Suspek tikam pelajar perempuan didakwa ada masalah mental, KPM serah kepada PDRM

Suspek tikam pelajar perempuan didakwa ada masalah mental, KPM serah kepada PDRM

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan kononnya suspek tikam seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah di Selangor ada masalah kesihatan mental. Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, perkara itu masih dalam siasatan polis. “Tapi apa pun seperti yang saya tegaskan, apa pun berlaku yang mengancam ... Read more The post Suspek tikam pelajar perempuan didakwa ada masalah mental, KPM serah kepada PDRM appeared first on Utusan Malaysia .

Menteri Besar Selangor ucap takziah keluarga pelajar perempuan maut ditikam

Menteri Besar Selangor ucap takziah keluarga pelajar perempuan maut ditikam

SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar perempuan tingkatan empat yang maut ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya. Beliau berkata sebagai seorang bapa yang turut mempunyai anak perempuan, beliau tidak dapat membayangkan situasi yang sedang dilalui oleh ibu bapa mangsa dalam menghadapi insiden mengejut itu. “Saya mengucapkan takziah kepada mereka,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Amirudin berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pendidikan dan komuniti setempat supaya tahap keselamatan di sekolah di seluruh Selangor dipertingkatkan dengan segera. Beliau berkata perkara itu akan menjadi keutamaan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan beberapa langkah termasuk usaha keselamatan dan sokongan kesihatan mental pelajar akan diputuskan segera. “Sekolah seharusnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak kita,“ katanya. Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Ismail berkata seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya pagi tadi. Khalid berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah. Suspek berumur 14 tahun yang merupakan pelajar sekolah sama telah ditahan dalam kejadian itu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata polis menemukan dua senjata tajam yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tikam itu. – Bernama

Warga emas terperangkap bumbung rumah runtuh akibat ribut

Warga emas terperangkap bumbung rumah runtuh akibat ribut

KLANG – Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam rumah selepas bumbung kediamannya runtuh sebelum diselamatkan bomba dalam kejadian di Jalan Meru Batu 7 di sini, hari ini. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6.06 petang. Katanya, empat anggota termasuk ... Read more The post Warga emas terperangkap bumbung rumah runtuh akibat ribut appeared first on Kosmo Digital .

Pasangan suami isteri didakwa langgar Akta Kaunselor 1998

Pasangan suami isteri didakwa langgar Akta Kaunselor 1998

SHAH ALAM : Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melanggar Akta Kaunselor 1998 berkaitan penganjuran sebuah program motivasi rumah tangga di Shah Alam tahun lepas. Shazifh Osman, 38, dan Munira Hishamshah, 37, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin serta Majistret Cynthia Noor Haizean Sulaiman. Berdasarkan pertuduhan, pasangan suami isteri itu yang juga doktor klinik kecantikan didakwa telah menjalankan suatu kesalahan di bawah amalan sebagai kaunselor yang berdaftar di sebuah pusat konvensyen di Seksyen 15 di sini antara 27 hingga 30 September tahun lepas. Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 22(1)(a) Akta Kaunselor 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda 30,000 ringgit atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin menawarkan jaminan masing-masing sebanyak 10,000 ringgit dengan seorang penjamin, pasport diserah kepada mahkamah dan perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran. Peguam Alhirzan Mahamad Akhir, yang mewakili pasangan itu, memohon jumlah jaminan yang rendah atas alasan anak guamnya hanya mampu menyediakan 3,000 ringgit kerana perniagaan klinik mereka merudum dan Munira menanggung ibunya yang menghidap kanser payudara. Mahkamah menetapkan jaminan masing-masing sebanyak 7,000 ringgit terhadap Shazifh dan 5,000 ringgit terhadap Munira dengan seorang penjamin selain menyerahkan pasport untuk simpanan mahkamah. Sebutan kes bagi kedua-dua tertuduh ditetapkan pada 24 November ini. – Bernama

Raja Permaisuri Agong memandang serius kejadian rogol di sekolah

Raja Permaisuri Agong memandang serius kejadian rogol di sekolah

PETALING JAYA: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan pelbagai pandangan antaranya mengenai pendidikan disiplin, peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pengaruh media sosial terhadap murid serta pelajar sekolah. Raja Zarith Sofiah menzahirkan pandangan itu selepas menerima mengadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Istana Negara hari ini. Raja Permaisuri Agong bertitah memandang serius ... Read more The post Raja Permaisuri Agong memandang serius kejadian rogol di sekolah appeared first on Utusan Malaysia .

