
Japan’s Ishiba signals talks with Trump for early cut to US auto tariff
Prime Minister Shigeru Ishiba says both countries will begin executing what was agreed upon, which is harder than agreeing on a deal.
Prime Minister Shigeru Ishiba says both countries will begin executing what was agreed upon, which is harder than agreeing on a deal.
PARLIAMENT | PN nominees confirm not receiving invitation to join committee.
KUALA LUMPUR : Penempatan pejabat tetap sekretariat Institut Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Asia (AOSHRI) di Bandar Baru Bangi menandakan kesungguhan Malaysia dalam memacu pembangunan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di peringkat ASEAN. Pejabat ini terletak di ibu pejabat Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH). Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyatakan, pejabat ini bukan sekadar pusat pentadbiran tetapi juga menjadi hab penyelidikan KKP serantau. “Ini selaras dengan Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai ASEAN 2045 untuk pendekatan holistik dan inklusif,“ katanya semasa merasmikan Sidang Kemuncak KKP ASEAN 2025. AOSHRI menghimpunkan organisasi penyelidikan KKP dari negara ASEAN serta rakan serantau seperti China, Jepun, dan Korea Selatan. “Jaringan ini menunjukkan kesejahteraan pekerja adalah keutamaan bersama,“ tambah Abdul Rahman. NIOSH Malaysia menyokong usaha ini dengan 13 makmal khusus, termasuk higen industri dan ergonomik. “Kemudahan ini penting untuk kajian berimpak tinggi dan pembangunan standard serantau,“ jelasnya. Kerangka MaRINA 3.0 turut dibentang sebagai panduan penyelidikan KKP serantau. Bengkel Pra-MaRINA 3.0 bulan lalu melibatkan pakar ASEAN dan antarabangsa seperti ILO dan University of South Australia. “Fokus diberikan pada risiko baharu KKP dan transformasi industri,“ kata Abdul Rahman. – Bernama
DUBAI, Aug 4 — A shipwreck off Yemen has killed at least 68 people, the UN’s migration agency said toda...
KUALA LUMPUR – Kadar tarif 19 peratus dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas negara adalah disebabkan pengiktirafan terhadap kepentingan Malaysia sebagai rakan dagang utama. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia juga pengiktirafan terhadap keupayaan Malaysia menawarkan komitmen perdagangan dan pelaburan berkualiti. Tambah beliau, Malaysia juga membuktikan kedudukan ... Read more The post Dewan Rakyat: AS iktiraf Malaysia sebagai rakan dagang utama appeared first on Kosmo Digital .
SUBANG – Lima lokasi di negara ini direkodkan mengalami suhu panas luar biasa selama tiga hari berturut-turut sehingga 3 Ogos lalu.Keadaan itu secara langsung mencetuskan kebimbangan terhadap krisis air, kesihatan awam dan kelangsungan ekonomi luar bandar.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kawasan terjejas termasuk Bandar Baharu di Kedah, Selama (Perak), Temerloh (Pahang), Limbang (Sarawak) serta Tenom dan Pitas di Sabah, dengan suhu mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius.Beliau berkata, susulan situasi tersebut, kerajaan telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan Empangan Bukit Merah, Gunung Semanggol, Perak yang kini berada pada tahap kritikal.Menurutnya, paras takungan air di empangan itu hanya 12.21 peratus atau 19.80 kaki, sekali gus menjejaskan ribuan penduduk serta sektor pertanian dan industri di kawasan sekitar."Saya bersama Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menyertai operasi ini menggunakan pesawat Charlie C-130 yang membawa kira-kira 6,000 liter larutan natrium klorida."Larutan itu disembur pada awan kumulus menara pada altitud antara 5,000 hingga 8,000 kaki dan dalam tempoh 45 minit selepas semburan, hujan lebat telah berlaku di kawasan sasaran," katanya pada sidang akhbar di Pangkalan Udara TUDM Subang, pada Ahad.Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara menjelaskan, usaha itu bukan sahaja bersifat reaktif tetapi satu pelaburan jangka panjang dalam menghadapi kesan perubahan iklim dan cuaca ekstrem."Empangan Bukit Merah bukan sekadar pembekal air domestik malah menyokong kegiatan pertanian, perikanan, pelancongan dan mitigasi banjir."Jika tidak ditangani segera, krisis ini boleh menjejaskan rantaian bekalan makanan, pendapatan penduduk luar bandar serta keseimbangan ekosistem," katanya.Menurutnya, selain masalah kekurangan air, fenomena cuaca panas melampau turut meningkatkan risiko jerebu akibat pembakaran hutan apabila taburan hujan yang rendah gagal menyingkirkan zarah terampai dalam atmosfera."Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat di beberapa kawasan dan ini memberi kesan kepada kesihatan, terutamanya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas serta pesakit pernafasan," katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata, operasi pembenihan awan juga akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan di kawasan lain bergantung kepada pemantauan agensi teknikal, meskipun tanpa permintaan rasmi daripada kerajaan negeri."Kami tidak hanya menunggu permintaan. Jika sesuatu kawasan berada pada paras kritikal iaitu 30 peratus ke bawah, pembenihan awan akan terus dilaksanakan secara proaktif."Selain itu, pihak bomba juga telah bersiap siaga di lebih 3,300 perigi tiub di kawasan tanah gambut bagi mencegah kebakaran hutan akibat cuaca panas melampau," katanya.Jelasnya, Monsun Barat Daya dijangka berterusan sehingga pertengahan Oktober dan semua agensi berkaitan telah diarahkan untuk bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan."Saya minta Jabatan Kesihatan, MetMalaysia dan NADMA sentiasa memberi penjelasan kepada rakyat."Pada masa sama, aktiviti luar bilik darjah di sekolah juga perlu dijadualkan semula dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah bagi mengelak risiko kesihatan kepada murid," katanya.Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi terlibat termasuk NADMA, MetMalaysia dan TUDM atas kejayaan operasi tersebut yang disifatkan sebagai bukti komitmen kerajaan untuk bertindak berdasarkan sains dan data."Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada kawasan tadahan air, keperluan domestik, industri serta pertanian sebagai keutamaan negara dalam menjamin keselamatan makanan dan kesejahteraan rakyat," katanya.
SUBANG – [DIKEMAS KINI] Enam lokasi di negara ini direkodkan mengalami suhu panas luar biasa selama tiga hari berturut-turut sehingga 3 Ogos lalu.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara lokasi utama terjejas teruk melibatkan tiga daerah di Semenanjung dan tiga lagi di daerah Sabah serta Sarawak. "Terdapat tiga daerah utama yang sedang mencatatkan suhu terpanas selama tiga hari berturut-turut iaitu Bandar Baru di Kedah, Selama (Perak), Temerloh (Pahang)."Sementara itu di Sarawak pula berlaku kepanasan luar biasa di Limbang sementara di Tenom dan Pitas, Sabah. Kepanasan agak luar biasa ini daripada 35 hingga mencapai 37 darjah celsius," katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan Udara TUDM Subang di sini pada Isnin.Ahmad Zahid berkata, susulan situasi tersebut, kerajaan telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan Empangan Bukit Merah, Gunung Semanggol, Perak yang kini berada pada tahap kritikal.Menurutnya, paras takungan air di empangan itu hanya 12.21 peratus atau 19.80 kaki, sekali gus menjejaskan ribuan penduduk serta sektor pertanian dan industri di kawasan sekitar."Saya bersama Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menyertai operasi ini menggunakan pesawat Charlie C-130 yang membawa kira-kira 6,000 liter larutan natrium klorida."Larutan itu disembur pada awan kumulus menara pada altitud antara 5,000 hingga 8,000 kaki dan dalam tempoh 45 minit selepas semburan, hujan lebat telah berlaku di kawasan sasaran," katanya pada sidang akhbar di Pangkalan Udara TUDM Subang, pada Ahad.Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara menjelaskan, usaha itu bukan sahaja bersifat reaktif tetapi satu pelaburan jangka panjang dalam menghadapi kesan perubahan iklim dan cuaca ekstrem."Empangan Bukit Merah bukan sekadar pembekal air domestik malah menyokong kegiatan pertanian, perikanan, pelancongan dan mitigasi banjir."Jika tidak ditangani segera, krisis ini boleh menjejaskan rantaian bekalan makanan, pendapatan penduduk luar bandar serta keseimbangan ekosistem," katanya.Menurutnya, selain masalah kekurangan air, fenomena cuaca panas melampau turut meningkatkan risiko jerebu akibat pembakaran hutan apabila taburan hujan yang rendah gagal menyingkirkan zarah terampai dalam atmosfera."Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat di beberapa kawasan dan ini memberi kesan kepada kesihatan, terutamanya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas serta pesakit pernafasan," katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata, operasi pembenihan awan juga akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan di kawasan lain bergantung kepada pemantauan agensi teknikal, meskipun tanpa permintaan rasmi daripada kerajaan negeri."Kami tidak hanya menunggu permintaan. Jika sesuatu kawasan berada pada paras kritikal iaitu 30 peratus ke bawah, pembenihan awan akan terus dilaksanakan secara proaktif."Selain itu, pihak bomba juga telah bersiap siaga di lebih 3,300 perigi tiub di kawasan tanah gambut bagi mencegah kebakaran hutan akibat cuaca panas melampau," katanya.Jelasnya, Monsun Barat Daya dijangka berterusan sehingga pertengahan Oktober dan semua agensi berkaitan telah diarahkan untuk bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan."Saya minta Jabatan Kesihatan, MetMalaysia dan NADMA sentiasa memberi penjelasan kepada rakyat."Pada masa sama, aktiviti luar bilik darjah di sekolah juga perlu dijadualkan semula dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah bagi mengelak risiko kesihatan kepada murid," katanya.Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi terlibat termasuk NADMA, MetMalaysia dan TUDM atas kejayaan operasi tersebut yang disifatkan sebagai bukti komitmen kerajaan untuk bertindak berdasarkan sains dan data."Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada kawasan tadahan air, keperluan domestik, industri serta pertanian sebagai keutamaan negara dalam menjamin keselamatan makanan dan kesejahteraan rakyat," katanya.
SEREMBAN : The Negeri Sembilan state government anticipates rare earth elements (REE) to significantly enhance state revenue starting in 2027. Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun revealed that two approved mineral tenement licenses are projected to generate RM18 million. “REE deposits identified in districts like Kuala Pilah and Jelebu are expected to play a major role in state income,“ Aminuddin said during the State Legislative Assembly session. He was responding to a query from Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau), presented by Kamarol Ridzuan Mohd Zain (PN-Paroi), regarding progressive revenue strategies for the B40 group. Additional revenue streams include water commodity transformation and service charges promoting economic sustainability. The state government’s quit rent amendment (PCT) and parcel tax adjustments under the National Land Code and Strata Titles Act could raise RM400 million in quit rent revenue by 2029. To further bolster income, the Forestry Department will introduce conservation fees for selected Forest Eco Parks. Citizens will pay RM3 per entry, while non-citizens will be charged RM6, with exemptions for children, seniors, and persons with disabilities. Ulu Bendul Rimba Eco Park will pilot the initiative. “The fee is designed to be affordable, ensuring minimal burden on the B40 group while funding forest conservation and facility maintenance,“ Aminuddin explained. The move aims to improve recreational safety and comfort while supporting environmental efforts. The state remains committed to a fair and inclusive quit rent system, prioritizing welfare initiatives for all residents, particularly the underprivileged. - Bernama
