Trump mungkin tak hadir sidang kemuncak APEC di Korea Selatan

Trump mungkin tak hadir sidang kemuncak APEC di Korea Selatan

SEOUL : Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka melawat Korea Selatan sempena forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC). Menteri Luar Korea Selatan Cho Hyun menyatakan besar kemungkinan Trump tidak akan menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin APEC. Cho membuat kenyataan itu semasa sesi audit parlimen terhadap kementeriannya pada Isnin. Seoul dan Washington sedang berbincang untuk menyelaras lawatan dua hari Trump ke Korea Selatan dari 29 hingga 30 Oktober. Sidang Kemuncak APEC dijadualkan berlangsung pada 31 Oktober hingga 1 November di Bandar Gyeongju. Apabila ditanya sama ada Trump akan melawat Korea Selatan, Cho menjawab secara positif. Beliau berkata terdapat kemungkinan tinggi Trump tidak akan hadir ke sidang kemuncak pemimpin APEC. Trump dijangka menghadiri Sidang Kemuncak CEO APEC yang berlangsung dari 29 hingga 31 Oktober. Beliau juga akan menyertai beberapa acara lain tanpa menyertai sidang kemuncak utama bersama pemimpin APEC. Cho menolak kemungkinan hanya pertemuan singkat di luar acara utama antara Trump dan Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung. Lokasi pertemuan Korea-AS kemungkinan besar akan diadakan di Gyeongju. Cho turut menyatakan bahawa perbincangan antara Presiden Lee dengan Presiden China Xi Jinping mungkin diadakan di Gyeongju. Pertemuan antara Trump dan Xi Jinping juga berkemungkinan akan diadakan di lokasi yang sama. – Bernama-Yonhap

Malaysia to host 2029 Asian Road Cycling Championships

Malaysia to host 2029 Asian Road Cycling Championships

KUALA LUMPUR : The Malaysian National Cycling Federation has confirmed that Malaysia will host the 2029 Asian Road Cycling Championships. MNCF president Datuk Amarjit Gill Singh, who also serves as the Asian Cycling Confederation president, revealed the decision was made on September 18 after Malaysia edged out two other competing countries. “I am happy to inform you that Malaysia has won the bid to organise the 2029 Asian Road Cycling Championships,” he said. He expressed his delight at the successful bid against two other nations vying for the prestigious event. Malaysia previously hosted the Asian Road Cycling Championships in Putrajaya back in 2012. Amarjit explained that awarding hosting rights several years in advance forms part of a new strategic approach to ensure better preparation and long-term development for the sport. “When I took over the ACC presidency in February, I wanted there to be long-term planning, which is why we have awarded major championships four years ahead,” he stated. He emphasised that this early planning will provide sufficient time for thorough preparation and organisation. The MNCF president added that the specific venue for the 2029 championships has not yet been determined. – Bernama

Benam Israel 5-0, Norway derma wang kemenangan kepada Gaza

Benam Israel 5-0, Norway derma wang kemenangan kepada Gaza

PERSEKUTUAN Bola Sepak Norway mengesahkan akan menyumbangkan AS$350,000 (lebih RM1.6 juta) kepada rakyat Gaza hasil kutipan perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Israel.Menurut kenyataan yang dikeluarkan beberapa hari sebelum perlawanan itu, semua hasil jualan tiket akan disalurkan kepada Doctors Without Borders bagi membantu misi kemanusiaan di Gaza.Perlawanan yang berlangsung pada 12 Oktober itu menyaksikan Norway meraih kemenangan besar 5–0 ke atas Israel, dengan penyerang sensasi Erling Haaland menjaringkan hatrik, sekali gus membantu pasukannya mengutip tiga mata penuh dalam saingan kelayakan.Selain itu, langkah murni itu turut mendapat sokongan penuh daripada para penaja pasukan kebangsaan Norway, menjadikan inisiatif tersebut antara bentuk solidariti paling lantang disuarakan dalam dunia sukan Eropah ketika ini.Untuk rekod, beberapa pegawai dan penyokong bola sepak Norway sebelum ini lantang mengkritik penyertaan Israel dalam kejohanan Piala Dunia. Persekutuan itu menyifatkan perlawanan menentang Israel sebagai peluang untuk mengukuhkan pendirian mereka terhadap isu kemanusiaan di Gaza. - Awani

Tekong darat angkut 10 PATI ditahan

Tekong darat angkut 10 PATI ditahan

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan mematahkan kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas menahan seorang lelaki yang bertindak sebagai tekong dalam serbuan di Lembah Sireh di sini semalam. Dalam serbuan pukul 7 pagi itu, JIM Kelantan turut menahan seramai 10 PATI termasuk empat wanita masing-masing berusia antara 18 hingga 43 tahun. Pengarahya ... Read more The post Tekong darat angkut 10 PATI ditahan appeared first on Utusan Malaysia .

Nitrofoam beri tenaga maksimum kepada pelari

Nitrofoam beri tenaga maksimum kepada pelari

DALAM dunia larian hari ini, kasut bukan hanya direka untuk prestasi semata-mata, sebaliknya gabungan keselesaan, ketahanan dan responsif dalam memberi tindak balas yang tepat serta sesuai terhadap sesuatu rangsangan atau perubahan pelbagai bentuk permukaan. Ini bermakna kasut yang dibuat dengan ciri tersebut membantu atlet berlari dengan lebih lancar dan kurang penat. Terbaru, jenama sukan antarabangsa, ... Read more The post Nitrofoam beri tenaga maksimum kepada pelari appeared first on Utusan Malaysia .

