Terengganu investigates tourists harassing turtle in viral video

Terengganu investigates tourists harassing turtle in viral video

KUALA TERENGGANU : The Terengganu government is investigating a viral video showing tourists harassing a turtle during snorkelling at Pulau Redang. State Tourism, Culture, Environment and Climate Change Committee chairman Datuk Razali Idris confirmed the Terengganu Fisheries Department received public reports about the incident. “The department is going through every video posted on social media for further action,“ he said when contacted. Razali said the state government views the irresponsible actions very seriously as tourists not only harassed but tried to harm the turtle. He revealed the state government would introduce proactive measures including a snorkelling guide licence to ensure compliance with rules. “Many snorkelling guides these days are unclear about the ethics, including what is permitted and what is not during the activity,“ he said. Razali warned such actions violate rules and could cause turtles to avoid coming to Pulau Redang in future. He said turtle extinction would affect Terengganu’s tourism industry and deprive future generations of seeing these animals. A 27-second video went viral yesterday showing tourists holding and harassing a turtle during snorkelling at Pulau Redang. – Bernama

California lulus undang-undang pertama AS kawal keselamatan chatbot AI

California lulus undang-undang pertama AS kawal keselamatan chatbot AI

SAN FRANCISCO: California pada Isnin menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat (AS) yang meluluskan undang-undang bagi mengawal selia keselamatan chatbot kecerdasan buatan (AI), selepas Gabenor, Gavin Newsom menandatangani rang undang-undang itu walaupun mendapat tentangan daripada Rumah Putih yang mahu teknologi tersebut kekal tanpa sekatan. “Kita melihat contoh yang benar-benar menakutkan dan tragis melibatkan anak muda ... Read more The post California lulus undang-undang pertama AS kawal keselamatan chatbot AI appeared first on Utusan Malaysia .

4 askar Israel berpesta dadah dicekup polis

4 askar Israel berpesta dadah dicekup polis

BANGKOK – Aduan  seorang rakyat Perancis membawa kepada penahanan empat askar Israel yang menyertai pesta dadah di sebuah vila di Pulau Koh Pha Ngan, Thailand, lapor portal berita Thaiger hari ini. Polis menerima aduan pukul 2.40 pagi (waktu tempatan) hari ini yang melaporkan bahawa sebuah vila berhampiran memainkan muzik kuat dan mengadakan pesta yang bising. ... Read more The post 4 askar Israel berpesta dadah dicekup polis appeared first on Kosmo Digital .

Kedah teachers association calls for immediate school safety audits

Kedah teachers association calls for immediate school safety audits

ALOR SETAR : The Kedah Malay Teachers Association has called for immediate monitoring and safety audits in all schools following recent incidents, including cases of sexual misconduct. PGMK president Syed Ahmad Zawawi Syed Akil said the Ministry of Education and State Education Departments must ensure schools implement robust safety protocols. “A physical safety audit in schools must be conducted immediately, taking into account secluded areas, CCTV surveillance, access control systems and teacher supervision,“ he said in a statement. He stated that recent incidents should serve as a warning and catalyst for reviewing school safety policies nationwide. Syed Ahmad Zawawi said PGMK strongly condemns sexual crimes as such acts violate human rights principles and the trust placed in schools as safe institutions. “The identities of underage victims must be fully protected by not disclosing any sensitive information,“ he added. He demanded that perpetrators be subjected to fair and comprehensive legal action in accordance with the Penal Code. Schools must also strengthen preventive measures including implementing character education modules and awareness of consent. Collaboration between schools, parents, government agencies and non-governmental organisations can help protect children’s safety and rights. Teachers should serve as the eyes and ears in schools by monitoring proactively and reporting any signs of student discomfort. PGMK calls on the education community to be vigilant and proactive in addressing issues in schools following the recent incidents. – Bernama

Mangsa ditikam berulang kali dengan dua senjata berbeza - Polis

Mangsa ditikam berulang kali dengan dua senjata berbeza - Polis

PETALING JAYA - Siasatan awal mendapati pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut ditikam di sebuah sekolah di sini, pagi tadi, ditikam berulang kali menggunakan dua senjata berbeza.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, berdasarkan pemerhatian pada badan mangsa, tikaman berulang kali itu berkemungkinan menyebabkan mangsa maut."Kita lihat memang ada banyak kesan tikaman, namun belum dapat dipastikan dengan sebenar berapa kali mangsa ditikam."Proses bedah siasat masih berlangsung yang akan menentukan punca sebenar kematian mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Shamsudin berkata, polis masih menjalankan siasatan motif kejadian dari semua sudut, termasuk dakwaan tersebar di media sosial bahawa suspek bertindak sedemikian kerana mangsa menolak cintanya."Proses siasatan masih lagi berjalan dan dilakukan secara menyeluruh. Keterangan pelajar juga masih dirakam. Apa-apa sahaja maklumat perlu diteliti dahulu," katanya.Beliau berkata, pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kejadian itu terdiri daripada pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang dibantu pasukan forensik dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.Menurut beliau, suspek berusia 14 tahun manakala mangsa pula berusia 16 tahun, dan kedua-dua mereka belajar di kelas peralihan masing-masing di tingkatan satu dan tingkatan tiga.Sementara itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) apabila ahli keluarga mangsa hadir bagi urusan bedah siasat.Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi tadi, seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Ismail berkata, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah manakala suspek berumur 14 tahun yang merupakan pelajar sekolah sama telah berjaya ditahan.- Bernama