SHAH ALAM - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memberikan ganjaran kepada kakitangan awam yang memberikan maklumat berkaitan salah laku dalam jabatan, mengikut lunas undang-undang.Katanya, aspek kewangan merupakan antara dorongan utama manusia, justeru insentif seperti ganjaran tunai boleh menjadi pemangkin keberanian kepada penjawat awam untuk tampil melaporkan salah laku.Menurutnya, pendekatan itu juga berpotensi membanteras perbuatan tidak berintegriti dari peringkat awal sebelum ia membawa kerosakan yang lebih besar kepada sistem pentadbiran negara."Saya ingin mencadangkan sesuatu yang mungkin di luar kebiasaan, di luar pendekatan konvensional. Kita sentiasa memperjuangkan tadbir urus yang baik serta usaha menangani isu rasuah. Pernahkah kita terfikir untuk ‘memotong’ masalah ini dari awal, sebelum ia berlaku?"Jika kita lihat dorongan manusia, antara yang utama ialah soal kewangan. Jadi, mengapa tidak, mungkin melalui peraturan pentadbiran kerajaan atau menerusi peruntukan undang-undang, kita beri ganjaran kepada kakitangan awam yang tampil membongkar salah laku atau penyelewengan dalaman," katanya pada sidang Parlimen pada Isnin.Tambahnya, pendekatan memberi ganjaran kepada pemberi maklumat bukanlah sesuatu yang asing, bahkan telah diamalkan dalam kes-kes jenayah.Ujarnya, ganjaran tersebut bukanlah bertujuan mengkhianati rakan sekerja, sebaliknya menjadi satu bentuk keberanian moral demi melindungi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan."Tiada apa yang dapat diketahui atau didedahkan melainkan daripada individu yang terlibat secara langsung atau orang sekeliling mereka."Jadi, ganjarkan mereka mungkin RM1,000 atau RM2,000, tetapi secara sulit. Saya rasa ini boleh dipertimbangkan," katanya.
SHAH ALAM - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memberikan ganjaran kepada kakitangan awam yang memberikan maklumat berkaitan salah laku dalam jabatan, mengikut lunas undang-undang.Katanya, aspek kewangan merupakan antara dorongan utama manusia, justeru insentif seperti ganjaran tunai boleh menjadi pemangkin keberanian kepada penjawat awam untuk tampil melaporkan salah laku.Menurutnya, pendekatan itu juga berpotensi membanteras perbuatan tidak berintegriti dari peringkat awal sebelum ia membawa kerosakan yang lebih besar kepada sistem pentadbiran negara."Saya ingin mencadangkan sesuatu yang mungkin di luar kebiasaan, di luar pendekatan konvensional. Kita sentiasa memperjuangkan tadbir urus yang baik serta usaha menangani isu rasuah. Pernahkah kita terfikir untuk ‘memotong’ masalah ini dari awal, sebelum ia berlaku?"Jika kita lihat dorongan manusia, antara yang utama ialah soal kewangan. Jadi, mengapa tidak, mungkin melalui peraturan pentadbiran kerajaan atau menerusi peruntukan undang-undang, kita beri ganjaran kepada kakitangan awam yang tampil membongkar salah laku atau penyelewengan dalaman," katanya pada sidang Parlimen pada Isnin.Tambahnya, pendekatan memberi ganjaran kepada pemberi maklumat bukanlah sesuatu yang asing, bahkan telah diamalkan dalam kes-kes jenayah.Ujarnya, ganjaran tersebut bukanlah bertujuan mengkhianati rakan sekerja, sebaliknya menjadi satu bentuk keberanian moral demi melindungi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan."Tiada apa yang dapat diketahui atau didedahkan melainkan daripada individu yang terlibat secara langsung atau orang sekeliling mereka."Jadi, ganjarkan mereka mungkin RM1,000 atau RM2,000, tetapi secara sulit. Saya rasa ini boleh dipertimbangkan," katanya.
