Mekanisme had umur media sosial dibincang minggu depan di Singapura

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa aspek teknikal pelaksanaan cadangan menaikkan had umur penggunaan media sosial kepada 16 tahun akan dibincangkan di Singapura minggu depan.Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengetuai pertemuan dengan syarikat serta platform media sosial bagi meneliti mekanisme terbaik untuk pelaksanaan dasar tersebut."Aspek-aspek teknikal itu akan dibincangkan minggu depan," katanya dalam sidang media mingguan pasca Mesyuarat Kabinet di sini pada Jumaat.Fahmi menjelaskan bahawa pertemuan di Singapura telah disusun susulan mesyuarat terdahulu antara kementeriannya dan wakil platform media sosial yang diadakan di Bukit Aman dan Ibu Pejabat MCMC.Menurutnya, hasil perbincangan itu akan melibatkan pelbagai agensi penguat kuasa termasuk Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK),  Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan (NSRC) dan Kementerian Kewangan (MOF)."Kita telah bersetuju untuk mengaturkan satu delegasi, bukan hanya daripada MCMC, tetapi turut melibatkan JSJK, JSJ, serta wakil daripada NFCC, NSRC dan MOF, untuk meneliti pelbagai isu yang sering dihadapi dengan platform-platform ini dan mencari penyelesaian bersama," katanya.Menurut Fahmi, Mesyuarat Jemaah Menteri sebelum ini telah membincangkan cadangan menaikkan had umur pengguna media sosial daripada 13 kepada 16 tahun, selaras dengan langkah yang telah diambil oleh negara seperti Australia dan Indonesia."Sebelum ini, kita sebut tentang umur 13 tahun, tetapi Jemaah Menteri hari ini telah membincangkan cadangan untuk menaikkan kepada 16 tahun. Ini selaras dengan pendekatan yang diambil oleh beberapa negara lain termasuk Australia dan Indonesia," ujarnya.Fahmi turut menegaskan bahawa keputusan tersebut masih berada di peringkat dasar, dan sebarang tindakan lanjut hanya akan dimuktamadkan selepas hasil perbincangan bersama platform-platform media sosial di Singapura diterima."Kita akan adakan perbincangan dengan pihak platform media sosial. Apa yang diputuskan hari ini hanyalah di peringkat dasar. Saya akan maklumkan perkembangan selanjutnya setelah menerima laporan hasil daripada perbincangan di Singapura," katanya.

Pihak Berkuasa Palestin bentang pelan pembangunan Gaza bernilai AS$65 bilion

RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin, Mohammed Mustafa mengumumkan pelan pembangunan semula Gaza bernilai AS$65 bilion (RM274 bilion) dalam satu mesyuarat bersama pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan wakil diplomatik di Ramallah, semalam. Pelan lima tahun itu dirangka untuk dilaksanakan dalam tiga fasa utama, meliputi 18 sektor penting termasuk perumahan, pendidikan, pentadbiran, infrastruktur dan keselamatan. “Saya ingin ... Read more The post Pihak Berkuasa Palestin bentang pelan pembangunan Gaza bernilai AS$65 bilion appeared first on Utusan Malaysia .