Manndzri Cadang Asingkan Fungsi Kementerian Belia Dan Sukan

Manndzri Cadang Asingkan Fungsi Kementerian Belia Dan Sukan

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib mencadangkan peranan Kementerian Belia dan Sukan diasingkan. Beliau berkata ia bagi memastikan fungsi kedua-dua elemen tersebut dapat dilaksanakan lebih berfokus. “Saya mencadangkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) mungkin boleh dikaji untuk pisahkan fungsi Kementerian Belia dan Sukan. “Beri fokus pada Kementerian Sukan dalam aspek pembangunan sukan. “Manakala belia, orang [...]

Kelantan mungkin jadi negeri terakhir anjur Sukma - Hannah

Kelantan mungkin jadi negeri terakhir anjur Sukma - Hannah

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedang mempertimbangkan supaya Kelantan menjadi negeri terakhir menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) dalam usaha untuk memperkenalkan model baharu bagi temasya sukan dwitahunan itu.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, hak penganjuran tersebut akan diberikan kepada Putrajaya atau Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memastikan kesinambungan dalam pemilihan sukan dipertandingkan yang sebelum ini menjadi hak negeri penganjur."Selepas Kelantan, tamat pusingan iaitu semua negeri telah jadi penganjur. Sebelum ini setiap negeri penganjur akan cari sukan yang akan memberikan mereka kelebihan untuk pingat, sebab itu, setiap Sukma ada sukan yang digugurkan."Jadi beri kita ruang untuk kaji untuk pastikan kesinambungan itu wujud dan carta ataupun laluan untuk atlet, pembangunan atlet itu ada," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah ibu pejabat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baharu dikenali sebagai 'Olympic House' di Bukit Jalil, di sini pada Khamis.Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.Sementara itu, Hannah meminta semua pihak supaya menghormati keputusan penganjur Sukma 2026 iaitu Selangor dalam urusan pemilihan sukan yang dipertandingkan."Jadi, keputusan Sukma, keputusan negeri penganjur kita bagi ruang, hormati negeri penganjur dan kita akan bincang penganjuran sukan bukan Sukma," katanya.Hannah dalam pada itu menzahirkan keterujaan terhadap pembinaan ‘Olympic House' yang dijangka siap pada 2028.Beliau berharap pembinaan ibu pejabat baharu MOM yang menempatkan kesemua persatuan sukan di bawah satu bumbung akan dimanfaatkan sepenuhnya badan induk itu."Ia merupakan pencapaian penting yang menandakan permulaan lembaran baharu dalam perjalanan sukan Malaysia," katanya. - Bernama

Ibu Zara Qairina tertekan, peguam rayu henti spekulasi

Ibu Zara Qairina tertekan, peguam rayu henti spekulasi

KOTA KINABALU – Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, 45, berada dalam keadaan sangat tertekan dan memerlukan sokongan moral ketika ini, kata peguam mewakilinya, Hamid Ismail.Menurut Hamid, pihaknya memohon orang ramai supaya menghentikan sebarang spekulasi liar dan komen tidak bermanfaat berhubung kes kematian remaja berusia 13 tahun itu."Saya mohon kepada semua netizen agar tidak membuat sebarang spekulasi liar dan komen-komen yang tidak bermanfaat."Ibu Zara sekarang memerlukan sokongan anda semua, memerlukan doa. Dia dalam keadaan tertekan, baru kehilangan anak yang berumur 13 tahun."Jadi, diharapkan anda semua dapat memberikan kata-kata yang baik serta mendoakan beliau," katanya kepada pemberita pada Khamis.Beliau berkata demikian selepas mengiringi anak guamnya ke Balai Polis Karamunsing di sini bagi menyerahkan telefon bimbit dan kad SIM milik Noraidah yang mengandungi rakaman perbualan bersama arwah anaknya, bagi membantu siasatan polis.Menurut Hamid, penyerahan tersebut dilakukan pada jam 4.35 petang, turut disertai wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO)."Penyerahan dibuat sendiri oleh Noraidah. Beliau lebih selesa begitu. Kandungan dalam telefon itu juga telah disimpan salinannya oleh beliau sendiri," katanya.Mengulas lanjut, Hamid mengesahkan tiada prosedur bedah siasat dijalankan selepas kematian Zara Qairina, yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu."Memang tiada bedah siasat dilakukan. Ini bukan soal tandatangan, tetapi memang tidak ada," tegasnya.

Agihan tempahan e-hailing ikut bahasa, langgar undang-undang

Agihan tempahan e-hailing ikut bahasa, langgar undang-undang

PETALING JAYA: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menegaskan yang agihan tempahan secara diskriminasi termasuk berdasarkan bahasa adalah tidak boleh diterima kerana mencabuli prinsip keadilan dalam perkhidmatan pengangkutan awam. Menurut APAD, tindakan itu bertentangan dengan syarat pelesenan di bawah Perkara 9, Keperluan Tahap Perkhidmatan (KTP) Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP) – Syarat Khas Bahagian III (Operasi) bagi ... Read more The post Agihan tempahan e-hailing ikut bahasa, langgar undang-undang appeared first on Utusan Malaysia .

