Jenazah Koperal Hafizul Izham disemadikan mengikut istiadat kepahlawan PDRM

Jenazah Koperal Hafizul Izham disemadikan mengikut istiadat kepahlawan PDRM

SETIU – Jenazah Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan yang maut dirempuh penjenayah ketika menjalankan tugas di Alor Setar pada Khamis selamat dikebumikan mengikut istiadat kepahlawanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pak Kancil di sini kira-kira jam 10.20 pagi pada Jumaat.Allahyarham sebelum itu dibawa ke kediaman keluarganya di sini jam 8.40 pagi sebelum disolatkan di Masjid Kampung Pak Kancil sekitar jam 9.15 pagi dengan dihadiri lebih 500 jemaah.Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila lebih 300 orang termasuk ahli keluarga, rakan setugas dan penduduk kampung hadir memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.Istiadat pengebumian itu dijalankan mengikut istiadat PDRM dengan penyerahan bendera Sang Saka Biru oleh Ketua Polis Terengganu, Datuk Khairi Khairudin kepada bapa Allahyarham, Mazlan Umar sebagai tanda penghormatan.Mohd Hafizul Izham yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 3.30 petang semalam akibat dirempuh kenderaan dinaiki empat penjenayah berhampiran Taman Golf, Alor Setar, Kedah.Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa cuba menghalang suspek kes pecah rumah daripada melarikan diri sebelum dirempuh secara sengaja oleh kenderaan terbabit.Media sebelum ini melaporkan semua suspek berjaya melarikan diri namun kesemua mereka berjaya ditahan polis pada Khamis.

Jurutera maut kemalangan motosikal, pemandu treler ditahan

Jurutera maut kemalangan motosikal, pemandu treler ditahan

KAJANG – Seorang jurutera maut selepas motosikal yang dia naiki terlibat kemalangan dengan sebuah treler di kilometer (KM) 19 Lebuh Raya Cheras-Kajang, semalam. Dalam kejadian pukul 5.30 petang, mangsa berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal ... Read more The post Jurutera maut kemalangan motosikal, pemandu treler ditahan appeared first on Kosmo Digital .

Nasi lemak pun jadi ‘kambing hitam’ orang gemuk

Nasi lemak pun jadi ‘kambing hitam’ orang gemuk

PETALING JAYA – Nasi lemak sering menjadi ‘kambing hitam’ apabila dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti obesiti, kolesterol tinggi dan penyakit jantung. Namun, menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM), hidangan popular itu tidak sepatutnya dipersalahkan, sebaliknya cara pengambilannya yang perlu dikawal. Menurut PHM, nasi lemak dalam kuantiti sederhana tidak memberi mudarat kepada kesihatan, malah boleh menjadi ... Read more The post Nasi lemak pun jadi ‘kambing hitam’ orang gemuk appeared first on Kosmo Digital .

Pandu Porsche tapi lupa perbaharui cukai jalan, insurans

Pandu Porsche tapi lupa perbaharui cukai jalan, insurans

SEREMBAN – Sebanyak 10 pemilik kenderaan mewah di negeri ini dikesan culas memperbaharui cukai jalan dan insurans sehingga dikenakan tindakan sitaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan. Jumlah itu direkodkan sejak Januari hingga awal bulan Ogos tahun ini dengan terbaharu melibatkan kereta mewah jenama Porsche Taycan milik ahli perniagaan wanita berusia 36 tahun yang ... Read more The post Pandu Porsche tapi lupa perbaharui cukai jalan, insurans appeared first on Kosmo Digital .

