Pasukan khas SPRM pantau PRN Sabah

Pasukan khas SPRM pantau PRN Sabah

KUALA NERUS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan khas pemantauan bagi memastikan perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 bebas daripada sebarang unsur rasuah dan salah guna kuasa. Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pasukan berkenaan melibatkan penempatan kira-kira 40 pegawai dari Ibu Pejabat SPRM bagi memperkukuh pemantauan di lapangan sepanjang tempoh pilihan ... Read more The post Pasukan khas SPRM pantau PRN Sabah appeared first on Utusan Malaysia .

Zayan Rayyan: Keterangan Ismanira bukan pembelaan kosong

Zayan Rayyan: Keterangan Ismanira bukan pembelaan kosong

PETALING JAYA – Pihak pembelaan menghujahkan keterangan Ismanira Abdul Manaf yang juga ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin sebagai bukannya satu penafian kosong semasa wanita itu membela diri di Mahkamah Sesyen di sini. Malah, keterangan menunjukkan apa yang dikatakan Ismanira adalah konsisten selain tidak membuat fikiran terkemudian (afterthought) semasa memberi penjelasan. Dalam penghujahan bertulis ... Read more The post Zayan Rayyan: Keterangan Ismanira bukan pembelaan kosong appeared first on Kosmo Digital .

Terima pandangan, kritikan Rafizi secara terbuka - Akmal Nasrullah

Terima pandangan, kritikan Rafizi secara terbuka - Akmal Nasrullah

PORT DICKSON – Semua pihak seharusnya bersikap lebih terbuka terhadap apa sahaja pandangan dan kritikan yang dilontarkan oleh bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pengalaman serta penglibatan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam pentadbiran kerajaan tidak boleh dinafikan begitu sahaja."Bagi saya, dari segi pandangan atau pendirian oleh mana-mana pihak, kita perlu bersifat lebih terbuka dan kita tidak boleh nafikan pengalaman serta penglibatan beliau."Yang lebih penting, kita melihat kepada substantif isu yang dinyatakan agar kritikan itu dapat diambil secara positif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Komuniti Lestari PETRA Residensi PR1MA Port Dickson (RPPD) di sini, pada Sabtu.Tambahnya, teguran yang dikemukakan oleh Rafizi boleh dijadikan ruang untuk memperbaiki kelemahan yang ada.Beliau juga percaya bahawa Rafizi hanya mahu melihat perubahan yang lebih baik buat negara."Kita kena melihat dan mengambil teguran itu supaya ada tindakan yang lebih proaktif kerana ini adalah ruang dan proses yang tersedia pada hari ini."Perkara itu juga sebenarnya lebih kepada tujuan membina dan untuk sama-sama melihat perubahan yang lebih baik buat negara," katanya.Ditanya mengenai kenyataan Rafizi yang memberi bayangan berkemungkinan tidak akan kembali ke barisan pimpinan parti pada masa akan datang, Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, sesiapa pun mengetahui bahawa Rafizi merupakan individu yang mempunyai pendirian dan prinsip."Kita kenal beliau seorang yang berpendirian dan berprinsip. Jadi perkara itu tidak perlu dilihat dari sudut tindak balas yang pelbagai."Bagi saya, itu adalah pendirian beliau yang perlu kita hormati, cuma mesejnya itu agak jelas," katanya.Mengenai Program Komuniti Lestari PETRA, beliau berkata, bagi memastikan komuniti turut memainkan peranan secara langsung dalam menjaga dan memelihara sungai, Sungai Lukut Kecil telah dijadikan sebagai sungai angkat kepada Persatuan RPPD.Beliau turut bersetuju agar sungai tersebut dinaik taraf sebagai kawasan rekreasi dengan mewujudkan infrastruktur dan landskap, pondok riadah, termasuk trek joging serta trek basikal di sepanjang 500 meter yang bersempadan antara Sungai Lukut Kecil dan kawasan residensi tersebut.

Aksi persahabatan perkukuh hubungan IPD Kajang, media

Aksi persahabatan perkukuh hubungan IPD Kajang, media

BANGI – Semangat berpasukan dan ukhuwah menjadi tunjang utama perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA) yang berlangsung di Arena Sukan Azman Hashim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini semalam. Perlawanan bermula pukul 8 malam itu bukan sekadar medan menunjukkan kehebatan di padang, tetapi juga ... Read more The post Aksi persahabatan perkukuh hubungan IPD Kajang, media appeared first on Kosmo Digital .

