Fadhlina clarifies Education DG’s ‘swept under the rug’ remark as ministry steps up school safety measures
KUALA LUMPUR, Oct 16 — Education Minister Fadhlina Sidek has sought to downplay her ministry’s top officer&r...
KUALA LUMPUR, Oct 16 — Education Minister Fadhlina Sidek has sought to downplay her ministry’s top officer&r...
Pasangan tunang ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas didapati tidur sebilik di rumah keluarga wanita itu tanpa halangan daripada ibunya.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua kes kematian kanak-kanak baru-baru ini mempunyai kaitan dengan jangkitan virus influenza A. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kedua-dua mangsa iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Samarahan dan seorang lagi berusia 11 tahun di Terengganu disahkan positif virus berkenaan. Bagaimanapun, katanya, punca sebenar ... Read more The post PARLIMEN: KKM sahkan dua kes kematian kanak-kanak positif influenza A appeared first on Utusan Malaysia .
JOHOR BAHRU : Kerajaan Negeri Johor terbuka untuk menampung perbelanjaan kursus jangka pendek di universiti terkemuka luar negara bagi meningkatkan kemahiran pengamal media di negeri itu. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata usaha itu selaras dengan agenda pembangunan bakat meliputi pelbagai aspek yang menjadi tumpuan kerajaan negeri. Beliau berkata ia juga seiring dengan komitmen yang diberikan oleh universiti terkemuka seperti Universiti Oxford, Universiti Harvard dan Universiti Stanford dalam membantu pembangunan bakat menerusi kerjasama strategik dengan kerajaan negeri. Onn Hafiz menyatakan pintu kerajaan negeri sentiasa terbuka dan akan menyokong penampungan kos kursus pendek untuk pengamal media. Beliau menekankan agenda pembangunan bakat kerajaan negeri sangat jelas dan mahu pengamal media menjadi sebahagian daripada agenda ini. Menteri Besar berucap demikian ketika merasmikan Anugerah Media Johor 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor. Turut hadir Presiden Kelab Media Johor dan Presiden Gabungan Kelab Media Malaysia Mohamad Fauzi Ishak. Onn Hafiz berkata pelaksanaan inisiatif seperti Zon Ekonomi Khas Johor Singapura adalah antara faktor Johor terus menjadi tumpuan. Inisiatif tersebut membuka peluang kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk universiti terkemuka. Anugerah Media Johor 2025 menghimpunkan lebih 300 pengamal media, wakil agensi kerajaan, dan rakan strategik Kelab Media Johor. Acara ini bertujuan memperkukuh hubungan erat antara kerajaan negeri dan komuniti media di Johor. Anugerah yang mempertandingkan 24 kategori itu diadakan bagi mengiktiraf peranan pengamal media. Ia bertujuan menghargai sumbangan media dalam menyampaikan maklumat tepat dan membantu membina imej positif negeri. – Bernama
It’s the end of the road for Malaysia in men’s singles in the Denmark Open after their sole representative, Leong Jun Hao, crashed out in the opening round in Odense on Wednesday. The world number 20 Jun Hao went down 13-21, 16-21 to China’s fourth-seeded Li Shi Feng in 45 minutes during the Super 750 tournament held at the Jyske Bank Arena. This is Jun Hao’s eighth defeat to world number four Shi Feng in nine meetings. Meanwhile, national men’s doubles pair Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King were also knocked out after losing 15-21, 19-21 to 2021 world champions Takuro Hoki-Hugo Kobayashi of Japan. Go Pei Kee-Teoh Mei Xing suffered the same fate in women’s doubles, going down 5-21, 16-21 to South Korea’s Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo. However, there was good news for another national women’s doubles pair - Ong Xin Yee-Carmen Ting - as they advanced to the second round after taking 30 minutes to dispose of Ukraine’s Polina Buhrova-Yevheniia Kantemyr 21-11, 21-16. Xin Yee-Carmen will next play third seeds Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong after the South Koreans had gunned down Hong Kong’s Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan 21-11, 21-11. Malaysia’s professional mixed doubles pair of Wong Tien Ci-Lim Chiew Sen also bowed out early after losing 7-21, 14-21 to India’s Dhruv Kapila-Tanisha Crasto. - Bernama
“Itu yang sangat menggusarkan hati kami, kalau kes-kes seperti ini tidak diberikan perhatian," jelas menteri pendidikan.
Protections must coexist with victim safety and recovery, they say.
