Buat aduan tandas kotor dapat habuan RM50

Buat aduan tandas kotor dapat habuan RM50

NEW DELHI – Pihak Berkuasa Lebuhraya Kebangsaan India (NHAI) menawarkan ganjaran sebanyak 1,000 rupee (RM50) kepada sesiapa yang membuat aduan mengenai tandas kotor, lapor portal berita Wion News.  Skim baharu itu dilancarkan demi meningkatkan kebersihan tandas awam di semua plaza tol di India.  Skim tersebut akan berakhir pada 31 Oktober ini dan terpakai di semua ... Read more The post Buat aduan tandas kotor dapat habuan RM50 appeared first on Kosmo Digital .

SK Sijangkang Jaya terjejas teruk akibat ribut

SK Sijangkang Jaya terjejas teruk akibat ribut

KUALA LANGAT: Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya di sini di antara bangunan yang terjejas teruk akibat kejadian ribut yang berlaku di daerah ini, petang tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor, Leftenan Kolonel (PA) Fazlisyah Muslim berkata, beberapa bangunan di sekitar Meru, Klang dan Sijangkang, di sini, turut terjejas akibat fenomena berkenaan. “Kami terima maklumat ... Read more The post SK Sijangkang Jaya terjejas teruk akibat ribut appeared first on Utusan Malaysia .

MCMC laksanakan siasatan awam pendaftaran pengguna prabayar

MCMC laksanakan siasatan awam pendaftaran pengguna prabayar

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melaksanakan siasatan awam berhubung standard mandatori untuk pendaftaran pengguna perkhidmatan selular awam prabayar. MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelaksanaan kertas siasatan awam itu dibuat selaras dengan Seksyen 55 dan 61 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi memastikan ketelusan, keterangkuman serta akauntabiliti dalam proses pembangunan Standard Mandatori. Langkah ini memberi peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk mengemukakan pandangan serta maklum balas terhadap piawaian yang dicadangkan. Cadangan standard tersebut akan membantu MCMC menilai kesesuaian, keberkesanan dan impaknya sebelum dimuktamadkan. Standard mandatori yang dicadangkan itu akan menggantikan Garis Panduan Pendaftaran Pengguna Prabayar 2017. Standard baharu ini dibangunkan bagi memperkukuh integriti proses pendaftaran pengguna melalui pengenalan mekanisme keselamatan baharu. Mekanisme keselamatan tersebut menggunakan platform automatik yang selamat iaitu Pengesahan Berbilang Faktor. MCMC turut memaklumkan bahawa di bawah peraturan baharu tersebut, suruhanjaya itu akan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan. Kuasa penguatkuasaan ini bukan sahaja terhadap penyedia perkhidmatan tetapi juga terhadap pengedar yang terlibat dalam proses pendaftaran pengguna akhir prabayar. Langkah ini memastikan akauntabiliti merentasi keseluruhan rantaian pendaftaran di mana pengedar turut tertakluk kepada obligasi di bawah Seksyen 51 AKM 1998. Pematuhan pengedar ini bertujuan mengurangkan risiko salah laku yang boleh menjejaskan perlindungan pengguna. Peraturan yang disemak semula turut memperkenal perlindungan tambahan bagi pengguna bawah umur. Individu berumur 12 hingga 17 tahun diwajibkan menjalani proses pendaftaran melalui ibu bapa atau penjaga sah. Cadangan standard tersebut juga memperkenal had baharu terhadap jumlah kad SIM yang boleh didaftarkan atas nama seorang individu. Had ini terpakai sama ada untuk warganegara Malaysia atau warga asing sebagai langkah membendung penyalahgunaan kad SIM yang berterusan. MCMC turut mengalu-alukan penyertaan aktif daripada semua pihak berkepentingan bagi memastikan standard yang dibangunkan adalah menyeluruh, praktikal dan sejajar dengan keperluan semasa industri telekomunikasi. Pandangan dan maklum balas boleh dikemukakan melalui pautan laman web MCMC mulai sekarang hingga 28 November ini. – Bernama