Strengthen moral curriculum before new subject, PAGE urges

Strengthen moral curriculum before new subject, PAGE urges

PETALING JAYA : The Parent Action Group for Education (PAGE) has questioned the need for the Education Ministry’s planned “Character Education” subject by 2027, urging the government to first strengthen existing Moral, Civics and Religious Studies curricula before introducing new lessons. PAGE founder Datin Noor Azimah Abdul Rahim said while the initiative to build better character among students is commendable, the government must first assess why existing moral education subjects have not achieved their intended goals. “While the initiative to build better character in the planned subject may be a solution, we also need to understand why it cannot be embedded and be part of the existing curriculum of Moral, Civics and Religious Studies. “Adding more time for this extra subject to an already packed schedule may not be justifiable, as it would take away time from other subjects.” She said if current subjects were unable to instil values and ethics effectively, this should be treated as a policy and implementation issue rather than a reason to introduce a new syllabus. “There must be monitoring and data tracking. Introducing another new subject to add to the current moral-building subjects would point to the failure of these existing subjects. “How would we be assured that this new subject would achieve its objective without any evidence that it would work?” Noor Azimah said PAGE believes that value-building in schools requires a multi-pronged approach rather than a single new subject. “Discipline frameworks in schools must be strengthened, and discipline teachers should receive proper training in conflict management and early intervention. “Every school must also have access to qualified counsellors to provide timely emotional and psychological support to at-risk students.” She said digital citizenship and media literacy should also be made a core part of education to instil empathy, accountability and responsible online behaviour, while parents must play an active role in guiding their children’s use of technology. At the same time, she said physical education and sports must not be neglected. “Children need physical activities for brain development, even more so for those who live in small spaces or spend too much time online. “We must also give attention to the state of public and community sports centres, many of which are left in disrepair.” Noor Azimah added that ensuring school safety and student well-being requires collaboration between schools, parents and authorities, along with a renewed focus on respect, empathy and responsibility among students.

SPRM pantau kes pemain warisan FAM

SPRM pantau kes pemain warisan FAM

KUALA NERUS – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan membuka siasatan berhubung isu pendaftaran pemain warisan melibatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya terdapat elemen baharu yang menjurus kepada salah laku. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, buat masa ini, siasatan masih belum dimulakan memandangkan ia dikategorikan sebagai isu teknikal antara badan ... Read more The post SPRM pantau kes pemain warisan FAM appeared first on Kosmo Digital .

Aprilia mengganas di Phillip Island

Aprilia mengganas di Phillip Island

AUSTRALIA – Pelumba sensasi Aprilia Racing, Marco Bezzecchi meneruskan rentak cemerlang apabila menjuarai perlumbaan pecut di Grand Prix (GP) Australia 2025 di Litar Phillip Island, sebentar tadi, sekali gus melengkapkan kemenangan ketiganya dalam musim ini. Lebih manis, kejayaan itu turut menghadiahkan detik bersejarah buat Aprilia Racing apabila mencatat kemenangan 1-2 pertama mereka dalam perlumbaan pecut ... Read more The post Aprilia mengganas di Phillip Island appeared first on Kosmo Digital .

Kerajaan perhalusi cadangan naik had umur media sosial kepada 16 tahun - Azalina

Kerajaan perhalusi cadangan naik had umur media sosial kepada 16 tahun - Azalina

KOTA TINGGI – Cadangan kerajaan untuk menaikkan had umur penggunaan media sosial daripada 13 kepada 16 tahun akan diperhalusi melalui perbincangan bersama penyedia platform.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, setakat ini terdapat akta berkaitan keselamatan dalam talian yang akan membantu dari segi pemantauan apabila cadangan itu dilaksanakan kelak.Jelas beliau, terdapat beberapa negara yang menetapkan had umur pengguna media sosial yang berbeza dengan ada yang memilih 13 tahun ke bawah dan ada pula yang menetapkan 16 tahun sebagai syarat minimum."Saya percaya perkara ini telah dibincangkan oleh Jemaah Menteri. Seperti yang disebutkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil semalam, had umur yang dicadangkan adalah 16 tahun ke bawah."Namun, kerajaan masih akan berbincang lanjut dengan platform media sosial. Perkara yang baiknya, kita sudah mempunyai Online Harms Act yang dirangka bersama MCMC dan bahagian undang-undang."Pelaksanaan akta ini akan memperkukuh pemantauan terhadap platform media sosial apabila diarahkan oleh kerajaan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan Projek Pembinaan Mahkamah Pengerang di Bandar Penawar, di sini pada Sabtu.Pada Jumaat, kerajaan dilaporkan bercadang untuk menaikkan had umur pengguna media sosial daripada 13 kepada 16 tahun.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kaedah pendaftaran bagi seseorang individu juga akan dibuat menerusi semakan dokumen rasmi kerajaan.Fahmi berkata, cadangan itu akan menjadi sebahagian daripada perbincangan antara pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama platform media sosial yang akan berlangsung di Singapura minggu depan.Cadangan tersebut dibuat susulan kebimbangan yang timbul baru-baru ini membabitkan pelajar sekolah, khususnya berkaitan dengan pengaruh negatif media sosial.Baru-baru ini, seorang pelajar berusia 16 tahun maut ditikam rakan sekolahnya yang berusia 14 tahun di sebuah sekolah di sekitar Petaling Jaya.