BALIK PULAU - Seorang fasilitator ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes cabul empat murid lelaki Tahun Enam ketika mengikuti kem motivasi di sebuah kem di Kampung Genting, di sini pada tengah malam, 12 Oktober lalu.Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di rumahnya di Sungai Petani pada jam 9 malam Rabu.Menurutnya, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak itu ditahan selepas guru besar sekolah mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Bagan Serai, Perak pada hari sama."Kesemua mangsa merupakan murid sekolah kebangsaan dari daerah Kerian, Perak. Mereka datang ke kem di sini untuk mengikuti kem motivasi."Suspek dipercayai mencabul kesemua mangsa ketika mereka sedang tidur di dorm kem terbabit," katanya di Ibupejabat Polis Daerah Barat Daya di sini pada Khamis.Sazalee berkata, susulan kejadian itu, mangsa telah mengadu kepada guru besar sekolah sebelum memberitahu kepada ibu bapa mangsa."Setelah berbincang bersama ibu bapa mangsa, guru besar mengambil keputusan untuk membuat laporan polis."Suspek berjaya ditahan dan direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 21 Oktober untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.Beliau berkata, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau."Suspek ini menjalankan perniagaan dan sering dijemput sebagai fasilitator jemputan bagi sesebuah kem motivasi."Dia bekerja sebagai fasilitator secara 'freelance'," ujarnya.
BALIK PULAU - Seorang fasilitator ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes cabul empat murid lelaki Tahun Enam ketika mengikuti kem motivasi di sebuah kem di Kampung Genting, di sini pada tengah malam, 12 Oktober lalu.Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di rumahnya di Sungai Petani pada jam 9 malam Rabu.Menurutnya, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak itu ditahan selepas guru besar sekolah mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Bagan Serai, Perak pada hari sama."Kesemua mangsa merupakan murid sekolah kebangsaan dari daerah Kerian, Perak. Mereka datang ke kem di sini untuk mengikuti kem motivasi."Suspek dipercayai mencabul kesemua mangsa ketika mereka sedang tidur di dorm kem terbabit," katanya di Ibupejabat Polis Daerah Barat Daya di sini pada Khamis.Sazalee berkata, susulan kejadian itu, mangsa telah mengadu kepada guru besar sekolah sebelum memberitahu kepada ibu bapa mangsa."Setelah berbincang bersama ibu bapa mangsa, guru besar mengambil keputusan untuk membuat laporan polis."Suspek berjaya ditahan dan direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 21 Oktober untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.Beliau berkata, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau."Suspek ini menjalankan perniagaan dan sering dijemput sebagai fasilitator jemputan bagi sesebuah kem motivasi."Dia bekerja sebagai fasilitator secara 'freelance'," ujarnya.
PUTRAJAYA : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan naskhah Mushaf Tarim Riwayat ad-Duri ‘an Abi Amr wa al-Basr kepada tokoh ulama besar dunia Islam Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim Ben Hafez. Penyampaian naskhah kepada pendakwah dan pendidik terkemuka dari Yaman itu menandakan kesempurnaan satu daripada Projek 1 Juta al-Quran hasil inisiatif Perdana Menteri. Penyerahan Mushaf Tarim itu merupakan satu lagi pencapaian penting Malaysia dalam bidang penerbitan al-Quran sekaligus mengangkat nama negara sebagai pusat pengembangan ilmu dan seni Islam di peringkat global. Mushaf Tarim Riwayat ad-Duri ‘an Abi Amr wa al-Basr ialah hasil kerjasama antara kerajaan, Yayasan Restu dan Nasyrul Quran di bawah naungan Anwar bersama Darul Mustafa, Yaman yang dipimpin Al-Habib Umar Hafez. Penerbitan itu menjadi satu lagi pencapaian bermakna dalam usaha memartabatkan khazanah seni dan ilmu al-Quran di Malaysia selaras dengan Projek 1 Juta al-Quran. Mushaf Tarim menampilkan bacaan Qiraat Riwayat ad-Duri, antara sepuluh riwayat bacaan yang masyhur dalam tradisi ilmu al-Quran, dengan keunikan tersendiri dalam sebutan dan kaedah bacaan. Penghasilan mushaf itu dilaksanakan oleh lima ahli khat Yayasan Restu sejak 2015 dan disempurnakan pada 2019, sebelum penerbitannya selesai sepenuhnya pada 2024. Mushaf bersaiz A5 itu menampilkan tulisan khat yang jelas dan indah, dihiasi motif seni Yaman yang menggambarkan kesatuan antara rohani dan estetika. Penerbitannya turut mengukuhkan hubungan sejarah dan dakwah antara Malaysia dan Yaman sekali gus memperlihatkan keindahan Islam yang menyatukan umat melalui wahyu dan seni. Terdahulu, Anwar bersama kira-kira 10,000 jemaah menunaikan solat subuh dipimpin Imam Masjid Putra Abdul Karim Zakaria. Perdana Menteri bersama jemaah kemudian mendengar Kuliah Subuh MADANI oleh Al-Habib Umar, yang membacakan kitab bertajuk ‘Qomi’ Al-Thugyan ala Manzumah Syu’abil Iman’, karangan Sheikh Muhammad Nawawi bin Umar Al-Bantani, membicarakan 77 cabang iman mencakupi soal akidah, akhlak dan Syariah. Al-Habib Umar ialah pengasas Dar al-Mustafa, sebuah institusi pendidikan Islam yang melahirkan ribuan pendakwah dan ilmuwan dari seluruh dunia. Beliau terkenal dengan keilmuan dalam bidang tafsir, hadis, fiqh dan tasawuf serta pendekatan dakwahnya yang lembut, hikmah dan penuh kasih sayang. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. – Bernama
BALING : Four teenagers, including three current students and one former student of a local school, have been arrested by police for allegedly committing gang rape and distributing pornographic material on social media. Acting Baling district police chief deputy superintendent Ahmad Salimi Mat Ali said police received a report on Sunday at approximately 11am from a 53-year-old complainant after being informed by a disciplinary teacher that a nude video of their child was circulating online. Following the report, three students and one former student were arrested at 9.30pm the same day to assist with investigations. “Further investigations revealed that the four suspects had engaged in sexual acts, including group sex, between May and August at several locations within the school premises,“ Ahmad Salimi told Berita Harian . All suspects were remanded for five days from the date of their arrest, and six mobile phones were seized for further investigation. Ahmad Salimi said the case is being investigated under Section 375B of the Penal Code for gang rape and for distributing child pornography. He added that police view this incident seriously and urged the public, especially parents and guardians, to closely monitor their children’s activities and whereabouts, particularly teenagers.
