
Mustaqqeem meninggal dunia akibat kesejukan melampau - polis
Ia disahkan menerusi bedah siasat di Unit Forensik Hospital Slim River semalam, kata polis.
Ia disahkan menerusi bedah siasat di Unit Forensik Hospital Slim River semalam, kata polis.
PETALING JAYA: Kejadian tikam membabitkan seorang pelajar sekolah menengah di Bandar Utama perlu menjadi iktibar dan peringatan kepada masyarakat agar lebih peka, mendengar dan memahami dunia anak-anak pada masa kini. Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, bermula daripada kes Zara Qairina Mahathir dan gangguan seksual membabitkan kanak-kanak serta terkini kes tikam itu menuntut perubahan ... Read more The post ‘Tragedi jadi iktibar untuk lebih peka terhadap anak-anak’ appeared first on Utusan Malaysia .
OCTOBER 18 — The recent surge of violent incidents in Malaysian schools from the shocking killing of a 16-year-old...
OCTOBER 18 — The recent surge of violent incidents in Malaysian schools from the shocking killing of a 16-year-old...
PETALING JAYA: Isteri kepada penyanyi terkenal, Nubhan, iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, meluahkan rasa terharu apabila menerima sokongan moral daripada masyarakat susulan kemelut rumah tangga yang sedang melanda. Walaupun berdepan ujian besar dalam perkahwinan, Dr. Afifah, 36, masih menyimpan harapan agar suaminya itu dapat berlembut hati demi masa depan mereka sekeluarga “Hari ini hati ... Read more The post Harap Nubhan lembut hati demi saya, anak – Isteri appeared first on Utusan Malaysia .
SHAH ALAM – Pemandu e-hailing sepenuh masa mungkin terpaksa menampung kos tambahan sebanyak antara RM183 hingga RM549 sebulan bagi pembelian petrol tanpa subsidi disebabkan siling kelayakan 600 liter subsidi di bawah inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) didakwa tidak mencukupi.Majoriti pemandu e-hailing sepenuh masa itu dianggarkan menggunakan purata petrol antara 900 liter hingga 1,500 liter sebulan berbanding siling kelayakan hanya 600 liter.Pemandu e-hailing, Noor Hamisah Mohamed Shaari berkata, dia sendiri menggunakan sekurang-kurangnya 900 liter petrol sebulan dan siling kelayakan subsidinya untuk 300 liter pertama telah habis pada 10 Oktober lalu."Kalau dicongak dengan penggunaan minyak minimum 900 liter sebulan ini, saya mungkin perlu belanjakan tambahan RM183 sebulan untuk tampung kos pembelian 300 liter minyak tanpa subsidi mengambil kira perbezaan harga 61 sen seliter dengan minyak bersubsidi."Saya hanya ambil dan hantar penumpang sekitar ibu negara Kuala Lumpur sahaja iaitu jarak berdekatan. Kalau saya hantar penumpang ke tempat jauh seperti ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Johor Bahru, Seremban dan Melaka, penggunaan minyak sebulan lebih lagi."Saya ada rakan-rakan yang ambil perjalanan jarak jauh begini dan penggunaan petrol mereka dianggarkan boleh capai 1,500 liter sebulan," katanya kepada Sinar Harian.Noor Hamisah, 47, yang juga ibu kepada empat anak berkata, selain kos bahan api dia juga terpaksa menanggung kos penyelenggaraan seperti menukar minyak hitam dan minyak gear sekitar RM500 sebulan."Sebab itu sekarang ramai pemandu tak nak ambil penumpang yang pergi ke destinasi agak jauh kerana nak jimat minyak. Begitu juga semasa waktu puncak jalan sesak dan ketika hujung minggu ramai yang tak nak ambil penumpang serta tak mahu masuk Kuala Lumpur."Kadar tambang sekarang juga menyedihkan kerana kadarnya sama sahaja pada waktu sesak. Bayangkan kadar tambang dari Pavillion ke Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang jaraknya kira-kira 2.3 kilometer sekitar RM5 ke RM6. Tapi nak sampai hantar penumpang mungkin ambil masa setengah jam sebab jalan sesak. Di situ dah makan banyak masa," ujarnya.Noor Hamisah berkata, daripada siling kelayakan 600 liter yang diterima sekarang hanya kira-kira 100 liter sahaja digunakan untuk urusan