Tiga lelaki dipenjara sebulan, denda RM2,000 kes kuda kepang

Tiga lelaki dipenjara sebulan, denda RM2,000 kes kuda kepang

BATU PAHAT : Tiga lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Syariah di sini hari ini atas pertuduhan terbabit dalam upacara pemujaan dikaitkan dengan video tular bertajuk “Show Puja Jin Batu Pahat” menggunakan tarian kuda kepang di Parit Raja di sini bulan lepas. Hakim Syarie Syazwan Mohd Yusof menjatuhi hukuman tersebut selepas mendengar dan menerima pengakuan bersalah ketiga-tiga tertuduh Muhammad Suhail Suttrysono, 35, Azman Mohamed Seh, 45, dan Anuar Bandi, 40, sebaik pertuduhan dibacakan semula. Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga mereka dipenjara 14 hari sekiranya gagal membayar denda serta menjalani pemantauan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selama enam bulan selepas tamat tempoh hukuman penjara. Mengikut pertuduhan, Muhammad Suhail yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didakwa melakukan upacara pemujaan mengikut Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali. Azman dan Anuar yang bekerja sebagai mekanik pula didakwa bersubahat dalam upacara berkenaan dengan memainkan muzik gendang, mengikut Seksyen 43(b) enakmen sama yang membawa hukuman setara dengan kesalahan utama. Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan lapang sebuah rumah di Jalan Pasar, Parit Raja antara 10 malam hingga 1 pagi, 10 Ogos lepas. Pendakwaan dikendalikan pendakwa syarie Batu Pahat Ummu Salamah Sukayat manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam. Sebelum ini, tular video berdurasi satu minit di media sosial memaparkan upacara dipercayai berkaitan tarian kuda kepang yang dikaitkan dengan amalan pemujaan di Batu Pahat sekali gus mencetuskan kegusaran masyarakat. – Bernama

Kapasiti transaksi Sara ditingkatkan, sedia hadapi cuti hujung minggu

Kapasiti transaksi Sara ditingkatkan, sedia hadapi cuti hujung minggu

PUTRAJAYA- Susulan gangguan sistem sebelum ini, Kementerian Kewangan (MOF) bertindak meningkatkan kapasiti transaksi bagi Sumbangan Asas Rahmah (Sara) kepada 15,000 transaksi dalam pelayan (server) MyKasih. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata, ia peningkatan tiga kali ganda berbanding sebelum ini. Beliau berkata, ia sebagai persediaan menghadapi trafik tinggi pembelian orang ramai khususnya cuti panjang ... Read more The post Kapasiti transaksi Sara ditingkatkan, sedia hadapi cuti hujung minggu appeared first on Kosmo Digital .

JD.com rancang kembangkan perniagaan logistik di Malaysia - PM Anwar

JD.com rancang kembangkan perniagaan logistik di Malaysia - PM Anwar

BEIJING : Syarikat peruncit e-dagang dan logistik terkemuka China, JD.com menyatakan hasrat untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia terutamanya dalam sektor logistik. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik hasrat ini dengan mengambil kira kedudukan strategik Malaysia yang berpotensi muncul sebagai hab logistik serantau. Beliau menegaskan perkembangan ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan. JD.com juga berhasrat membeli lebih banyak produk Malaysia untuk dipasarkan di China. Perdana Menteri yang sedang dalam rangka lawatan kerja selama empat hari ke China mengadakan pertemuan perniagaan dengan pihak pengurusan tertinggi syarikat berkenaan. Pertemuan tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif JD Logistics merangkap Ahli Eksekutif Strategi, Hu Wei. JD.com yang tersenarai di NASDAQ 100 dan syarikat Fortune Global 500 adalah peruncit e-dagang terbesar di China. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 580 juta orang yang membeli-belah di serata negara China. JD.com mengendalikan infrastruktur penunaian pesanan terbesar di China yang membolehkan 90% pesanan dihantar pada hari sama atau berikutnya. Selesai pertemuan dengan JD.com, Anwar mengadakan perbincangan dengan barisan pimpinan Persatuan Industri Semikonduktor China (CSIA). Beliau menegaskan iltizam Malaysia untuk menjadi pemain utama semikonduktor global seperti yang digariskan dalam Strategi Semikonduktor Nasional. CSIA merupakan badan induk yang menaungi lebih 1,400 syarikat semikonduktor China. Kerajaan MADANI akan terus menarik pelaburan berkualiti dan meneroka peluang baharu dalam sektor strategik. Turut hadir pada mesyuarat perniagaan itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail juga hadir dalam pertemuan tersebut. – Bernama

JD.Com mahu operasi di Malaysia – Anwar

JD.Com mahu operasi di Malaysia – Anwar

PETALING JAYA: Syarikat e-dagang dan logistik China, JD.com menyatakan hasrat untuk memperluas operasinya di Malaysia, khususnya dalam sektor logistik. Perkara itu antara yang dicapai hasil pertemuan antara wakil syarikat itu bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi. Perdana Menteri berkata, JD.com selaku pemain utama dalam sektor e-dagang dan logistik turut menyatakan hasrat untuk membeli lebih ... Read more The post JD.Com mahu operasi di Malaysia – Anwar appeared first on Utusan Malaysia .