KANGAR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Jamalullail bertitah pendidikan berteraskan nilai hormat, kasih sayang, moral dan agama antara pendekatan paling berkesan untuk membanteras gejala negatif termasuk masalah buli melibatkan murid dan pelajar sekolah di negara ini. Baginda bertitah pendidikan Islam memainkan peranan penting sebagai asas pembentukan sahsiah dan kekuatan tamadun umat yang sistem pendidikan itu perlu terus diperkasakan bukan sahaja dari segi struktur dan pelaksanaan tetapi juga dari segi roh dan nilai yang mendasarinya. Tuanku Syed Faizuddin Putra menyeru JAKIM dan JPPIK supaya terus memperkukuh koordinasi antara peringkat Persekutuan dan negeri. Baginda menegaskan segala dasar dan pelan tindakan yang dirangka perlu diterjemahkan kepada pelaksanaan yang memberi kesan langsung kepada kualiti pendidikan Islam di sekolah, institusi dan masyarakat. Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah hanya melalui sistem pendidikan yang benar-benar berkesan, kita mampu melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan bebas daripada gejala negatif. Baginda bertitah demikian pada majlis makan malam bersama sempena Persidangan JPPIK, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-63 yang berlangsung dari 15 hingga 17 Oktober di Perlis. Raja Muda Perlis turut berkenan melancarkan Buku Siri Asas Kanak-Kanak Muslim yang diterbitkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. Baginda turut menaruh harapan supaya buku, bahan pengajaran dan pendekatan baharu dalam pendidikan Islam terus diperkasakan dari semasa ke semasa. Tuanku Syed Faizuddin Putra menitahkan MAIPs dan JAIPs perlu terus menambah baik pelaksanaan program-program pendidikan Islam di negeri itu. Baginda menegaskan tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kejayaan akademik, tetapi kepada pembinaan akhlak dan adab dalam kalangan murid serta tenaga pengajar. Raja Muda Perlis bertitah kualiti guru dan keberkesanan kurikulum mesti sentiasa dipantau dan dipertingkatkan supaya selaras dengan hasrat negeri dan juga negara. – Bernama
KOTA KINABALU: A member of the politically influential Bahanda family from Sabah's northern Kudat region is opening up another corner in Sabah's politically fractured landscape. Read full story
MEMILIKI bibir yang mungil, sihat dan kemerahan sememangnya menjadi impian setiap wanita. Namun, tidak semua bernasib baik kerana ramai berdepan masalah bibir kusam dan gelap akibat faktor gaya hidup serta penjagaan yang tidak sesuai. Pakar estetik, Dr. Syairah Nadia Mohamad berkata, pemakaian gincu murah tanpa jenama turut menyumbang kepada masalah itu. Ini kerana produk-produk tersebut ... Read more The post Gincu murah, tidak berjenama punca bibir gelap? appeared first on Utusan Malaysia .
OBSES untuk cantik mendorong ramai wanita muda berlumba-lumba mendapatkan rawatan High-Intensity Focused Ultrasound (HIFU). Rata-ratanya mahukan wajah tampak runcing dan tegang sekelip mata, tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung. Dr. Syairah Nadia berkata, rawatan HIFU sebenarnya lebih sesuai untuk individu berusia 30 tahun ke atas. Terutama mereka yang sudah menunjukkan tanda-tanda penuaan seperti kulit kendur ... Read more The post Bahaya hifu pada Gen Z appeared first on Utusan Malaysia .
Jabatan Peguam Negara sahkan beberapa pelajar lelaki yang bakal menduduki SPM bulan depan, akan dituduh di Mahkamah Majistret Melaka.