
Zakir Naik tokoh Islam kontemporari
Sejak lebih dua dekad lalu, ceramah dan hujah-hujahnya yang tajam bersandarkan fakta dan dalil, menjadikannya rujukan kepada umat Islam.
Sejak lebih dua dekad lalu, ceramah dan hujah-hujahnya yang tajam bersandarkan fakta dan dalil, menjadikannya rujukan kepada umat Islam.
MALAYSIAN University Football Team (MUFT) tampil dengan keyakinan tinggi menjelang perlawanan sulung Liga A1 Semi-Pro menentang naib juara Liga A2 musim lalu, Kelantan WTS FC di Kota Bharu malam ini.Meskipun bakal berdepan cabaran lebih sengit berbanding musim terdahulu, pengendali MUFT, Yazli Yahya menegaskan anak buahnya tidak gentar, malah bersedia memberi saingan terbaik termasuk kepada kelab-kelab elit seperti Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Selangor II dan Kedah Darul Aman (KDA) FC."Saingan musim ini sememangnya lebih mencabar, namun peluang yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk kami bersaing di Liga A1 adalah satu penghormatan yang tidak boleh disia-siakan."Kami mahu membuktikan bahawa MUFT bukan sekadar pelengkap liga. Kami mampu bersaing dan tidak mustahil untuk mencipta kejutan sepanjang musim ini," katanya Sukan Sinar.Mengulas aksi pertama menentang Kelantan WTS di laman lawan, Yazli menjangkakan sedikit tekanan namun yakin anak buahnya mampu mengawal situasi tersebut."Situasi di Kota Bharu pasti mencabar buat kami tetapi saya percaya pemain-pemain telah bersedia dari segi mental dan fizikal."Kami akan berusaha sekurang-kurangnya untuk membawa pulang satu mata dan itu akan jadi permulaan yang baik untuk kami," katanya.
Brothers Liam and Noel Gallagher, who reunited the Britpop band for a blockbuster tour, said they were shocked and deeply saddened.
KOLEJ Komuniti (KK) Ledang, Tangkak, Johor terus mengorak langkah apabila mencatatkan peningkatan jumlah pendaftaran bagi program pendidikan latihan kemahiran dan vokasional (TVET) untuk sesi pengambilan terbaharu. Seramai 120 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjaya mendaftar menerusi permohonan dalam sistem UPU dan secara walk in pada minggu lalu. Pegawai Pengambilan Pelajar, Fairuzzy Sa’aet berkata, bagi ... Read more The post KK Ledang terus jadi pilihan pelajar appeared first on Kosmo Digital .
JOHOR BAHRU – "Kalau enggan beri kerjasama, kita akan sita."Itu reaksi Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Muhammad Kifli Ma Hassan berhubung insiden seorang pemandu warga Singapura yang masih berdegil dan enggan mengaktifkan tag RFID Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) setelah disaman dalam satu operasi khas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Bukit Chagar baru-baru ini.Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu lalu ketika pemeriksaan dilakukan oleh anggota JPJ sempena operasi berkenaan.Bagaimanapun, katanya, selepas diberikan amaran, pemandu tersebut terus bertindak membayar saman yang dikenakan di kaunter bergerak yang disediakan di lokasi."Sepanjang hampir 1,500 saman yang kita keluarkan hanya seorang sahaja yang enggan memberikan kerjasama dan apabila kita beritahu dia bahawa jika enggan bekerjasama, kita akan sita, dia terus bayar saman."Hanya dia seorang sahaja, tetapi kebanyakannya agak profesional apabila mereka akur dengan memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP ini."Itu sebab kita letakkan kaunter bergerak di sini supaya mereka boleh bayar terus di tempat kejadian atau melalui aplikasi MyEG dan kita lihat ramai yang keluar dari Johor Bahru sudah pun mempunyai tag yang lengkap," katanya kepada pemberita.Beliau berkata berkata demikian pada sidang akhbar sempena Operasi Khas Penguatkuasaan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) di susur keluar Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Bukit Chagar, Johor Bahru, pada tengah malam Ahad.Sempena operasi berkenaan, sebanyak 1,489 saman telah dikeluarkan JPJ terhadap kenderaan Singapura yang dikesan tidak memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP.Kesemua saman itu dikeluarkan bermula 1 Julai lalu sehingga Sabtu, semasa JPJ melaksanakan Operasi Penguatkuasaan VEP ke atas kenderaan dari republik itu di sempadan darat Malaysia–Singapura.Sebelum ini, pada 4 Jun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, kerajaan akan menguatkuasakan sepenuhnya VEP di sempadan darat Malaysia–Singapura mulai 1 