Atlet, personaliti, peminat e-sukan bertemu di pawagam

Atlet, personaliti, peminat e-sukan bertemu di pawagam

DALAM era hiburan digital yang semakin pesat, penggabungan antara pemain profesional, bakat kreatif dan peminat dalam satu acara bukan sekadar meraikan kejayaan sesuatu komuniti, tetapi turut memperkukuh hubungan antara dunia e-sukan dan hiburan arus perdana. Acara sebegini berperanan penting dalam membina ekosistem yang inklusif apabila pemain dapat berinteraksi secara langsung dengan peminat, manakala personaliti media ... Read more The post Atlet, personaliti, peminat e-sukan bertemu di pawagam appeared first on Kosmo Digital .

JPJ panggil pengurusan tertinggi KDEB Waste Management

JPJ panggil pengurusan tertinggi KDEB Waste Management

KUALA LANGAT – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memanggil pengurusan tertinggi KDEB Waste Management (KDEBWM) dalam masa terdekat susulan pelbagai kesalahan dikesan pada lori sampah milik syarikat itu di seluruh Selangor. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, ini termasuk dalam memberikan amaran agar KDEBWM melakukan tindakan segera dalam memperbetulkan kesalahan dilakukan lori sampah ... Read more The post JPJ panggil pengurusan tertinggi KDEB Waste Management appeared first on Kosmo Digital .

Tang Jie-Ee Wei start Denmark Open campaign with first round win

Tang Jie-Ee Wei start Denmark Open campaign with first round win

KUALA LUMPUR : Newly-crowned mixed doubles world champions Chen Tang Jie-Toh Ee Wei began their 2025 Denmark Open campaign with a convincing first round victory. The fourth-seeded Malaysian pair comfortably defeated Taiwan’s Yang Po-Hsuan and Hu Ling Fang 21-15, 21-9 in just 31 minutes. Their dominant performance at the Jyske Bank Arena in Odense secured their place in the tournament’s second round. Tang Jie and Ee Wei will next face Chinese duo Gao Jia Xuan and Wu Meng Ying in their following match. The Chinese pair advanced after a hard-fought three-set battle against Thailand’s Phuwanat Horbanluekit and Benyapa Aimsaard. Professional mixed doubles pair Goh Soon Huat and Shevon Lai Jemie also progressed to the second round earlier. The eighth seeds overcame Taiwan’s Ming Che Lu and Hung En-Tzu with a 21-14, 21-17 straight games win. Goh and Shevon will next meet either Danish home pair Jesper Toft and Amalie Magelund or Japan’s Yuichi Shimogami and Sayaka Hobara. – Bernama

UPM mohon maaf kes racun, tembak anjing liar

UPM mohon maaf kes racun, tembak anjing liar

PETALING JAYA: Universiti Putra Malaysia (UPM) memohon maaf susulan insiden menembak dan meracun anjing liar di kawasan kampus yang tular di media sosial, baru-baru ini. UPM berkata, pihak­nya memandang serius isu berkenaan yang dilaporkan berlaku penghujung tahun lalu, sambil menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan masyarakat mengenai kebajikan haiwan. “Universiti komited memastikan setiap tindakan pengurusan haiwan liar ... Read more The post UPM mohon maaf kes racun, tembak anjing liar appeared first on Utusan Malaysia .

Sikap ibu bapa punca anak jadi pembuli

Sikap ibu bapa punca anak jadi pembuli

Mutakhir ini masyarakat semakin kerap disajikan dengan laporan kes buli dalam kalangan pelajar. Menerusi pendedahan maklumat mahupun video, ada mangsa yang dipukul beramai-ramai, diherdik atau dipaksa melakukan sesuatu. Situasi yang semakin membarah ini bukan sahaja mencetus kebimbangan masyarakat, malah untuk mengenal pasti punca juga dianggap begitu mencabar. Ada yang menyalahkan sistem didikan di sekolah, rakan-rakan, ... Read more The post Sikap ibu bapa punca anak jadi pembuli appeared first on Kosmo Digital .

