Pelajar maut ditikam: Ibu bapa gesa tingkat keselamatan sekolah

Pelajar maut ditikam: Ibu bapa gesa tingkat keselamatan sekolah

PETALING JAYA - Pihak sekolah diminta untuk meningkatkan keselamatan susulan kejadian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini hingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa.Ahli perniagaan yang mahu dikenali sebagai Nasir, 50-an berkata, dia tidak menyangka kejadian itu berlaku di sekolah terbabit dan mahu tindakan sewajarnya perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan semua pihak."Sekolah ini merupakan sekolah empat anak saya sejak tujuh tahun lalu."Saya datang ke sekolah pada jam 10 pagi tadi untuk menghantar makanan kepada dua anak. Saya terkejut apabila melihat sebahagian pelajar sudah dipindahkan keluar (dari kelas)."Anak perempuan saya sangat terkejut dan dia menangis tanpa henti serta tidak dapat ditenangkan ketika itu. Saya tahu cerita ini daripada rakan anak yang berada bersamanya," katanya di sini pada Selasa.Tambahnya, langkah lebih ketat perlu diambil termasuk melakukan pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa.Sementara itu, seorang lagi bapa pelajar, Johari Hashim, 58, menyifatkan insiden itu sebagai mengejutkan.Katanya, kejadian jenayah membabitkan penggunaan senjata dalam kalangan pelajar juga adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikirannya.Justeru dia berharap pihak sekolah akan mengambil tindakan susulan yang lebih serius bagi memastikan keselamatan pelajar lebih terjamin pada masa hadapan.Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam pelajar lelaki berusia 14 tahun dalam kejadian di kawasan tandas perempuan di sekolah berkenaan kira-kira 9.10 pagi.

Guan Eng tidak telus laksana projek, ada kepentingan peribadi – Pegawai Penyiasat

Guan Eng tidak telus laksana projek, ada kepentingan peribadi – Pegawai Penyiasat

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, bekas Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak telus dalam melaksanakan projek terowong dasar laut secara tender terbuka di negeri itu sejak dari awal. Pegawai Penyiasat yang juga Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Cawangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zulhilmi Ramli berkata, ini kerana ... Read more The post Guan Eng tidak telus laksana projek, ada kepentingan peribadi – Pegawai Penyiasat appeared first on Kosmo Digital .

Bersatu pecat Wan Saiful, gantung Wan Ahmad Fayhsal

Bersatu pecat Wan Saiful, gantung Wan Ahmad Fayhsal

KUALA LUMPUR : Lembaga Disiplin Bersatu memecat keahlian Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan. Parti itu turut menggantung keahlian Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama satu penggal. Menurut Lembaga Disiplin Bersatu, tindakan itu diambil atas kesalahan melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu serta Kod Etika dan Tatakelakuan. Empat ketua bahagian turut dipecat keahlian iaitu Azrudin Md Idris dari Hang Tuah Jaya. Mohd Faizal Asmar dari Pengerang juga dipecat bersama Mohd Fadhli Ismail dari Ipoh Timur. Mohd Isa Mohd Saidi dari Ampang turut menerima hukuman yang sama. Lembaga Disiplin telah mengadakan sesi pendengaran pada 8 Oktober sebelum membuat keputusan. Keputusan dibuat selaras Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu berdasarkan siasatan dan pertimbangan sewajarnya. Proses ini dilaksanakan tanpa melibatkan mana-mana campur tangan pihak lain. Lembaga menegaskan keputusan dibuat secara bebas dan tidak berat sebelah. Mereka yang didapati bersalah berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan. Rayuan boleh dikemukakan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari. – Bernama

‘Pembebasan tahanan sahaja tidak cukup, penubuhan negara Palestin perlu diteruskan’

‘Pembebasan tahanan sahaja tidak cukup, penubuhan negara Palestin perlu diteruskan’

MOSCOW: Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Russia, Dmitry Medvedev pada Isnin menegaskan pembebasan tebusan Israel dan tahanan Palestin adalah langkah positif, namun ia tidak akan membawa kedamaian yang berkekalan selagi sebuah negara Palestin yang berdaulat tidak ditubuhkan mengikut ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), lapor agensi Anadolu. “Pembebasan tebusan Israel dan tahanan Palestin memang sesuatu yang baik, ... Read more The post ‘Pembebasan tahanan sahaja tidak cukup, penubuhan negara Palestin perlu diteruskan’ appeared first on Utusan Malaysia .

Mimi Lana cadang kes jenayah bawah umur dibawa ke tali gantung

Mimi Lana cadang kes jenayah bawah umur dibawa ke tali gantung

PETALING JAYA: Lantang bersuara mengenai isu jenayah seksual dan keganasan terhadap kanak-kanak di media sosial, pelakon, Mimi Lana mencadangkan agar kes jenayah bawah umur harus dibawa ke tali gantung. Menurut Mimi, isu jenayah melibatkan kanak-kanak bawah umur pada zaman kini semakin membimbangkan malah menyifatkan hukuman yang ditetapkan tidak membantu menyedarkan pesalah. “Rasanya kes jenayah bawah ... Read more The post Mimi Lana cadang kes jenayah bawah umur dibawa ke tali gantung appeared first on Utusan Malaysia .