Kerajaan sasarkan 47 juta pelawat asing 2026, garis tiga strategi TMM2026

Kerajaan sasarkan 47 juta pelawat asing 2026, garis tiga strategi TMM2026

PUTRAJAYA : Kerajaan menyasarkan menerima 43 juta pelawat asing pada tahun ini dan 47 juta lagi pada tahun depan seiring aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) untuk menarik lebih ramai pelawat tinggal lebih lama dan berbelanja lebih tinggi. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Induk TMM2026 berkata bagi tujuan itu, tiga strategi utama digariskan untuk menjayakan TMM2026. Beliau berkata strategi itu adalah mencipta permintaan melalui penjenamaan dan kempen pemasaran yang lebih agresif serta meningkatkan trafik dengan kerjasama taktikal bersama syarikat penerbangan, agensi pelancongan dan pintu masuk darat atau laut serantau. Strategi utama lain yang digariskan adalah memfokuskan pasaran sasaran dan segmen berimpak tinggi, termasuk ekopelancongan, pelancongan beli-belah, serta tarikan khusus mengikut pasaran. “Kempen TMM2026 ini merupakan agenda nasional dengan objektif meningkatkan pendapatan pelancongan, memperkukuh daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa dan memastikan sektor pelancongan terus menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.” “Pada 2024, Malaysia telah menerima 38 juta pelawat asing, meningkat 31.1% berbanding tahun sebelumnya.” “Pelancongan domestik pula mencatat 260.1 juta pengunjung, peningkatan 21.7% berbanding 2023, membuktikan pemulihan sektor ini sepenuhnya.” Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Induk TMM2026 itu turut menekankan kepentingan strategi promosi pelancongan bermusim, khususnya untuk menarik pelawat dari rantau Timur Tengah yang mempunyai musim ekstrem. “Antara inisiatif yang dicadangkan ialah memperhebatkan ‘Malaysia Midnight Sale’ bagi memposisikan Malaysia sebagai destinasi beli-belah unggul.” Ahmad Zahid berkata kerjasama erat semua pihak amat diperlukan bagi memastikan kejayaan TMM 2026. “Saya mahu setiap kementerian dan agensi bersatu hati, bergerak seiring, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelancong.” “Dengan komitmen padu, Malaysia akan terus unggul sebagai destinasi pelancongan pilihan dunia yang kaya budaya, selamat untuk dikunjungi dan mampu menjana kemakmuran bersama.” Jawatankuasa Kebangsaan Induk VM2026 disokong oleh enam jawatankuasa kerja kecil yang diterajui pelbagai kementerian termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Kementerian Komunikasi; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Pengangkutan; serta Tourism Malaysia. “Saya yakin perhatian yang serius dapat diberikan di samping mengukuhkan keterlibatan Malaysia di pasaran sedia ada dan mewujudkan pasaran baharu.” – Bernama

Beri, terima hadiah dalam tugas rasmi diklasifikasi sebagai rasuah

Beri, terima hadiah dalam tugas rasmi diklasifikasi sebagai rasuah

PETALING JAYA: Pemberian atau penerimaan hadiah boleh diklasifikasikan sebagai satu kesalahan jenayah rasuah apabila ia mempunyai hubungan dengan kepentingan dalam tugas rasmi. Ketua Cawangan Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Kelantan, Wan Siti Junaida Ismail berkata, kepentingan pematuhan dalam tatacara kerja adalah bagi memastikan tadbir urus sesebuah jabatan teratur. Menurutnya, ia juga bagi memastikan ... Read more The post Beri, terima hadiah dalam tugas rasmi diklasifikasi sebagai rasuah appeared first on Utusan Malaysia .

Ketua Umno Padang Serai lapor polis akaun TikTok palsu guna identiti

Ketua Umno Padang Serai lapor polis akaun TikTok palsu guna identiti

ALOR SETAR : Ketua Umno Bahagian Padang Serai Datuk Asmadi Abu Talib telah membuat laporan polis mendakwa identitinya digunakan dalam dua akaun TikTok palsu bagi tujuan penipuan kewangan. Timbalan Ketua Polis Kedah DCP Baderulhisham Baharudin mengesahkan ahli politik tersebut membuat laporan pada pukul 12 tengah hari semalam. “Mangsa dimaklumkan kewujudan dua akaun TikTok menggunakan namanya, gambar dan mencipta suara penyamaran dipercayai dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) kira-kira 10.30 malam Ahad lepas,“ katanya. Baderulhisham menjelaskan dua akaun itu diwujudkan pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk penipuan kewangan. “Kandungan yang dimuat naik juga boleh memberi persepsi salah kepada masyarakat,“ tambahnya dalam kenyataan hari ini. Beliau menyatakan mangsa risau akaun itu digunakan untuk memperdaya orang ramai dalam urusan bantuan kewangan. Sebagai seorang pemimpin politik, penyalahgunaan identiti itu boleh menyebabkan penipuan berlaku. Baderulhisham menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dengan penipuan dalam talian menjanjikan bantuan kewangan. Beliau mengingatkan orang awam tidak mudah terperdaya dengan pujukan serta rayuan melalui video melibatkan ahli politik atau selebriti. – Bernama

