar confirmed Trump’s attendance, saying the US leader conveyed his commitment during a phone call last week. He previously said the summit is expected to draw leaders from countries including Italy, Canada, South Africa, Brazil and possibly the US. He noted that US Secretary of State Marco Rubio had earlier indicated Trump might also attend.

Israel memang mahu kuasai Gaza tapi bukan mentadbirnya – Netanyahu

Israel memang mahu kuasai Gaza tapi bukan mentadbirnya – Netanyahu

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan negara haramnya berhasrat menguasai sepenuhnya Semenanjung Gaza, namun tidak bercadang mentadbir wilayah itu secara langsung. Kenyataan itu dibuat dalam satu temubual bersama Fox News, beberapa jam sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet Keselamatan untuk membincangkan peluasan kempen ketenteraan di Gaza, yang kini berlangsung lebih 22 bulan sejak serangan ... Read more The post Israel memang mahu kuasai Gaza tapi bukan mentadbirnya – Netanyahu appeared first on Utusan Malaysia .

'Papa pesan jaga solat'

'Papa pesan jaga solat'

SETIU – 'Papa pesan jaga solat, jangan tinggal solat.'Demikian pesanan yang terpahat dalam ingatan Muhammad Akif Naufal, 11, sebelum bapanya, Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, maut dirempuh penjenayah dalam kejadian di Alor Setar, Kedah, petang Khamis.Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, kali terakhir dia bertemu Allahyarham Mohd Hafizul Izham pada Khamis ketika bapanya itu menjemputnya pulang dari sekolah."Kali terakhir saya jumpa papa masa dia jemput saya balik sekolah kira-kira jam 1.15 tengah hari"Lepas tu papa hantar saya balik rumah. Saya dan seorang lagi adik ikut mak kawan ke Aman Sentral."Sebelah petang, ada anggota polis datang ambil saya di Aman Sentral. Saya ingatkan papa yang suruh saya balik rumah sebab ada kawan papa yang meninggal."Masa tu memang tak tahu langsung kejadian menimpa papa," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pak Kancil, di sini, pada Jumaat.Akif berkata, dia mengetahui bapanya telah meninggal dunia selepas tiba di Hospital Sultanah Bahiyah sekitar jam 6.30 petang."Waktu tu saya nampak mama menangis dan baru saya tahu yang papa sebenarnya meninggal dunia," katanya.Allahyarham Koperal Mohd Hafizul Izham meninggalkan balu, Nur Azhanis Mohd Yusoff, 36 dan dua lagi cahaya mata, Muhammad Ammar Nazran, 9, dan Muhammad Afiq Nazim, 4.Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Allahyarham yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah maut selepas dirempuh sebuah kenderaan dinaiki empat penjenayah berhampiran Taman Golf, Alor Setar, ketika cuba menghalang suspek melarikan diri dalam kes pecah rumah.Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pak Kancil dengan penuh istiadat kepahlawanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Jumaat.

That sinking feeling for Myanmar’s exiled opposition

That sinking feeling for Myanmar’s exiled opposition

Myanmar’s military regime has staged a cosmetic makeover in recent days. On July 30, the State Administration Council (SAC) junta transformed into the State Security and Peace Commission (SSPC), ending a four-and-a-half-year state of emergency as preparations began for a year-end general election. After years of speculation following the February 2021 military coup, the junta’s […] The post That sinking feeling for Myanmar’s exiled opposition appeared first on Asia Times .