GP Malaysia 2025 kekal hangat tanpa kehadiran Marc Marquez

GP Malaysia 2025 kekal hangat tanpa kehadiran Marc Marquez

SEPANG : Grand Prix Motosikal Malaysia 2025 akan tetap hangat meskipun tanpa kehadiran juara dunia tujuh kali MotoGP, Marc Marquez, yang terpaksa menarik diri akibat kecederaan. Perlumbaan ini dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober ini di Litar Antarabangsa Sepang. Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif optimis acara ini akan terus menjadi tumpuan penonton. Beliau menyatakan pertarungan merebut gelaran naib juara dunia MotoGP musim ini masih berlangsung dengan sengit. “Pertarungan bagi merebut tempat kedua masih terbuka... kita ada Pecco (Francesco Bagnaia) dekat situ, Marco Bezzecchi dan Alex Marquez,” katanya pada majlis pelancaran pasukan dan jentera AEON Credit SIC Racing MSI. Media melaporkan Marquez terlepas GP Australia dan GP Malaysia selepas mengalami patah tulang serta kecederaan ligamen pada bahu kanan di GP Indonesia. Pelumba berusia 32 tahun itu telah mengesahkan kejuaraan MotoGP ketujuhnya di GP Jepun bulan lepas dan mengumpul 545 mata setakat ini. Alex Marquez kini menduduki tempat kedua dengan 362 mata meninggalkan pencabar terdekat Francesco Bagnaia di tempat ketiga dengan 274 mata. Marco Bezzecchi yang mewakili Aprilia Racing berada di kedudukan keempat dengan 254 mata. Dalam pada itu, pelumba muda berbakat negara Muhammad Hakim Danish Ramli bakal beraksi menerusi tiket wildcard bagi saingan Moto3. Tiket bagi menyaksikan GP Malaysia 2025 masih lagi dijual di www.sepangcircuit.com. – Bernama

Berang dipanggil cucu ‘pungut’, remaja tetak nenek

Berang dipanggil cucu ‘pungut’, remaja tetak nenek

JAKARTA – Seorang remaja di Pacitan, wilayah Jawa Timur ditahan selepas menetak nenek angkatnya kerana berang dipanggil cucu ‘pungut’, lapor portal berita Tribunnews.  Kejadian berlaku sekitar pukul 6 petang (waktu tempatan) di rumah mereka kelmarin.  Ketua Polis Pacitan, AKBP Ayub Diponegoro Azhar berkata, mangsa dikenali sebagai S, 70, memberitahu suspek tanpa sengaja bahawa dia merupakan ... Read more The post Berang dipanggil cucu ‘pungut’, remaja tetak nenek appeared first on Kosmo Digital .

Tiada ‘lockdown’ di KL, cuma jangan lalu kawasan KLCC – Mohamad

Tiada ‘lockdown’ di KL, cuma jangan lalu kawasan KLCC – Mohamad

REMBAU – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan beliau hanya memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak berada di sekitar kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 minggu depan. Beliau berkata demikian kepada pemberita susulan salah faham banyak pihak mengenai perjalanan operasi termasuk perniagaan sepanjang tempoh tersebut. Menurutnya, apa yang ... Read more The post Tiada ‘lockdown’ di KL, cuma jangan lalu kawasan KLCC – Mohamad appeared first on Kosmo Digital .

Malaysian mixed doubles pairs to meet in Denmark Open quarter-finals

Malaysian mixed doubles pairs to meet in Denmark Open quarter-finals

TWO Malaysian mixed doubles pairs have guaranteed at least one semi-final spot at the 2025 Denmark Open Badminton Championships. The country’s top pair Chen Tang Jie and Toh Ee Wei will face compatriots Goh Soon Huat and Shevon Lai Jemie in an All-Malaysian quarter-final clash. World number four Tang Jie and Ee Wei advanced comfortably by defeating China’s Gao Jia Xuan and Wu Meng Ying 21-14, 21-11 in their second-round match. Soon Huat and Shevon had already secured their quarter-final place after eliminating Japan’s Yuichi Shimogami and Sayaka Hobara 21-18, 21-13. National women’s doubles pair Pearly Tan and M. Thinaah suffered a second-round exit against Japan’s world number 55 Arisa Igarashi and Chiharu Shida. Pearly and Thinaah lost their match 18-21, 9-21 to end their Denmark Open campaign. Malaysian men’s doubles pair Nur Mohd Azriyn Ayub and Tan Wee Kiong created a major upset by ousting world number one Koreans Kim Won Ho and Seo Seung Jae. The world number 24 pair secured a straight-set victory over the top seeds with scores of 21-19, 21-14. Azriyn and Wee Kiong will now face tournament fifth seeds Liang Wei Keng and Wang Chang from China in the quarter-finals. – Bernama

Anwar puji usaha ASEAN tarik institusi utama pastikan kejayaan grid kuasa

Anwar puji usaha ASEAN tarik institusi utama pastikan kejayaan grid kuasa

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji usaha ASEAN menarik penyertaan institusi utama bagi memastikan kejayaan Inisiatif Pembiayaan Grid Kuasa ASEAN (APGF). Beliau berkata Grid Kuasa ASEAN (APG) adalah tulang belakang kerjasama serantau yang menghubungkan kemampanan, keselamatan dan kemampuan. Anwar berkata Malaysia komited sepenuhnya terhadap agenda bersama ini untuk mengimbangi trilema tenaga dan mengukuhkan pertumbuhan ASEAN untuk beberapa dekad akan datang. Cita-cita mesti dipadankan dengan sumber kerana APG memerlukan pelaburan berterusan dan pembiayaan inovatif. ASEAN di bawah kepengerusian Malaysia telah menyokong APGF yang dibangunkan bersama Bank Pembangunan Asia dan Bank Dunia. APGF akan berfungsi sebagai platform khusus untuk menggerakkan pembiayaan hijau dan menyediakan projek yang boleh membawa keuntungan. Platform ini juga akan mempercepat pelaburan rentas sempadan di darat dan di bawah laut. Anwar berkata demikian menerusi ucaptama pada Majlis Pembukaan Mesyuarat Menteri Tenaga ASEAN ke-43 dan Mesyuarat Berkaitannya serta Forum Perniagaan Tenaga ASEAN ke-25. – Bernama

Kabinet buat keputusan esok isu disiplin keselamatan pelajar sekolah

Kabinet buat keputusan esok isu disiplin keselamatan pelajar sekolah

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan membuat keputusan mengenai isu disiplin dan keselamatan membabitkan pelajar sekolah esok susulan laporan beberapa insiden tidak wajar sejak kebelakangan ini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah mengadakan perbincangan ringkas bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai perkara itu hari ini. Beliau menyatakan perbincangan terperinci akan diadakan di peringkat Kabinet sebelum keputusan dibuat esok. Anwar ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Semalam Perdana Menteri telah menyatakan langkah tegas bagi menangani isu disiplin dan keselamatan di sekolah memerlukan intervensi segera. Beberapa insiden serius membabitkan pelajar sekolah telah dilaporkan sejak akhir-akhir ini termasuk kes bunuh di sebuah sekolah di Bandar Utama Petaling Jaya. Kes rogol membabitkan beberapa pelajar di Melaka dan Kedah juga telah menimbulkan kebimbangan. Peningkatan kes buli di sekolah turut mendapat perhatian apabila data Kementerian Pendidikan menunjukkan sebanyak 7,681 kes direkodkan tahun lepas. Angka ini menunjukkan peningkatan berbanding 6,528 kes yang dilaporkan pada tahun 2023. – Bernama