AS hargai Malaysia, selesai konflik Thailand-Kemboja

AS hargai Malaysia, selesai konflik Thailand-Kemboja

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) menyifatkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN amat penting dalam usaha mendamaikan Thailand dan Kemboja susulan ketegangan di sempadan kedua-dua negara. Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan berkata, ia merupakan satu kejayaan dalam penganjuran Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) Luar Biasa hari ini yang membuktikan kepimpinan Malaysia dalam mempertemukan ... Read more The post AS hargai Malaysia, selesai konflik Thailand-Kemboja appeared first on Utusan Malaysia .

Bekas jurulatih wushu dipenjara 13 tahun, empat sebatan kes amang seksual

Bekas jurulatih wushu dipenjara 13 tahun, empat sebatan kes amang seksual

KUALA LUMPUR : Seorang bekas jurulatih wushu dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini. Gjeblehim Bong Teck Fuu, 34, didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun tiga tahun lalu. Hakim Tasnim Abu Bakar memutuskan hukuman itu selepas pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. “Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun bermula dari tarikh hari ini dan empat sebatan,“ kata Hakim Tasnim. Tertuduh juga diarah menjalani sesi kaunseling semasa pemenjaraan dan pengawasan polis selama tiga tahun selepas dibebaskan. Permohonan peguam tertuduh untuk menangguhkan hukuman ditolak mahkamah. Kesalahan dilakukan di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama pada 7.30 malam, 13 April 2022. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Peguam Tharamjit Singh memohon hukuman ringan dengan alasan tertuduh perlu menjaga ibunya. Timbalan Pendakwa Raya Nur Shakila Mohd Shariff menegaskan kesan trauma psikologi terhadap mangsa. “Mangsa adalah kanak-kanak yang memerlukan perlindungan maksimum,“ katanya. Tertuduh dikatakan menyalahgunakan kedudukan sebagai jurulatih untuk kepuasan nafsu. Seramai lapan saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan memberi keterangan dalam kes ini. – Bernama

Kelantan negeri terakhir anjur Sukma

Kelantan negeri terakhir anjur Sukma

KUALA LUMPUR – Hak penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) selepas ini dijangka akan diserahkan kepada Putrajaya ataupun diuruskan sepenuhnya Majlis Sukan Negara (MSN) selepas berakhir edisi 2028 yang berlangsung di Kelantan. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pihaknya mungkin mempertimbangkan langkah tersebut bagi memastikan pemilihan sukan yang dipertandingkan pada masa hadapan menjadi lebih konsisten. Justeru, ... Read more The post Kelantan negeri terakhir anjur Sukma appeared first on Kosmo Digital .

Suri rumah didakwa miliki 205 pasport dan MyKad orang lain

Suri rumah didakwa miliki 205 pasport dan MyKad orang lain

SHAH ALAM : Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tiga pertuduhan memiliki dokumen pengenalan palsu. N. Paarvathy, 41, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman. Mengikut pertuduhan pertama, wanita itu didakwa memiliki 205 pasport Malaysia. Dia dituduh di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara lima tahun. Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa memiliki kad pengenalan palsu dan MyKad milik tiga lelaki tanpa alasan munasabah. Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit pangsapuri di Taman Puchong Hartamas pada 11 Julai lepas. Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dengan hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda RM20,000. Timbalan Pendakwa Raya Norhidayah Abdullah Sani mencadangkan ikat jamin RM30,000 dengan syarat melaporkan diri setiap bulan. Peguam Yogamani M Marappan memohon jaminan minimum kerana tertuduh tidak bekerja dan bergantung pada pendapatan suami. Majistret Muhammad Syafiq membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 22 September. – Bernama

Anwar jangan bohong, kalau salah minta maaf - Hamzah

Anwar jangan bohong, kalau salah minta maaf - Hamzah

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bersikap lebih telus dengan tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengelirukan Dewan Rakyat dan memohon maaf sekiranya terlanjur berbohong.Hamzah turut menggesa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul agar tidak melindungi mana-mana ahli Parlimen yang didakwa menyalahgunakan kedudukan di Dewan Rakyat.Beliau merujuk kepada beberapa isu berbangkit, antaranya berkaitan isu siasatan terhadap Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pulau Batu Puteh."Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dah buat usul pada 24 Julai merujuk Ahli Parlimen Tambun ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan dewan dalam isu RCI Pulau Batu Puteh."Kita tanya apa jadi dengan usul ini tadi, Spekaer jawab masih dalam siasatan. Tak apalah kita benarkan mereka nak siasat, tapi janganlah sampai pilihan raya," katanya sinis ketika sidang media di Parlimen pada Khamis.Dalam masa sama, Hamzah turut menyentuh isu kebebasan kehakiman yang dibangkitkan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berhubung dakwaan bahawa keputusan Perdana Menteri untuk tidak mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah disebabkan faktor usia."Kalau tak bersalah, kata tak bersalah jangan sebab umur," katanya.Beliau juga mengulangi ketegasan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menuntut permohonan maaf daripada Anwar kerana mengeluarkan kenyataan didakwa sebagai fitnah."Pagoh telah menegaskan...macam SKMM cakap, kalau tak pasti, jangan kongsi."Jangan berbohong, jangan menuduh, jangan salah menggunakan kedudukan sehingga mengelirukan rakyat seluruh negara," katanya.Hamzah juga menegaskan, kuasa yang dimiliki kerajaan hari ini tidak seharusnya digunakan untuk menindas kebenaran atau menyekat suara wakil rakyat pembangkang yang membangkitkan isu kepentingan awam.Sebelum itu, Dewan Rakyat sedikit kecoh ketika Muhyiddin menuntut Anwar memohon maaf dan mendesak Anwar menarik balik kenyataan yang mendakwa dirinya menyokong pemberian subsidi RON95 kepada warga asing kerana ia tidak benar sama sekali.

KPM setuju sekolah jadi sebahagian perancangan perumahan

KPM setuju sekolah jadi sebahagian perancangan perumahan

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) menyambut baik arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menetapkan supaya semua projek perumahan berskala besar dilengkapi kemudahan sekolah dan pusat kesihatan. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata langkah itu bertepatan dengan usaha kementerian dalam menangani isu kepadatan murid di dalam kelas dan kesesakan lalu lintas, khususnya di kawasan pembangunan ... Read more The post KPM setuju sekolah jadi sebahagian perancangan perumahan appeared first on Kosmo Digital .

MOM belum ada kata putus rayuan MAHF

MOM belum ada kata putus rayuan MAHF

PETALING JAYA: :Majlis Olimpik Malaysia (MOM) masih belum dapat memberikan kata putus berhubung rayuan Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF) untuk menghantar skuad negara ke Sukan SEA 2025 di Thailand. Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nasir Ali , berkata, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini dan akan mendapatkan maklumat terkini sebelum membuat sebarang kenyataan ... Read more The post MOM belum ada kata putus rayuan MAHF appeared first on Utusan Malaysia .

Bekas jurulatih wushu dipenjara 13 tahun, sebat

Bekas jurulatih wushu dipenjara 13 tahun, sebat

KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih wushu dihukum penjara 13 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, tiga tahun lalu. Hakim Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman tersebut selepas mandapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah bagi kes tertuduh, Gjeblehim Bong ... Read more The post Bekas jurulatih wushu dipenjara 13 tahun, sebat appeared first on Utusan Malaysia .