
Sabah polls: PKR seeks balance in candidate selection
Mustapha says evaluation process will be conducted carefully.
Mustapha says evaluation process will be conducted carefully.
KOTA TINGGI : Kerajaan akan melancarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi memastikan semua kes melibatkan kanak-kanak diselesaikan dalam tempoh setahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata garis panduan berkenaan akan dilancarkan pada 24 Okt ini di Istana Kehakiman sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh sistem keadilan kanak-kanak di negara ini. Menurut Azalina, langkah itu juga antara lain bagi mengatasi kelewatan prosiding mahkamah yang menyebabkan kanak-kanak enggan tampil semula sebagai saksi apabila dewasa. “Kita nakkan supaya semua kes yang melibatkan kanak-kanak sama ada yang didakwa ataupun menjadi mangsa, kes-kes ni mesti diselesaikan dalam masa satu tahun. Itu akan menjadi garis panduan kepada mahkamah. “Bagi pihak hal ehwal undang-undang dan mahkamah, memang fokus kalau kanak-kanak jadi pelaku atau mangsa, kes melibatkan mereka mesti menjadi keutamaan. Itu yang akan Ketua Hakim Negara dan Hakim Besar Malaya pun setuju,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Mahkamah Pengerang, di sini hari ini. Beliau berkata dalam usaha menyelesaikan kes melibatkan kanak-kanak, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif misalnya penggunaan kemudahan seperti van keterangan bagi memudahkan proses pengambilan keterangan saksi bawah umur. Sementara itu, Azalina berkata cadangan larangan penggunaan telefon pintar bagi pelajar berumur 16 tahun ke bawah seperti disyorkan Jemaah Menteri semalam, perlu dilihat seiring dengan pelaksanaan instrumen undang-undang sedia ada bagi melindungi keselamatan dan kebajikan kanak-kanak. Beliau berkata isu penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar perlu diperhalusi dengan mengambil kira amalan di beberapa negara lain yang menetapkan had umur antara 13 hingga 16 tahun. “Saya percaya Menteri Kabinet telah berbincang mengenai perkara ini dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil juga berkata perkara ini masih dalam perbincangan bersama platform media sosial. “Yang penting, kita sudah ada akta ancaman dalam talian yang telah dibangunkan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU). Pelaksanaan akta itu akan membantu penguatkuasaan dan pemantauan terhadap platform media sosial apabila diarahkan kerajaan,” katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dipetik berkata langkah itu dipertimbangkan susulan kebimbangan terhadap kesan ketagihan serta kecenderungan kepada perilaku jenayah akibat pendedahan berlebihan terhadap kandungan digital. Mahkamah Pengerang yang dibina pada Mei 2022 dengan kos kira-kira RM17 juta dan siap sepenuhnya pada Ogos lepas, dijangka memulakan operasi pada 1 Nov ini. - Bernama
GEORGE TOWN : MCA akan menampilkan calon anak watan yang memahami kehendak dan aspirasi rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu ke-17 bulan depan, kata Presiden parti berkenaan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Beliau berkata calon yang bakal diketengahkan parti itu juga merupakan individu yang lahir dan berakar umbi di Sabah serta mempunyai rekod khidmat yang baik di kawasan masing-masing. “Yang penting, mereka dikenali dan sudah lama berkhidmat di kawasan itu,” katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan MCA Pulau Pinang di sini hari ini. Wee berkata senarai calon MCA bagi PRN Sabah telah dibincangkan pada peringkat Barisan Nasional (BN) dan kini menunggu pengesahan akhir sebelum diumumkan. Beliau menjangkakan pengumuman rasmi akan dibuat sebelum hari penamaan calon pada 15 Nov, manakala pelancaran jentera pilihan raya dijadualkan kira-kira seminggu lebih awal. Sebelum ini, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata BN akan menampilkan calon daripada MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) untuk bertanding pada PRN Sabah ke-17. Dalam pada itu, Wee menegaskan MCA kekal sebagai sebahagian daripada keluarga BN dan menolak sebarang spekulasi bahawa parti itu akan meninggalkan gabungan terbabit. “Setakat ini tiada isu. Setiap parti ada dinamik tersendiri, tetapi sebarang perubahan akan dibincangkan mengikut prosedur dan secara mendalam. Yang penting sekarang ialah fokus kepada kerja-kerja menghadapi PRN Sabah,” katanya. - Bernama
GAZA : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menegaskan komitmennya untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. PBB juga menyeru agar segala usaha diteruskan bagi memastikan gencatan senjata dikekalkan. Timbalan Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan Tom Fletcher menyatakan pasukan kemanusiaan sedang melaksanakan pelan 60 hari. Pelan tersebut dibangunkan oleh PBB untuk memperluas operasi menyelamatkan nyawa di Gaza. Fletcher tiba di Gaza pada Jumaat bagi menilai keadaan kemanusiaan di wilayah berkenaan. Beliau mengakui cabaran yang dihadapi amat besar namun menegaskan tekad PBB untuk merealisasikan potensi kemanusiaan. Potensi kemanusiaan ini adalah hasil daripada perjanjian yang dimeterai demi menamatkan perang di Gaza. – Bernama-QNA
KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia agar mempertahankan semangat perpaduan dan menolak politik berasaskan kaum yang hanya akan memecahbelahkan masyarakat majmuk di negara ini. Perdana Menteri berkata kemajuan dan kejayaan Malaysia dalam bidang ekonomi, sosial serta budaya tidak akan tercapai tanpa keamanan, kestabilan dan keseimbangan antara kaum serta agama. “Segala kemajuan dan kejayaan relatif yang kita kecapi dalam aspek ekonomi, sosial, budaya tidak akan dapat dicapai tanpa keseimbangan, tanpa keamanan dan kestabilan. “Ini unik di Malaysia kerana tidak banyak negara yang mempunyai berbilang kaum dan agama untuk mengekalkan semangat itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2025 bertemakan “Cahaya MADANI, Sinar Perpaduan” di pekarangan KL Sentral, di sini hari ini. Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Digital Gobind Singh Deo, bersama barisan Jemaah Menteri yang lain. Anwar juga mahu supaya rakyat Malaysia memainkan peranan masing-masing dan menilai setiap isu terutama yang menyentuh sensitiviti kaum dengan bijak dan rasional. “Dalam negara berbilang kaum, nak kemudi bukan mudah. Cakap sedikit tentang Bumiputera, Cina kata apa; sebut projek India, Melayu pula kata kita ditinggalkan. Rakyat Malaysia ini harus lebih pintar, lebih cerdas, lebih terdedah dengan maklumat,“ kata beliau. Beliau berkata kerajaan tidak membezakan kaum dalam pelaksanaan inisiatif bantuan rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sebaliknya menyalurkannya kepada semua yang layak. “Kita belanja bilion ringgit untuk selesaikan masalah miskin tegar. Di Kelantan majoriti Melayu, di Sentul dan Klang majoriti India. Apa kita kira ikut kaum? Tidak. Siapa masuk kategori miskin tegar, kita wajib bantu,“ kata beliau. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut memperuntukkan dana khusus kepada masyarakat India termasuk RM50 juta bagi Amanah Ikhtiar Malaysia dan RM50 juta untuk Tekun Nasional, selain RM1.6 bilion melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dan RM600 juta bagi pembiayaan perniagaan masyarakat India. Anwar turut menyentuh mengenai pendidikan khususnya peluang pelajar cemerlang bukan bumiputera menyambung pengajian di universiti awam. “Tahun ini kita tambah 1,500 tempat baharu di universiti bagi pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dalam bidang perakaunan, kejuruteraan, perubatan, digital dan bahasa. “Tujuannya untuk memberi peluang sama rata kepada semua,“ katanya sambil menegaskan kerajaan Perpaduan sentiasa terbuka menambah baik dasar agar lebih inklusif dan adil untuk semua kaum. Sementara itu, Perdana Menteri turut mengingatkan bahawa sambutan Deepavali membawa erti yang lebih besar iaitu perjuangan menolak kegelapan rasuah dan penindasan, serta menegakkan kebenaran dan keadilan. “Ini Deepavali, tiap-tiap tahun ia bagi cahaya. Tapi kalau terus gelap, mana boleh macam tu. Cahaya ini kebenaran, cahaya ini keadilan, cahaya ini kebaikan... menolak kegelapan, menolak rasuah, menolak penindasan. Ini erti sambutan Deepavali,“ katanya. Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2025 anjuran Kementerian Digital dengan sokongan Kementerian Perpaduan Negara itu menghimpunkan lebih 5,000 pengunjung terdiri daripada warga kementerian, rakan industri, komuniti setempat serta masyarakat pelbagai kaum dan agama. Majlis berkenaan turut menampilkan elemen budaya masyarakat India menerusi hidangan tradisional seperti tose, vadai, ladu dan muruku, selain persembahan seni serta tarian kebudayaan yang dikongsi semua lapisan masyarakat. - Bernama
GEORGE TOWN : Lelaki yang ditahan kerana menyerang bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia Tan Sri Prof Emeritus Dzulkifli Abdul Razak telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes itu. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad mengesahkan perintah reman terhadap lelaki tempatan berusia 52 tahun itu bermula dari hari ini hingga 24 Oktober. “Lelaki yang mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah dan 10 rekod kesalahan jenayah narkotik itu kini direman dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut kes tersebut,“ katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau menjelaskan kes ini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Dalam kejadian yang berlaku pada 6.45 pagi semalam, mangsa berusia 74 tahun pulang ke rumah dari masjid selepas menunaikan solat subuh. Mangsa menyedari kehadiran seorang lelaki disyaki warga tempatan bersembunyi di tepi halaman rumahnya apabila tiba di hadapan rumah. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail melaporkan suspek tiba-tiba mengacukan objek berwarna hitam ke arah mangsa sebaik mangsa menghampiri. Suspek kemudian menyerang mangsa dengan objek berkenaan sehingga mengakibatkan kecederaan luka di bahagian kepala. Mangsa menerima 16 jahitan di sebuah klinik berhampiran selepas kejadian tersebut. Polis berjaya menahan suspek di Bayan Baru pada 2.30 petang hari yang sama. – Bernama
