RON97 and RON95 prices unchanged, diesel up by 3 sen in Malaysia

RON97 and RON95 prices unchanged, diesel up by 3 sen in Malaysia

KUALA LUMPUR : The retail price of RON97 petrol will stay at RM3.17 per litre from August 7 to August 13. The Ministry of Finance confirmed that RON95 petrol will also remain unchanged at RM2.05 per litre for the same period. Diesel prices in Peninsular Malaysia will rise by three sen, from RM2.91 to RM2.94 per litre. In Sabah, Sarawak, and Labuan, diesel prices will stay at RM2.15 per litre. The weekly fuel pricing follows the government’s Automatic Pricing Mechanism formula. “The government will continue monitoring global crude oil price changes to protect public welfare,“ the ministry stated. – Bernama

Anak pukul bapa hingga maut positif dadah, bekas banduan - Polis

Anak pukul bapa hingga maut positif dadah, bekas banduan - Polis

KUALA KRAI - Lelaki yang disyaki memukul bapa dengan kerusi hingga maut dalam kejadian di Kampung Kuala Gris, Dabong pada Rabu didapati positif dadah jenis methamphetamine.Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, suspek yang berusia 39 tahun itu juga merupakan bekas banduan Penjara Satelit Batu Jong, Kuala Krai.Menurut beliau, ketika penahanan lelaki itu di rumah mangsa, polis merampas serpihan kerusi yang dipercayai digunakan untuk menyerang bapanya."Apabila sampai di tempat kejadian didapati mangsa yang juga warga emas berusia 74 tahun terbaring di ruang dapur dengan berlumuran darah."Siasatan awal didapati mangsa dipukul di kepala dengan objek tumpul sehingga cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Jelas beliau, suspek dibebaskan pada awal Julai lalu atas kesalahan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tinggal bersama ibu bapanya.Mazlan memberitahu, semakan awal juga mendapati suspek memiliki tujuh rekod lampau membabitkan lima kesalahan kes dadah dan dua ugutan jenayah."Mayat mangsa dibawa ke unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk tujuan bedah siasat."Permohonan reman suspek akan dilakukan Mahkamah Majistret Kuala Krai pada Khamis dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Ribut petir, hujan lebat landa hampir seluruh negara

Ribut petir, hujan lebat landa hampir seluruh negara

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di seluruh negara sehingga pukul 9 malam ini. MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran itu melibatkan negeri-negeri di Semenanjung, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Antara kawasan terlibat ialah Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, ... Read more The post Ribut petir, hujan lebat landa hampir seluruh negara appeared first on Kosmo Digital .

Buruh didakwa edar 65kg kanabis di Pasir Mas

Buruh didakwa edar 65kg kanabis di Pasir Mas

PASIR MAS : Seorang buruh lelaki berusia 24 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pasir Mas atas pertuduhan mengedar 65 kilogram kanabis. Zulhakimy Aiman Suhairuddin didakwa bersama dua individu lain yang telah dituduh sebelum ini. Perbuatan itu dikatakan berlaku dalam sebuah kereta di hadapan rumah kedai di Kampung Pak Jak, Alor Pasir pada 22 Mac lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman gantung atau penjara seumur hidup. Selain itu, jika tidak dihukum mati, dia akan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Baihaqy Mohd Saidi dan Syazalia Che Suhaimin. Tertuduh tidak diwakili oleh peguam dalam prosiding tersebut. Mahkamah menetapkan 2 September ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia. - Bernama

Former police chief fined RM20k for 40 corruption charges in Kuantan

Former police chief fined RM20k for 40 corruption charges in Kuantan

KUANTAN : The former Cherating police station chief was fined RM20,000 by the Sessions Court after admitting guilt to 40 out of 98 bribery charges. Judge Sazlina Safie ordered a RM500 fine per charge, with a one-month jail term if unpaid, which the accused settled immediately. Anuar Yaakob, 56, allegedly received bribes ranging from RM150 to RM1,000 via bank transfers during his tenure at Pahang Contingent police HQ and Cherating station. The offences occurred between January 2021 and September 2022 while he performed official duties. He was charged under Section 165 of the Penal Code, punishable by up to two years’ jail, a fine, or both. Deputy public prosecutor Ezuain Farhana Ahmad represented the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), while lawyer Mohd Baharuddin Ahmad Kassim defended Anuar. The court considered the remaining 58 charges under Section 171A of the Criminal Procedure Code as part of a plea bargain. Anuar had initially faced all 98 charges in August 2023, involving RM31,400 in bribes. – Bernama

