Lumut RGT project to create 3,000 jobs under 13MP in Perak

Lumut RGT project to create 3,000 jobs under 13MP in Perak

IPOH: The Lumut Regasification Terminal (RGT) project, a key initiative under the 13th Malaysia Plan (13MP), is set to create around 3,000 jobs for local residents, particularly in welding. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad confirmed the project will be developed in two phases at the Lumut Maritime Industrial City (LuMIC), with construction expected to start early next year. “No fewer than 3,000 jobs. To me, that is quite an achievement, as the Perak Sejahtera 2030 Plan aims to create as many employment opportunities as possible,“ he said. Saarani shared this after officiating the National-Level ‘Nadwah Facing Artificial Intelligence (AI) Challenges Within the Framework of Sharia’ at the Royal Perak Golf Club. He added that the state government will prioritise identifying and nurturing local talent in relevant fields to maximise the project’s economic impact. The Menteri Besar also thanked Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim for including Perak Sejahtera 2030 initiatives in the 13MP. “This shows that the Federal Government is committed to supporting and facilitating this project. Looking at the content of the 13MP, I hope this backing will continue until we succeed in making Perak a truly prosperous state,“ he said. The 13MP, tabled on July 31, includes five major Perak projects: Kerian Green Integrated Industrial Park (KIGIP), High-Tech Automotive Valley (AHTV), Perak Halal Industrial Park (Perak HIP), LuMIC, and the Lumut RGT project. Petroliam Nasional Bhd will develop RGT3, with a liquefied natural gas processing capacity matching existing terminals in Sungai Udang, Melaka, and Pengerang, Johor. - Bernama

AMK Selangor kecam tindakan saman RM1 juta terhadap Nabil Halimi

AMK Selangor kecam tindakan saman RM1 juta terhadap Nabil Halimi

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menyatakan kekesalan terhadap tindakan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta dan permohonan maaf daripada Naib Ketua AMK Malaysia, Nabil Halimi.Timbalan Ketua AMK Selangor, Mohamad Shahrul Adnan berkata, tindakan itu dilihat sebagai usaha membungkam suara anak muda yang berani menyuarakan pandangan dalam mempertahankan maruah negara.Menurutnya, teguran dibuat Nabil merupakan reaksi terhadap hantaran karikatur yang didakwa memperlekehkan usaha diplomatik Malaysia dalam rundingan damai antara Thailand dan Kemboja."Rundingan itu dilaksanakan di bawah kepimpinan Perdana Menteri selaku Pengerusi ASEAN dan membawa misi penting demi nama baik negara di peringkat antarabangsa," ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau menegaskan bahawa dalam sistem demokrasi, kritikan terhadap tindakan yang boleh menjejaskan imej negara bukanlah satu jenayah atau fitnah, sebaliknya hak rakyat untuk bersuara demi mempertahankan integriti negara."Cubaan mengugut melalui tuntutan kewangan melampau hanya akan melemahkan budaya politik sihat serta memberi isyarat bahawa suara anak muda boleh dibungkam," ujarnya lagi.Tambahnya, AMK Selangor tidak akan berdiam diri hanya kerana individu yang ditegur itu bergelar Ahli Parlimen."Generasi muda hari ini tidak gentar menyatakan kebenaran dan akan terus menegur mana-mana pihak yang merendahkan peranan serta merosakkan imej negara."Kami berdiri teguh di belakang Nabil Halimi dan menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik untuk menolak budaya politik ugutan," ujarnya.Menurutnya lagi, AMK Selangor akan terus mempertahankan hak bersuara secara rasional, beradab dan berlandaskan kepentingan negara demi maruah Malaysia di mata dunia.

Semangat Kemerdekaan Perlu Dihayati, Serap Ke Jiwa Anak Muda

Semangat Kemerdekaan Perlu Dihayati, Serap Ke Jiwa Anak Muda

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Hari Kemerdekaan bukan sekadar dengan slogan yang dilaungkan saban tahun, sebaliknya ia adalah satu peristiwa besar yang harus diingati dan dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang. Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari berkata, kemerdekaan mempunyai makna yang lebih mendalam dan merangkumi pelbagai dimensi kehidupan termasuklah kebebasan jiwa, minda serta suasana [...]

Polis Taiping lupus barang kes jenayah bernilai RM355,292

Polis Taiping lupus barang kes jenayah bernilai RM355,292

TAIPING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melupuskan pelbagai barang kes jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping dengan nilai keseluruhan RM355,292. Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata pelupusan itu melibatkan 40 kertas siasatan yang telah selesai dari 2011 hingga kini. Kes-kes tersebut merangkumi perjudian, bitcoin, mercun, barang kontraban arak dan rokok serta jenayah am. Pelupusan dijalankan mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN D207) dan peruntukan undang-undang Seksyen 406A dan 407A Kanun Prosedur Jenayah. Antara barang yang dimusnahkan ialah 427 mesin melombong bitcoin bernilai RM106,750 yang dirampas dalam operasi dari 2021 hingga 2023. Pelupusan juga melibatkan 10,470 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM266,788.45 daripada tujuh kes antara 2013 dan 2022. Sebanyak 130 kotak dan 41 bungkus rokok bernilai RM15,000 turut dilupuskan daripada lapan kes dari 2012 hingga 2024. Mohamad Nasir berkata proses itu turut melibatkan 632 tin dan 44 botol arak bernilai RM1,753.55 daripada dua kes antara 2019 dan 2024. Peralatan perjudian seperti meja, telefon bimbit, mesin judi dan wang tunai RM1,460 bernilai RM10,000 turut dimusnahkan. Sampel darah daripada lapan kes seksual antara 2011 dan 2019 juga dilupuskan setelah mendapat perintah mahkamah. Prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi bagi memastikan setiap tindakan adalah sah dari segi undang-undang. Langkah ini diambil untuk mengelakkan kesesakan di stor barang kes dan mengurangkan risiko penyalahgunaan. Pelupusan juga bertujuan menjimatkan sumber tenaga dan kewangan PDRM. Mohamad Nasir menegaskan langkah ini memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap integriti PDRM. Orang ramai juga diberi pendedahan mengenai proses pelupusan barang kes yang dilaksanakan secara profesional - Bernama