Kes tikam pelajar: Amidi tempelak kenyataan Muhyiddin

Kes tikam pelajar: Amidi tempelak kenyataan Muhyiddin

SHAH ALAM - Pengarah Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amidi Abdul Manan menempelak kenyataan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan kerajaan hari ini gagal kerana tidak dapat menjadikan sekolah sebagai tempat paling selamat.Menurutnya, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga diingatkan agar tidak mudah lupa dengan fakta sebenar dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membela pelajar sekolah yang dikaitkan menjadi mangsa buli.⁠"Beliau lupa bahawa kes Wan Ahmad Faris berlaku pada Disember 2014, yang hanya dibuka untuk siasatan pada masa Perdana Menteri Malaysia bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim."⁠Satu kejadian di sebuah sekolah di Rinching, Selangor, seorang pelajar T Kavinraj, berusia 13 tahun, meminum ubat secara berlebihan ada kaitan dibuli oleh rakan-rakannya."⁠Pada 24 Mei 2014 pula, seorang pelajar perempuan terjun dari tingkat 3 bangunan sekolah di Kuantan ketika awal pagi sebelum sesi harian persekolahan bermula," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menerusi kenyataan mendakwa insiden tragis yang menyaksikan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut apabila ditikam oleh seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Petang Jaya menunjukkan sistem pendidikan dan tadbir urus kerajaan gagal berfungsi.Insiden berdarah itu juga katanya, mencerminkan kegagalan Kerajaan Madani secara keseluruhannya sebuah kerajaan yang sering melaungkan nilai kasih, hormat dan ihsan, tetapi gagal memastikan keselamatan paling asas untuk kanak-kanak di sekolah.Mengulas lanjut, Amidi berkata, sikap pelupa yang ditunjukkan Muhyiddin itu jelas menunjukkan beliau tidak layak untuk memimpin parti atau negara."Maka sifat pelupa inilah yang membuatkan Tan Sri Muhyiddin tidak sewajarnya terus diberikan peranan menjadi pemimpin sebuah parti atau menjadi calon Perdana Menteri bagi Perikatan Nasional," katanya.

Aaron-Wooi Yik tersingkir daripada Terbuka Denmark

Aaron-Wooi Yik tersingkir daripada Terbuka Denmark

PETALING JAYA: Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di pusingan kedua Terbuka Denmark, hari ini. Pilihan kedua kejohanan itu tumpas kepada pasangan yang baharu digandingkan dari Indonesia, Rian Andrianto-Rahmat Hidayat 21-17, 21-13 dalam tempoh 33 minit di Arena Jyske Bank, Odense. Ahad lalu, pasangan No. 1 negara itu hampir merangkul kejuaraan di ... Read more The post Aaron-Wooi Yik tersingkir daripada Terbuka Denmark appeared first on Utusan Malaysia .

Rakyat Malaysia guna lesen Singapura boleh mohon BUDI95 mulai esok

Rakyat Malaysia guna lesen Singapura boleh mohon BUDI95 mulai esok

KUALA LUMPUR : Kementerian Pengangkutan akan membuka laman web khas mulai esok untuk memudahkan rakyat Malaysia yang menggunakan Lesen Memandu Singapura memohon BUDI MADANI RON95. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata inisiatif ini bertujuan membantu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan terpaksa menggunakan lesen memandu republik itu untuk tujuan pekerjaan. Beliau menyatakan keprihatinan kementerian terhadap maklum balas pekerja Malaysia di Singapura mengenai pelaksanaan BUDI95 terutama dalam sektor perkhidmatan seperti pemandu bas dan pekerja operasi. Laman sesawang tersebut boleh diakses di www.BUDI95lesenSG.jpj.gov.my mulai 16 Oktober. Status kelayakan boleh disemak selepas 14 hari melalui portal rasmi www.budi95.gov.my. Semua permohonan akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk penelitian kelayakan berdasarkan tiga syarat utama. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang memiliki Lesen Memandu Singapura masih sah dan mempunyai status permit pekerjaan di republik itu. Subsidi BUDI95 kekal hanya untuk kenderaan yang didaftarkan di Malaysia sahaja. Rakyat Malaysia yang tidak lagi bekerja di Singapura boleh memohon semula Lesen Memandu Malaysia setelah membatalkan lesen Singapura mereka. Loke berharap langkah ini dapat membantu memudahkan urusan warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura untuk mendapatkan pertimbangan sewajarnya dalam program subsidi bahan api negara. – Bernama

Seorang wanita, 9 murid kafa cedera akibat runtuhan bangunan

Seorang wanita, 9 murid kafa cedera akibat runtuhan bangunan

KUALA LANGAT – Seorang wanita cedera selepas terperangkap selama setengah jam dalam runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang, Telok Panglima di sini dipercayai akibat ribut hari ini. Wanita berusia 51 tahun itu cedera di bahagian pinggang dan paha. Ribut yang melanda turut menyebabkan kira-kira sembilan murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ... Read more The post Seorang wanita, 9 murid kafa cedera akibat runtuhan bangunan appeared first on Kosmo Digital .

