PRN Sabah: BN umum calon seminggu sebelum hari penamaan - Ahmad Zahid

PRN Sabah: BN umum calon seminggu sebelum hari penamaan - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan nama calon dan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 seminggu sebelum hari penamaan calon, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi."BN tidak akan bertanding di seluruh 73 kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) dan kita akan teliti kawasan fokus," kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini malam Khamis.Mengulas kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya itu, Ahmad Zahid berkata, BN akan melipatgandakan usaha untuk memperoleh kemenangan bagi setiap DUN ditandingi susulan kekalahan yang dialami dalam PRN Sabah ke-16 pada 2020.Beliau turut mengulangi pendirian BN untuk tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN kali ini, namun mengakui ia memerlukan kerjasama politik dengan parti lain untuk membentuk kerajaan negeri."Setakat ini tiada penganalisis sebut ada parti atau gabungan boleh bentuk kerajaan dengan majoriti, ertinya realiti politik Sabah mesti ada jalinan terutama kerjasama semasa prapilihan raya dan pascapilihan raya," katanya.Terdahulu, semasa menjadi tetamu program Ruang Bicara itu, Ahmad Zahid berkata, beliau telah menerima senarai calon dengan sekurang-kurangnya tiga hingga lima bagi setiap DUN yang akan ditandingi.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17, penamaan calon pada 15 November dan tarikh pengundian awal pada 25 November.Pada 6 Oktober, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberikan laluan kepada pilihan raya negeri itu.DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan, manakala enam lagi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri yang dilantik. - Bernama

Pelajar lelaki dicekup kes ‘gangguan’ di sekolah

Pelajar lelaki dicekup kes ‘gangguan’ di sekolah

SABAK BERNAM – Seorang pelajar lelaki ditahan selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di daerah ini, Isnin lalu. Kejadian itu melibatkan mangsa berusia 15 tahun, manakala suspek 14 tahun dengan kedua-dua mereka belajar di sekolah sama. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md. Yusof Ahmad berkata, siasatan awal mendapati ... Read more The post Pelajar lelaki dicekup kes ‘gangguan’ di sekolah appeared first on Kosmo Digital .

Kerajaan sedia pelbagai inisiatif untuk masyarakat India bernilai lebih RM42 juta - PM

Kerajaan sedia pelbagai inisiatif untuk masyarakat India bernilai lebih RM42 juta - PM

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan beberapa inisiatif baharu bernilai RM42.25 juta khusus untuk manfaat masyarakat India, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Perdana Menteri berkata, inisiatif berkenaan termasuk program tuisyen percuma dan pemberian komputer riba melalui inisiatif Peranti Siswa.Anwar berkata, inisiatif berkenaan yang turut merangkumi program pembaikan sekolah di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), dikongsikan beliau semasa pertemuan santai bersama pengamal media Tamil dan pempengaruh media sosial di Madras Bakery, Brickfields pada Khamis."Usai program rasmi hari ini, saya singgah di Little India, Brickfields bagi meninjau persiapan masyarakat Hindu yang bakal menyambut perayaan Deepavali tidak lama lagi."Sejurus tiba, saya berkesempatan menikmati minum petang bersama pengamal media Tamil dan pempengaruh media sosial di Madras Bakery sambil bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa," katanya dalam hantaran di Facebook malam Khamis.Selain pertemuan itu, beliau turut meninjau persiapan masyarakat India menjelang sambutan Deepavali di beberapa kedai dan gerai jualan di tapak bazar Little India, Brickfields."Semoga sambutan Deepavali tahun ini diraikan dengan penuh kegembiraan, kesyukuran dan semangat perpaduan," kata beliau. - Bernama

Murid PPKI meninggal dunia akibat influenza A

Murid PPKI meninggal dunia akibat influenza A

KLANG – Seorang murid lelaki Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan Meru di sini, meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan influenza A, hari ini. Allahyarham Muhammad Syeikhu Azrin yang berusia lapan tahun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa ... Read more The post Murid PPKI meninggal dunia akibat influenza A appeared first on Kosmo Digital .