Guan Eng dapat semula pasport secara kekal

Guan Eng dapat semula pasport secara kekal

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng berjaya dalam permohonan pada Rabu, bagi mendapatkan semula pasportnya secara kekal yang disimpan di Mahkamah Sesyen di sini sehingga perbicaraan kes suapan berkaitan terowong di Pulau Pinang, selesai.Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas mendapati, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan perlu ke luar negara berhubung tugas rasminya sebagai Pengerusi Kehormat Asean-Chian Association for the Promotion of Industrial Cooperation and Development (ACAPICD).Semasa membaca keputusan, hakim berkata, mahkamah membenarkan Guan Eng, 64, selaku pemohon menerima semula dokumen perjalan antarabangsa berkenaan secara kekal."Bagaimanapun syarat jaminan itu diganti dengan pemohon melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada minggu pertama setiap bulan, sehingga kes selesai."Mahkamah mengekalkan jumlah jaminan RM1 juta terhadap pemohon," katanya.Semasa prosiding, peguam, Mohd Haijan Omar yang mewakili Guan Eng berkata, ahli politik itu telah dilantik sebagai salah seorang Pengerusi Kehormat ACAPICD oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurutnya, selaku salah seorang daripada pengerusi kehormat, pemohon dikehendaki meneruskan perjalanan ke luar negara dengan kerap."Beliau memohon pasport secara kekal bukan untuk bercuti tetapi bagi urusan rasmi bagi mewakili kerajaan Malaysia."Tiada orang lain yang boleh hadir atas kapasiti pemohon maka jika anak guam perlu kerap kali hadir ke mahkamah untuk mendapatkan passport secara sementara, ia akan meremehkan dan memalukan tertuduh," katanya.Permohonan berkenaan mendapat bantahan daripada pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh.Beliau berkata, permohonan mendapatkan passport secara sementara biarpun dibuat secara kerap di mahkamah, tidak termasuk dalam perkara yang meremehkan atau memalukan."Saya percaya mana-mana pihak yang didakwa dalam kes jenayah akan hadapi perkara sama."Mereka perlu membuat permohonan untuk mendapatkan pasport sementara malah permohonan berkenaan tidak dibantah oleh pihak pendakwaan," katanya.Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukannya untuk menerima RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ahli Parlimen Bagan itu didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.Beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Februaru 2015 dan 22 Mac 2017.

Kompleks Sekolah Presint 15 mula beroperasi Januari 2026

Kompleks Sekolah Presint 15 mula beroperasi Januari 2026

PUTRAJAYA – Kompleks Sekolah Presint 15 yang menempatkan blok sekolah menengah, sekolah rendah dan prasekolah akan mula beroperasi mulai sesi persekolahan baharu Januari depan. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, bermula bulan ini, barisan pentadbir dan guru sekolah akan ditempatkan di kompleks sekolah ini. Beliau berkata, Pejabat Pendidikan Wilayah Putrajaya akan menguruskan ... Read more The post Kompleks Sekolah Presint 15 mula beroperasi Januari 2026 appeared first on Kosmo Digital .

Guan Eng dapat semula pasport secara kekal

Guan Eng dapat semula pasport secara kekal

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya secara kekal yang sebelum ini ditahan oleh mahkamah. – UTUSAN Sokong kewartawanan kami PERCUMA 1 bulan Daftar 1 Bulan / RM4.99 Sehari hanya RM0.17 Langgan Log Masuk The post Guan Eng dapat semula pasport secara kekal appeared first on Utusan Malaysia .

Suspek peminat rahsia, pendam cinta kepada pelajar 16 tahun

Suspek peminat rahsia, pendam cinta kepada pelajar 16 tahun

SHAH ALAM – Remaja lelaki berusia 14 tahun yang membunuh rakan sekolahnya berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya semalam didapati adalah peminat rahsia. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, suspek dikatakan memendam perasaan cintanya terhadap mangsa tersebut meskipun berlainan kelas. Katanya, kedua-dua mereka adalah daripada kelas peralihan dengan ... Read more The post Suspek peminat rahsia, pendam cinta kepada pelajar 16 tahun appeared first on Kosmo Digital .

Terima Kasih KKDW Bukti Keprihatinan Terhadap Rakyat Pendang

Terima Kasih KKDW Bukti Keprihatinan Terhadap Rakyat Pendang

PENDANG, 15 Okt – Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaacob, berkata pelaksanaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memastikan rakyat luar bandar menikmati kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera. Beliau yang juga Pengerusi Penasihat Program KEDA Parlimen Pendang baru-baru ini telah menyantuni warga Kampung Paya Nedam bagi menyerahkan kunci [...]

Pesara tentera didakwa salah guna wang syarikat sebanyak RM405,121

Pesara tentera didakwa salah guna wang syarikat sebanyak RM405,121

BUTTERWORTH : Seorang pesara tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini atas 12 pertuduhan membabitkan penyalahgunaan wang milik sebuah syarikat berjumlah RM405,121, kira-kira 10 tahun yang lalu. Tertuduh, Mohd Noor Yacub, 67, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa ... Read more The post Pesara tentera didakwa salah guna wang syarikat sebanyak RM405,121 appeared first on Utusan Malaysia .

Kes tikam pelajar: Senjata digunakan suspek dibeli secara dalam talian

Kes tikam pelajar: Senjata digunakan suspek dibeli secara dalam talian

SHAH ALAM - Dua senjata yang dirampas dalam kejadian seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan) maut ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa dipercayai dibeli menerusi platform dalam talian.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pisau serta kerambit berkenaan dibeli secara dalam talian."Siasatan mendapati hanya pisau digunakan untuk menikam mangsa ketika kejadian, manakala kerambit tidak digunakan."Selain itu, berdasarkan siasatan, keluarga suspek tidak mengetahui mengenai senjata yang dimiliki suspek itu," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.Katanya, polis kini masih menyemak tempoh suspek memiliki senjata berkenaan."Setakat ini, kita hanya mendapati kaedah pembelian senjata itu, namun sejak bila suspek memilikinya masih dalam siasatan lanjut."Semakan turut mendapati tiada pemeriksaan dilakukan terhadap beg-beg pelajar sebelum memasuki sekolah berkenaan sebelum ini," katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Selasa, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan) maut disyaki ditikam oleh seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini.Menurut laporan, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah, manakala suspek merupakan pelajar sekolah yang sama.

Kes tikam pelajar: Pisau, kerambit digunakan suspek dibeli secara dalam talian

Kes tikam pelajar: Pisau, kerambit digunakan suspek dibeli secara dalam talian

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Tiga senjata yang dirampas dalam kejadian seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan) maut ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa dipercayai dibeli menerusi platform dalam talian.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, dua pisau serta satu kerambit itu dibeli secara dalam talian."Siasatan mendapati hanya pisau digunakan untuk menikam mangsa ketika kejadian, manakala kerambit tidak digunakan."Selain itu, berdasarkan siasatan, keluarga suspek tidak mengetahui mengenai senjata yang dimiliki suspek itu," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.Katanya, polis kini masih menyemak tempoh suspek memiliki senjata berkenaan."Setakat ini, kita hanya mendapati kaedah pembelian senjata itu, namun sejak bila suspek memilikinya masih dalam siasatan lanjut."Semakan turut mendapati tiada pemeriksaan dilakukan terhadap beg-beg pelajar sebelum memasuki sekolah berkenaan sebelum ini," katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Selasa, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan) maut disyaki ditikam oleh seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini.Menurut laporan, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah, manakala suspek merupakan pelajar sekolah yang sama.