Pegawai kanan polis antara dua ditahan minta suapan RM8,000

Pegawai kanan polis antara dua ditahan minta suapan RM8,000

PETALING JAYA: Dua individu termasuk seorang pegawai kanan polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM8,000 sebagai balasan tidak meneruskan siasatan ke atas satu kes pergaduhan. Menurut sumber, kedua-dua suspek yang merupakan seorang wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an telah ditahan berasingan pada 29 dan 31 Ogos ... Read more The post Pegawai kanan polis antara dua ditahan minta suapan RM8,000 appeared first on Utusan Malaysia .

Terengganu tubuh pasukan SAR khas di Pulau Perhentian dan Lang Tengah

Terengganu tubuh pasukan SAR khas di Pulau Perhentian dan Lang Tengah

JERTIH : Kerajaan Terengganu bersetuju menubuhkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas di Pulau Perhentian di sini dan Pulau Lang Tengah di Setiu sebagai usaha meningkatkan keselamatan pelancong di kedua-dua pulau peranginan berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Datuk Razali Idris berkata pasukan itu ditubuhkan susulan beberapa kejadian yang melibatkan keselamatan pelancong terutama di Pulau Perhentian yang berlaku baru-baru ini. “Pasukan ini akan beroperasi setiap tahun bermula Mac hingga Oktober iaitu musim puncak kehadiran pelancong.” “Ia akan melibatkan kerjasama pelbagai agensi keselamatan dan penyelamat sedia ada antaranya polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Pejabat Daerah Besut, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan wakil pengusaha pelancongan serta komuniti setempat.” Beliau berkata penubuhan pasukan ini juga dapat meningkatkan keyakinan pelancong dan memastikan keselamatan mereka sentiasa terjamin sepanjang berada di pulau-pulau peranginan di Terengganu. – Bernama

Anwar lancar buku tentang Malaysia karya ahli ekonomi terkenal China

Anwar lancar buku tentang Malaysia karya ahli ekonomi terkenal China

BEIJING : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan buku hasil karya usahawan, ahli ekonomi dan sarjana terkenal China, Dr Yan Lijin. Pelancaran itu diadakan di luar pertemuan perniagaan beliau dengan pelabur dan pemimpin perniagaan China di sini pada Selasa. Buku berbahasa Cina berjudul Malaysia, Truly Asia: A Country That Captivates the Heart turut memaparkan kata pengantar yang ditulis oleh Anwar sendiri. Dalam kata pengantar itu, Anwar menyatakan bahawa Yan telah memainkan peranan aktif dan penting dalam memupuk hubungan antara China dengan negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Beliau berkata pemahaman dan pengiktirafan Yan terhadap nilai, budaya dan visi pembangunan Malaysia mencerminkan kasih sayangnya yang mendalam terhadap negara ini. Anwar menegaskan bahawa Yan bukan sahaja menjadi sekutu kepada Malaysia, tetapi juga seorang sahabat sejati. Beliau berkata buku itu memberi pembaca gambaran yang mempesona tentang Malaysia sebagai negara yang dinamik dan bertenaga. Buku tersebut mengekalkan biodiversiti yang kaya, kepelbagaian budaya, dan memastikan keseimbangan antara tradisi dengan kemodenan. Pandangan unik Yan akan memberikan perspektif baharu kepada mereka yang ingin melabur, belajar atau meneroka Malaysia. Pemikirannya juga menonjolkan peranan penting Malaysia dalam Inisiatif Jalur dan Laluan. Kedudukan istimewa Malaysia sebagai hab pertumbuhan ekonomi, integrasi budaya dan industri hijau di Asia Tenggara turut diketengahkan. Perdana Menteri berkata pengukuhan pertukaran antara Malaysia dengan China akan membolehkan kedua-dua negara bekerjasama rapat. Kerjasama ini akan membuka lebih banyak peluang dan menangani cabaran masa hadapan. Menurut isi kandungan buku berkenaan, naskhah itu menghuraikan visi Malaysia MADANI. Buku tersebut juga membincangkan pembangunan ekonomi dan sosial Malaysia, pertukaran budaya dan prospek masa hadapan Inisiatif Jalur dan Laluan. – Bernama