A sea of Jalur Gemilang: Johor man’s show of patriotism

A sea of Jalur Gemilang: Johor man’s show of patriotism

JOHOR BAHRU: As the nation celebrates the spirit of independence, one elderly man in Johor has taken his patriotism to extraordinary heights. M. Kandapan, 65, has adorned his home and vehicle with over 3,000 pieces of the Jalur Gemilang, each one carefully placed as a testament to his unwavering love for the country. This initiative is not new for Kandapan. For the past 25 years, he has made it a personal mission to decorate his home every National Month as a way to express gratitude for living in a peaceful, harmonious, and independent nation. “This year, I replaced all the flags—about 3,000 of them, which I purchased online, and started decorating my home and car in July. My family helped me with the task,“ he said when met at his home in Bandar Seri Alam, Masai. For this father of three, it’s more than just decoration, it’s a lifelong commitment. “I will continue to fly the Jalur Gemilang until the end of my life. This is my way of showing love for my country,“ he shared. Despite the effort and cost involved, Kandapan takes immense joy in seeing the flags proudly fluttering outside his home and attached to his vehicle. “Every time I see the Jalur Gemilang waving, I feel a deep sense of satisfaction and pride. It’s an indescribable feeling,“ he added. Kandapan believes everyone expresses their love for the country in their own way. “This is mine. It may seem small to some, but it means a lot to me. While decorating my home and car with flags may cost me, it’s nothing compared to the sacrifices made by those who fought for the country’s independence,” he shared. To Kandapan, Malaysia’s true strength lies in its diversity. “Our unity across races, religions, and cultures is what makes Malaysia special,“ he said. He also encourages everyone to support the 1 House 1 Jalur Gemilang campaign and to show respect for the flag. “The Jalur Gemilang represents our pride. Don’t fly it torn or upside down—it disrespects the independence we hold dear,“ he said, adding that his decorations are a lasting symbol of his love for Malaysia, a love he hopes to pass on to future generations. “I want my children and grandchildren to remember the peace we have and truly understand the meaning of independence,“ he said, hoping the next generation will carry forward the spirit of patriotism. - Bernama

RCB bantu suntik dana tingkatkan kapasiti keluaran Sambal Rindu

RCB bantu suntik dana tingkatkan kapasiti keluaran Sambal Rindu

KUALA LUMPUR – Tidak mahu bertangguh dan melengahkan masa ketika fasa perniagaannya sedang mula meningkat naik, Pengasas syarikat Far Cekap Enterprise (Far Cekap), Mohd. Yusoff Fauzi Ahmad Labib menjadikan usaha untuk mendapatkan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai satu keutamaan terlebih dahulu. Tidak berdepan dengan sebarang kesulitan, pengeluar sambal sedia di makan ... Read more The post RCB bantu suntik dana tingkatkan kapasiti keluaran Sambal Rindu appeared first on Kosmo Digital .

14 rumah setinggan dan 4 kedai musnah dalam kebakaran di Pantai Dalam

14 rumah setinggan dan 4 kedai musnah dalam kebakaran di Pantai Dalam

KUALA LUMPUR : Sebanyak 14 rumah setinggan dan empat premis kedai termasuk Mydin Mart dan Pasaraya Karnival musnah dalam kebakaran di Pantai Dalam, di sini malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said berkata Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada 11.11 malam. Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata kebakaran itu memusnahkan kira-kira 80 peratus kawasan perumahan berkeluasan anggaran 0.074 hektar serta premis kedai dengan keluasan 0.223 hektar. “Bahagian atas Pasaraya Karnival musnah 100 peratus, tingkat bawah Mydin Mart terbakar 20 peratus, manakala tiga kedai lain bersebelahan mengalami kemusnahan 90 peratus setiap satu. “Tiada mangsa dilaporkan cedera dan kebakaran berjaya dikawal pada 1.49 pagi,” katanya dan menambah punca kebakaran masih disiasat Unit Siasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Beliau berkata tiga unit Fire Rescue Tender (FRT), dua unit Water Tanker (WT) dan satu unit Aerial Ladder Platform (ALP) dengan kekuatan 36 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai serta BBP Hang Tuah, Seputeh dan Sri Hartamas terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran itu. - Bernama

Perang mulut pemimpin BN dan DAP isu bendera terbalik

Perang mulut pemimpin BN dan DAP isu bendera terbalik

PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh menafikan dakwaan Pemuda DAP (DAPSY) bahawa menghina orang kurang upaya (OKU) susulan kenyataannya yang mencadangkan kad OKU diberikan kepada pemimpin sayap itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, kenyataannya ditujukan khusus kepada DAPSY, bukannya kepada komuniti OKU secara umum, seperti yang cuba digambarkan ... Read more The post Perang mulut pemimpin BN dan DAP isu bendera terbalik appeared first on Utusan Malaysia .