Pindaan Akta Dadah boleh kawal PPP buat  kesalahan

Pindaan Akta Dadah boleh kawal PPP buat  kesalahan

KAJANG : Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 membolehkan tindakan tegas diambil pusat pemulihan persendirian (PPP) yang dikesan melakukan kesalahan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, apabila  pindaan dibuat dengan sendirinya akta berkenaan membolehkan langkah kawalan dibuat termasuk ke atas PPP.  “Jika berlaku pelanggaran, sememangnya tindakan boleh diambil,” katanya pada ... Read more The post Pindaan Akta Dadah boleh kawal PPP buat  kesalahan appeared first on Utusan Malaysia .

MCA, MIC perlu pertimbang kerjasama baharu - Zaid Ibrahim

MCA, MIC perlu pertimbang kerjasama baharu - Zaid Ibrahim

SHAH ALAM - Sudah tiba masanya MIC dan MCA melangkah ke hadapan dengan mempertimbangkan kerjasama bersama Pas sebagai rakan politik baharu.Bekas Pengerusi DAP Kelantan, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata, beliau menyambut baik kemungkinan dua parti terbabit bekerjasama dengan Pas.Menurutnya, kerjasama itu boleh menandakan kelahiran satu bentuk politik konsensus baharu yang mengingatkan kembali zaman kegemilangan negara ketika UMNO, MCA dan MIC bekerjasama dengan saling menghormati serta berkongsi visi untuk Malaysia."Mungkin sudah tiba masanya untuk membayangkan semula gabungan itu, namun bukan dengan UMNO yang telah terjejas, tetapi dengan Pas bagi menggantikan tempatnya."Pas yang yakin, berprinsip dan tidak tercemar," katanya menerusi satu hantaran di platform X miliknya.Pada Sabtu, MIC secara terbuka menyatakan kesediaan untuk membuka ruang perbincangan dengan mana-mana parti lain demi kelangsungan parti berkenaan.Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, keputusan itu juga dibuat demi membela nasib masyarakat India.Sehubungan itu, Mohd Zaid berpandangan MCA juga wajar mempertimbangkan untuk mencari rakan baharu bagi menggantikan UMNO.Tambah beliau, Pas tidak pernah terpalit dalam skandal kewangan berbilion ringgit atau skandal seks yang memalukan pihak lain."Tidak seperti sesetengah pihak, Pas juga tidak menjadikan ketuanan ideologi atau keistimewaan kaum sebagai tongkat politik," ujarnya.Dalam pada itu, Mohd Zaid turut mendakwa DAP sudah lama memandang rendah terhadap Pas dengan menganggap parti Islam itu sebagai kolot, tidak sofistikated dan tidak relevan."Keangkuhan itulah yang menjadi punca DAP akan goyah. Mereka memandang rendah kuasa akar umbi, kekuatan keyakinan serta maruah sebuah parti yang meskipun mempunyai kelemahan, tetap berpegang kepada prinsip," katanya.Dakwanya lagi, DAP mungkin percaya mereka terlalu bijak untuk bekerjasama dengan Pas, namun keangkuhan itu juga yang akan membawa kejatuhan mereka.Katanya, rakyat kini sedang bergerak ke hadapan dan parti-parti yang pernah menyatukan negara juga seharusnya melakukan perkara sama.