Pelajar ditikam: Pentadbir sekolah dipindah ke PPD hingga siasatan selesai

Pelajar ditikam: Pentadbir sekolah dipindah ke PPD hingga siasatan selesai

PUTRAJAYA – Pentadbir yang bertugas di sekolah pelajar maut ditikam dilaporkan akan dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi membantu siasatan sehingga proses itu selesai. Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, selain itu, pasukan kaunselor dan guru bimbingan kaunseling turut digerakkan bagi melaksanakan program intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga ... Read more The post Pelajar ditikam: Pentadbir sekolah dipindah ke PPD hingga siasatan selesai appeared first on Kosmo Digital .

Kerjasama KPM-PDRM perkukuh pemantauan keselamatan di sekolah

Kerjasama KPM-PDRM perkukuh pemantauan keselamatan di sekolah

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memperkukuh pemantauan di semua sekolah susulan insiden kematian pelajar akibat ditikam hari ini. Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata berkata, PDRM akan memaklumkan langkah-langkah keselamatan tambahan yang akan dilaksanakan bagi memastikan kawasan sekolah benar-benar selamat untuk pelajar. “Ini termasuk dengan ... Read more The post Kerjasama KPM-PDRM perkukuh pemantauan keselamatan di sekolah appeared first on Utusan Malaysia .

Thailand and Cambodia to sign ceasefire agreement at ASEAN summit

Thailand and Cambodia to sign ceasefire agreement at ASEAN summit

KUALA LUMPUR : Thailand and Cambodia are expected to sign a ceasefire agreement at the 47th ASEAN Summit in Kuala Lumpur. United States President Donald Trump will witness the signing of the agreement, known as the Kuala Lumpur Accord. Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan said the accord aims to ensure both countries can make peace and adhere to the ceasefire along their disputed border area. Trump will make an official visit to Malaysia on October 26 to attend several summit meetings, including the ASEAN-US Special Summit and the East Asia Summit. “We are working together with the United States, with Malaysia acting as facilitator, to ensure a broader ceasefire can be established between Thailand and Cambodia, and monitored by the ASEAN Operations Team,“ Mohamad told reporters. The ceasefire agreement would require Thailand and Cambodia to clear all landmines and withdraw military machinery from border areas. Thailand and Cambodia have faced decades-long conflict over territory along their shared 817-kilometre border. The dispute escalated on July 24 when both sides exchanged gunfire before reaching a ceasefire agreement on July 28 during a special meeting organised by Malaysia in Putrajaya. Mohamad said over 80 documents are expected to be adopted during the summit, with the majority focusing on economic sectors. ASEAN and China are also scheduled to sign the ASEAN China Free Trade Agreement 3.0 during the summit. A meeting on the Regional Comprehensive Economic Partnership Agreement is also planned in view of the uncertain geoeconomic situation. – Bernama

32 kes kecurian kabel ECRL direkod, kerugian lebih RM3 juta

32 kes kecurian kabel ECRL direkod, kerugian lebih RM3 juta

MARAN : Sebanyak 32 kes kecurian kabel penghubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan beberapa komponen lain telah direkodkan dari Jun hingga 10 Oktober lepas. Jumlah kerugian daripada insiden ini melebihi RM3 juta. Pahang merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 24 kes diikuti oleh Terengganu dengan tujuh kes. Kelantan mencatatkan satu kes kecurian. Pengarah Keselamatan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCCECRL) Seksyen 13, Shi Liang Hui berkata penjenayah hanya menyasarkan kabel ‘overhead’ dan ‘ground’ serta kotak transformer. Beliau memberi amaran bahawa kejadian ini boleh menyebabkan kelewatan penyiapan projek ECRL. Pihaknya telah mengadakan libat urus dengan polis bagi menangani isu ini. Dua syarikat keselamatan telah dilantik untuk mengawal selia tapak projek ECRL. Sebanyak 66 unit kamera liti tertutup (CCTV) telah dipasang sejak September lepas sebagai langkah pencegahan. Pemasangan CCTV juga bertujuan membantu siasatan polis sekiranya berlaku aktiviti kecurian. Shi menasihati orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa jika melihat aktiviti kecurian kabel. Beliau menegaskan bahawa projek ECRL merupakan projek negara untuk kemudahan rakyat. Keselamatan projek ini perlu dijaga oleh semua pihak bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya. – Bernama

Pelajar ditikam: Sekolah tidak ditutup, PdP berjalan seperti biasa

Pelajar ditikam: Sekolah tidak ditutup, PdP berjalan seperti biasa

PUTRAJAYA- Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sebuah sekolah menengah di Selangor berjalan seperti biasa meskipun berlaku insiden kematian seorang pelajar perempuan akibat ditikam. Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, sekolah berkenaan tidak akan ditutup dan PdP berjalan seperti biasa. “Sekarang ini proses PdP atau sekolah itu akan berjalan seperti biasa,” katanya pada ... Read more The post Pelajar ditikam: Sekolah tidak ditutup, PdP berjalan seperti biasa appeared first on Kosmo Digital .