Pendirian Malaysia terhadap pelan damai AS antara fokus Dewan Rakyat

Pendirian Malaysia terhadap pelan damai AS antara fokus Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR : Pendirian Malaysia terhadap pelan damai yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai konflik Palestin-Israel menjadi antara tumpuan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini. Datuk Mohd Shahar Abdullah dari Paya Besar menanyakan sejauh mana pelan damai itu selaras dengan prinsip dan usaha Malaysia memperjuangkan hak rakyat Palestin serta kedaulatan negara tersebut. Pada sesi sama, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari Masjid Tanah menanyakan tahap persediaan kerajaan bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026. Beliau ingin mengetahui aspek promosi antarabangsa, penglibatan kerajaan negeri, dan prinsip value for money dalam perbelanjaan program tersebut. Soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff dari Rantau Panjang kepada Menteri Kewangan turut menarik perhatian mengenai keberkesanan pelaksanaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah. Beliau bertanyakan pendirian kerajaan terhadap bantuan kepada golongan B40 dan isu kelewatan yang dilaporkan dialami sebahagian penerima di luar bandar. Mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 bagi hari kedua pada Peringkat Dasar selepas sesi soal jawab lisan. Sesi perbahasan Peringkat Dasar dijadualkan berlangsung selama lapan hari bermula semalam hingga 28 Oktober ini. Perbahasan Peringkat Jawatankuasa pula akan bermula pada 5 November dan berakhir pada 27 November. – Bernama

AMK Pulau Pinang gesa Wan Saiful undur diri, serah semula mandat kepada rakyat

AMK Pulau Pinang gesa Wan Saiful undur diri, serah semula mandat kepada rakyat

GEORGE TOWN - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang menggesa Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berundur secara terhormat dan menyerahkan semula mandat kepada rakyat selepas dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) oleh Lembaga Disiplin parti itu pada Selasa.Ketua AMK Pulau Pinang, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal berkata, pemecatan itu menjadi isyarat jelas bahawa kepimpinan tertinggi Bersatu sendiri sudah hilang keyakinan terhadap integriti dan kelayakan Wan Saiful untuk terus memegang jawatan sebagai wakil rakyat.Menurutnya, seseorang yang dipecat atas isu disiplin dan kredibiliti tidak wajar terus bercakap atas nama rakyat, apatah lagi masih berdepan kes rasuah Jana Wibawa yang sedang dibicarakan di mahkamah."Kes tersebut bukan sahaja mencalarkan maruah institusi Parlimen malah menjejaskan imej kawasan Tasek Gelugor di mata rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Muhammad Zakwan menambah, rakyat Tasek Gelugor berhak diwakili oleh pemimpin yang bersih, berintegriti dan benar-benar memperjuangkan kepentingan rakyat, bukannya individu yang dibayangi skandal serta kepentingan peribadi."Tindakan paling bermaruah yang boleh dilakukan Wan Saiful ialah mengosongkan kerusi Parlimen Tasek Gelugor bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil untuk membolehkan rakyat memperbaharui mandat mereka melalui proses demokrasi yang adil."Jika beliau benar-benar menghormati prinsip perjuangan dan nilai integriti yang sering dilaungkannya, maka inilah masa untuk membuktikannya," ujarnya.Dalam masa sama, AMK Pulau Pinang turut menyeru rakyat khususnya anak muda di Tasek Gelugor agar menolak politik korup, elitis dan munafik selain bangkit menuntut kepimpinan baharu yang berjiwa rakyat serta bebas daripada skandal."AMK Pulau Pinang kekal komited memperjuangkan politik yang bersih, progresif dan berprinsip demi masa depan rakyat serta negara," ujarnya lagi.Terdahulu Bersatu telah memecat keahlian Wan Saiful sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi susulan pelanggaran perlembagaan dan kod etika parti.Dalam tindakan berasingan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung hak keahlian bagi tempoh satu penggal di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu.Menurut kenyataan rasmi Lembaga Disiplin Bersatu pada Selasa, keputusan itu dibuat selepas menerima aduan bertulis daripada ahli parti terhadap beberapa individu yang didakwa melanggar peruntukan perlembagaan dan tatakelakuan ahli.Sesi pendengaran telah diadakan pada 8 Oktober 2025, dan tindakan disiplin diambil berdasarkan siasatan menyeluruh serta selaras dengan Fasal 9.1.4 dan Kod Etika & Tatakelakuan Ahli.