DUN N.Sembilan lulus usul pemilihan Jufitri dan Wu sebagai ahli Dewan Negara

DUN N.Sembilan lulus usul pemilihan Jufitri dan Wu sebagai ahli Dewan Negara

SEREMBAN : Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini meluluskan usul bagi memilih Dr Jufitri Joha (PKR) dan Datuk Wu Him Ven (DAP) sebagai Ahli Dewan Negara mewakili negeri itu. Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun yang membawa usul itu berkata masing-masing menggantikan Senator Datuk A. Kesavadas Nair, yang telah tamat tempoh perkhidmatan pada 20 April dan Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah, yang akan menamatkan perkhidmatan pada 14 Ogos ini. Semasa perbahasan, Datuk Saiful Yazan (BN-Johol) berkata pemilihan dua calon tersebut bertujuan membawa suara Negeri Sembilan ke peringkat nasional di samping mencerminkan pendekatan politik Kerajaan Perpaduan yang progresif dan matang di negeri ini. “Pelantikan ini menghormati semangat kebersamaan politik di negeri ini. Saya percaya calon ini mewakili kepelbagaian rakyat Negeri Sembilan selain mencerminkan Kerajaan Perpaduan yang seimbang serta inklusif,” katanya. Sementara itu, Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Chennah Anthony Loke, yang turut bersetuju dengan pandangan tersebut berkata kerjasama politik di negeri ini menjadi model gabungan yang baik tanpa dominasi dalam sebarang jawatan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata semangat kerjasama itu rakyat demi memastikan kesejahteraan rakyat serta ekonomi di negeri terus berkembang maju. “Saya harap kedua-dua calon ini nanti akan berusaha membawa insipirasi dan suara negeri ke peringkat Dewan Negara, walaupun berbeza parti tetapi kepentingan negeri perlu diutamakan,“ katanya. Jufitri, 46, merupakan ketua cabang PKR Rembau dan pernah memegang jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia pada 2018-2022, selain aktif dalam Federasi Kebangsaan Pekerja Belia bagi mempromosikan kerja belia profesional serta membantu menubuhkan Majlis Belia Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mengangkat suara dan kepimpinan belia golongan tersebut. Wu, 61, pula merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP yang aktif dalam perkhidmatan sosial antaranya terlibat dalam program demokrasi belia di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada 2003-2022 serta menyelaras bantuan banjir DAP di Pantai Timur pada 2014 dan 2021. Dalam pada itu, sidang dewan turut meluluskan Rang Undang-Undang Penerimaan Pemakaian Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Akta A1667) bertujuan bagi menambah baik dan menetapkan kawasan hutan simpan kekal di Semenanjung Malaysia. Aminuddin merangkap ADUN Sikamat berkata ia juga bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan hutan serta memperkukuhkan sektor perhutanan seiring dengan perkembangan semasa. “Secara umumnya pindaan akta ini memberikan penekanan kepada aspek seperti memperketatkan proses pewartaan keluar masuk, penggantian hutan simpan kekal, meningkatkan kadar denda serta penalti tambahan bagi membendung kesalahan hutan yang boleh merosakkan alam sekitar,“ katanya. Persidangan DUN ditangguhkan dan bersambung pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. - Bernama

Bekas pembantu peribadi didakwa pindah milik kenderaan milik syarikat secara tidak sah

Bekas pembantu peribadi didakwa pindah milik kenderaan milik syarikat secara tidak sah

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pembantu peribadi didakwa menyebabkan seorang pengurus syarikat produksi memindah milik sebuah kenderaan Hummer H3 milik syarikat tersebut secara salah kepada dirinya, lima tahun lalu. Tertuduh, Mohammad Zalawis Ariffin, 39, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang hari ini selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Chai Guan Hock. Mengikut ... Read more The post Bekas pembantu peribadi didakwa pindah milik kenderaan milik syarikat secara tidak sah appeared first on Utusan Malaysia .

2025 Toyota Sienta gets Juno variant in Japan – two-seat hybrid MPV with furniture modules; from RM105k

2025 Toyota Sienta gets Juno variant in Japan – two-seat hybrid MPV with furniture modules; from RM105k

Toyota has given the third-generation Sienta an update in Japan, with the big change being the introduction of a new Juno variant jointly developed with Modellista. Before we get to the Juno, let’s focus on […] The post 2025 Toyota Sienta gets Juno variant in Japan – two-seat hybrid MPV with furniture modules; from RM105k appeared first on Paul Tan's Automotive News .