Fugo, Bilal Indrajaya, Pamungkas bakal beraksi di Panggung Purnama

Fugo, Bilal Indrajaya, Pamungkas bakal beraksi di Panggung Purnama

PETALING JAYA: Penganjur konsert Panggung Purnama, UdaraLaskhar, mengumumkan tiga penyanyi bakal memeriahkan konsert yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur bulan hadapan.  Menurut wakil UdaraLaskhar, John Labu dua artis solo diterbangkan dari Indonesia iaitu Pamungkas dan Bilal Indrajaya. Turut mengisi slot persembahan ialah kugiran anak muda Malaysia yang semakin mendapat perhatian, Fugo. “Kami begitu teruja ... Read more The post Fugo, Bilal Indrajaya, Pamungkas bakal beraksi di Panggung Purnama appeared first on Utusan Malaysia .

Persatuan doktor swasta kecam NACCOL campur tangan dalam urusan klinikal

Persatuan doktor swasta kecam NACCOL campur tangan dalam urusan klinikal

SHAH ALAM – Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) mengecam tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang mengumumkan cadangan mewajibkan semua klinik swasta mengeluarkan preskripsi dan menyediakan bil terperinci bagi setiap rawatan.Presidennya, Dr G Shanmuganathan berkata, walaupun cadangan itu disampaikan sebagai dasar, namun penyampaiannya yang mengelirukan di Parlimen telah memberi kesan buruk kepada para doktor, termasuk kekeliruan arahan, gangguan operasi klinik serta mencabul kebebasan profesional pengamal perubatan."Tindakan tersebut dianggap sebagai satu pencerobohan terhadap bidang kuasa profesional doktor."Lebih mengecewakan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang turut menganggotai Majlis Tindakan Nasional Mengenai Kos Sara Hidup (NACCOL) gagal mempertahankan profesion perubatan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Menurut beliau, kehadiran Menteri Kesihatan dalam mesyuarat NACCOL tanpa sebarang bantahan terhadap cadangan yang berada di luar bidang kuasa KPDN merupakan satu bentuk kecuaian serius, malah boleh dianggap sebagai pengkhianatan terhadap kepercayaan yang diberikan."Kami ingin tahu, di manakah menteri ketika pegawai KPDN mula memeriksa klinik-klinik swasta?"Di manakah menteri ketika arahan memaparkan harga ubat dikuatkuasakan tanpa asas perundangan yang jelas? Kini, di manakah beliau ketika pengumuman NACCOL menyentuh cara doktor harus merawat dan mengenakan caj kepada pesakit?" soalnya.Jelas beliau, FPMPAM mengingatkan semua pihak bahawa NACCOL bukanlah badan pengawal selia dan tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk menentukan kaedah amalan perubatan."Kami tegaskan bahawa preskripsi ialah alat klinikal, bukannya prosedur birokrasi."Bil terperinci atas permintaan pula telah pun termaktub di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (PHFSA)."Jika dipaksa dilaksanakan secara menyeluruh, ia hanya akan menyebabkan kos rawatan meningkat, bukan sebaliknya," katanya.Sehubungan itu, FPMPAM menuntut agar Menteri Kesihatan tampil membuat penjelasan rasmi berhubung kenyataan NACCOL dan mengesahkan bahawa hanya Kementerian Kesihatan (KKM) serta Majlis Perubatan Malaysia (MMC) yang mempunyai bidang kuasa untuk mengawal selia amalan klinikal di negara ini.Dr Shanmuganathan turut mendesak Menteri Kesihatan mengambil tanggungjawab untuk memulihkan kembali kepercayaan dalam kalangan pengamal perubatan."Kami juga menyeru semua badan perubatan termasuk Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Persatuan Klinik Swasta Malaysia (MPCAM) serta persatuan negeri untuk berdiri teguh menentang campur tangan politik dan birokrasi yang tidak sewajarnya," ujarnya.Beliau turut memberi peringatan tegas kepada Menteri Kesihatan agar tidak menjadi ‘penumpang’ dalam NACCOL, sebaliknya bertindak sebagai pelindung kepada sistem kesihatan negara."Jika menteri enggan bersuara demi doktor, maka kami sendiri akan bersuara, lantang, jelas dan tanpa kompromi."Kami bukan orang bawahan NACCOL. Kami penjaga amanah terhadap kesihatan rakyat dan tidak akan berdiam diri melihat profesion kami dihakis secara senyap," tegasnya.

