Majlis Peguam, Suhakam beri motivasi di institusi pendidikan MARA

Majlis Peguam, Suhakam beri motivasi di institusi pendidikan MARA

KUALA LUMPUR : Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk memberi motivasi, bimbingan serta kesedaran mengenai isu berkaitan buli, jenayah juvana dan dadah di semua institusi pendidikan MARA (IPMA). Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kedua-dua badan berkenaan bersetuju menggerakkan ahli-ahlinya yang terdiri daripada peguam ke IPMA di seluruh negara bagi memastikan intervensi pencegahan dan pendidikan dapat dilakukan segera. Kerjasama ini juga meliputi penguatkuasaan undang-undang dan peraturan seperti prinsip #YouTouchYouGo. Beliau berkata perkara itu dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat daripada Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Mohamad Ezri Abdul Wahab dan Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suhakam Dr Farah Nini Dusuki. “Kami berbincang mengenai peri pentingnya memberikan kesedaran dan pengetahuan perundangan, bimbingan kaunseling dan intervensi psikologi dalam aspek buli dan jenayah terkait kanak-kanak. “Antara lain jika hubungan seksual suka sama suka dengan pasangan bawah umur, ia boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah rogol (statutory rape),” katanya menerusi hantaran Facebook. Asyraf Wajdi turut menjelaskan bahawa hukuman rotan di sekolah tidak pernah dimansuhkan sejak 1954, namun pelaksanaannya tertakluk kepada prosedur ketat dan hanya boleh dijalankan oleh pengetua atau guru besar. “Tujuan rotan untuk mendidik bukan untuk menyakitkan. Merotan juga mesti dilakukan secara tertutup bukan untuk tontonan awam. Merotan juga dianggap sebagai kaedah terakhir yang dilakukan sekadar memberikan pengajaran dan tidak sehingga memudaratkan,“ katanya. – Bernama

Hiasan rumah terbakar Halloween kelirukan penduduk

Hiasan rumah terbakar Halloween kelirukan penduduk

COLUMBIA: Sepasang suami isteri di negeri South Carolina menjadi tumpuan apabila hiasan api marak di rumah mereka sempena sambutan Halloween disangka sebagai kebakaran sebenar sehingga mendorong orang ramai untuk membuat laporan kepada pihak bomba. Amanda Peden dan Sam Lee bukan asing dalam kalangan penduduk setempat kerana kreativiti mereka dalam menghias rumah setiap kali tiba musim ... Read more The post Hiasan rumah terbakar Halloween kelirukan penduduk appeared first on Utusan Malaysia .

Kelayakan Piala Dunia: Ronaldo terus lakar pencapaian

Kelayakan Piala Dunia: Ronaldo terus lakar pencapaian

LISBON – Dua gol yang dijaringkan ketika seri 2-2 menentang Hungary menyaksikan Cristiano Ronaldo mencipta satu lagi rekod baharu dalam kempen kelayakan Piala Dunia. Pada usia 40 tahun, dua gol yang dijaringkan mengesahkan jaringan ke-40 dirinya dalam kempen kelayakan Piala Dunia, mengatasi rekod lama milik bekas pemain Guatemala, Carlos Ruiz yang meledak 39 gol. Ronaldo ... Read more The post Kelayakan Piala Dunia: Ronaldo terus lakar pencapaian appeared first on Kosmo Digital .

Ahmad Zahid Akhiri Lawatan ke Kemboja, Kukuh Kerjasama Bencana Serantau ASEAN

Ahmad Zahid Akhiri Lawatan ke Kemboja, Kukuh Kerjasama Bencana Serantau ASEAN

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakhiri lawatan rasmi beliau ke Kemboja dengan menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) ke-13. Majlis tersebut dianjurkan oleh Pengerusi AMMDM ke-13, TYT Kitte Sanggahak Bandit Kun Kim, yang disifatkan sebagai simbol kukuh semangat kekeluargaan ASEAN dalam memperkukuh kerjasama serantau dalam [...]

‘Mereka pernah cerai tahun 2017, rujuk dalam idah tapi tak daftar’

‘Mereka pernah cerai tahun 2017, rujuk dalam idah tapi tak daftar’

SEPANG – Bukan satu, perceraian penyanyi Nubhan dengan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek akan jatuh talak dua selepas hakim mengesahkan lafaz cerai yang difailkan usahawan terbabit pada awal bulan lalu. Perkara itu dikongsikan peguam kepada Afifah Hidayah, Datuk Akberdin Abdul Kader yang memaklumkan prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang hari ini membabitkan dua isu ... Read more The post ‘Mereka pernah cerai tahun 2017, rujuk dalam idah tapi tak daftar’ appeared first on Kosmo Digital .