KOTA KINABALU : PKR Sabah akan berusaha menampilkan keseimbangan antara calon daripada barisan pimpinan parti dan individu profesional yang direkrut dari luar menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah Datuk Mustapha Sakmud berkata keseimbangan itu penting bagi memastikan kedudukan PKR terus kukuh serta menambah bilangan kerusi di negeri berkenaan. Beliau berkata parti itu menerima banyak permohonan daripada individu yang berminat menjadi calon namun keutamaan tetap akan diberikan kepada pimpinan sedia ada dalam proses pemilihan calon. Beliau berkata proses penilaian akan dibuat secara teliti namun parti perlu bersikap terbuka seperti parti-parti lain yang turut merekrut calon dari luar. Beliau menekankan pihaknya akan memastikan pimpinan sedia ada dijaga sambil mencari keseimbangan untuk kebaikan parti. Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas tentang kewujudan calon payung terjun yang akan mewakili PKR pada PRN Sabah ke-17. Mengenai isu pertindihan kerusi dengan Barisan Nasional Mustapha berkata perbincangan berhubung perkara itu hampir selesai dengan hanya satu atau dua kerusi masih belum dimuktamadkan. Beliau menyatakan dengan BN hampir tidak banyak masalah dan dengan Gabungan Rakyat Sabah pun ada beberapa kerusi bertindih yang dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata beliau sendiri tidak akan bertanding pada PRN kali ini kerana mahu memberi tumpuan kepada strategi memastikan calon-calon PKR menang. Beliau menjelaskan tumpuan itu adalah supaya agenda reformasi dapat diteruskan selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI. Pada 6 Oktober lepas Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah bagi memberikan laluan kepada PRN Sabah ke-17. Dewan Undangan Negeri Sabah mempunyai 79 kerusi dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi adalah Ahli Dewan Undangan Negeri yang dilantik. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Sabah pada 15 November manakala undi awal berlangsung 25 November dan tarikh mengundi pada 29 November. – Bernama
IPOH : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah mengemukakan tiga opsyen kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menambah baik skim Pembantu Tadbir Operasi dan Kewangan N1. Presiden CUEPACS Datuk Dr Adnan Mat menjelaskan opsyen pertama ialah menjumudkan skim Pembantu Tadbir sedia ada dan menyelaraskannya terus di bawah gred N5. Beliau menegaskan ramai pembantu tadbir kini memiliki kelayakan lebih tinggi seperti diploma dan ijazah tetapi masih berada pada gred asas N1 dengan gaji setara kelayakan SPM. Penyelarasan ini akan memastikan skim mereka seiring dengan tanggungjawab sebenar yang kini jauh melangkaui skop tugas asal. Adnan berkata opsyen kedua ialah penambahbaikan melalui kenaikan secara sekali sahaja ke gred N5 bagi mereka yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi. Opsyen ketiga pula memberi laluan kenaikan gred secara automatik kepada N5 selepas penjawat berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dalam N1. Beliau menekankan semua opsyen yang dikemukakan tidak memberi implikasi kewangan besar kepada kerajaan. Struktur asas gaji adalah hampir sama kecuali pelarasan kecil pada kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT). Adnan turut mendedahkan kira-kira 320,000 penjawat awam berada dalam skim berkenaan. Mereka merupakan tulang belakang pentadbiran di kementerian, pihak berkuasa tempatan serta agensi kerajaan di seluruh negara. – Bernama
KABUL : Afghanistan and Pakistan will hold peace talks in Doha on Saturday following an extension of their ceasefire. Afghan government spokesperson Zabihullah Mujahid confirmed the negotiations in a statement. He said a high-level delegation from the Islamic Emirate had departed for the Qatari capital. The delegation is led by Defence Minister Mullah Muhammad Yaqoob. This diplomatic initiative comes after both countries experienced intense border fighting. The ceasefire between the neighbouring nations paved the way for these discussions. – Reuters
MOSCOW (Reuters) -Three people were killed and five injured in a blast at the Avangard explosives plant in the city of Sterlitamak, Bashkortostan region, regional governor Radiy Khabirov said on Saturday via his Telegram channel. Read full story