peribadi dan selebihnya untuk kerja."Saya jadi pemandu e-hailing ini dah 10 tahun dan dari kerja 10 jam sehari, sekarang dah 14 jam sehari kerana kos sara hidup yang makin naik."Jadi diharap kerajaan dapat pertimbangkan untuk naikkan siling kelayakan. Kalau dapat beri 1,000 liter sebulan pun saya rasa sudah memadai berbanding dengan kadar yang diberikan ketika ini," katanya.Sementara itu, seorang lagi pemandu e-hailing, Mohd Azril Ahmat berkata, penggunaan petrolnya juga sekitar 900 liter sebulan berdasarkan purata isian minyak 30 liter setiap hari.Katanya, kos penyelenggaraan keretanya pula memakan belanja sekitar RM500 ke RM700 sebulan dengan kekerapan penyelenggaraan sebulan sekali."Oleh itu saya rayu kerajaan semak semula jumlah siling kelayakan yang diberikan. Untuk usaha ini perlu diadakan perbincangan lebih teliti antara pemandu, syarikat perkhidmatan e-hailing dan kerajaan."Saya juga mohon kerajaan beri penerangan secara terperinci kepada semua pemandu mengenai siling kelayakan yang diberi supaya pemandu jelas mengenainya," ujarnya.Terdahulu, Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) mendakwa kerajaan gagal membezakan antara subsidi petrol untuk kegunaan peribadi dan kuota bahan api bagi tujuan pekerjaan berikutan perbezaan itu memberi kesan terus kepada pendapatan ribuan pemandu e-hailing.Dalam kenyataannya, Penghantar berkata, realitinya pemandu e-hailing menggunakan kenderaan yang sama untuk bekerja dan kegunaan harian keluarga.
JOHOR BAHRU: Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) menerima kelulusan bagi pembinaan 10 sekolah baharu di negeri ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bermula tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, jumlah itu melibatkan tiga sekolah rendah, enam sekolah menengah dan sebuah kompleks sekolah (gabungan sekolah rendah dan menengah). Katanya, JPNJ ... Read more The post Johor terima 10 sekolah baharu appeared first on Utusan Malaysia .
KUALA LUMPUR, Oct 18 — The national men’s football squad has successfully broken into the world’s top...
JASIN, Oct 18 — The Ministry of Defence (Mindef) introduced the concept of Comprehensive Defence (HANRUH) through...
Islamic Relief menegaskan dunia tidak boleh lagi menyaksikan harapan palsu dan janji kosong.
A local Umno leader has lodged a report after coming across the audio on TikTok.
KUALA LUMPUR - "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya," peribahasa lama yang menjadi peringatan bahawa pembentukan sahsiah dan keperibadian seseorang perlu bermula sejak kecil di bawah asuhan dan didikan ibu bapa di rumah.Walaupun pelajar menghabiskan sekurang-sekurangnya enam jam sehari di sekolah, hakikatnya peranan ibu bapa menjadi tunjang dalam mencorak karakter anak-anak, bukan sekadar memastikan kejayaan akademik tetapi juga memantau pergaulan, penggunaan media sosial serta perkembangan emosi mereka.Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Fouzi Singon menegaskan adalah tidak wajar semua isu disiplin dan moral pelajar diletakkan pada bahu guru dan pihak sekolah semata-mata."Pendidikan bukan bermula di sekolah tetapi telah lama bermula di rumah. Sekolah hanya mengukuhkan pendidikan sedia ada murid yang telah terbentuk oleh ibu bapa dan keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama.Beliau berkata, guru sudah melaksanakan tanggungjawab mengikut kurikulum dan garis panduan yang ditetapkan, namun ruang mereka membentuk keperibadian pelajar agak terhad berbanding keluarga yang bebas mengasuh anak sejak kecil."Ibu bapa harus kembali berinteraksi dan kerap berkomunikasi dengan anak supaya hubungan mesra sentiasa terjalin. Janganlah masing-masing buat hal sendiri hingga hilang kemesraan dalam keluarga," katanya.Beliau berharap masyarakat tidak lagi menambah beban guru dengan pelbagai teori atau cadangan baharu setiap kali berlaku insiden melibatkan pelajar, sambil menegaskan bahawa kejadian yang berlaku kebelakangan ini tidak seharusnya menambahkan tekanan kepada warga pendidik.Fouzi juga mencadangkan satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menilai semula sistem pendidikan negara supaya lebih sesuai dengan keperluan semasa dan masa depan, selain menekankan bahawa sistem yang pincang perlu diubah dengan tegas dan berani agar iklim pendidikan kekal kondusif.Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian turut senada bahawa asas pembentukan sahsiah mesti bermula di rumah dengan ibu bapa sebagai pendidik pertama."Ibu bapa ialah pendidik pertama yang menanam nilai, adab dan disiplin manakala sekolah berperanan memperkukuh melalui bimbingan akademik dan sosial," katanya sambil menambah keseimbangan hanya dapat dicapai apabila rumah dan sekolah bergerak seiring dalam membentuk sahsiah, rohani, jasmani, akhlak dan intelektual pelajar.Sivamurugan berkata, realiti hari ini menunjukkan semakin ramai ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik sepenuhnya kepada sekolah, sedangkan seliaan berterusan ibu bapa penting untuk membentuk keseimbangan antara ilmu, nilai dan perwatakan yang dihormati.Beliau mencadangkan agar konsep 'segi tiga pendidikan' antara rumah, sekolah dan komuniti diperkukuh semula dengan komunikasi lebih terbuka serta tanggungjawab moral yang dikongsi bersama."Nyawa, emosi dan jiwa perlu diberikan dalam hubungan antara semua anggota masyarakat supaya teknologi dan media sosial tidak mengawal kita, sebaliknya kita yang mengawalnya. Ini termasuk dalam hubungan pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat," katanya.Sementara itu, Naib Canselor Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Prof Madya Dr Sharifah Syahirah Syed Sheikh dalam temu bual di Bernama TV berkata, penggunaan dunia digital memberi manfaat besar jika berhemah, namun tanpa kawalan ia boleh memudaratkan bukan sahaja anak-anak yang belum matang malah orang dewasa.Beliau menasihatkan ibu bapa menetapkan had penggunaan peranti dan menapis kandungan tidak sesuai, sambil memastikan komunikasi terbuka agar anak berasa selamat untuk berkongsi masalah seperti buli siber atau pendedahan kepada bahan berunsur negatif.Isu disiplin dan salah laku pelajar menjadi perhatian kebelakangan ini susulan beberapa insiden di sekolah, termasuk kes tikam di Petaling Jaya, Selangor dan salah laku seksual di Melaka dan Kedah yang mencetuskan perdebatan tentang sahsiah pelajar masa kini. - Bernama
Setiap ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak perempuan. Ini termasuk mencari jodoh yang sesuai dengan harapan dapat melindungi, membimbing dan memberi kebahagiaan. Namun pilihan orang tua tidak semuanya berakhir dengan kebahagiaan. Ada kalanya, niat yang baik itu menjadi punca penderitaan berpanjangan kepada anak. Minggu ini, saya kongsikan kisah seorang ibu yang masih menanggung ... Read more The post Ibu kesal tersalah pilih jodoh anak appeared first on Utusan Malaysia .
At Sai Pandian Children Orphanage Home, Deepavali isn't about abundance - it’s about belonging, born out of Pandian Sundaresan’s promise to his mother.
BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah mengakui kekalahan mereka seawal pusingan kedua Terbuka Denmark berpunca daripada hilang fokus dan kegagalan menyesuaikan diri dengan corak permainan pantas lawan. Pasangan No. 2 dunia itu tersingkir selepas tewas mengejut kepada gandingan baharu Jepun, Arisa Igarashi-Chiharu Shida 18-21, 9-21 dalam tempoh hanya 35 minit di Arena Fyn, Odense ... Read more The post Pearly-Thinaah akui hilang fokus di Denmark appeared first on Kosmo Digital .
Ia selepas Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengumumkan subjek Pendidikan Karakter akan diperkenalkan tahun depan untuk memperkukuh pembentukan sahsiah dan keperibadian murid.