Thailand, Kemboja sepakat kekal gencatan senjata

Thailand, Kemboja sepakat kekal gencatan senjata

PETALING JAYA: Malaysia berjaya merintis satu lagi pencapaian penting dalam usaha mendamaikan konflik Thailand–Kemboja apabila kedua-dua negara bersetuju mematuhi sepenuhnya gencatan senjata serta menjamin perlindungan terhadap orang awam dan infrastruktur awam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen itu dicapai dalam satu pertemuan di Perdana Putra pagi tadi bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri ... Read more The post Thailand, Kemboja sepakat kekal gencatan senjata appeared first on Utusan Malaysia .

[VIDEO] 'Saya terima kalau Anwar mohon maaf sekarang' - Muhyiddin

[VIDEO] 'Saya terima kalau Anwar mohon maaf sekarang' - Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat sedikit kecoh ketika Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf atas kenyataan dibuat Ahli Parlimen Tambun itu terhadapnya yang didakwa sebagai fitnah.Muhyiddin juga mendesak Anwar menarik balik kenyataan yang mendakwa dirinya menyokong pemberian subsidi RON95 kepada warga asing kerana ia tidak benar sama sekali.Menurutnya, sekiranya tiada permohonan maaf dibuat, beliau akan membawa perkara tersebut kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen."Saya telah tegaskan bahawa kenyataan tersebut tidak benar sama sekali. Carilah di mana-mana dunia siber tak akan ada kenyataan saya buat seperti itu bermakna apa yang dibuatkan oleh Yang Berhormat Tambun nyata satu fitnah."Kalau di dewan ni dia ada imuniti Tan Sri yang dipertua, ALLAH SWT tak ada beri imuniti. Fitnah hukumnya haram. Dalam dewan haram, di luar juga hukumnya haram."Saya nak nyatakan, sebagai sahabat, mungkin dia juga manusia biasa cuma jawatan dia tinggi. Saya juga pernah ada di situ. Jadi, mungkin dah berlaku kesilapan, jadi agak susah bagi perdana menteri nak kata 'Muhyidin, aku sorrylah salah' - dia boleh cakap begitu saja, (saya) ok."Jadi, saya nak minta satu perkara daripada yang berhormat Tambun, dengan izin speaker, mohon maaf ya. Tarik baliklah kenyataan itu. Saya ni rela, saya akan terima permohonan maaf tu sekarang juga," katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, pada Khamis.Sebelum itu, Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mencelah dengan bertanya sama ada Muhyiddin setuju bahawa Anwar tidak membuat ulang kaji untuk datang ke Parlimen.Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) turut mencelah dengan mencadangkan supaya Muhyiddin membawa usul supaya Tambun digantung Dewan Rakyat selama 6 bulan.Muhyiddin menyatakan persetujuan terhadap kedua-dua kenyataan dan cadangan yang dinyatakan ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) tersebut."Memang tak buat homework. Saya tahu mana dia dapat sumber maklumat tu...sumber fake dan palsu. Perdana Menteri ambil sumber fake dan palsu bercakap dalam Parlimen. Amat memalukan...kenyataan yang tak betul mesti dibetulkan," katanya.Muhyiddin turut memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa beliau menerima surat daripada SKMM untuk hadir memberi keterangan."SKMM kata nak ambil keterangan saya sebagai saksi. Saya nak tanya, SKMM dah siasat Perdana Menteri? Saya rasa ini satu penyalahgunaan kuasa, pasal isu ini isu peribadi yang dibangkit oleh Perdana Menteri terhadap saya."Tapi dia arahkan SKMM untuk siasat. Saya rasa itu tak berapa kena. Lepas itu siasat saya dulu. Kan saya dah keluarkan kenyataan. Kalau SKMM jumpa saya pun saya akan beritahu apa yang saya kata dalam kenyataan saya sebelum ini," ujarnya.Pada masa sama, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan dia telah menerima surat daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang mengesahkan SKMM telah diarahkan untuk memulakan siasatan."Saya terima surat yang telah pun mengarahkan SKMM menyiasat lebih lanjut tindakan, dari mana maklumat ini datang."Sebab itu, insya-ALLAH kita tunggu. SKMM akan siasat dari mana portal ini datang. Mungkin ada portal (laporkan Muhyiddin pertahan subsidi kepada warga asing), mungkin (ada), saya tak tahu," kata Johari.Bagaimanapun, Muhyiddin membalas SKMM sepatutnya memulakan siasatan terhadap Anwar terlebih dahulu.