Polis akan terus ‘ambil’ Eda Ezrin apabila tiba di Kelantan

Polis akan terus ‘ambil’ Eda Ezrin apabila tiba di Kelantan

RANTAU PANJANG – Penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin, suami dan empat lagi rakan akan terus ditahan polis sebaik sahaja memasuki Kelantan melalui di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini hari ini. Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama, Eridieka Mohd. Noor, ... Read more The post Polis akan terus ‘ambil’ Eda Ezrin apabila tiba di Kelantan appeared first on Kosmo Digital .

Jutawan pemburu maut ditanduk kerbau

Jutawan pemburu maut ditanduk kerbau

CAPE TOWN – Seorang pemburu berstatus jutawan dari Amerika Syarikat(AS) maut  ditanduk seekor kerbau dalam insiden di kawasan safari di Afrika Selatan, lapor akhbar Metro UK kelmarin. Ketika kejadian, Asher Watkins, 52,  sedang menjejaki seekor kerbau jantan spesies Cape Buffalo seberat 1.3 tan dikenali sebagai Black Death. Dia berada di kawasan perburuan Bambisana seluas 20,234 ... Read more The post Jutawan pemburu maut ditanduk kerbau appeared first on Kosmo Digital .

Landasan Lapangan Terbang Birmingham ditutup sementara susulan insiden pesawat

Landasan Lapangan Terbang Birmingham ditutup sementara susulan insiden pesawat

LONDON: Lapangan Terbang Birmingham di Britain mengesahkan pada Rabu bahawa landasannya telah ditutup sementara susulan satu insiden membabitkan sebuah pesawat. Menurut polis lapangan terbang, seorang individu mengalami kecederaan ringan, lapor Xinhua. Kejadian itu melibatkan sebuah pesawat kecil yang melakukan pendaratan cemas kira-kira 1.40 tengah hari waktu tempatan. Woodgate Aviation, pemilik pesawat berkenaan dalam satu kenyataan berkata satu daripada pesawat jenis Beechcraft miliknya mengalami masalah pada gear pendaratan ketika dalam penerbangan dari Birmingham ke Belfast. “Pesawat itu berpatah balik ke Birmingham dan melakukan pendaratan cemas, namun gear pendaratan utama gagal berfungsi ketika mendarat,” menurut syarikat itu. Pihak lapangan terbang memaklumkan bahawa penumpang yang sudah berada di lokasi akan terus menerima maklumat terkini, manakala mereka yang dijadual berlepas lewat hari ini dinasihatkan menyemak status penerbangan sebelum ke lapangan terbang. Lapangan Terbang Birmingham merupakan lapangan terbang ketujuh terbesar di Britain dengan kira-kira 11.5 juta penumpang dikendalikan pada 2023, menurut data yang disiarkan di laman sesawang rasminya - BERNAMA-XINHUA

Empat termasuk wanita didakwa penyeludupan migran di KLIA

Empat termasuk wanita didakwa penyeludupan migran di KLIA

KLANG – Tiga termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan penyeludupan migran warga Sri Lanka, bulan lalu. G. Santhiya Darshini, 27 dan Janarthanan Appupillai, 46 yang merupakan warga tempatan serta lelaki warga Sri Lanka, Vtheewaran Palani, 48, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail. ... Read more The post Empat termasuk wanita didakwa penyeludupan migran di KLIA appeared first on Kosmo Digital .

Trio in viral leftovers video released on police bail in Seremban

Trio in viral leftovers video released on police bail in Seremban

SEREMBAN: Three teenagers linked to a viral video showing them giving leftovers to a homeless man have been released on police bail. Seremban police chief ACP Mohamad Hatta Che Din confirmed the suspects, aged 14, 18, and 19, were freed after being remanded for questioning. The incident allegedly occurred in various locations around the district. The case is being investigated under Section 504 of the Penal Code, Section 14 of the Minor Offences Act 1955, and Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998. The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has recorded statements from the trio, believed to be social media influencers. MCMC seized three mobile phones and SIM cards during investigations at the Iskandar Puteri district police headquarters in Johor. The viral video reportedly contained offensive content that sparked outrage among netizens. Under Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998, offenders face fines up to RM500,000 or imprisonment of up to two years. A Bernama check found the nearly two-minute video reposted on TikTok. The footage shows the youths placing chicken bones in a rice packet before handing it to a homeless man sleeping on the pavement. - Bernama