Julai 2025.Kegagalan memasang dan mengaktifkan RFID VEP merupakan satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memandu kenderaan asing tanpa permit sebelum memasuki atau ketika berada di Malaysia, selaras dengan Seksyen 66H(7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman saman maksimum RM300.Dalam pada itu, Muhammad Kifli berkata, sepanjang tempoh operasi berkenaan, sejumlah RM445,800 saman berjaya dikutip, manakala sebanyak 14,379 kenderaan Singapura telah diperiksa di luar kedua-dua Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), termasuk di sekitar daerah ini."Malam ini sahaja (Ahad), sebanyak 15 saman telah dikeluarkan terhadap kenderaan Singapura yang masuk ke Malaysia tanpa memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP."Setakat ini, daripada 1,489 pemilik atau pemandu kenderaan yang kita saman, rata-ratanya memberikan alasan hampir sama iaitu tidak tahu bahawa kerajaan Malaysia sudah menjalankan penguatkuasaan, sebaliknya menyangka kita masih berada dalam fasa advokasi."Bagaimanapun, kita sudah ambil tindakan tegas, tidak berkompromi dan tidak akan beri amaran lagi. Sebaliknya, kita akan terus mengeluarkan saman serta-merta, dan mereka yang disaman juga perlu menjelaskan saman mereka serta-merta," katanya.Sementara itu, Muhammad Kifli berkata, hampir 90 peratus kenderaan persendirian bernombor pendaftaran Singapura telah pun memiliki VEP yang telah dipasang dan diaktifkan.Malah katanya, sehingga 31 Julai lalu, sebanyak 277,930 tag RFID VEP telah dikeluarkan JPJ kepada pemilik kenderaan dari republik berkenaan, termasuk kenderaan persendirian individu dan syarikat."Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan kenderaan Singapura yang keluar dari Johor Bahru sudah mempunyai tag RFID VEP yang lengkap, tetapi kita percaya dalam kawasan sekitar daerah ini masih ada lagi yang belum mendaftar VEP."Kita akan teruskan operasi penguatkuasaan ini dengan memeriksa kenderaan Singapura termasuk di lokasi tumpuan warga republik itu sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian."Oleh itu, kita ingin mengingatkan semua pemilik kenderaan asing ini untuk segera mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika memasuki dan keluar dari Malaysia," katanya.
ISU kegagalan bapa memberikan nafkah selepas bercerai terus menjadi barah kepada golongan ibu tunggal dan anak-anak. Meskipun termaktub dalam undang-undang bahawa bapa wajib menanggung nafkah anak-anak tanpa mengira status perkahwinan, hak itu sering kali dipandang remeh. Setiap tahun, ratusan aduan diterima oleh mahkamah syariah dan badan kebajikan berkenaan bapa yang culas dalam membayar nafkah, menyebabkan ... Read more The post Potong nafkah anak lepas kahwin bini muda appeared first on Kosmo Digital .
McIntosh mencatat rekod kejohanan iaitu 4 minit 25.78 saat untuk gelaran dunia kelapan dalam kerjayanya.
FILEM Memori yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air sejak 31 Julai lalu diinspirasikan daripada kisah benar sutradaranya, Abid Hussain yang bertujuan menyuntik kesedaran umum. Diterbitkan Creative Stew Sdn. Bhd. dengan kerjasama Golden Screen Cinema, Memori mengangkat kisah menyayat hati hubungan bapa dan anak yang bergelut dengan kisah silam serta penyakit Alzheimer. Bintang utamanya, Diana ... Read more The post ‘Bangga dengan Abid, dia berani filemkan isu Alzheimer’ appeared first on Kosmo Digital .
IPOH: Cabaran Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen sekali gus membolehkan pilihan raya umum (PRU) dilaksanakan merupakan cabaran yang karut. Pakar Perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri dua kali tidak seharusnya membuat cabaran itu kerana perkara itu di luar kuasa Perdana Menteri. Menurutnya, ... Read more The post Cabar Anwar bubar Parlimen mengarut – Aziz Bari appeared first on Utusan Malaysia .
KOMUNIKASI antara bidang yang sering menjadi pilihan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke menara gading. Ilmu komunikasi ini penting kerana dapat melahirkan tenaga kerja mahir yang diperlukan dalam bidang berkaitan media dan kewartawanan. Namun begitu, jurusan komunikasi baru-baru ini menjadi sesuatu topik yang ‘kecoh’ di media sosial kerana ada pihak menganggapnya satu jurusan yang ‘bodoh’. Sebenarnya, ... Read more The post 10 universiti terbaik bidang komunikasi, PR appeared first on Kosmo Digital .
