Pemergian Shing Xuen jadi iktibar agar masyarakat lebih prihatin

PETALING JAYA – Pemergian tragis mendiang Yap Shing Xuen bukan sekadar meninggalkan kedukaan mendalam kepada keluarga, malah menjadi peringatan kepada masyarakat agar lebih prihatin terhadap kesejahteraan emosi dan keselamatan anak-anak, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar. Nurul Izzah berkata, jelas sekali hal-hal yang berlaku melibatkan pelajar-pelajar sekolah di negara baru-baru ini ... Read more The post Pemergian Shing Xuen jadi iktibar agar masyarakat lebih prihatin appeared first on Kosmo Digital .

Pendarahan otak akibat terjatuh, gitaris KISS meninggal dunia

BEKAS gitaris band terkenal KISS, Paul Daniel Frehley atau Ace Frehley menghembuskan nafas terakhir semalam pada usia 74 tahun selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya yang mengakibatkan pendarahan otak. Menerusi perkongsian ejennya, Frehley juga pengasas kumpulan rock legenda yang ditubuhkan sekitar 1970-an itu meninggal dunia dengan tenang di sisi keluarga di New Jersey, Amerika Syarikat. Walaupun ... Read more The post Pendarahan otak akibat terjatuh, gitaris KISS meninggal dunia appeared first on Kosmo Digital .

Kerajaan laksanakan kajian menyeluruh isu sosial di sekolah

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang melaksanakan kajian menyeluruh berhubung isu sosial yang berlaku di sekolah. Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata kajian terbabit dijalankan oleh sebuah jawatankuasa khas dan laporannya akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri. Beliau yang juga Menteri Komunikasi menyatakan laporan itu akan disediakan dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut. Fahmi turut mengumumkan Jemaah Menteri bersetuju meningkatkan kehadiran anggota polis di sekolah. Kehadiran anggota PDRM akan memberikan isyarat bahawa sekolah merupakan tempat yang selamat. Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan kenyataan penuh berhubung perkara tersebut tidak lama lagi. Fahmi menambah Kementerian Pendidikan akan mengumumkan ketetapan pemeriksaan rambang di sekolah secara lebih kerap. KPM akan mengeluarkan panduan kepada sekolah untuk melaksanakan spot check secara mingguan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Jemaah Menteri mencadangkan polis serta KDN mempertingkatkan pemantauan keselamatan di sekolah. Beliau menyatakan mesyuarat Kabinet hari ini memberikan tumpuan kepada soal pendidikan dan masalah disiplin di sekolah. Kerisauan ramai termasuk keluarga, ibu bapa serta pelajar turut diberi perhatian serius. Negara baru-baru ini digemparkan dengan beberapa insiden tragis yang berlaku di sekolah. Kes tersebut termasuk seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang ditikam sehingga maut oleh pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di Selangor. Insiden lain melibatkan kes rogol bergilir-gilir membabitkan empat pelajar lelaki tingkatan lima dan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di Melaka. – Bernama

Ribut: 1,500 murid SRA Kampung Medan jalani PdPR

SHAH ALAM – Seramai 1,500 murid Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Medan akan menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) susulan bangunan sekolah yang rosak teruk dilanda ribut sebelum ini. Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr. Mohammad Fahmi Ngah berkata, pembelajaran itu akan diikuti kesemua murid bagi memastikan kerja-kerja pembaikian sekolah itu. Katanya, ... Read more The post Ribut: 1,500 murid SRA Kampung Medan jalani PdPR appeared first on Kosmo Digital .

Mayat Allahyarham Mustaqqem berjaya dibawa turun

TANJUNG MALIM: Mayat Allahyarham Mustaqqem Mansoor yang meninggal dunia di puncak Gunung Liang di sini telah berjaya dibawa keluar menggunakan helikopter bomba kira-kira pukul 2.45 petang tadi. Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, operasi membawa mangsa turun mengalami kesukaran disebabkan faktor cuaca hujan dan awan tebal ... Read more The post Mayat Allahyarham Mustaqqem berjaya dibawa turun appeared first on Utusan Malaysia .