PIBG gesa gerakan besar-besaran tangani buli, kesihatan mental di sekolah

PIBG gesa gerakan besar-besaran tangani buli, kesihatan mental di sekolah

IPOH - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyeru agar gerakan besar-besaran dilaksanakan bagi menangani isu buli, gangguan emosi serta kesihatan mental di sekolah yang semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini.Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati Ipoh, Mohamad Halim Arafullah berkata, peningkatan kes buli, penderaan emosi dan masalah mental dalam kalangan pelajar hingga ada yang membawa kepada kejadian bunuh serta rogol perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.Menurutnya, sudah tiba masanya pihak sekolah, PIBG dan agensi kerajaan berganding bahu melaksanakan kempen berskala besar secara bersepadu bagi memulihkan suasana persekitaran sekolah agar kembali selamat dan kondusif untuk pelajar."Sekolah sepatutnya menjadi tempat membina masa depan anak-anak, bukannya lokasi yang menakutkan. Kita tidak boleh lagi menunggu tragedi baharu berlaku sebelum bertindak."Sudah tiba masanya untuk kita bergerak bersama di antara ibu bapa, guru, masyarakat dan pihak berkuasa demi menyelamatkan generasi masa depan," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Selasa.Mohamad Halim mencadangkan beberapa langkah utama antaranya penganjuran kempen anti-buli dan kesihatan mental secara menyeluruh melibatkan pelajar, guru dan ibu bapa melalui ceramah kesedaran, bengkel interaktif serta program intervensi awal.Katanya, tumpuan perlu diberikan kepada isu buli fizikal, siber dan seksual bawah umur yang semakin meruncing, selain aspek kesihatan mental remaja.Selain itu, beliau menekankan keperluan mengaktifkan semula peranan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah bagi membantu mengesan tanda-tanda tekanan emosi dan kemurungan dalam kalangan pelajar."PRS boleh menjadi rakan sokongan awal sebelum pelajar dirujuk kepada guru kaunseling atau pakar psikologi."Mereka juga perlu diberikan latihan supaya lebih bersedia menghadapi pelajar yang berdepan tekanan," katanya yang juga Yang Dipertua PIBG SK Tasik Damai Ipoh.Mohamad Halim turut menggesa PIBG memainkan peranan lebih proaktif dengan menganjurkan ceramah keibubapaan secara bersemuka atau dalam talian supaya ibu bapa memahami tanda-tanda awal tekanan mental anak-anak dan cara menanganinya dengan empati."Penglibatan tokoh masyarakat, ustaz, pegawai kesihatan dan pakar psikologi dalam program seperti ini dapat memperkukuh kefahaman dan tindakan komuniti terhadap isu berkenaan."Ia juga membantu ibu bapa mengenali perubahan tingkah laku anak lebih awal," jelasnya lagi.Beliau turut mencadangkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan strategik seperti tandas, koridor belakang, tangga dan parkir sekolah bagi mencegah kejadian buli serta membantu mengenal pasti pelaku jika insiden berlaku.Menurutnya, hanya melalui gerakan menyeluruh yang disertai ibu bapa, guru, masyarakat dan agensi kerajaan, budaya buli serta masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar dapat ditangani secara tuntas dan berkesan.

Perjalanan baharu Jun Hao

Perjalanan baharu Jun Hao

JURULATIH perseorangan lelaki negara, K Yogendran percaya Leong Jun Hao kini berada di fasa kematangan terbaik dalam kariernya menjelang saingan Terbuka Denmark Super 750 di Fyn Arena Odense, Denmark.Pemain perseorangan negara itu dijangka berdepan ujian getir apabila diundi menentang pemain dari China, Li Shi Feng pada pusingan pertama lawan yang pernah menewaskannya tujuh kali dalam lapan pertemuan terdahulu.Bagaimanapun, Yogendran optimis Jun Hao mampu menampilkan persembahan bertenaga seperti yang ditunjukkan sebelum ini, termasuk ketika menewaskan Shi Feng pada pusingan pertama Terbuka India Super 750 awal tahun ini."Rekod pertemuan memang tidak memihak kepada Jun Hao, tetapi kita tahu dia biasanya bermain baik pada perlawanan pertama."Kemenangan di Terbuka India membuktikan dia boleh menewaskan Shi Feng jika fokus dan tenang. Menang kalah itu nombor dua yang penting kini, saya lihat dia semakin matang dan konsisten di gelanggang," kata Yogendran.Sejak menggantikan Lee Zii Jia sebagai perseorangan nombor satu negara pada Jun lalu, Jun Hao mengakui berdepan tekanan tinggi sesuatu yang turut diakui Yogendran sedikit menjejaskan prestasi anak didiknya pada awalnya."Ya, dia ada rasa tertekan bila mula-mula menjadi pemain nombor satu negara. Minggu pertama itu jelas, dia cepat marah dan meletakkan harapan tinggi pada diri sendiri."Tapi sekarang dia sudah lebih stabil dan sudah tahu apa yang mahu dicapai. Sasaran kami untuk bantu di menembusi kelompok 16 terbaik dunia selepas ini."Dia sudah tahu hala tuju. Sekarang bukan sekadar soal keputusan menang atau kalah, tetapi bagaimana dia mengekalkan konsistensi. Itu tanda kematangan," katanya.Yogendran turut melihat peningkatan dalam permainan Jun Hao dalam tiga siri jelajah termasuk ketika menewaskan Zii Jia kali pertama dalam empat pertemuan di suku akhir Terbuka Hong Kong."Perkembangannya sangat positif. Dia semakin sedar di mana kelemahan dan sudah belajar cara mengurus tekanan. Minggu ini saya boleh kata, dia berlatih dalam keadaan paling baik sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Kualiti latihannya sangat bagus, dia akan tampil lebih mantap," katanya.