Saya doakan dia tak tenang, selamat dunia akhirat – Rita Sosilawati

Saya doakan dia tak tenang, selamat dunia akhirat – Rita Sosilawati

AMPANG JAYA – Anak kepada kepada jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya mendakwa telah dianiaya apabila menerima bungkusan berisi ganja di kediaman keluarganya daripada individu tidak dikenali. Taktik penipuan terbaharu itu didedahkan oleh anak sulung arwah, Erni Dekritawati Yuliana yang lebih mesra dikenali Rita Sosilawati. Menurutnya, kes terbabit berlaku apabila adiknya menerima satu bungkusan yang mencurigakan. ... Read more The post Saya doakan dia tak tenang, selamat dunia akhirat – Rita Sosilawati appeared first on Kosmo Digital .

Terengganu kekal larang jualan vape meski ada rayuan

Terengganu kekal larang jualan vape meski ada rayuan

KUALA TERENGGANU : Kerajaan Terengganu kekal dengan keputusan melaksanakan larangan penuh terhadap penjualan rokok elektronik atau vape bermula 1 Ogos lepas. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah menyatakan tempoh peralihan selama tujuh bulan telah diberikan sebelum penguatkuasaan. Beliau menegaskan tempoh tambahan tiga bulan dari 1 Mei hingga 31 Julai turut disediakan atas permintaan pihak berkaitan. “Kita beri masa mencukupi untuk peniaga habiskan stok vape sebelum larangan ini dikuatkuasakan sepenuhnya,” katanya. Wan Sukairi menolak alasan segelintir peniaga yang mendakwa masih mempunyai stok vape yang belum terjual. Beliau berkata demikian selepas Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu. Selain itu, semua iklan atau kain rentang berkaitan produk vape perlu diturunkan di seluruh negeri. Larangan ini bertujuan melindungi rakyat Terengganu terutamanya generasi muda daripada kesan buruk vape. - Bernama

Keluarga fail saman bolehkan siasatan kematian Wan Ahmad Faris dibuka semula

Keluarga fail saman bolehkan siasatan kematian Wan Ahmad Faris dibuka semula

KOTA BHARU: Keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman memfailkan saman sivil bagi membolehkan siasatan kes kematian pelajar tahfiz itu dibuka semula. Writ saman sivil itu difailkan keluarga mangsa pada 29 Julai lalu menerusi Dr. Zulqarnain Lukman dari Tetuan Asri Musa & Co di Mahkamah Tinggi di sini pada 28 Julai lalu terhadap tiga ... Read more The post Keluarga fail saman bolehkan siasatan kematian Wan Ahmad Faris dibuka semula appeared first on Utusan Malaysia .

20 maut trak bantuan terbalik di Gaza

20 maut trak bantuan terbalik di Gaza

GAZA: Agensi Pertahanan Awam Gaza memaklumkan seramai 20 orang terbunuh apabila sebuah trak membawa bantuan terbalik dan menghempap orang ramai yang sedang beratur untuk mendapatkan bekalan di tengah Semenanjung Gaza. “Seramai 20 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera sekitar tengah malam tadi apabila sebuah trak yang membawa bekalan terbalik ketika ratusan orang awam sedang menunggu ... Read more The post 20 maut trak bantuan terbalik di Gaza appeared first on Utusan Malaysia .

Harga runcit RON97, RON95 kekal - MOF

Harga runcit RON97, RON95 kekal - MOF

KUALA LUMPUR - Harga runcit RON97 kekal pada paras RM3.17 seliter bagi tempoh 7 Ogos hingga 13 Ogos.Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bagi tempoh sama, harga runcit petrol RON95 juga kekal pada paras RM2.05 seliter.Harga runcit diesel di Semenanjung pula naik tiga sen seliter daripada RM2.91 kepada RM2.94 manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.Menurut MOF, penetapan harga runcit itu berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik."Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu. - Bernama

Polis minta bantuan kesan lelaki langgar remaja

Polis minta bantuan kesan lelaki langgar remaja

SEREMBAN: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang dipercayai telah melarikan diri selepas terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Temiang berhampiran simpang Bukit Jong, di sini, pagi tadi. Suspek, R-Puvarasan, 28, beralamat di Bandar Rinching, Semenyih, Selangor dipercayai telah melarikan diri serta meninggalkan kereta yang dipandu selepas melanggar sebuah motosikal yang ditunggang ... Read more The post Polis minta bantuan kesan lelaki langgar remaja appeared first on Utusan Malaysia .