Seorang wanita, 9 murid kafa cedera akibat runtuhan

Seorang wanita, 9 murid kafa cedera akibat runtuhan

KUALA LANGAT – Seorang wanita cedera selepas terperangkap selama setengah jam dalam runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang, Telok Panglima di sini, akibat ribut hari ini. Wanita berusia 51 tahun itu cedera di bahagian pinggang dan paha. Ribut yang melanda turut menyebabkan kira-kira sembilan murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) cedera ... Read more The post Seorang wanita, 9 murid kafa cedera akibat runtuhan appeared first on Kosmo Digital .

Dua warga Bangladesh ditemukan maut di rumah di Melaka

Dua warga Bangladesh ditemukan maut di rumah di Melaka

JASIN : Dua buruh binaan warga Bangladesh ditemukan maut di sebuah rumah di Durian Tunggal, Alor Gajah petang semalam. Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia 31 dan 42 tahun itu merupakan rakan serumah dan bekerja di kawasan berdekatan. Mangsa berusia 42 tahun ditemukan terbaring di dapur dalam keadaan berlumuran darah dengan 21 kesan tikaman pada seluruh badan. Mangsa kedua yang berusia 31 tahun pula ditemukan tergantung pada kipas siling di bilik. Polis turut menemukan dua pisau dan sebilah parang di lokasi yang dipercayai berkaitan dengan kejadian tersebut. Dzulkhairi berkata siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada masalah peribadi antara dua lelaki tersebut. Masalah peribadi itu dikaitkan dengan isteri kepada lelaki berusia 31 tahun yang merupakan warga Indonesia. Wanita itu difahamkan tinggal di rumah sama namun keluar bersama bayi mereka berusia tiga bulan kira-kira dua minggu lepas. Seorang lagi lelaki Bangladesh berusia 30-an yang turut tinggal di rumah itu menyedari kejadian selepas pulang dari tempat kerja pada kira-kira 7 malam. Jiran juga memaklumkan mendengar bunyi bising dari rumah berkenaan sebelum kejadian disedari. Lelaki berkenaan mendapati pintu rumah berkunci lalu meminta bantuan jiran dan polis. Dzulkhairi berkata siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan ASP Norehan Omar menerusi talian 06-556 2222. – Bernama

Terengganu resorts must show monsoon safety videos to protect visitors

Terengganu resorts must show monsoon safety videos to protect visitors

KUALA TERENGGANU : Chalet and resort operators along the Terengganu coast and islands must display safety videos highlighting sea dangers during the upcoming Northeast Monsoon. State Tourism, Culture, Environment and Climate Change Committee chairman Datuk Razali Idris said the initiative aims to raise awareness and promote visitor safety. “All chalet and resort operators have been instructed to display short videos warning about the dangers of swimming in the sea during the monsoon season,“ he told Bernama. Razali noted that these videos are already available and credited last year’s safety measures with preventing fatalities. “Alhamdulillah, we recorded zero fatalities last year, no deaths at all,“ he said. “We hope the operators will truly take safety measures seriously, and the same goes for visitors.” The state government has not issued any official directive to close islands during the monsoon season. Several large chalets and resorts on Redang Island and Perhentian Island remain open during the season due to tourist demand. Razali explained that while the monsoon season lasts from November to February or March, it does not rain continuously. “There are three or four times a month when boats can still enter,“ he said. He emphasised that operators must make final decisions based on safety conditions. “If the waves are rough, boats are not permitted to set sail,“ Razali stated. “Safety measures, such as wearing life jackets, are extremely important and mandatory.” – Bernama

Rakyat semakin bijak berbelanja

Rakyat semakin bijak berbelanja

Bukan lagi harga murah, tetapi perkhidmatan yang boleh dipercayai PETALING JAYA: Budaya membeli-belah dalam talian di Malaysia kini memasuki fasa kematangan baharu berbanding dahulu pengguna berebut untuk mendapatkan harga termurah, tetap kini mereka lebih menilai siapa yang paling boleh dipercayai. Kajian terkini oleh Milieu Insight menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini tidak lagi hanya mengejar harga ... Read more The post Rakyat semakin bijak berbelanja appeared first on Utusan Malaysia .

