‘Semoga ada kelembutan hati dia untuk saya, anak’

‘Semoga ada kelembutan hati dia untuk saya, anak’

PETALING JAYA – Isteri kepada penyanyi dan usahawan Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah mengundang perhatian ramai apabila berdoa agar keajaiban dari Tuhan untuk melembutkan hati suaminya. Perkara tersebut diluah Afifah atau nama penuhnya Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 36, selepas melihat ramai yang menzahirkan sokongan dan doa daripada orang ramai. “Terhibur hati hari ini, tiba-tiba ada ... Read more The post ‘Semoga ada kelembutan hati dia untuk saya, anak’ appeared first on Kosmo Digital .

Aliran trafik meningkat, perlahan di beberapa lebuh raya utama pagi ini

Aliran trafik meningkat, perlahan di beberapa lebuh raya utama pagi ini

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan meningkat dan bergerak perlahan setakat 9.30 pagi ini, susulan orang ramai mula pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Deepavali, Isnin ini.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) laluan E1 arah utara, trafik perlahan dari Sungai Buloh ke Rawang serta Bandar Cassia ke Bukit Tambun."Bagi laluan E2 arah utara, aliran trafik perlahan dari Senai ke Kulai manakala arah selatan perlahan dari Kajang ke Bangi, Putra Mahkota ke Nilai, Ayer Hitam ke Machap dan Sedenak ke Kulai," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.Beliau berkata, aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur juga perlahan dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) ke Plaza Tol Gombak serta Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke Genting Sempah.Menurutnya, di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) laluan E6 arah selatan, trafik turut perlahan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Persimpangan Nilai (U).Sementara itu, beliau berkata, dua kemalangan turut dilaporkan berlaku di laluan PLUS pagi ini."Di laluan E1 arah selatan, terdapat kemalangan di Kilometer (KM) 73.0 dari Pendang ke Gurun pada 8.55 pagi yang menyebabkan lorong kecemasan terhalang namun trafik masih lancar."Bagi laluan E2 pula, berlaku kemalangan di KM72.7 arah selatan dari Ayer Hitam ke Machap pada 9.18 pagi. Kerja pengalihan sedang dijalankan dan lorong kanan ditutup menyebabkan aliran trafik perlahan di lokasi itu," katanya.Beliau berkata, cuaca dilaporkan baik di kebanyakan kawasan setakat pagi ini."LLM menasihati pengguna lebuh raya agar berhati-hati memandu, mematuhi arahan pihak berkuasa dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan teruk," katanya.Pemandu juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini melalui talian hotline LLM di 1-800-88-7752, WhatsApp (LLM Info Trafik), X (@llmtrafik), TikTok (@llmtrafik), Facebook (Lembaga Lebuhraya Malaysia), laman sesawang www.llm.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih TUJU dan MyJalan. - Bernama

Pelajar UM maut akibat kecederaan kepala, dada, tiada unsur jenayah

Pelajar UM maut akibat kecederaan kepala, dada, tiada unsur jenayah

PETALING JAYA – Hasil bedah siasat pelajar Universiti Malaya (UM) yang maut selepas terjatuh dari bangunan kolej kediamannya semalam mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan dada akibat jatuh dari tempat tinggi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, bedah siasat dilakukan oleh pegawai perubatan di Hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya ... Read more The post Pelajar UM maut akibat kecederaan kepala, dada, tiada unsur jenayah appeared first on Kosmo Digital .