Petra tambah baik proses kurangkan birokrasi projek TBB

Petra tambah baik proses kurangkan birokrasi projek TBB

PETALING JAYA : Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sedang menambah baik proses sedia ada bagi mengurangkan karenah birokrasi agar projek Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang diperoleh melalui proses bidaan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pelbagai faktor perlu diambil kira dalam merancang pelaksanaan peralihan tenaga selaras dengan sasaran yang ditetapkan di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata selain daripada teknologi yang memainkan peranan penting dalam perkembangan tenaga hijau, keboleharapan sistem dan pempelbagaian sumber penjanaan juga perlu dipertimbangkan. Beliau menekankan bahawa Malaysia perlu memastikan faktor-faktor tersebut ditangani dengan berkesan memandangkan permintaan terhadap elektrik yang terus meningkat. Kerajaan akan terus memastikan nilai-nilai ini dikekalkan melalui proses bidaan kompetitif dan dalam masa yang sama, menggalakkan inovasi daripada para pelabur. Sasaran di bawah NETR adalah untuk mencapai kapasiti campuran TBB sebanyak 41 peratus pada 2035 dan seterusnya 70 peratus kapasiti terpasang menjelang 2050. PETRA telah memainkan peranan aktif sebagai pemudah cara, penyelaras dan pemacu utama bagi menyokong dan mempercepat peralihan tenaga negara. Pada Januari tahun ini, proses bidaan LSS PETRA 5+ bagi kapasiti solar baharu sebanyak 2,000 MW telah dibuka, iaitu antara kapasiti terbesar dalam sejarah negara. Kerajaan juga mempermudah laluan untuk sektor swasta mendapatkan tenaga bersih secara langsung daripada pembekal melalui Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) dan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS). Langkah-langkah ini bukan sahaja akan dapat meningkatkan kapasiti TBB, tetapi juga membina keyakinan pasaran dan menarik pelaburan swasta. – Bernama

X To Test Country-Of-Origin Labels And Account Transparency Features

X To Test Country-Of-Origin Labels And Account Transparency Features

Elon Musk-owned social media platform X will be internally testing new transparency tools that reveal more details about user accounts, including their country of origin. The initiative, led by X’s Head of Product Nikita Bier, aims to help users better assess the credibility and authenticity of accounts, particularly as bots and anonymous operators become more […] The post X To Test Country-Of-Origin Labels And Account Transparency Features appeared first on Lowyat.NET .

Individu terlibat kes rogol dituduh Seksyen 375B dan 377B KK

Individu terlibat kes rogol dituduh Seksyen 375B dan 377B KK

PETALING JAYA: Individu-individu yang terlibat dalam kes rogol pelajar perempuan Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, Melaka akan didakwa mengikut Seksyen 375B dan 377B Kanun Keseksaan [Akta 574]. Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan berkata, semua individu itu turut akan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792]. Katanya, ... Read more The post Individu terlibat kes rogol dituduh Seksyen 375B dan 377B KK appeared first on Utusan Malaysia .

Yayasan seru tingkat kawalan keselamatan sekolah cegah senjata tajam

Yayasan seru tingkat kawalan keselamatan sekolah cegah senjata tajam

KUALA LUMPUR : Yayasan Pembangunan Sekolah-Sekolah Tamil Malaysia menyeru pihak sekolah agar mempertingkatkan kawalan keselamatan bagi mengelak pelajar membawa masuk senjata tajam dan bahan terlarang seperti dadah dan vape. Pengerusinya Datuk T. Murugiah berkata pengawal keselamatan perlu memperketatkan pemeriksaan beg pelajar dengan tindakan itu bukan bertujuan untuk menghukum, sebaliknya langkah pencegahan bagi memastikan sekolah kekal sebagai zon selamat. “Langkah ini amat penting demi menjamin keselamatan pelajar dan guru serta mencegah sebarang kejadian tidak diingini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Murugiah berkata ibu bapa pula diingatkan supaya memberi kerjasama erat kepada pihak sekolah untuk membentuk disiplin anak-anak dengan pendidikan moral dan nilai-nilai murni harus ditanam sejak kecil supaya pelajar tahu membezakan antara baik dan salah. Beliau berkata demikian susulan beberapa insiden membabitkan pelajar baru-baru ini termasuk kes pelajar membawa pisau lipat ke sekolah di Selangor, pergaduhan berpunca ejekan media sosial di Johor, penemuan vape dan pemetik api dalam beg pelajar di Perak, serta kejadian murid cedera akibat dipukul rakan sebaya di Kedah. Murugiah berkata insiden-insiden berkenaan menunjukkan tahap disiplin dan kawalan di sekolah perlu dipertingkatkan segera bagi mengelakkan bahaya dan menjaga imej pendidikan negara dengan tindakan tegas mesti diambil terhadap pelajar yang membawa senjata, bergaduh atau melakukan perbuatan ganas. Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) supaya mengeluarkan garis panduan tambahan kepada sekolah untuk bekerjasama rapat dengan pengawal keselamatan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta polis komuniti dalam memperkukuh keselamatan serta memantau tingkah laku pelajar kerana tiada kompromi dalam isu keselamatan. – Bernama