SPRM nafi keluar notis siasat kes pornografi kanak-kanak

SPRM nafi keluar notis siasat kes pornografi kanak-kanak

PETALING JAYA: Tiada sebarang dokumen dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikaitkan dengan siasatan penyebaran pornografi kanak-kanak seperti tular di laman sosial. SPRM dalam kenyataan berkata, dokumen berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh suruhanjaya itu. Menurutnya, notis berkenaan disebar menerusi aplikasi pemesejan dan emel peribadi, menggunakan identiti rasmi SPRM secara tidak sah. ... Read more The post SPRM nafi keluar notis siasat kes pornografi kanak-kanak appeared first on Utusan Malaysia .

JPJ kesan pemandu warga asing guna MyKad, lesen palsu

JPJ kesan pemandu warga asing guna MyKad, lesen palsu

GOMBAK: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan operasi khas bagi membongkar kegiatan pemandu warga asing yang menggunakan kad pengenalan (MyKad) dan lesen memandu palsu, khususnya melibatkan kenderaan perdagangan. Langkah itu diambil susulan insiden sebuah lori membawa bahan buangan di Selayang dikesan menggunakan lesen palsu, Rabu lalu. Dalam operasi dijalankan JPJ Kuala Lumpur, pemandu lori dipercayai ... Read more The post JPJ kesan pemandu warga asing guna MyKad, lesen palsu appeared first on Utusan Malaysia .

PARLIMEN: Teliti kos pasang penghadang LRT

PARLIMEN: Teliti kos pasang penghadang LRT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan melalui Prasarana Malaysia Berhad sedang meneliti cadangan untuk memasang penghadang keselamatan di antara platform dan landasan di stesen-stesen transit aliran ringan (LRT) lama bagi meningkatkan keselamatan penumpang. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pemasangan itu dapat meminimumkan risiko kemalangan, terutamanya melibatkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas, walaupun ... Read more The post PARLIMEN: Teliti kos pasang penghadang LRT appeared first on Utusan Malaysia .

Jangan tambah luka kepada keluarga Allahyarham Zara Qairina

Jangan tambah luka kepada keluarga Allahyarham Zara Qairina

KUALA LUMPUR - Semua pihak wajar menunjukkan empati dan adab dalam berinteraksi dengan isu-isu yang menyentuh maruah, kesedihan dan keadilan dalam kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.Penolong Setiausaha Pertubuhan Wira Seni Unik, Ahmad Faris Othman berkata, kematian tragik melibatkan seorang kanak-kanak adalah peristiwa yang menyentuh nurani setiap insan.Justeru, katanya, Pertubuhan Wira Seni Unik menyokong seruan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya masyarakat menghormati sensitiviti keluarga Allahyarham Zara Qairina dan tidak mendahului siasatan pihak berkuasa."Dalam era digital dan media sosial yang serba pantas, ramai tergoda untuk menghakimi, menyebar spekulasi dan mendesak tindakan secara terbuka sebelum fakta sebenar diperoleh."Ini bukan sahaja menambah luka kepada keluarga, malah berpotensi mencemarkan proses siasatan serta keadilan itu sendiri."Sejarah membuktikan, keadilan yang tergesa-gesa tanpa bukti sahih akan meruntuhkan kepercayaan kepada sistem perundangan dan menyebabkan trauma berpanjangan kepada mereka yang terlibat," kata Ahmad Faris dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri telah menyampaikan mesej yang jelas - biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas berdasarkan lunas undang-undang dan prosedur siasatan yang telus.Katanya, undang-undang wujud bukan hanya untuk menghukum, tetapi juga untuk melindungi hak semua pihak, termasuk mangsa, suspek dan masyarakat umum."Kami menyeru orang ramai agar tidak menambah kesakitan keluarga dengan andaian atau kenyataan tidak berasas. Sebaliknya, salurkan sokongan dengan mendoakan keadilan ditegakkan dan memperkukuh budaya saling menghormati dalam masyarakat."Dalam erti kata yang lebih luas, inilah masa untuk kita semua menunjukkan nilai kemanusiaan sejati — dengan sabar, tertib, dan percaya kepada proses yang adil," katanya.Zara Qairina ditemui parah dan tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu, sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu, pada jam 11 pagi keesokan harinya.Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun pada 31 Julai lalu memaklumkan pihak polis tidak menolak kemungkinan unsur buli terbabit dalam kematian Zara Qairina dan laporan penuh siasatan awal kes itu sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.