Prince Andrew gives up Duke of York title amid Epstein scandal

Prince Andrew gives up Duke of York title amid Epstein scandal

LONDON : Britain’s Prince Andrew said on Friday he would give up using his title of Duke of York following years of criticism about his behaviour and connections to the late U.S. sex offender Jeffrey Epstein. The reputation of Andrew, the younger brother of King Charles and second son of the late Queen Elizabeth, has taken a battering in recent years, most notably because of his links to Epstein. But a court ruling last year also revealed that one of his close business associates was thought by the British government to be a Chinese spy. Andrew at the time said he had stopped all contact with the individual. In a statement on Friday, Andrew said “the continued accusations about me” distracted from the work of his elder brother King Charles and the wider work of the British royal family. “I have decided, as I always have, to put my duty to my family and country first. I stand by my decision five years ago to stand back from public life,“ Andrew said. “With His Majesty’s agreement, we feel I must now go a step further. I will therefore no longer use the title or the honours which have been conferred upon me. As I have said previously, I vigorously deny the accusations against me.” Andrew, 65, the eighth-in-line to the throne, was once regarded as a dashing naval officer and served in the military during the Falklands War with Argentina in the early 1980s. But he was forced to step down from a roving UK trade ambassador role in 2011, before quitting all royal duties in 2019 and then was stripped of his military links and royal patronages in 2022 amid allegations of sexual misconduct which he has always denied. That year, he settled a lawsuit brought by Virginia Giuffre, who died in April, which accused him of sexually abusing her when she was a teenager. Andrew has always denied her account, which has returned to prominence in the last week with the release of her memoirs. In her book, she said “entitled” Andrew believed it was his birthright to have sex with her, according to extracts published by the Guardian newspaper. BRITONS SUPPORT STRIPPING ANDREW OF TITLES According to a recent poll by YouGov, 67% of Britons supported stripping Andrew of his remaining royal titles, with 13% opposing the move. A separate survey found only 5% of respondents had a favourable view of him. Andrew, who had already given up being called “His Royal Highness”, still remains a prince and will continue to live in Royal Lodge, a large property on the estate surrounding Windsor Castle, a historic royal palace to the west of London. However, he will no longer attend the annual royal Christmas get-togethers at Sandringham, the royal home in eastern England. His daughters Princesses Beatrice and Eugenie will be unaffected, but his ex-wife Sarah Ferguson will also no longer be known as the Duchess of York. In September, several charities cut their links to her after she described Epstein as a “supreme friend” in an email three years after he had pleaded guilty in 2008 to a state prostitution charge in Florida and agreed to register as a sex offender. In addition to the ties to Epstein that dogged him, Andrew’s business relations have also proved problematic. Last December, court documents revealed that a Chinese businessman who had been authorised to act on Andrew’s behalf to seek investors in China had been banned from Britain on national security grounds. The documents revealed the businessman, who the British government believed to be a spy, had been invited to Andrew’s birthday party. - Reuters

Kesejukan melampau punca Mustaqqeem meninggal dunia

Kesejukan melampau punca Mustaqqeem meninggal dunia

TANJUNG MALIM: Polis mendapati punca utama kematian melibatkan pendaki Allahyarham Mustaqqeem Mansoor di puncak Gunung Liang di sini pada Khamis lalu disebabkan hipotermia atau kesejukan melampau. Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Muhamad berkata, keputusan bedah siasat itu dijalankan di Hospital Slim River semalam. “Proses pengecaman telah dilakukan oleh isteri dan adik mangsa ... Read more The post Kesejukan melampau punca Mustaqqeem meninggal dunia appeared first on Utusan Malaysia .

Ditinggal ‘guide’, Azhan Rani nyaris sesat daki Gunung Tahan

Ditinggal ‘guide’, Azhan Rani nyaris sesat daki Gunung Tahan

PETALING JAYA – Terkesan kematian seorang pendaki di Gunung Liang, pelakon Azhan Rani mendedahkan pernah ditinggalkan pemandu arah sehingga nyaris tersesat ketika mendaki Gunung Tahan satu ketika dahulu. Kata pemilik nama lengkap Azhan Abd. Rani, 49, dia dibiarkan menyusuri laluan ke bersendirian dalam keadaan hujan lebat tanpa dipedulikan malim gunung yang sudah tiba lebih awal ... Read more The post Ditinggal ‘guide’, Azhan Rani nyaris sesat daki Gunung Tahan appeared first on Kosmo Digital .

Abhishek menang, Aishwarya entah di mana

Abhishek menang, Aishwarya entah di mana

SELEPAS 25 tahun berkecimpung sebagai pelakon dalam industri perfileman Bollywood dengan berpuluh judul filem, Abhishek Bachchan belum pernah merasai pengalaman menggenggam trofi Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Filmfare. Namun tahun ini, akhirnya detik yang paling ditunggu-tunggu oleh anak lelaki pelakon legenda, Amitabh Bachchan itu tiba apabila dia dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik anugerah terbabit menerusi filem, ... Read more The post Abhishek menang, Aishwarya entah di mana appeared first on Kosmo Digital .

