Pemuda Pas Pahang nafi poster palsu program isi minyak percuma di Sungai Koyan

KUANTAN – Pemuda Pas Pahang menafikan sekeras-kerasnya penyebaran poster palsu yang sedang tular kononnya menganjurkan program isi minyak percuma di Stesen Petronas Sungai Koyan 3 atas nama Pas dan Perikatan Nasional (PN) sempena program HOGOH JELAI pada Ahad ini.Ketua Penerangannya, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, poster berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh mana-mana pihak rasmi daripada parti tersebut mahupun daripada PN.Menurutnya, perbuatan itu jelas merupakan satu cubaan murahan oleh pihak yang terdesak, panik dan kehilangan arah untuk memburukkan imej kedua-dua parti gabungan berkenaan."Tindakan tidak bertanggungjawab ini memperlihatkan bahawa musuh politik Pas dan PN, khususnya UMNO Pahang, kini benar-benar goyah."Disebabkan mereka melihat sambutan rakyat terhadap gerak kerja dan program kebajikan yang Pas serta PN usahakan di bawah misi Teraju Pahang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau menjelaskan, musuh politik Pas dan PN didakwa hanya mampu mencipta fitnah dan menyebarkan poster palsu.Ahmad Azlan menambah, pihak lawan kini sedar bahawa rakyat sudah mula membuka mata mengenai siapa pemimpin yang benar-benar menunaikan tanggungjawab mereka."Siapa yang benar-benar bekerja untuk rakyat dan siapa pula yang hanya pandai bersandiwara ketika kuasa semakin longgar di tangan dan berada di hujung tanduk."Kepada pencipta fitnah ini, kami ucapkan ‘terima kasih’ kerana dengan izin Allah, setiap cubaan jahat itu hanya menguatkan lagi semangat perjuangan Pas dan PN Pahang untuk terus membawa politik matang, bersih dan membina, bukan politik desperado yang berpaut pada pembohongan," katanya.

Allahyarham Mustaqqeem ditemui dalam keadaan berpeluk tubuh

TANJUNG MALIM – Jenazah Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, 34, ditemui anggota penyelamat dalam keadaan berpeluk tubuh di puncak Gunung Liang di sini semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Malim, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Zairul Fahmi Mohd. Nazari berkata, mangsa ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap bersama barangannya yang lain seperti ‘sleeping bag’. “Ketinggian puncak gunung itu ... Read more The post Allahyarham Mustaqqeem ditemui dalam keadaan berpeluk tubuh appeared first on Kosmo Digital .

Pelayaran sulung Piano Land pacu pelancongan maritim mesra Muslim Malaysia

PETALING JAYA – Agensi pelancongan dan pelayaran terkemuka, Hwajing Travel & Tours Sdn. Bhd. mengumumkan kapal persiaran pertama dari China yang akan berpengkalan di Malaysia, M/V Piano Land bakal memulakan pelayaran sulung pada 29 November 2025. Pengumuman itu bertepatan dengan Pameran MATTA Muslim-Friendly Travel Fair (MFTF) pada 18-19 Oktober 2025, di mana Hwajing tampil sebagai ... Read more The post Pelayaran sulung Piano Land pacu pelancongan maritim mesra Muslim Malaysia appeared first on Kosmo Digital .

Selangor peruntuk RM1 juta vaksin influenza untuk 12,500 pelajar

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memperuntukkan RM1 juta bagi vaksin Influenza dalam mengekang penularan penyakit itu di negeri ini. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, vaksin tersebut akan disuntik secara percuma kepada 12,500 pelajar di empat daerah, iaitu Hulu Langat, Gombak, Klang, dan Petaling. Katanya, ia akan bermula seawal minggu hadapan, dan pelaksanaanya ... Read more The post Selangor peruntuk RM1 juta vaksin influenza untuk 12,500 pelajar appeared first on Kosmo Digital .

Making sense of Indonesia’s Chinese J-10C fighter deal

When Indonesia confirmed its US$9 billion purchase of 42 Chinese J-10C fighter jets last week, observers across Asia and the West did a double-take. The Southeast Asian nation – already engaged in an extensive Rafale program with France, a pending Turkish KAAN order and long-standing US military ties – is now flying squarely between two […] The post Making sense of Indonesia’s Chinese J-10C fighter deal appeared first on Asia Times .

Mekanisme had umur media sosial dibincang minggu depan di Singapura

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa aspek teknikal pelaksanaan cadangan menaikkan had umur penggunaan media sosial kepada 16 tahun akan dibincangkan di Singapura minggu depan.Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengetuai pertemuan dengan syarikat serta platform media sosial bagi meneliti mekanisme terbaik untuk pelaksanaan dasar tersebut."Aspek-aspek teknikal itu akan dibincangkan minggu depan," katanya dalam sidang media mingguan pasca Mesyuarat Kabinet di sini pada Jumaat.Fahmi menjelaskan bahawa pertemuan di Singapura telah disusun susulan mesyuarat terdahulu antara kementeriannya dan wakil platform media sosial yang diadakan di Bukit Aman dan Ibu Pejabat MCMC.Menurutnya, hasil perbincangan itu akan melibatkan pelbagai agensi penguat kuasa termasuk Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK),  Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan (NSRC) dan Kementerian Kewangan (MOF)."Kita telah bersetuju untuk mengaturkan satu delegasi, bukan hanya daripada MCMC, tetapi turut melibatkan JSJK, JSJ, serta wakil daripada NFCC, NSRC dan MOF, untuk meneliti pelbagai isu yang sering dihadapi dengan platform-platform ini dan mencari penyelesaian bersama," katanya.Menurut Fahmi, Mesyuarat Jemaah Menteri sebelum ini telah membincangkan cadangan menaikkan had umur pengguna media sosial daripada 13 kepada 16 tahun, selaras dengan langkah yang telah diambil oleh negara seperti Australia dan Indonesia."Sebelum ini, kita sebut tentang umur 13 tahun, tetapi Jemaah Menteri hari ini telah membincangkan cadangan untuk menaikkan kepada 16 tahun. Ini selaras dengan pendekatan yang diambil oleh beberapa negara lain termasuk Australia dan Indonesia," ujarnya.Fahmi turut menegaskan bahawa keputusan tersebut masih berada di peringkat dasar, dan sebarang tindakan lanjut hanya akan dimuktamadkan selepas hasil perbincangan bersama platform-platform media sosial di Singapura diterima."Kita akan adakan perbincangan dengan pihak platform media sosial. Apa yang diputuskan hari ini hanyalah di peringkat dasar. Saya akan maklumkan perkembangan selanjutnya setelah menerima laporan hasil daripada perbincangan di Singapura," katanya.