PRN Sabah: BN letak calon di kerusi boleh menang – Ahmad Zahid

PRN Sabah: BN letak calon di kerusi boleh menang – Ahmad Zahid

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) hanya akan meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berpotensi boleh menang tinggi pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah nanti.Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun kuasa autonomi telah diberikan kepada UMNO dan BN Sabah dalam menentukan calon serta kerusi yang akan ditandingi, keputusan akhir tetap akan mengambil kira faktor kebolehmenangan."Kita harus mengakui hakikat bahawa kita hendaklah meletakkan calon-calon di kerusi-kerusi yang dijangka menang atau yang berpotensi untuk menang. Kebolehmenangan ini bergantung kepada beberapa faktor, dan kita akan menentukan serta memuktamadkan calon-calon yang telah dikemukakan itu."Saya menerima antara tiga hingga lima calon bagi setiap kawasan DUN, dan saya bersama-sama rakan-rakan dari Sabah serta ibu pejabat akan meneliti dan memuktamadkan hanya kerusi-kerusi yang dijangka mempunyai kebolehmenangan tinggi," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Karnival Mooda @ Desa X PNG: Penanak Culture Sabah di Pantai Odec, Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini pada Sabtu.Ditanya sama ada jumlah kerusi yang akan ditandingi BN berada di bawah 48 seperti disebut sebelum ini, Presiden UMNO itu menjelaskan bahawa penentuan akhir bergantung kepada kebolehmenangan setiap kerusi.Bagaimanapun, beliau menolak dakwaan bahawa baki kerusi selain yang ditandingi BN adalah milik Pakatan Harapan (PH)."Kita telah mengadakan rundingan dengan PH dan memutamadkan supaya tidak timbul pertindihan antara BN dan PH."Setakat ini, saya mendapat maklumat bahawa PH masih lagi berunding dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menentukan kerusi-kerusi yang akan ditandingi," katanya.Sementara itu, mengenai 81 peratus calon yang akan dikemukakan BN Sabah termasuk 50 peratus daripadanya terdiri daripada calon muda, Ahmad Zahid menegaskan bahawa prinsip BN pusat adalah selari dengan prinsip yang diamalkan UMNO dan BN Sabah."Yang penting muka baharu, anak-anak muda mesti diberi peluang. Namun, kita tidak melupakan muka lama kerana mereka diyakini mendapat sokongan dan akan memberikan prestasi yang baik apabila dipilih oleh para pengundi Sabah yang kini cukup matang untuk menilai calon serta parti yang boleh membawa pembangunan lebih baik di negeri ini," katanya.Ditanya mengenai tarikh pengumuman manifesto BN, Ahmad Zahid berkata, perkara itu akan diumumkan selepas penamaan calon PRN nanti

US Treasury urges IMF and World Bank to take tougher stance on China

US Treasury urges IMF and World Bank to take tougher stance on China

WASHINGTON : US Treasury Secretary Scott Bessent has directed the International Monetary Fund and World Bank to adopt stronger positions against China’s state-driven economic practices. Bessent specifically called for the IMF to enhance its country surveillance with greater objectivity and evenhandedness in examining economic imbalances. He stated that the World Bank should completely cease its support for China and reallocate those resources to nations with more pressing development needs. “The IMF should not shy away from asking difficult questions, more clearly highlighting internal and external imbalances, deepening its understanding of how industrial policies in large economies such as China contribute to those imbalances, explaining their potential harmful spillovers, and recommending appropriate corrective actions,“ Bessent told the IMF’s steering committee. Successive US administrations have attributed China’s export-led growth model to creating excess manufacturing capacity that floods global markets with inexpensive products. China maintains that its success in sectors like electric vehicles stems from innovation rather than government subsidies. Bessent further criticized the IMF for being too lenient with recalcitrant creditors during debt restructuring negotiations for developing nations. He emphasized that IMF resources must not serve as a piggy bank for creditor countries that made poor lending decisions but refuse to accept losses. IMF Managing Director Kristalina Georgieva acknowledged the need for enhanced surveillance and stated she left meetings with a long list of homework. The Treasury Secretary also targeted China within World Bank operations by urging restrictions on anti-competitive procurement practices by state-owned enterprises. Bessent additionally called for the World Bank to abandon its climate finance commitment and adopt a broader energy approach including fossil fuels. He advocated for increased World Bank financing in critical minerals to diversify supply chains currently dominated by China. The US and China remain engaged in significant trade disputes including rare earth export restrictions and potential new US tariffs. Both nations continue collaborating on developing country debt issues through the Global Sovereign Debt Roundtable despite their trade differences. Georgieva confirmed the IMF’s commitment to using its influence to improve coordination between creditors and debtors. Bessent’s statements represent his most detailed instructions to date regarding China’s role in global economic institutions. The Treasury chief manages the dominant US shareholdings in both the IMF and World Bank. His comments align with the Trump administration’s broader trade and energy policies opposing green subsidies. The World Bank recently ended its ban on nuclear energy funding but hasn’t resolved natural gas financing. Bessent first called for increased scrutiny of China’s economic practices at the global lenders back in April. – Reuters

