Fajar Noor reda hilang pengikut, fokus perbaiki diri

Fajar Noor reda hilang pengikut, fokus perbaiki diri

PENYANYI muda dari seberang, Fajar Noor tidak melatah apabila berdepan fasa sukar dalam kerjaya seninya, termasuk apabila sebahagian peminat mula menjauh dan jumlah pengikut di media sosialnya menurun.Menyifatkan situasi itu sebagai lumrah yang harus dilalui setiap insan seni, peserta program realiti Indonesian Idol itu memilih untuk kekal tenang dan meneruskan langkah dengan penuh rasa tanggungjawab."Saya jalani macam manusia biasa saja. Teruskan hidup dan terima apa sahaja yang dikatakan orang. Kita pun manusia, pernah buat salah. Jadi sekarang saya perbaiki diri dan terus hasilkan karya," katanya.Pemilik nama penuh Fajar Nurdiansyah, 21, berkata demikian ketika ditemui pada majlis promosi single baharunya Tahta Hatiku #Pendampingmu di pejabat Universal Music Malaysia, Petaling Jaya pada Selasa.Fajar berkata, pengalaman ‘cancel culture’ oleh sebahagian peminat bukan alasan untuk berhenti, sebaliknya menjadi dorongan untuk memperkukuh asas kerjayanya melalui muzik dan penulisan lagu."Saya tidak kecewa. Saya ini orangnya okay saja. Apa yang berlaku itu sebahagian daripada proses untuk jadi lebih baik."Lagipun mereka (peminat) hanya nampak dari media sosial sahaja. Mereka bebas nak beri pendapat sebab mereka pun manusia," jelasnya.Sikap Fajar yang enggan terlalu mengambil peduli pandangan luar turut menjadi kekuatan peribadinya, lebih-lebih lagi apabila gosip cinta lokasi atau ‘cinlok’ kembali dikaitkan dengannya.Mengulas hubungan yang pernah terjalin ketika menyertai pertandingan tersebut, Fajar memilih untuk tidak membuka kisah silam."Ya, pernah… tetapi itu masa lalu. Sekarang saya berdiri atas nama sendiri. Saya tidak mahu fikir soal cinta dulu, lebih baik fokus pada muzik," ujarnya ringkas.Ketika ditanya sama ada dia akan lebih berhati-hati selepas melalui beberapa kontroversi, Fajar dengan tenang menjawab bahawa keutamaannya kini hanya pada muzik."Saya masih saya. Saya tidak mahu fikirkan benda lain. Fokus saya satu iaitu berkarya," tegasnya.Dalam masa sama, pelantun lagu Menjaga Hati itu menegaskan bahawa dia selesa berdiri atas karya sendiri tanpa bergantung kepada gimik atau kontroversi murahan untuk mencipta nama."Kalau orang nak cakap apa pun, saya okay. Saya tetap teruskan jalan saya. Itu tanggungjawab saya sebagai anak seni. Tenang," katanya sambil tersenyum.Pada Jun lalu, Fajar terpalit kontroversi apabila juara Indonesian Idol 13, Shabrina, berkongsi sebuah video berbentuk time-lapse menunjukkan dia sedang menata rias wajah Fajar sebelum bertindak mencium penyanyi itu.Tidak terhenti di situ, Fajar turut didakwa berlaku curang apabila mempunyai hubungan cinta bersama pelakon Indonesia, Amanda Lucson ketika masih menjalinkan hubungan dengan Shabrina.Susulan itu, peminat menyatakan protes kerana kecewa dengan tindakan penyanyi tersebut sehingga jumlah pengikut Fajar menurun lebih 20,000.

Tetamu ‘tebal muka’ cari lauk di dapur nak ‘tapau’ bawa balik

Tetamu ‘tebal muka’ cari lauk di dapur nak ‘tapau’ bawa balik

PETALING JAYA – Seorang wanita menahan geram apabila kenduri diadakan di rumah ibunya turut dihadiri seorang tetamu yang ‘tebal muka’ apabila dia datang dengan membawa plastik untuk membungkus makanan. Sikap tetamu tersebut diceritakan seorang pengguna Thread, sekali gus disifatkan tidak beradab apabila datang ke rumah orang untuk mengambil makanan kenduri serta dibawa pulang. “Ada kenduri ... Read more The post Tetamu ‘tebal muka’ cari lauk di dapur nak ‘tapau’ bawa balik appeared first on Kosmo Digital .

Celebrate National Day at the Auto Bavaria Merdeka Fest – great deals on BMW, MINI and BMW Motorrad

Celebrate National Day at the Auto Bavaria Merdeka Fest – great deals on BMW, MINI and BMW Motorrad

It’s the month of National Day, and Auto Bavaria is kickstarting the celebrations by bringing you some exceptional deals at its Merdeka Fest, which takes place from August 8-10, 2025 at selected Auto Bavaria outlets in Ara Damansara, Penang, Tebrau and Johor Bahru. Attractive prices and amazing rebates are what […] The post Celebrate National Day at the Auto Bavaria Merdeka Fest – great deals on BMW, MINI and BMW Motorrad appeared first on Paul Tan's Automotive News .

Bradley Simpson nak ‘menang’ Wimbledon, jadi Jannik Sinner

Bradley Simpson nak ‘menang’ Wimbledon, jadi Jannik Sinner

PENYANYI Britain, Bradley Simpson tidak menolak andai diberi peluang membina nama sebagai anak wayang dalam pada namanya kini kian dikenali sebagai penyanyi solo. Vokalis band The Vamps itu mendedahkan pernah menjalani uji bakat untuk satu projek lakonan, namun ternyata rezeki belum berpihak pada dirinya. “Saya pernah menjalani beberapa uji bakat (filem). Saya tak boleh dedahkan ... Read more The post Bradley Simpson nak ‘menang’ Wimbledon, jadi Jannik Sinner appeared first on Kosmo Digital .