Zara Qairina ditengking senior

Zara Qairina ditengking senior

KOTA KINABALU: Seorang saksi kanak-kanak ke-12 memberitahu Mahkamah Koroner semalam bahawa pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, ditengking salah seorang ahli kumpulan Circle 19 sebelum kejadian tragis menimpa remaja itu. Menurut saksi yang juga ahli kumpulan sama, dia tidak berada di dorm A3-6 ketika kejadian berlaku dan hanya mengetahui insiden itu selepas dimaklumkan oleh rakan ... Read more The post Zara Qairina ditengking senior appeared first on Utusan Malaysia .

Malaysia deputy PM urges nationals to support Cambodia economic growth

Malaysia deputy PM urges nationals to support Cambodia economic growth

PHNOM PENH : Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has urged Malaysians to continue supporting Cambodia’s economic development. He described Malaysians as pioneer investors who have built a strong reputation with Cambodian leaders during a dinner with the Malaysian community. Ahmad Zahid encouraged exploration of profitable sectors including halal food, cosmetics, insurance, banking, and pharmaceuticals. He called on Malaysians to become spokespersons for Visit Malaysia 2026 and work as a team to protect the country’s image. The Deputy Prime Minister is undertaking a three-day official visit to Cambodia from October 13 to 15. His itinerary includes attending the 13th ASEAN Ministerial Meeting on Disaster Management in Phnom Penh. He will also participate in the 14th Conference of the Parties to the ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response. Ahmad Zahid paid a courtesy call to Cambodian Prime Minister Hun Manet at the Peace Palace earlier today. He also met with Senate President Hun Sen during his diplomatic engagements. The Deputy Prime Minister’s visit strengthens bilateral ties between Malaysia and Cambodia. – Bernama

Demokrasi kertas undi lawan demokrasi berteraskan nilai

Demokrasi kertas undi lawan demokrasi berteraskan nilai

DEMOKRASI sering dipuji sebagai sistem terbaik ciptaan manusia kerana ia menjanjikan keadilan, keterangkuman dan kebebasan. Namun di era pasca normal yakni dunia yang rapuh, cemas, tidak menentu dan sukar difahami seperti dihuraikan Sardar dalam Welcome to Postnormal Times (2010), amalan dan nilai demokrasi sedang diuji. Apa yang dahulu kelihatan kukuh kini semakin tercemar. Komponen asasnya ... Read more The post Demokrasi kertas undi lawan demokrasi berteraskan nilai appeared first on Utusan Malaysia .

Dakwah dalam politik bukan sekadar ceramah atau khutbah agama

Dakwah dalam politik bukan sekadar ceramah atau khutbah agama

MENYERU manusia kepada agama Islam merupakan satu amanah mulia di sisi Allah SWT. Firman-Nya dalam al-Quran bermaksud: “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah…” (Fussilat: 33). Usaha dakwah adalah warisan agung Rasulullah SAW yang perlu diteruskan oleh umat Islam sepanjang zaman. Hal ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah ... Read more The post Dakwah dalam politik bukan sekadar ceramah atau khutbah agama appeared first on Utusan Malaysia .