MyCC gagal rayuan akhir saman Grab RM86.77 juta

MyCC gagal rayuan akhir saman Grab RM86.77 juta

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk mendapatkan kebenaran merayu bagi mengembalikan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikatnya, Grabcar Sdn. Bhd. serta Myteksi Sdn. Bhd. Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais ... Read more The post MyCC gagal rayuan akhir saman Grab RM86.77 juta appeared first on Kosmo Digital .

Penutupan jalan berperingkat sempena Sidang Kemuncak ASEAN

Penutupan jalan berperingkat sempena Sidang Kemuncak ASEAN

PETALING JAYA: Beberapa jalan utama dan lebuh raya di ibu negara akan ditutup secara berperingkat bermula 26 hingga 28 Oktober ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bakal berlangsung di pusat bandar raya. Pusat Arahan dan Kawalan Kuala Lumpur (KLC3) dalam hantaran di media sosial, berkata, penutupan jalan dilaksanakan secara berkala antara 30 hingga 45 ... Read more The post Penutupan jalan berperingkat sempena Sidang Kemuncak ASEAN appeared first on Utusan Malaysia .

Ada makhluk bertenggek di bahu Amad, berpaut di kaki – Netizen

Ada makhluk bertenggek di bahu Amad, berpaut di kaki – Netizen

PETALING JAYA – Seorang netizen dalam media sosial mendakwa suaminya melihat ada makhluk yang bertenggek di bahu Amad sewaktu penyanyi cilik itu membuat persembahan di konsert Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) Ahad lalu. Komen itu ditinggalkan netizen tersebut dalam hantaran yang dimuat naik ibu Amad iaitu Siti Sairah dalam Instagram. “Suami saya hijab ... Read more The post Ada makhluk bertenggek di bahu Amad, berpaut di kaki – Netizen appeared first on Kosmo Digital .

Pengguna AS tanggung lebih separuh kos tarif Trump menurut Goldman Sachs

Pengguna AS tanggung lebih separuh kos tarif Trump menurut Goldman Sachs

NEW YORK : Pengguna Amerika Syarikat dijangka menanggung lebih separuh daripada kos tarif yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump tahun ini. Laporan penganalisis Goldman Sachs menganggarkan 55% kos tarif akan ditanggung oleh pengguna AS menjelang akhir tahun. Sebanyak 22% kos akan ditanggung oleh perniagaan AS manakala 18% oleh pengeksport asing. Baki lima peratus kos tarif dijangka akan dielakkan sepenuhnya. Perniagaan AS berkemungkinan menanggung bahagian kos yang lebih besar buat masa ini kerana tarif baru sahaja berkuat kuasa. Syarikat memerlukan masa untuk menaikkan harga kepada pengguna dan merundingkan harga import yang lebih rendah dengan pembekal luar negara. Berbeza dengan 2019, keseluruhan tarif masih belum dipindahkan kepada pengguna sepenuhnya. Syarikat mungkin menunggu lebih lama sebelum menaikkan harga kali ini. Mereka ingin melihat sama ada tarif akan kekal susulan cabaran undang-undang yang sedang berjalan. Cukai tarif AS telah meningkatkan harga perbelanjaan penggunaan peribadi sebanyak 0.44% setakat tahun ini. Kadar inflasi utama dijangka didorong kepada tiga peratus menjelang Disember akibat kesan tarif. – Bernama-Xinhua

Kesatuan sekerja di Greece bantah idea kerja 13 jam

Kesatuan sekerja di Greece bantah idea kerja 13 jam

ATHENS: Perkhidmatan pengangkutan dan sektor awam di Greece sekali lagi terganggu pada Selasa apabila kesatuan sekerja melancarkan mogok 24 jam sebagai bantahan terhadap rancangan kerajaan untuk memperkenalkan pilihan hari kerja selama 13 jam. Tindakan mogok itu menutup perkhidmatan awam dan perbandaran serta melumpuhkan operasi feri serta kereta api, namun penerbangan tidak terjejas. Pengangkutan awam di ... Read more The post Kesatuan sekerja di Greece bantah idea kerja 13 jam appeared first on Utusan Malaysia .

Kadar pengangguran di UK meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh empat tahun

Kadar pengangguran di UK meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh empat tahun

LONDON: Kadar pengangguran di Britain meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lebih empat tahun, sekali gus menambah tekanan terhadap ekonomi negara itu menjelang pembentangan bajet tahunan kerajaan. Menurut data rasmi yang dikeluarkan Pejabat Statistik Negara (ONS), kadar pengangguran meningkat kepada 4.8 peratus bagi tempoh tiga bulan berakhir Ogos, paras tertinggi sejak separuh pertama tahun 2021. ... Read more The post Kadar pengangguran di UK meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh empat tahun appeared first on Utusan Malaysia .

Pengarah PPKKP UPM digantung tugas

Pengarah PPKKP UPM digantung tugas

PETALING JAYA – Universiti Putra Malaysia (UPM) menggantung tugas Pengarah Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), Prof. Madya Dr. Ng Yee Guan, serta-merta susulan insiden pembunuhan anjing liar yang tular baru-baru ini. UPM memaklumkan, tindakan itu diambil bagi memelihara integriti siasatan yang sedang dijalankan oleh polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Menurut kenyataan itu, universiti ... Read more The post Pengarah PPKKP UPM digantung tugas appeared first on Kosmo Digital .