Manchester United buat silap - Schmeichel

Manchester United buat silap - Schmeichel

LEGENDA Manchester United, Peter Schmeichel menyifatkan kelab lamanya itu melakukan kesilapan besar apabila melepaskan Scott McTominay dan Rasmus Hojlund dua pemain yang kini menyerlah di Serie A bersama Napoli.Menurut bekas penjaga gol Denmark itu, prestasi luar biasa McTominay musim lalu dan kebangkitan Hojlund musim ini membuktikan United tersilap menilai potensi sebenar mereka."McTominay menunjukkan apa yang United buang dengan mudah. Hojlund akan buktikan perkara sama tidak lama lagi," kata Schmeichel.McTominay berpindah ke Napoli setahun lebih awal sebelum rakan sepasukannya itu dan tampil cemerlang dengan 13 gol serta enam bantuan jaringan dalam musim pertama, sekali gus membantu kelab Itali itu menjulang kejuaraan Serie A.Prestasi konsisten itu turut melayakkannya menerima anugerah Pemain Terbaik Serie A dan pencalonan Ballon d’Or sesuatu yang tidak pernah dibayangkan ketika dia bersama United.Hojlund pula, yang menyertai Napoli secara pinjaman musim panas lalu, sudah meledak empat gol dalam enam penampilan jumlah sama yang diraihnya sepanjang musim lalu di Liga Perdana Inggeris.Schmeichel yang pernah memenangi lima kejuaraan liga bersama United menganggap dasar pengambilan pemain kelab itu kini tidak lagi berasaskan keputusan seorang pengendali, sebaliknya terlalu banyak pihak terlibat sehingga mengelirukan hala tuju kelab."Sekarang ada ketua jurulatih, pengarah sukan, pengarah teknikal, ketua pengambilan pemain terlalu ramai membuat keputusan tentang siapa masuk dan keluar," katanya.Beliau turut mempersoalkan keputusan membawa masuk penyerang Benjamin Sesko sedangkan Hojlund, menurutnya, hanya memerlukan bantuan di bahagian tengah untuk menyerlah."Kita lepaskan Hojlund kerana kononnya dia kurang menjaringkan gol, tapi pada masa sama kita belanja lebih £70 juta (RM 396 juta) untuk Sesko."Jika kita ada pemain seperti Matheus Cunha dan Bryan Mbuemo untuk membekalkan hantaran, Hojlund pasti menjadi penjaring 25 gol semusim," jelasnya."Dulu pengurus buat keputusan, sekarang terlalu banyak agenda," katanya.Schmeichel turut menegur kesilapan struktur kelab apabila terlalu bergantung kepada individu yang mempunyai kepentingan tersendiri."Ketua pengambilan pemain datang dari Leipzig, kebetulan kelab lama Sesko. Jadi dia mahu buat tanda kehadiran dengan membawa masuk pemain yang dikenali.Dulu Sir Alex Ferguson tentukan ‘dia masuk, dia keluar’. Sekarang ada terlalu banyak agenda berbeza," katanya lagi.Beliau juga menegaskan kelemahan posisi penjaga gol dan ketiadaan pemain nombor enam berkualiti sebagai punca utama kemerosotan prestasi United."Musim ini saja sembilan gol berpunca daripada kesilapan penjaga gol. Dulu kami diminta ‘menjimatkan 10 mata semusim’. Sekarang, mata pula diberi percuma," sindirnya.Schmeichel turut menganggap McTominay dan Hojlund masih mewakili semangat sebenar Manchester United yang semakin pudar dalam skuad semasa."Kedua-duanya mencintai kelab. Hojlund menulis tentang cita-citanya bermain untuk United sejak umur 10 tahun, dan dia tidak pernah berhenti berlari atau mengeluh di padang," katanya.Beliau turut mengaitkan nasib McTominay dengan pemain serba boleh lain seperti Phil Neville yang sering disisihkan kerana terlalu versatil."McTominay jadi mangsa kerana boleh bermain di banyak posisi. Jurulatih sekarang suka pemain yang ‘kemas’, bukan yang boleh disesuaikan dengan sistem.Tapi pemain seperti inilah yang sering menjadi tulang belakang pasukan," tambahnya.Bagi Schmeichel, kedua-dua bekas pemain United itu bukan sekadar simbol kebangkitan di Napoli, tetapi juga cerminan kepada masalah struktur dan identiti yang kian hilang di Old Trafford.

Kerja baik pulih 4 sekolah di Teluk Panglima Garang disegerakan

Kerja baik pulih 4 sekolah di Teluk Panglima Garang disegerakan

PETALING JAYA – Kerja baik pulih empat buah sekolah yang terjejas akibat kejadian ribut di Teluk Panglima Garang, Selangor, petang semalam akan segera dilaksanakan. Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata empat buah sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya, Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan dan SK Jalan Tanjung. ... Read more The post Kerja baik pulih 4 sekolah di Teluk Panglima Garang disegerakan appeared first on Kosmo Digital .