Mayat lelaki Sepanyol ditemui di pangsapuri selepas 15 tahun meninggal

Mayat lelaki Sepanyol ditemui di pangsapuri selepas 15 tahun meninggal

MADRID : Mayat seorang lelaki yang dipercayai telah meninggal dunia selama kira-kira 15 tahun ditemui di sebuah pangsapuri di Bandar Valencia, Sepanyol. Penemuan mengerikan itu berlaku di kawasan kejiranan La Fuensanta apabila anggota bomba dan polis memasuki unit tingkat enam bangunan pangsapuri melalui tingkap. Mereka memasuki pangsapuri tersebut bagi menyiasat banjir akibat hujan lebat yang dialami bangunan itu. Siasatan awal pihak berkuasa mendapati lelaki itu dikenali sebagai Antonio dan dipercayai meninggal dunia pada tahun 2010. Dia dipercayai berusia 70 atau 71 tahun pada masa kematiannya. Mayat yang mengalami pemumiaan itu ditemui berpakaian lengkap di dalam bilik tidur pangsapuri. Mayat tersebut dikelilingi oleh burung merpati, bangkai merpati, serangga dan longgokan sampah. Pintu pangsapuri itu didapati dikunci dari dalam dan tiada tanda jenayah dikesan di tempat kejadian. Polis Kebangsaan Sepanyol percaya kematian lelaki itu berlaku secara semula jadi. Bedah siasat akan dilakukan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai punca kematiannya. Jiran-jiran amat terkejut apabila menyedari mereka hidup serumah pangsapuri dengan mayat selama 15 tahun. Mereka yang mengenali Antonio menggambarkannya sebagai seorang yang menyendiri dan tidak bersosial. Dia dilaporkan tinggal berasingan daripada keluarganya dan jarang berinteraksi dengan masyarakat setempat. Seorang jiran menyatakan mereka menyangka Antonio sudah tinggal di rumah jagaan orang tua. “Kami sangka dia sudah tinggal di rumah jagaan orang tua, sebab memang tak pernah nampak dia,” kata seorang jiran. Seorang lagi jiran mengakui mereka langsung tidak mengenali lelaki tersebut. “Kami tak kenal dia pun di sini. Kami semua masih terkejut,” kata seorang lagi kepada akhbar. Kematiannya tidak disedari selama ini kerana bil bulanan terus dibayar seperti biasa. Jiran-jiran juga turut mengosongkan peti suratnya yang sentiasa penuh sepanjang tempoh itu. – Bernama-dpa

PRN Sabah: UMNO/BN Siap Siaga Sepenuhnya, 80 Peratus Calon Muka Baharu – Bung Moktar

PRN Sabah: UMNO/BN Siap Siaga Sepenuhnya, 80 Peratus Calon Muka Baharu – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 14 Okt – Barisan Nasional (BN) Sabah bakal menampilkan barisan calon yang segar dan berwibawa dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) dengan hampir 80 peratus terdiri daripada muka baharu dan golongan muda, kata Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau yang juga Ketua UMNO Sabah berkata, pemilihan calon kali ini parti untuk memberikan peluang kepada generasi [...]

Toshiba celebrates 95 years of innovation with “Art of Living” immersive showcase at Pavilion Bukit Jalil

Toshiba celebrates 95 years of innovation with “Art of Living” immersive showcase at Pavilion Bukit Jalil

TOSHIBA is marking its 95th anniversary with a three-day immersive showcase themed “The Art of Living” at Pavilion Bukit Jalil, from October 10 to 12, offering Malaysians a first-hand experience of how Japanese craftsmanship and modern technology can elevate everyday living. The event invites visitors to explore how Toshiba’s products — from its JAPANDi Series to its TAKUMI Spirit-inspired appliances — embody the company’s philosophy that “Details Matter.” “This anniversary showcase is more than a celebration of Toshiba’s heritage—it’s an appreciation and tribute to our customers who continue to immerse themselves in lifestyle experiences that truly reflects our philosophy,” said Steven Yang, Managing Director of Toshiba Sales & Services Sdn Bhd. “Visitors will be able to interact with our products, view how design and technology work together and understand the care, precision and artistry behind every Toshiba appliance. “We want people to leave inspired, seeing that smart living isn’t just about efficiency, it’s about enjoying a home that is elegant, functional and thoughtfully crafted.” Guests can participate in a range of interactive activities, including AI-personalized wellness tea sessions, creative bento-making workshops, and flower arrangement classes — all designed to highlight Toshiba’s lineup of home solutions such as refrigerators, dishwashers, rice cookers, microwave ovens, and washing machines. Visitors can take part in a stamp-collection challenge and stand a chance to win exclusive prizes, including a grand reward worth RM30,000 in a mobile game contest. To commemorate its milestone, Toshiba is also offering a 1-to-1 Exchange Guarantee with one full year of protection for selected JAPANDi Series products, ensuring peace of mind for customers. Steven emphasised Toshiba’s ongoing commitment to shaping the future of home living through technology and design. “With a steadfast commitment to quality, the company continues to push the boundaries of what’s possible, delivering products that combine exceptional performance with aesthetic appeal and relevant for today’s consumer needs,” he said. Highlighting its forward-looking strategy, Toshiba is banking on its JAPANDi Series — a fusion of Japanese and Scandinavian aesthetics — to meet the evolving demands of modern households seeking functionality, style, and simplicity. “The elegance and simplicity resonate with our TAKUMI Spirit, a philosophy we uphold in embodying the mastery and dedication of Japanese craftsmanship. ‘Takumi’ signifies artisan-level care, where every detail is refined to perfection,“ added Yang. For more information, visit https://www.toshiba-lifestyle.com/my .