During all the decades of the US-Japan security alliance, which has been one of the closest security partnerships anywhere in the world, Japan has had to worry about two contradictory dangers: abandonment and entrapment. Abandonment would involve Japan’s interests being ignored by its partner amid a deal with one of its enemies; entrapment would mean […] The post Japan fears both Trump abandonment and entrapment appeared first on Asia Times .
JOHOR BARU: Johor police welcomed a new top cop following a handover ceremony held earlier on Monday (Aug 4), marking the official appointment of Comm Ab Rahaman Arsad as the state's new police chief. Read full story
ALOR SETAR: Tumpuan kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) terhadap usaha menjamin keselamatan makanan negara perlu mengambil kira beberapa faktor bagi memperkasa sektor pertanian. Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar berkata, antara perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan adalah memastikan rantaian bekalan tidak dikuasai kartel. “Keadilan harga di peringkat ladang mesti ... Read more The post RMK13: Pastikan rantaian bekalan tidak dikuasai kartel appeared first on Utusan Malaysia .
KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir tidak bersetuju dengan pendapat semua kursus di institusi pengajian tinggi (IPT) yang tiada kaitan dengan kecerdasan buatan (AI) wajar ditutup. Menurutnya, sebahagian kursus itu masih relevan dalam konteks masa kini, maka setiap kementerian perlu mengenal pasti kursus yang perlu disesuaikan dengan AI untuk ... Read more The post Dewan Rakyat: Kursus tiada kaitan AI masih relevan, tidak perlu ditutup appeared first on Kosmo Digital .
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz berkata Malaysia berpendirian teguh mengekalkan dasar penyedia perkhidmatan awam.
TONGOD – Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah menolak cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Barisan Nasional (BN) turut membentuk kerjasama antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17).Beliau berpendapat bahawa tidak mungkin wujud persefahaman jika kerjasama dibentuk bersama BN untuk PRN kali ini."Tidak mungkin persefahaman itu dapat dicapai kerana ia akan mengelirukan pengundi. Lagipun GRS dan PH sudahpun terlebih dahulu mencapai kata sepakat untuk meneruskan kerjasama politik."Jika kerjasama tiga gabungan parti itu berlaku, kami berpegang pada kenyataan Perdana Menteri pada 11 Mei lalu di Tawau supaya Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengetuai rundingan pembahagian kerusi," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan pemimpin masyarakat di daerah tersebut pada Isnin.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar yang juga Pengerusi PH yang mahu memastikan tidak berlaku pertembungan antara tiga gabungan tersebut dalam PRN Sabah.Mengulas lanjut, Masiung menegaskan bahawa secara dasarnya Gagasan Rakyat yang menjadi tonggak GRS sudah pasti tidak akan bersetuju dengan cadangan Anwar itu supaya tiga gabungan menjalinkan hubungan yang disifatkan sebagai 'cinta tiga penjuru'."GRS dan PH Sabah sudah sebati dengan kerjasama politik yang sedia wujud dalam mengurus pentadbiran Kerajaan Negeri sebelum ini."GRS juga telah hilang kepercayaan terhadap BN-UMNO kerana pernah mengkhianati jalinan kerjasama bersama GRS dan PH menerusi 'Langkah Kinabalu'," katanya.Menurut Masiung, sejak peristiwa yang dirancang oleh parti itu, pemimpinnya terus meniupkan sentimen permusuhan dan memperlekeh GRS dengan pelbagai taktik dan strategi."Pada masa sama, UMNO-BN Sabah juga telah mengambil keputusan untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan GRS."Kami berharap Perdana Menteri menghormati pendirian kami dan mengotakan janjinya menyerahkan kepada Hajiji sebagai Pengerusi GRS untuk mengetuai rundingan kerusi kepada parti-parti dalam pakatan politik menjelang PRN-17," ujarnya.