ICC tolak rayuan Israel batal waran tangkap Netanyahu, Gallant

ICC tolak rayuan Israel batal waran tangkap Netanyahu, Gallant

THE HAGUE: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) semalam menolak rayuan Israel berhubung waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, berkaitan dakwaan jenayah perang di Gaza. Dalam keputusan yang mencuri perhatian dunia itu, ICC pada November lalu mendapati terdapat alasan munasabah untuk mempercayai Netanyahu dan Gallant memikul tanggungjawab atas ... Read more The post ICC tolak rayuan Israel batal waran tangkap Netanyahu, Gallant appeared first on Utusan Malaysia .

Suspek kes samun bekas NC USM direman tujuh hari

Suspek kes samun bekas NC USM direman tujuh hari

GEORGE TOWN – Suspek kes samun melibatkan bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak direman selama tujuh hari bermula Sabtu.Perintah reman terhadap suspek berusia 52 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Nur Suhaila Baharin bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.Terdahulu, suspek yang memakai baju berwarna merah serta bergari itu tiba di mahkamah kira-kira jam 9.35 pagi dengan diiringi polis.Pada Jumaat, media melaporkan bahawa suspek warga tempatan yang ditahan mempunyai 13 rekod lampau berkaitan narkotik dan tiga kesalahan jenayah.Dia ditahan kira-kira jam 2.30 petang di kawasan Bayan Lepas, pada hari yang sama.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 7.01 pagi.Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 6.45 pagi, membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 74 tahun."Mangsa yang pulang dari masjid menyedari suspek bersembunyi di tepi halaman rumahnya."Ketika dihampiri mangsa, suspek tiba-tiba mengacukan satu objek berwarna hitam dan menyerangnya dengan objek berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Azizee berkata, akibat kejadian itu, mangsa menerima 16 jahitan di bahagian kepala.Suspek kemudian melarikan diri dengan memanjat pagar rumah apabila mangsa, yang juga bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjerit meminta bantuan.Katanya, jiran mangsa yang menyedari kejadian itu cuba mengejar suspek tetapi gagal.

Rumahku Syurgaku, Pembentukan Sahsiah Anak Bermula Daripada Ibu Bapa

Rumahku Syurgaku, Pembentukan Sahsiah Anak Bermula Daripada Ibu Bapa

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad menegaskan bahawa peranan ibu bapa merupakan elemen paling utama dalam membentuk sahsiah dan keperibadian anak-anak, lebih-lebih lagi dalam menangani isu keruntuhan moral serta gejala sosial dalam kalangan pelajar. Menurutnya, pendidikan dan pembentukan akhlak seharusnya bermula dari rumah, bukan diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah mahupun Kementerian Pendidikan (KPM) [...]

Senarai sekolah laksana PdPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

Senarai sekolah laksana PdPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan bekerja dari rumah bermula 23 Oktober sehingga 29 Oktober ini sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47. Berikut adalah senarai sekolah yang terlibat : 1. SK Assunta (1), Petaling Utama, Selangor 2. SK Lembah Subang, Petaling Utama, Selangor 3. SK (L) Bukit ... Read more The post Senarai sekolah laksana PdPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 appeared first on Kosmo Digital .

Suspek samun bekas Naib Canselor USM direman tujuh hari

Suspek samun bekas Naib Canselor USM direman tujuh hari

GEORGE TOWN: Lelaki yang ditahan selepas disyaki menyerang dan menyamun bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak di Taman Pekaka, Gelugor semalam, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad. “Prosiding reman telah selesai. Suspek ... Read more The post Suspek samun bekas Naib Canselor USM direman tujuh hari appeared first on Utusan Malaysia .