BANGKOK : Thailand’s oldest political party has reinstated former prime minister Abhisit Vejjajiva as its leader. The Democrat Party voted on Saturday to return Abhisit to the leadership role he previously held. Abhisit led Thailand from 2008 to 2011 during the global financial crisis and gained early popularity for his eloquent debating style. His leadership was marred by a military crackdown on “Red Shirts” protesters in 2010 that killed more than 90 people and left over 2,000 wounded. Rivals branded him “the PM with blood on his hands” as his political career faltered in subsequent years. Internal party divisions led him to resign as leader and withdraw his membership in 2023. Party members voted with 96 percent support to reinstate him in a vote broadcast on local media. “I thank everyone for trusting my ability once again,“ the 61-year-old told members after the vote while wearing the party’s blue colour. He added that his heart never left the party despite his previous departure. Thailand is currently governed by a minority government under Prime Minister Anutin Charnvirakul. Anutin has pledged to dissolve parliament and hold a new election within four months. Analysts say Abhisit’s comeback could position the Democrat Party as a key player in the next polls. He will likely be the party’s leading candidate in the upcoming election. “People already have long-standing connections with him and the Democrat Party,“ said Ekkarin Tuansiri, a political scientist at Prince of Songkla University. He told public broadcaster ThaiPBS that it would not be easy for the party despite Abhisit’s return. Founded in 1946, the Democrat Party was once a political powerhouse and long-time rival to former premier Thaksin Shinawatra’s Red Shirts movement. The party has struggled in recent years with declining support and internal discord. Born in England and educated at Oxford, Abhisit holds dual Thai-British nationality. He has often been accused by rivals of being out of touch with Thais and evading the kingdom’s compulsory military service for men. – AFP
PETALING JAYA: “Kematian seorang pendaki membuatkan saya teringat tragedi Gunung Tahan dulu waktu malam dalam hujan lebat bila ‘guide’ (pemandu arah) tinggalkan kita dari summit ke Kem Berlumut,” Demikian kata pelakon, Azhan Rani yang mendedahkan dirinya juga pernah ditinggalkan pemandu arah ketika mendaki Gunung Tahan satu ketika dahulu. Turut terkesan dengan kematian seorang pendaki Gunung ... Read more The post Tragedi pendaki, Azhan Rani dedah pernah ditinggalkan di Gunung Tahan appeared first on Utusan Malaysia .
GEORGE TOWN : MCA will field Sabahan candidates who truly understand the needs, aspirations and sentiments of the people in the upcoming 17th Sabah State Election, said party president Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. He said the candidates to be fielded are individuals born and raised in Sabah, with strong local ties and proven service records in their respective constituencies. “What’s important is that they are well-known in their areas and have long served the community,” he told reporters after attending the Penang MCA Annual General Meeting here today. Wee said the list of MCA candidates for the Sabah state election had been discussed at the Barisan Nasional (BN) level and was now awaiting final approval before being announced. He said the official announcement is expected to be made before Nov 15, which is nomination day, while the launch of the election machinery is scheduled about a week earlier. On Oct 12, BN chairman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi was reported as saying that, apart from UMNO candidates, the coalition would also field candidates from MCA and Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) in the upcoming state election. Meanwhile, Wee reaffirmed that MCA remains firmly within the BN family, dismissing speculation that the party might leave the coalition. “So far, there are no issues. Each party has its own dynamics, but any changes will be discussed thoroughly and in accordance with proper procedures. What matters now is focusing on the work ahead of the Sabah state election,” he said. - Bernama
MANILA: Ribuan penduduk di sebuah pulau di Filipina berpindah selepas pakar cuaca memberi amaran mengenai kemungkinan banjir di sepanjang pantai Pasifik menjelang ketibaan Ribut Tropika Fengshen. Pusat taufan itu dijangka melepasi Pulau Catanduanes, sebuah pulau miskin yang mempunyai 270,000 penduduk, pada lewat Sabtu dengan kelajuan angin kencang mencecah sehingga 80 kilometer sejam (kmj) Menurut perkhidmatan ... Read more The post Ribut Tropika Fengshen hampiri pulau Filipina, ribuan penduduk berpindah appeared first on Utusan Malaysia .
PETALING JAYA: Kerajaan meneliti keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkait 40 peratus hasil Persekutuan kepada Sabah. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan menghormati keputusan mahkamah itu kerana dilihat selari dengan suara hati rakyat Sabah yang sekian lama memperjuangkan hak tersebut, sebagaimana termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). “Dari pihak kerajaan ... Read more The post Kerajaan teliti keputusan Mahkamah Tinggi Sabah appeared first on Utusan Malaysia .
They must have strong local ties, proven track record, he adds.