Anwar minta NGO utamakan bantuan ke Gaza berbanding sukarelawan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pertubuhan bukan kerajaan supaya memberikan tumpuan kepada persiapan bantuan kemanusiaan dari Malaysia dan tidak terburu-buru menghantar ramai sukarelawan ke Gaza. Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan operasi bantuan berjalan lancar tanpa membebankan keadaan di lapangan. Anwar menekankan kepentingan menghormati keupayaan penduduk tempatan yang mahu memainkan peranan sendiri dalam proses pemulihan. Beliau menyatakan situasi semasa di Gaza menunjukkan tenaga kerja tempatan mencukupi dan mereka sendiri mahu terlibat secara aktif dalam pelaksanaan misi kemanusiaan. “Saya telah mengingatkan NGO yang mahu menolong supaya membantu dari segi persiapan di sini dan jangan membebankan keadaan dengan menghantar terlalu ramai orang untuk pergi,“ katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Jannatul Firdaus, Perumahan Penjawat Awam Malaysia Seruling, Presint 5. Perdana Menteri berkata ribuan orang telah mendaftar untuk pergi ke Gaza sebagai sukarelawan. “Orang Gaza sendiri kata, jangan ramai sangat. Mereka ada tenaga, cuma tak ada kerja. Jadi, mereka nak buat kerja. Kita bantu dari sini. Kalau esok mereka memerlukan kita, kita boleh berbincang semula,“ jelasnya. Anwar berkata demikian bagi mengulas kemungkinan pembukaan sempadan Rafah di Mesir tidak lama lagi untuk membolehkan pergerakan serta penghantaran bantuan kemanusiaan antara Mesir dengan Gaza. Menurut beliau, hasil pertemuan dengan wakil NGO seperti Ehsan Relief Malaysia dan Mercy Malaysia serta beberapa NGO lain mendapati keperluan utama penduduk Gaza ialah ubat-ubatan, makanan dan kemudahan asas. “Mereka tidak memerlukan kehadiran kita dalam jumlah yang ramai. Kalau doktor atau jurutera, mereka sudah mempunyai tenaga mencukupi. Apa yang mereka perlukan ialah kemudahan asas, dan kalau boleh dibeli di sana, lebih murah daripada dibeli di sini,“ kata Anwar. Beliau berkata bagi keperluan ubat-ubatan pula, syarikat yang mampu menyalurkan bekalan itu perlu dikenal pasti. Perdana Menteri turut mengesahkan Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi dijangka menghubungi beliau esok bagi berkongsi perkembangan tentang pembukaan pintu sempadan Rafah. Anwar berkata beliau sendiri akan menyampaikan beberapa pandangan tambahan supaya apabila pintu Rafah dibuka, bantuan kemanusiaan dapat disalurkan dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. – Bernama

Shafie gesa cuti khas, tambang murah untuk rakyat Sabah pulang mengundi

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa majikan di Semenanjung Malaysia supaya memberi cuti khas tanpa rekod kepada rakyat Sabah yang bekerja di luar negeri itu bagi membolehkan mereka pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan pengundi tidak terhalang daripada menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara."Kalau tidak boleh undi pos, bagilah cuti pula. Saya harap ada pertimbangan kerana ada antara mereka penjawat awam dan pekerja swasta yang layak mengundi dan perlu menunaikan hak mereka," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Warisan, Kolombong pada Jumaat.Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sehingga kini belum membuat keputusan mengenai pelaksanaan undi pos bagi rakyat Sabah yang berada di Semenanjung.Menurut Shafie, jika kemudahan undi pos masih belum tersedia, maka majikan wajar memberi ruang kepada pekerja Sabah untuk pulang mengundi tanpa menjejaskan gaji atau cuti tahunan mereka."Saya harap sangat agar cuti dapat diberikan tanpa rekod, jangan pula nanti dipotong gaji," katanya.Dalam masa sama, beliau turut menyeru syarikat penerbangan agar mempertimbangkan pengurangan kadar tambang bagi membantu rakyat Sabah pulang ke negeri asal untuk mengundi."Saya telah berbincang dengan pihak berkuasa dan syarikat penerbangan supaya sedikit sebanyak dapat mengurangkan kadar tambang bagi mereka yang mahu balik mengundi, kerana ini hak rakyat yang perlu dilaksanakan," katanya.Menurut Shafie, beliau menyedari ramai anak muda Sabah kini bekerja di pelbagai sektor di Semenanjung, malah sebahagiannya berada di luar negara seperti Singapura dan Hong Kong."Ramai anak kita bekerja di kilang, restoran, hotel. Saya pernah bertemu dengan mereka, ada yang bertanya, ‘Datuk Seri, boleh ka kami balik mengundi?’" katanya.Shafie turut menegaskan bahawa peluang untuk mengundi harus dijamin kepada semua pengundi Sabah, kerana masa depan negeri bergantung kepada penyertaan mereka."Mereka semua berselerak, ada di Johor, Pulau Pinang, Singapura dan Hong Kong mencari rezeki. Sangat penting untuk kita pastikan Sabah dapat dibangunkan agar anak-anak kita tidak perlu lagi berhijrah jauh untuk mencari nafkah," katanya.