Lencongan berkala dilaksanakan sempena MotoGP dan Sidang Kemuncak ASEAN

Lencongan berkala dilaksanakan sempena MotoGP dan Sidang Kemuncak ASEAN

SEPANG : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan beberapa lencongan jalan secara berkala berikutan pertindihan acara perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia Grand Prix (MotoGP) Malaysia dengan Sidang Kemuncak ASEAN. Ketua Polis Daerah KLIA ACP Azman Shari’at berkata langkah itu akan dilaksanakan mengikut masa ketibaan ketua-ketua negara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke ibu negara bagi menghadiri sidang kemuncak berkenaan. “PDRM khususnya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan membuat lencongan bergantung kepada keperluan semasa pada masa tertentu sahaja bukan pada sepanjang masa,” katanya kepada pemberita selepas taklimat trafik dan keselamatan sempena perlumbaan MotoGP 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Beliau menasihatkan pengunjung MotoGP supaya mematuhi arahan anggota trafik yang ditempatkan di semua persimpangan dan laluan utama. Azman turut menggalakkan penggunaan pengangkutan awam seperti kereta api atau bas khas yang disediakan bagi mengelakkan kesesakan. Sebanyak 450 anggota polis akan ditugaskan sepanjang acara berlangsung bagi memastikan kelancaran trafik ketenteraman awam dan pencegahan jenayah. Anggota polis juga akan membuat rondaan bersama pihak keselamatan SIC untuk membantu menjaga keselamatan ramai. Mengenai laluan alternatif beliau berkata antara jalan yang boleh digunakan sekiranya berlaku penutupan sementara ialah Plaza Tol Bandar Serenia Plaza Tol Nilai dan Plaza Tol Bandar Ainsdale untuk ke SIC. MotoGP 2025 dijadual berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober manakala Sidang Kemuncak ASEAN akan diadakan dari 26 hingga 28 Oktober. – Bernama

Belanjawan 2026 Terjemahan Disiplin Fiskal, Seiring Semangat Ekonomi Madani

Belanjawan 2026 Terjemahan Disiplin Fiskal, Seiring Semangat Ekonomi Madani

KUALA LUMPUR, 14 Pkt – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berpandangan Belanjawan 2026 merupakan kesinambungan kepada agenda reformasi fiskal yang bermula sejak 2023. Beliau yang juga Pengerusi Backbenchers berkata ini kerana ia digubal dengan mengambil kira realiti baharu dunia seperti polikrisis yang mencantumkan ketegangan geopolitik, keselamatan iklim, dan tekanan ekonomi yang saling bertindih “Belanjawan 2026 ini adalah [...]

Malaysia pastikan Sidang Kemuncak ASEAN beri impak nyata

Malaysia pastikan Sidang Kemuncak ASEAN beri impak nyata

KUALA LUMPUR : Malaysia sebagai Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 perlu memastikan setiap perbincangan memberikan impak nyata. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia juga perlu memperkukuh kesepaduan serantau dan membawa manfaat kepada seluruh negara anggota serta rakan dialog. Beliau telah mengarahkan seluruh jentera kerajaan dan agensi berkaitan untuk melaksanakan persiapan terbaik dengan ketelitian dan komitmen tertinggi. Anwar mengucapkan terima kasih kepada semua petugas yang bertungkus-lumus dalam memastikan segala urusan persiapan berjalan lancar. Perdana Menteri berkongsi beberapa keping gambar ketika meninjau persiapan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Beliau diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin. Sementara itu, Shamsul Azri berkata lawatan berkenaan bertujuan memastikan setiap aspek penganjuran berada pada tahap terbaik. Persiapan merangkumi lokasi, logistik, kawalan keselamatan, perjalanan program dan penyelarasan keseluruhan penganjuran. Beliau menyatakan Malaysia kini bersedia untuk menyambut kehadiran lebih 30,000 delegasi bermula 25 Oktober. Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 menjadi kemuncak kepada Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 yang bertemakan Keterangkuman dan Kemampanan. Acara berkenaan akan menghimpunkan pemimpin negara anggota ASEAN bersama rakan dialog dan tetamu jemputan. Anwar menyatakan bahawa ia dijangka menjadi antara yang terbesar dalam sejarah penganjuran kumpulan serantau itu. – Bernama

Pekerja terkedu, gaji dipotong sebab solat Jumaat

Pekerja terkedu, gaji dipotong sebab solat Jumaat

PETALING JAYA – Seorang pemuda mendakwa gajinya dipotong hanya kerana meninggalkan pejabat untuk pergi menunaikan solat Jumaat sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan orang ramai. Menerusi perkongsian di Threads, lelaki itu terkedu apabila mendapati gajinya dipotong walaupun sudah berbincang kepada bahagian sumber manusia mengenai urusan solat Jumaat. “Dah 2025, ingatkan semua syarikat di Johor dah ikut ... Read more The post Pekerja terkedu, gaji dipotong sebab solat Jumaat appeared first on Kosmo Digital .