BERAKSI dalam keadaan permukaan gelanggang basah akibat air menitik dikatakan berpunca daripada wap penyaman udara langsung tidak menghalang beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King daripada menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Macau. Pada perlawanan akhir berlangsung di East Asian Games Dome semalam, pasangan No. 24 dunia itu mengejutkan pilihan utama dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza ... Read more The post Gelaran Jelajah Dunia pertama Arif-Roy King appeared first on Kosmo Digital .
LTA notes existing cross-border taxi scheme.
KUALA LUMPUR : Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) 2025 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) berjaya mencatat tujuh rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR) serta melampaui sasaran utama. Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA, Datuk Mohd Banuri Aris, berkata karnival itu menarik 2.1 juta pengunjung, melebihi sasaran 2 juta. Jualan tunai pula mencecah RM6.9 juta, mengatasi sasaran RM6 juta. “Kita turut hampir mencapai sasaran padanan perniagaan RM209 juta dengan terkumpul RM200 juta setakat ini. Kami yakin angka ini akan meningkat menjelang penutupan rasmi,“ katanya. MK3D dianjurkan bersama FELDA, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Ia memberi impak positif kepada ekonomi usahawan desa dan ekonomi hijau. Mohd Banuri menyatakan cadangan untuk mengadakan MK3D semula pada Hari Peneroka FELDA ke-70 tahun depan. “Program ini menjadi platform penting bagi usahawan Bumiputera berkembang,“ tambahnya. Selain itu, 57 peserta mencatat rekod MBR dengan menarik bas 13 tan sejauh 20 meter. FELDA juga mencatat rekod orkestra terbesar seramai 735 pemain dan pertandingan carom dengan 1,400 peserta. – Bernama
PETALING JAYA: Jenama minyak masak tempatan, Medella dengan kerjasama Jaya Grocer melancarkan minyak masak isirung sawit dalam pek pengguna pertama di dunia yang kini tersedia di rak pasar raya seluruh negara. Medella berkata, produk baharu ini menawarkan alternatif minyak masak yang premium, lebih sihat dan lebih mampu milik, sesuai untuk kegunaan harian serta keperluan membakar ... Read more The post Medella, Jaya Grocer lancar minyak masak isirung sawit appeared first on Utusan Malaysia .
PETALING JAYA: Aksi pembuka tirai Liga Super 2025-26 dan perebutan Piala Sumbangsih melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan Selangor FC (SFC) bakal menjadi tumpuan utama seluruh peminat bola sepak tempatan pada Jumaat ini. Kedua-dua pasukan memiliki barisan pemain berkualiti dan tidak pernah berdepan masalah isu gaji sekali gus dilihat antara pasukan pilihan untuk menjuarai Liga ... Read more The post Arif Aiman, Mickey bawa misi berbeza appeared first on Utusan Malaysia .
KUALA LUMPUR - Langkah penyelesaian isu rasuah dan penyelewengan secara menyeluruh melibatkan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) susulan pendedahan kes sindiket Fly dan U-turn antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, persoalan itu dibangkitkan oleh Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) kepada Menteri Dalam Negeri pada sesi soal jawab dan beliau juga ingin mengetahui tempoh masa isu tersebut dapat diselesaikan.Pada sesi sama, Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan garis panduan dan kriteria Jabatan Pengangkutan Jalan dalam meluluskan siri plat nombor kenderaan khas termasuk yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan atau entiti swasta serta jumlah kutipan hasil penjualan plat khas bagi tempoh lima tahun kebelakangan ini.Chow Kon Yeow (PH-Batu Kawan) pula mengajukan soalan kepada Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berhubung penambahbaikan penyaluran peruntukan tetap secara tahunan berbanding pemberian one-off kepada semua negeri bagi memastikan penyelenggaraan serta pengurusan banjir yang lebih holistik.Beliau turut meminta penjelasan sama ada terdapat usaha membangunkan sistem khusus bagi kerja-kerja menyelenggara sungai dan aset kawalan seperti Sistem Maklumat Rekod Jalan Malaysia (MARRIS).Sementara itu, Datuk Ali Biju (PN-Saratok) meminta Menteri Komunikasi menyatakan perancangan kerajaan bagi perluasan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) di Sabah dan Sarawak serta penyelarasannya dengan agensi kerajaan untuk kesiapsiagaan bencana.Selepas tamat sesi itu, Ahli-Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lepas.Anwar, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan RMK13 dengan tema ‘Melakar Semula Pembangunan’ yang menggariskan perancangan strategik negara bagi tempoh 2026 hingga 2030.Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 24 hari hingga 28 Ogos. - Bernama