Penganggur didakwa cuba sebabkan kematian dua anggota polis

Penganggur didakwa cuba sebabkan kematian dua anggota polis

KUALA LUMPUR : Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan cuba menyebabkan kematian dua anggota polis dengan melanggar mereka pada Ogos lepas. Quah Mun Foo yang berusia 49 tahun didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Koperal Imanuil Soineh berusia 34 tahun dan Sub Inspektor Mohd Nor Erzuwan berusia 38 tahun. Kejadian berlaku di pintu masuk sebuah pangsapuri di Jalan Tasik Permaisuri serta persimpangan lampu isyarat di Bandar Tasik Permaisuri Cheras antara 11.30 malam dan 11.40 malam 30 Ogos lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun serta denda. Jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Adiba Iman Md Hassan menawarkan jaminan 15,000 ringgit dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan. Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan lebih rendah. Hakim Noridah Adam membenarkan tertuduh diikat jamin 20,000 ringgit dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan. Mahkamah menetapkan 15 Disember ini untuk sebutan semula kes. – Bernama

UMS perkukuh kerjasama penyelidikan dengan universiti Indonesia

UMS perkukuh kerjasama penyelidikan dengan universiti Indonesia

PETALING JAYA: Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkukuh jaringan kerjasama penyelidikan dan akademik di peringkat serantau dengan dua universiti Indonesia. Kerjasama itu melalui lawatan oleh Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) UMS ke Universitas Brawijaya (UB) dan Universitas Islam Malang (UNISMA), baru-baru ini. Delegasi UMS terdiri daripada Dekan FSMP, Profesor Ts. Dr. Hasmadi Mamat; Pengarah Pusat ... Read more The post UMS perkukuh kerjasama penyelidikan dengan universiti Indonesia appeared first on Utusan Malaysia .

Tangani Segera Kegagalan Sistem Pendidikan Negara

Tangani Segera Kegagalan Sistem Pendidikan Negara

JOHOR BAHRU, 14 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor melahirkan rasa kesal dan kecewa susulan beberapa kejadian jenayah berat termasuk rogol dan bunuh yang berlaku di kawasan sekolah sejak kebelakangan ini. Ketuanya, Noor Azleen Ambros berkata kejadian sedemikian tidak sepatutnya berlaku di institusi pendidikan yang seharusnya menjadi zon paling selamat buat pelajar dan murid. Beliau berkata, Pemuda Johor yakin [...]

36 kluster influenza direkod di Pulau Pinang setakat ME41

36 kluster influenza direkod di Pulau Pinang setakat ME41

GEORGE TOWN : Sebanyak 36 kluster influenza telah direkodkan di Pulau Pinang setakat minggu epidemik ke-41. Kluster ini melibatkan institusi pendidikan termasuk tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Ketua Menteri Chow Kon Yeow menegaskan tiada kematian atau mutasi baharu virus influenza yang dikesan setakat ini. Beliau menambah semua kluster yang dikenal pasti berada dalam keadaan terkawal. “Berdasarkan laporan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, sembilan kluster influenza direkodkan dari minggu epidemik 1 hingga 39,“ katanya. Chow menjelaskan minggu epidemik 40 mencatatkan 10 kluster baharu dengan 418 kes kumulatif direkodkan. Minggu epidemik 41 pula menyaksikan 17 kluster tambahan menjadikan jumlah keseluruhan 36 kluster sejak awal tahun. Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah pencegahan sewajarnya termasuk memakai pelitup muka terutama bagi mereka yang bergejala. Mereka juga disaran mengelak dari pergi ke tempat awam ketika bergejala. Kementerian Kesihatan mendedahkan sebanyak 97 kluster influenza melibatkan influenza A dan B direkod di seluruh negara pada minggu epidemik 40. Ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding hanya 14 kluster pada minggu epidemik sebelumnya. Pulau Pinang disenaraikan antara lima negeri tertinggi merekodkan peningkatan kes influenza dengan 10 kluster. Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 43 kluster diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (15), Johor (9) dan Kedah (5). – Bernama