'Saya terima kalau Anwar mohon maaf sekarang' - Muhyiddin

Malaysia removes 500,000 illegal online content items since 2022

Malaysia removes 500,000 illegal online content items since 2022

KUALA LUMPUR: More than 500,000 pieces of online content were removed by service providers between Jan 1, 2022, and Aug 1, 2025, for violating Malaysian laws. Deputy Communications Minister Teo Nie Ching revealed the breakdown, with 321,012 items related to gambling and 119,273 linked to fraud. Another 43,585 pieces were obscene, while 35,420 involved bullying or sexual harassment, and 38,818 were fake content. The removals followed requests from the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) under the Communications and Multimedia Act 1998. Teo said MCMC collaborates with agencies like PDRM, KPDN, and Bank Negara Malaysia to monitor harmful content. MCMC also provides technical support, including digital forensic analysis, to aid investigations. The ministry remains committed to ensuring a safe online environment for all Malaysians. Teo addressed concerns from Datuk Dr Richard Rapu regarding steps to curb harmful content like gambling and cyber fraud. MCMC launched Sebenarnya.my, a fact-checking portal, and introduced an AI chatbot (AIFA) in January 2025. The chatbot helps verify information quickly and combats false news more effectively. From Jan 1, 2025, social media platforms must obtain an ASP(C) licence under Act 588. This ensures service providers take responsibility for harmful content, especially involving children. MCMC also published a Code of Conduct for social media platforms to protect minors. The Safe Internet Campaign (KIS) launched in January focuses on cyberbullying and age restrictions. Teo urged platforms to act faster in removing fraudulent or harmful posts. Many fraudulent posts are only taken down after MCMC reports them, she noted. Without stricter advertising guidelines, fraudulent content continues to rise yearly. - Bernama

PLUS to begin pilot of ANPR-based toll collection on NSE from October, using its Just Go mobile app

PLUS to begin pilot of ANPR-based toll collection on NSE from October, using its Just Go mobile app

Malaysia’s move towards the planned implementation of a multi-lane fast flow (MLFF) barrier-free toll collection system is set to begin with the use of automatic number plate recognition (ANPR) for toll payment, with a pilot […] The post PLUS to begin pilot of ANPR-based toll collection on NSE from October, using its Just Go mobile app appeared first on Paul Tan's Automotive News .

JAIPk guna AI mantapkan perkhidmatan syariah

JAIPk guna AI mantapkan perkhidmatan syariah

IPOH: Perak memulakan pendedahan awal tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) kepada warga pentadbir agama dalam usaha memantapkan perkhidmatan syariah di negeri ini. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah memulakan usaha itu kepada warga jabatan untuk meneroka potensi AI. Katanya, langkah memperkukuhkan perkhidmatan agama itu termasuklah membangunkan pembantu ... Read more The post JAIPk guna AI mantapkan perkhidmatan syariah appeared first on Utusan Malaysia .

MCMC amaran henti sebarkan maklumat palsu kes Zara Qairina

MCMC amaran henti sebarkan maklumat palsu kes Zara Qairina

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius gesaan Ketua Polis Negara dan Jabatan Peguam Negara agar orang ramai menghentikan penyebaran maklumat tidak sahih berkaitan kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir. Dalam kenyataan hari ini, MCMC menegaskan bahawa penyebaran gambar, video atau sebarang maklumat yang belum disahkan bukan sahaja boleh mengguris perasaan ahli keluarga, malah bercanggah dengan nilai etika serta berpotensi melanggar undang-undang sedia ada. “MCMC turut mengulangi peringatan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil agar semua pihak menghormati siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa dan tidak membuat sebarang spekulasi yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” menurut kenyataan itu. Menurut MCMC, penyebaran maklumat palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lepas. Pelajar itu dibawa ke hospital berkenaan selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai- BERNAMA