Kerajaan Negeri Pahang Dalam Keadaan Siap Siaga Hadapi MTL – Wan Rosdy

Kerajaan Negeri Pahang Dalam Keadaan Siap Siaga Hadapi MTL – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Kerajaan Negeri Pahang melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri kini berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan telah berlangsung Majlis Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2025 yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad [...]

JPJ enforcement officers to use body-worn cameras from November

JPJ enforcement officers to use body-worn cameras from November

PUTRAJAYA : Road Transport Department enforcement officers nationwide will begin using Body-Worn Cameras starting November for more effective enforcement and enhanced service integrity. Transport Minister Anthony Loke announced that 100 cameras have been allocated with RM2.3 million funding for the initial implementation phase. He confirmed that all enforcement personnel will eventually wear the devices during field operations as part of the second phase rollout. Loke stated that this initiative demonstrates JPJ’s commitment to evidence-based enforcement where all field actions are recorded and monitored objectively. He specified that personnel involved in special operations, particularly those addressing overloading offences, must wear the cameras due to higher risks. The minister revealed that some officers will also carry pistols for protection against informants who sometimes challenge enforcement personnel. JPJ believes this initiative will transform enforcement culture and increase public confidence in the department’s transparency. This measure reinforces JPJ’s commitment to performing enforcement duties professionally and with high integrity. The initiative aligns with the MADANI Government’s aspirations to strengthen governance and public trust in enforcement agencies. JPJ also received four new Honda CR-V vehicles from PLUS Malaysia Berhad during the event, continuing their strategic collaboration since 2019. – Bernama

Kes buli di sekolah meningkat - KPN

Kes buli di sekolah meningkat - KPN

KUALA LUMPUR – Statistik Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merekodkan kes buli di sekolah meningkat apabila sebanyak 7,681 kes dilaporkan pada tahun lalu.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, statistik SSDM KPM telah merekodkan sebanyak 3,883 kes buli pada 2022 dan meningkat sebanyak 6,528 kes pada 2023."Melihat kepada situasi ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited menyokong semua usaha kerajaan untuk mencegah dan membanteras kegiatan buli khususnya di sekolah-sekolah bagi memastikan institusi pendidikan di negara ini kekal selamat dan bebas daripada salah laku pelajar."Mangsa buli mengalami kesan fizikal, mental, emosi dan tingkah laku bagi tempoh masa yang agak panjang. Selain kecederaan, mangsa mengalami trauma sehingga boleh menjejaskan prestasi akademik," katanya dalam ucapan perasmian Program Kempen Anti Buli di sini pada Selasa.Mohd Khalid berkata, sejak kebelakangan ini, kes buli dalam kalangan pelajar semakin meningkat sehingga turut menyebabkan kematian mangsa."Berdasarkan statistik PDRM sehingga 12 Oktober 2025, sejumlah 129 kes buli telah dilaporkan sejak Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 dikuatkuasakan."Pindaan ini dibuat bagi menangani buli secara lebih efektif dan menyeluruh," katanya.Tambahnya, PDRM turut menyeru ibu bapa, guru, rakan sebaya dan masyarakat agar memainkan peranan masing-masing dalam menyemai nilai belas kasihan, empati dan keadilan dalam kalangan generasi muda."Sebagai langkah berterusan, PDRM memperkukuh peranan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) melalui penganjuran kempen penerangan, sesi dialog serta penglibatan komuniti sekolah bagi meningkatkan kesedaran terhadap bahaya buli."Murid-murid juga disaran supaya berani melaporkan sebarang insiden buli melalui guru, ibu bapa atau saluran rasmi seperti Volunteer Smartphone Patrol (VSP) tanpa rasa takut, kerana PDRM sentiasa bersedia memberi bantuan dan perlindungan," katanya.Menurutnya, ibu bapa diingatkan agar peka terhadap perubahan tingkah laku anak-anak, manakala guru disaran mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat dan kondusif dengan memantau serta mengambil tindakan segera terhadap murid yang menunjukkan tanda menjadi mangsa atau pelaku buli."PDRM berharap pelaksanaan Kempen Anti Buli ini dapat mencapai matlamat untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada buli, sekali gus melahirkan generasi pelajar yang berakhlak mulia serta berdisiplin tinggi," ujarnya.

Hamas manfaatkan hubungan diplomatik Malaysia – Anwar

Hamas manfaatkan hubungan diplomatik Malaysia – Anwar

KUALA LUMPUR – Hamas mahu memanfaatkan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara lain bagi menyampaikan pandangan kumpulan itu berhubung pelan damai bagi menghentikan peperangan di Gaza. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu menunjukkan hubungan diplomatik adalah penting walaupun terdapat pandangan tidak dipersetujui Malaysia terhadap dasar negara lain. “Ada berpandangan kita tak setuju dengan ... Read more The post Hamas manfaatkan hubungan diplomatik Malaysia – Anwar appeared first on Kosmo Digital .

Selangor, lima negeri hujan lebat petang ini

Selangor, lima negeri hujan lebat petang ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) amaran itu melibatkan negeri Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sarawak. MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga 4 petang ini. “Antara kawasan yang terlibat ialah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak, Perak manakala Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu ... Read more The post Selangor, lima negeri hujan lebat petang ini appeared first on Kosmo Digital .

Sekolah di seluruh negara masih selamat

Sekolah di seluruh negara masih selamat

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan sekolah di seluruh negara masih lagi berada dalam keadaan selamat untuk anak-anak meskipun terdapat laporan kes buli serta keganasan fizikal dan seksual yang mendapat perhatian umum sejak kebelakangan ini. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, kes sedemikian masih lagi kecil berbanding jumlah institusi pendidikan ... Read more The post Sekolah di seluruh negara masih selamat appeared first on Utusan Malaysia .

Tiada unsur buli dalam kes tikam pelajar sekolah

Tiada unsur buli dalam kes tikam pelajar sekolah

PETALING JAYA: Polis tidak menolak kemungkinan pelajar perempuan yang maut ditikam sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengenali suspek kerana berada di sekolah sama. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya , Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, bagaimanapun siasatan masih dijalankan dan setakat ini tiada unsur buli berhubung kes bunuh itu. Katanya, pelajar lelaki berusia ... Read more The post Tiada unsur buli dalam kes tikam pelajar sekolah appeared first on Utusan Malaysia .