11 perwira gugur dalam Op Gubir II

11 perwira gugur dalam Op Gubir II

SHAH ALAM - "Peluru datang dari setiap arah hingga ramai cedera semasa bertempur dengan komunis. Ada yang putus kaki dan tangan kerana jerangkap samar."Itu gambaran Koperal (B) Jonathan Julin Bandong, 70, ketika mengimbau pengalaman diserang pengganas komunis dalam Op Gubir II di Bukit Gubir, Kedah pada 1976.Bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu berkata, serangan di kem komunis terbesar di sempadan Malaysia - Thailand itu bermula setelah beliau pulang dari operasi serang hendap di Ipoh, Perak."Masa itu, saya sedang bercuti di Melaka sebelum diminta segera pulang ke Kem Sungai Udang."Sampai di kem, kelihatan sebahagian anggota X-Ray Skuadron telah berbaris di depan pejabat skuadron serta bersedia menaiki trak."Selepas siap berkemas dan membawa kelengkapan, kami menaiki trak menuju ke Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka, di mana sebuah pesawat menunggu untuk berlepas ke Kedah," katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.Menurutnya, ketika tiba di lapangan terbang di Kedah, mereka segera menuju ke kem Gubir sebelum berkumpul untuk mendengar taklimat."Taklimat itu berdasarkan maklumat daripada salah seorang anggota komunis yang menyerah diri semasa Op Gubir I."Kami dimaklumkan kira-kira 400 askar komunis berada di kem tersebut. Seramai 36 anggota X Skuadron diminta untuk mencari, menyerang, membunuh musuh dan menawan kem komunis itu."Tanpa berfikir panjang, saya bersama seorang kawan berasal dari Sarawak, Wilfred Chulan mendaftarkan diri menyertai Op Gubir II," katanya.Jonathan berkata, kawasan Bukit Gubir itu telah dikepung oleh batalion dari Rejimen Renjer Diraja, Rejimen Askar Melayu Diraja serta anggota komando dari Zulu Skuadron.Menurut bapa kepada tiga anak itu, selepas sarapan pada 24 April 1976, beliau bersama rakan sepasukan yang diketuai Leftenan Aziz menaiki tiga helikopter Nuri pergi ke kem komunis."Sejurus selesai kami mendarat serentak di tiga lokasi berasingan, tiba-tiba saya terdengar beberapa dentuman kuat."Ketika saya mencari perlindungan, kami dihujani peluru musuh, kami kemudian berbalas tembakan serta membaling bom tangan ke arah komunis," katanya.Ujar Jonathan, pihaknya dimaklumkan tiga anggota tentera iaitu Sarjan Ahmad Jantan, Truper Yaacob Hassan dan Truper Hussin Mahbeb cedera parah akibat jerangkap samar."Beberapa helikopter Nuri cuba menghampiri kem komunis itu bagi menghantar pasukan komando untuk membantu kami, namun gagal disebabkan tembakan daripada pihak musuh," katanya.Geledah terowong musuhBercerita lanjut, kata beliau, sekumpulan tentera daripada Skuadron Jurutera diketuai oleh Leftenan Muda Basri dan dibantu oleh anggota komando diarahkan menggeledah terowong yang dibuat musuh di kaki Bukit Gubir, pada keesokan hari."Difahamkan terowong itu ada beberapa bilik seperti pejabat serta klinik kesihatan, seorang anggota tentera menjumpai guni yang disusun rapi."Tiba-tiba berlaku satu letupan kuat.. seorang anggota tentera berpangkat koperal meninggal di tempat kejadian, manakala Basri tercedera. Selepas mayat dibawa keluar dari terowong, operasi penggeledahan dihentikan serta-merta," ujarnya.Beliau berkata, sebuah helikopter Nuri yang membawa bekalan peluru, bahan letupan untuk memusnahkan terowong dan juga 11 penumpang serta krew telah ditembak jatuh oleh komunis pada 26 April 1976."Dua rakan sepasukan X-Ray Skuadron, Lans Koperal Kamarulzaman Zakaria dan Lans Koperal Suandi Saim yang menaiki helikopter tersebut turut terkorban," katanya.Kata anak jati Sarawak itu, beliau bersama rakan sepasukan terpaksa menyelinap masuk ke Thailand disebabkan helikopter tidak dapat mendarat di Malaysia."Kami kemudian dikepung oleh komunis, sehingga patah balik ke Malaysia dibantu oleh pasukan komando dari Y dan Z Skuadron balik ke kem Gubir."Baki 18 anggota komando terpaksa ditinggalkan dan mereka diarah melakukan RV (rendezvous) di satu kawasan berhampiran LP (landing point)," katanya.Minat jadi askarMengimbas detik awal pembabitannya dalam pasukan ATM, anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, minat terhadap dunia ketenteraan sejak remaja dan pengalaman melihat kampungnya diganggu pengganas komunis menjadi pendorong untuk menyertai pasukan keselamatan itu."Saya menjalani latihan asas di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 2 Februari 1974, sebelum mengikuti Kursus Komando di Kem Sungai Udang, Melaka."Sepanjang 10 tahun perkhidmatan, saya terlibat dalam pelbagai operasi termasuk Op Jala, Op Gonzales dan Op Daoyai Musnah," katanya yang menamatkan perkhidmatan pada 1 Februari 1984.Jonathan yang memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan berkata, beliau kemudian bekerja dengan sebuah syarikat minyak dan gas serta Kementerian Kesihatan Malaysia."Saya mengakui rasa terkilan apabila pengorbanan kami seolah-olah dilupakan. Ramai kawan yang gugur dan cedera diberi penghargaan, tetapi kami yang masih hidup jarang dipeduli," katanya.Beliau juga berharap anggota tentera baharu berkhidmat dengan jujur dan ikhlas kepada negara.BiodataNama: Jonathan Julin BandongStatus: BerkahwinAnak: 3 orangTarikh lahir: 1 Januari 1956Berasal: Mukah, SarawakTarikh masuk ATM: 2 Februari 1974Tarikh tamat perkhidmatan: 1 Februari 1984Tempoh perkhidmatan dalam ATM: 10 tahunPangkat: Koperal