Inkues Zara Qairina: Saksi dimaklumkan pelajar lain nampak arwah menangis dalam tandas

Inkues Zara Qairina: Saksi dimaklumkan pelajar lain nampak arwah menangis dalam tandas

KOTA KINABALU – Saksi ke-23 dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa dia dimaklumkan oleh pelajar lain yang mendakwa melihat Zara Qairina sedang menangis di dalam tandas.Saksi yang merupakan kanak-kanak ke-14 memberi keterangan secara 'in camera' di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan di sini, pada Rabu.Peguam, Mohd Azhier Farhan Arisin berkata, saksi memaklumkan bahawa dia mengenali Zara Qairina sebagai pelajar Tingkatan Satu di sekolah yang sama dan tinggal dalam bilik dorm yang sama."Saksi memberitahu dia jarang bercakap dengan Zara kerana selalu meluangkan masa dan tidur di bilik dorm lain bersama rakan-rakannya lain," katanya kepada pemberita di sini.Mohd Azhier berkata, pada jam 12.30 tengah malam, saksi ternampak Zara Qairina berjalan keluar dari bilik dorm namun tidak pasti ke mana pelajar itu pergi."Tidak lama selepas itu, saksi mahu keluar dari bilik dormnya untuk ke dorm lain. Saksi berkata, tiga pelajar datang kepadanya dan memberitahu mereka melihat Zara berada di dalam tandas aras tiga sedang menangis."Saksi mengatakan dia hanya mendiamkan diri dan meneruskan perjalanan ke dorm yang dituju untuk tidur."Saksi tidur di bilik dorm pada malam tersebut bersama rakannya dan tidak tahu apa yang terjadi kepada Zara pada malam itu. Saksi mengatakan hanya dikejutkan kira-kira jam 4 pagi kerana dipanggil oleh Ustaz Azhari," katanya.Menurut Mohd Azhier lagi, sekitar jam 10 malam 15 Julai sebelum saksi tidur, rakan sebiliknya memaklumkan bahawa kad juruwang automatik (ATM) dan wang tunai berjumlah RM300 miliknya telah hilang."Tidak lama selepas itu, pelajar dari bilik dorm lain juga datang kepadanya dan memberitahu bahawa ada rakan sebiliknya kehilangan barang pada malam yang sama. Pelajar tersebut memaklumkan bahawa dia akan berjumpa dengan Zara untuk bertanya tentang perkara ini."Saksi berkata, semasa berjumpa dengan Zara, rakan sebiliknya memaklumkan bahawa mereka menjumpai pin bendera milik saksi di dalam beg sekolah Zara. Pelajar tersebut kemudian menyerahkan pin bendera itu kepadanya."Saksi berkata, dia mengenali pin tersebut kerana terdapat namanya ditulis di belakang pin itu. Selepas itu, saksi mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Zara bagi bertanya tentang pin berkenaan," katanya."Saksi telah pergi ke dorm sebelah dan pada masa itu, Zara ada bersama seorang pelajar lain. Saksi mendekati Zara dan bertanya kepadanya ‘Zara, macam mana benda ini ada dalam beg kau? Kawan-kawan kau jumpa.’"Saksi berkata, seorang lagi pelajar lain menyambung dan berkata ‘kau mengaku saja kalau kau yang ambil, kami tidak marah juga.’ Tetapi Zara tidak mengaku," katanya.Katanya lagi, saksi memaklumkan bahawa disebabkan Zara tidak mengaku, dia berasa marah."Oleh kerana Zara tidak mengaku, saya merasa marah dan menjerit ‘bodoh, sial’ lalu pergi ke bilik lain untuk memanggil kawan rapatnya untuk bersama-sama bertanya Zara tentang pin benderanya."Saksi berkata, mereka bertanya kepada Zara tentang pin tersebut, namun Zara masih tidak mengaku dan saksi pun marah lalu menjerit kepada Zara dengan berkata ‘bodoh, sial’," katanya.Bagaimanapun, Mohd Azhier berkata, saksi menegaskan bahawa dia tidak memukul Zara Qairina dan tidak melihat sesiapa pun memukulnya."Saksi merasa marah kerana Zara tidak mahu mengaku kesilapannya walaupun pinnya telah dijumpai dalam begnya."Sebelum ini, Zara juga pernah mengambil botol air pelajar lain dan menyimpannya di dalam almari. Selepas saksi memarahi Zara dan dia masih tidak mengaku, saksi tidak meneruskan pertanyaan dan keluar dari dorm tersebut," katanya.