PGA rampas barangan seludup RM1.12 bilion, 774 PATI ditahan

PGA rampas barangan seludup RM1.12 bilion, 774 PATI ditahan

PETALING JAYA – Pasukan Gerakan Am (PGA) merekodkan rampasan bernilai RM1.12 bilion melibatkan pelbagai barangan kontraban dan seludup sejak Januari sehingga semalam. Komander PGA Briged Tengah, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, kejayaan itu diperoleh menerusi operasi penguatkuasaan membabitkan sisa elektronik (e-waste), minuman keras, rokok, minyak sawit, mercun pemburuan haram dan penyeludupan migran. Menurut Hakemal, ... Read more The post PGA rampas barangan seludup RM1.12 bilion, 774 PATI ditahan appeared first on Kosmo Digital .

MOF Confirms 600-Litre BUDI95 Quota Increase For E-Hailing Drivers

MOF Confirms 600-Litre BUDI95 Quota Increase For E-Hailing Drivers

The government has announced an update to its BUDI95 targeted fuel subsidy programme, confirming the doubling of the monthly fuel quota for full-time e-hailing drivers from 300 litres to 600 litres. The Ministry of Finance (MOF) said the revision will benefit more than 53,900 drivers nationwide, ensuring better support for those who rely on RON95 […] The post MOF Confirms 600-Litre BUDI95 Quota Increase For E-Hailing Drivers appeared first on Lowyat.NET .

Laporan global dedah peningkatan kebimbangan dan tekanan seluruh dunia

Laporan global dedah peningkatan kebimbangan dan tekanan seluruh dunia

BERLIN : Tahap kebimbangan, tekanan dan kemarahan meningkat di seluruh dunia dalam tempoh 10 tahun lepas menurut satu laporan antarabangsa. Hampir empat daripada 10 orang dewasa yang disoal selidik menyatakan mereka mengalami kebimbangan tinggi atau tekanan melampau pada hari sebelumnya. Kajian bertajuk “Keadaan Kesihatan Emosi Dunia 2025” itu dijalankan oleh Institut Gallup melibatkan responden berumur 15 tahun ke atas di 144 negara dan wilayah. Sebanyak 39 peratus orang dewasa di seluruh dunia melaporkan mengalami kebimbangan tinggi pada tahun 2024 manakala 37 peratus melaporkan menghadapi tekanan. Jumlah ini lebih tinggi di negara yang dilanda konflik berbanding negara yang lebih aman. Walaupun kadar kebimbangan menurun sedikit dan kembali ke paras sebelum pandemik ia masih lima mata peratusan lebih tinggi berbanding 2014. Kesakitan fizikal dilaporkan oleh 32 peratus responden meningkat dua mata peratusan berbanding tahun sebelumnya. Kesedihan 26 peratus dan kemarahan 22 peratus pula kekal tidak berubah peratusannya namun semua nilai emosi negatif adalah lebih tinggi berbanding satu dekad lepas. Secara global wanita melaporkan lebih banyak kesedihan kebimbangan dan kesakitan fizikal berbanding lelaki. Kajian ini akan dibentangkan dalam Sidang Kemuncak Kesihatan Sedunia di Berlin yang menghimpunkan ribuan ahli politik ahli ekonomi perniagaan dan penjawat awam. Mereka akan membincangkan usaha meningkatkan kesejahteraan global menerusi pelbagai inisiatif kesihatan. Walaupun peningkatan ketidakpuasan hati global sejak dekad lepas direkodkan dengan meluas banyak pemimpin masih mengabaikannya. Pemimpin terlalu bergantung pada penunjuk ekonomi dan bukan kesihatan emosi menurut penulis laporan. Pengabaian ini dianggap serius kerana emosi negatif mengehadkan tumpuan mengurangkan daya tahan dan boleh mendedahkan masyarakat kepada ketidakstabilan. Perasaan positif bagaimanapun masih meluas di seluruh dunia disebalik tekanan yang semakin dirasai oleh ramai pihak. – Bernama-dpa

Jaga sekolah, teman lelaki dituduh cabul murid dalam tandas

Jaga sekolah, teman lelaki dituduh cabul murid dalam tandas

SEREMBAN – Seorang pengawal keselamatan sekolah dan teman lelakinya dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mencabul murid perempuan di tandas sebuah sekolah di Rembau minggu lalu. Tertuduh, Muahmad Mohd Mohtar, 25, dan Nor Aleeya Suhadah Mohamad, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim N Kanageswari. ... Read more The post Jaga sekolah, teman lelaki dituduh cabul murid dalam tandas appeared first on Kosmo Digital .

Malaysia sokong Pelan Damai AS secara bersyarat

Malaysia sokong Pelan Damai AS secara bersyarat

KUALA LUMPUR: Malaysia menyokong Pelan Damai yang dirintis Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump secara bersyarat selagi ia menjamin hak-hak rakyat Palestin dan menghentikan penderitaan.  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian itu masih konsisten dengan dasar luar Malaysia yang menuntut keadilan, kemanusiaan dan kedaulatan Palestin. Oleh itu, tegasnya, Malaysia tidak menerima pelan secara menyeluruh ... Read more The post Malaysia sokong Pelan Damai AS secara bersyarat appeared first on Utusan Malaysia .